• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kesan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Dalam dokumen SEJARAH TINGKATAN EMPAT (KSSM) NOTA RINGKAS (Halaman 54-59)

KUASA RAJA-RAJA MELAYU

5.4 Kesan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 berjaya :- a. Mengembalikan kedudukan Raja-raja Melayu seperti

sebelum perang

1. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengembalikan kuasa Raja-raja Melayu.

2. Majlis Raja-Raja diwujudkan melalui peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

3. Majlis ini dipengerusikan oleh seorang daripada Raja-raja Melayu.

4. Keanggotaannya terdiri daripada sembilan orang Raja Melayu.

5. Pesuruhjaya Tinggi memastikan bahawa raja perlu dirujuk terhadap perkara dalam bidang kuasa kerajaan Persekutuan.

b. Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu 1. Pembentukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

1948 mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.

c. Membuka ruang kewarganegaraan

1. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 membuka ruang kepada orang bukan Melayu menjadi warganegara.

2. Orang Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal yang diberikan kedudukan istimewa.

d. Mewujudkan Kerjasama kaum

1. Kerjasama kaum penting dalam usaha memupuk perpaduan.

2. Persekutuan Tanah Melayu 1948 membuka jalan ke arah perpaduan dan kerjasama antara kaum melalui penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC).

3. Kebanyakan cadangan CLC dimasukkan ke dalam usul perundangan yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.

4. Jawatankuasa ini berjaya memupuk persefahaman antara pemimpin pelbagai kaum.

5. Persekutuan Tanah Melayu 1948 merintis pada pembentukan Perlembagaan Tanah Melayu 1957 yang sekali gus membawa kemerdekaan.

Rumusan

1. Kerjasama antara Raja-raja Melayu dengan UMNO membolehkan Persekutuan Tanah Melayu 1948 terbentuk.

2. Pembentukan ini mengembalikan status Raja-raja Melayu dan orang Melayu.

3. British mengiktiraf dasar menaungi negeri Melayu semula seperti sebelum Perang Dunia Kedua.

4. Peranan Raja-raja Melayu dan orang Melayu penting dalam usaha mendukung perjuangan maruah bangsa.

5. Tolak ansur antara kaum juga penting untuk mencapai matlamat penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

53 Bahagian A: Soalan Objektif

1. Maklumat berikut berkaitan dengan anggota Jawatankuasa Eksekutif yang ditubuhkan pada 1948.

Apakah tujuan jawatankuasa tersebut dibentuk A Mengambil langkah mengurang-kan

kemasukan imigran

ms B Menentukan bidang kuasa negeri yang perlu dikekalkan

126 C Membincangkan bentuk pentadbiran bagi menggantikan Malayan Union

D Menetapkan tarikh pilihan raya umum Persekutuan Tanah Melayu

2. Senarai berikut menunjukkan tokoh yang telah berjasa kepada negara.

Apakah sumbangan mereka?

ms 126

A Menyokong Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu

B Menganggotai golongan radikal Melayu C Menggubal perlembagaan UMNO

D Wakil Raja-raja Melayu dalam Jawatankuasa kerja

3. Sebuah Jawatankuasa Kerja dibentuk untuk merangka perjanjian persekutuan Tanah Melayu.

Tokoh yang mewakili Raja-Raja Melayu ialah A Dato' Nik Ahmad Kamil Mahmud ms B Dato' Abdul Rahman M. Yasin 127 C Haji Megat Yunus

D Dato'Onn Jaafar

4. Berikut adalah Penasihat Undang-undang Raja-raja Melayu dalam Jawatankuasa Kerja Persekutuan Tanah Melayu 1948

A Dato' Hamzah Abdullah ms B A.T. Newboult

127 C Roland Braddell D Theodore Adams

5. Gabungan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) terdiri daripada beberapa pertubuhan Melayu seperti

ms I Angkatan Pemuda Insaf (API) 128 II Malayan Democratic Union (MDU)

