• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hantar Ke PPD

KAEDAH PEROLEHAN

B. Keselamatan Sewaktu Menggunakan Alat atau Mesin

Bagi menjamin keselamatan sewaktu menggunakan alat atau mesin, langkah-langkah yang berikut perlu dipatuhi :

i. Jangan menggunakan alat atau mesin tanpa mengetahui cara yang betul bagaimana menggunakannya.

ii. Jangan menggunakan alat atau mesin tanpa izin daripada guru atau pembantu bengkel.

iii. Alat-alat atau mesin yang rosak atau mengalami sedikit kerosakan perlu dibaiki sebelum digunakan.

iv. Peralatan kerja mestilah disimpan di tempat yang betul supaya mudah dicari apabila diperlukan terutama semasa kecemasan.

v. Setelah menggunakan alatan, bersihkan dan letak di tempat asal. vi. Jangan biarkan mesin berfungsi atau hidup tanpa diawasi.

vii. Gunakan penutup muka dan hidung di tempat kerja yang memerlukannya. viii. Patuhi peraturan penggunaan sesuatu peralatan dan mesin walaupun anda

telah biasa dengannya.

ix. Jangan tutup atau buang tanda-tanda arahan dan amaran yang terdapat pada alat-alat atau mesin kerana pengguna lain mungkin tidak mengetahuinya. x. Gunakan alat yang betul untuk menjalankan sesuatu tugas.

xi. Tentukan alat atau mesin itu benar-benar dalam keadaan baik sebelum menggunakannya, uji terlebih dahulu jika diragui keselamatannya.

xii. Jangan cuba membaiki alatan yang rosak tanpa pengetahuan dan kebenaran guru atau pembantu bengkel.

77

Garis Panduan Keselamatan Bengkel 2. Tabiat Kerja Yang Baik

Tabiat atau sikap yang berikut mesti diamalkan semasa menjalankan kerja-kerja amali, seperti :

a. Utamakan kebersihan pada alat atau mesin, tempat kerja atau pakaian. Adakan satu jadual tugas untuk memastikan ianya dipatuhi.

b. Cara berpakaian dititikberatkan bagi menjamin keselamatan pengguna ketika melaksanakan kerja. Pakaian di tempat kerja boleh dikelaskan kepada tiga, iaitu :

i.

Pakaian Am

i.i Pakaian yang sesuai, iaitu tidak terlalu longgar atau terlalu ketat. Pakaian yang terlalu longgar boleh menyebabkan kemalangan kerana mudah tersangkut pada alat dan mesin, terutama pada mesin yang begerak. Pakaian yang terlalu ketat pula menyukarkan pergerakan dan menyebabkan pemakai berasa kurang selesa untuk bekerja.

i.ii Bagi murid lelaki, rambut mestilah pendek dan kemas. Bagi murid perempuan yang berambut panjang pula, rambut hendaklah diikat supaya tidak tersangkut pada mesin yang sedang berputar. Bagi yang memakai tudung, hendaklah menyisipkan tudung ke dalam baju.

i.iii Barang perhiasan seperti jam tangan, cincin dan rantai hendaklah ditanggalkan sebelum kerja dimulakan. Barang-barang tersebut boleh menyebabkan kemalangan akibat tersangkut atau menjadi pengalir elektrik semasa litar pintas berlaku.

ii.

Pakaian Perlindungan

ii.i Kasut yang dipakai hendaklah mempunyai pelindung keselamatan. Kasut ini dapat melindungi kaki daripada terkena serpihan atau sekiranya ditimpa benda berat. Tapaknya yang tebal juga dapat melindungi kaki daripada benda tajam dan tergelincir kerana tapaknya tidak mudah haus.

ii.ii Sarung tangan yang sesuai digunakan ketika memegang bahan kerja atau peralatan bagi mengelakkan kecederaan semasa kerja mengimpal, memotong dan merivet.

ii.iii Apron atau pakaian keselamatan yang diperbuat daripada kulit perlu dipakai bagi mengelakkan kecederaan pada tubuh ketika melakukan kerja mengimpal.

iii.

Peralatan perlindungan

a. Alat pelindung keselamatan yang sesuai seperti gogal (semasa mencanai dan mengerudi) serta pelindung muka (semasa mengimpal arka) , perlu digunakan. b. Sediakan papan tanda amaran bahaya dan arahan cara yang betul

menggunakan sesuatu alat atau mesin.

c. Adakan kotak pertolongan cemas dan mengetahui cara menggunakannya. d. Susun alat dan bahan mengikut tugasnya, letakkan di tempat yang mudah

78

Garis Panduan Keselamatan Bengkel lebih-lebih lagi jika bahan itu boleh meletup, beracun, mudah terbakar dan sebgainya.

e. Sentiasa beringat akan bahaya yang terlibat dan mengambil langkah-langkah keselamatan sebelum memulakan sesuatu kerja.

f. Jalankan kerja mengikut jujukan atau aturan yang telah disediakan.

g. Gunakan alat yang sesuai sahaja dan kembalikan ke tempat asalnya setelah selesai menggunakannya. Laporkan kepada guru atau penyelia sekiranya berlaku kemalangan atau kerosakan yang berlaku.

3. Keperluan Akta Keselamatan Pekerjaan Dan Keselamatan

3.1

Kod-kod Keselamatan Elektrik

Kod-kod keselamatan biasanya telah disediakan oleh pihak yang memberikan sesuatu perkhidmatan, contohnya bekalan elektrik di Negara kita mematuhi peraturan-peraturan elektrik berdasarkan Institut Kejuruteraan Elektrik United Kingdom (I.E.E), peraturan elektrik 1951, peraturan keselamatan ordinan elektrik 1949, peraturan Elektrik lembaga bekalan 1949 dan akta jemaah pemeriksa elektrik pemeriksa elektrik 227 1983, 1984 dan SIRIM.

Sebelum menggunakan kerja pemasangan atau membaiki alat kelengkapan, seseorang juruelektrik mestilah memahami dan membiasakan diri dengan peraturan-peraturan keselamatan yang terlibat untuk melindungi pengguna, peralatan, bangunan dan pemasangan daripada bahaya dan kemalangan.Disenaraikan beberapa contoh kod-kod pemasangan dan baikpulih alat-alat elektrik. Kod ini berdasarkan buku peraturan I.E.E edisi ke-15 dan akta 277, jemaah pemeriksa elektrik 1984.

a. Pemeriksaan dan pengujian hendaklah dijalankan terhadap pemasangan berikut : i. Pemasangan elektrik yang baru.

ii. Penambahan tambahan atau ubahsuaian.

iii. Pemasangan sementara setelah tamat tempohnya. iv. Pemasangan sedia ada setelah tamat tempohnya