III Pan-Malayan Federation of Trade Union (PMFTU)

IV Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) A I dan II

B I dan IV C II dan III D III dan IV

6. Mengapakah gabungan PUTERA-AMCJA ditubuhkan pada tahun 1947?

ms 128

A Menentang Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

B Memajukan pembangunan ekonomi negara C Mengeratkan perpaduan kaum

D Menentang Malayan Union

7. Golongan nasionalis Melayu radikal menggunkan akhbar dalam perjuangan mereka. Akhbar tersebut ialah

ms A Majlis 129 B Suara Rakyat

C Suara Merdeka D Utusan Melayu

8. Maklumat beikut adalah ucapan tokoh Melayu radikal.

Siapakah tokoh X?

ms A Shamsiah Fakeh 129 B Abu Bakar al-Baqir

C Ahmad Boestamam D Dr. lsmail Abdul Rahman

9. Pada Julai 1947, PUTERA-AMCJA mengadakan petemuan unruk rnengemukakan draf Perlembagaan. Perlembagaan tersebut ialah ms A Perlembagaan Perpaduan

130 B Perlembagaan Nasional C Perlembagaan Bersatu D Perlembagaan Rakyat

10. Antara cadangan PUTERA sebagai alternatif kepada perjanjian Persekutuan 1948 ialah ms A Kedudukan Bahasa Melayu

130 B Adat istiadat dan agama Islam C Sebuah kerajaan pusat yang kuat.

D Kemajuan politik dan ekonomi orang Melayu

• Pegawai kanan British

• Pemimpin UMNO

• Wakil Raja – Raja Melayu

Tokoh X

"mereka" menentang penjajah British kerana British bertindak menindas golongan nasionalis Melayu radikal

• Haji Mohamad Sheriff Omar

• Dato’ Hamzah Abdullah

• Dato’ Nik Ahmad Kamil

54 11. Mengapakah Jawatankuasa Kerja yang merangka

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tidak disenangi oleh golongan nasionalis Melayu radikal?

ms A Hak kewarganegaraan yang sama

131 B Bahasa Melayu tidak menjadi bahasa kebangsaan

C Penyatuan Tanah Melayu dengan Singapura D Tidak rnelibatkan semua pihak

12. PUTERA-AMCJA menganjurkan hartal pada 20 September 1947. Hartal adalah tindakan

A Menghentikan kegiatan ekonomi ms

131

B Mengadakan demontrasi secara besar-besaran

C Mengadakan protes jalanan D Menghantar surat bantahan

13. Apakah faktor yang menyebabkan British menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

ms A Kekuatan perpaduan orang Melayu 132 B Pertambahan bilangan kaum imigran

C Memenuhi dengan orang dagang D Akur tuntutan golongan radikal

14. Apakah cadangan Raja-raja Melayu kepada Gabenor Malayan Union ketika mengadakan pertemuan di Kuala Kangsar pada 27 Mei 1946?

ms 132

A Penubuhan persekutuan bertaraf tanah jajahan

B Raja berkuasa dalam perundangan

C Kewarganegaraan berdasarkan konsep Jus Soli

D Singapura dimasukkan dalam Persekutuan Tanah Melayu

15 Apakah gesaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terkandung Piagam Atlantik.?

ms A Dasar liberalisasi 133 B Amalan Realpolitik C Dasar dekolonisasi D Amalan monarki

16. Antara ciri Persekutuan Tanah Melayu, Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan bagi membantu pentadbiran

ms A Raja-raja Melayu 134 B Residen Jenderal

C Pesuruhjava Tinggi D Negeri-negeri Selat

17. Maklumat berikut berkaitan dengan pentadbiran penjajah di Tanah Melayu

Apakah sistem pentadbiran yang berkaitan dengan maklumat tersebut?

ms A Malayan Union

134 B Persekutuan Tanah Melayu C Pentadbiran Tentera British D Negeri-negeri Melayu Bersekutu

18. Dialog berikut mungkin belaku dalam kalangan imigran pada tahun1948

Ah Leong Bertuah sungguh anak saya, Mei Ling.

Dia dilahirkan di Melaka

Krishnan Anak awak layak untuk mendapat taraf kerakyatan

Bagaimanakah kerakyatan tersebut diperoleh?

ms A Jus Soli

135 B Secara pendaftaran C Melalui permohonan D Secara automatik

19. Pada 1 Februari 1948 Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk.Apakah kesan pembentukan persekutuan tersebut?

ms A Sultan kehilangan kuasa 136 B Syarat kerakyatan lebih liberal

C Gabenor mengetuai pentadbiran D Kuasa raja-raja Melayu dikembalikan 20. Apakah kebaikan penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC) kepada penduduk Persekutuan Tanah Melayu

ms A Mendapat peluang mentadbir kerajaan 137 B Mengekalkan pentadbiran tradisional C Mendapat pengiktirafan kuasa besar D Mewujudkan kerjasama antara kaum

• Majlis Mesyuarat Perundangan terdiri pelbagai kaum

• Sebuah Majlis Raja-raja dibentuk

• Majlis Mesyuarat Persekutuan dibentuk

55 Bahagian B: Soalan Struktur

1. Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan bagi menggantikan Malayan Union 1946 yang ditolak oleh penduduk tempatan. Sebuah Jawatankuasa Kerja dibentuk untuk merangka perjanjian persekutuan Tanah Melayu.

a. Nyatakan matlamat penubuhan jawatankuasa ini

...

.

...

2 markah b.

i.

ii.

Senaraikan wakil UMNO yang terlibat dalam Jawatankuasa Kerja ini

...

.

...

2 markah c.

i.

ii.

iii.

Senaraikan pertubuhan Melayu yang bergabung membentuk Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) ...

...

...

3 markah d. Pada pendapat anda, mengapakah All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) dan PUTERA menolak

perjanjian persekutuan. Tanah Melayu 1948?

...

...

.

...

3 markah

2. PUTERA-AMCJA menentang rangka Perjanjian Persekutuan 1948. Gabungan ini tidak bersetuju dengan pewakilan Jawatankuasa Kerja yang hanya diwakili oleh UMNO, Raja-raja Melayu dan British

a. Apakah yang cadangan PUTERA?

i.

ii.

...

...

2 markah b.

i.

ii.

iii.

Senaraikan cadangan yang dikemukakan oleh AMCJA

...

...

...

3 markah

56

c. Apakah tindakan yang oleh gabungan PUTERA dan AMCJA, apabila British menolak Perlembagaan Rakyat?

...

...

2 markah d. Sebagai warganegara Malaysia, bagaimanakah anda berusaha untuk melaksanakan perpaduan dalam

kalangan masyarakat berbilang kaum?

...

...

.

...

3 markah

Bahagian C: Soalan Esei

1. Sebuah Jawatankuasa Kerja dibentuk pada 25 Julai 1946 untuk merangka perjanjian persekutuan Tanah Melayu.

a. Jelaskan tentang Jawatankuasa Kerja tersebut

4 markah b. Nyatakan cadangan yang kemukakan oleh Jawatankuasa Kerja tersebut kepada kerajaan British

4 markah c.i Pada pandangan anda, mengapakah Gerakan Nasionalis Melayu Radikal dan All Malaya Council of Joint

Action (AMCJA) menentang Jawatankuasa Kerja ini?

6 markah c.ii Pada pendapat anda, mengapakah British tunduk dengan tuntutan orang Melayu dan mengantikan Malayan

Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

6 markah

57 BAB 6: ANCAMAN KOMUNIS DAN

Dalam dokumen SEJARAH TINGKATAN EMPAT (KSSM) NOTA RINGKAS (Halaman 54-59)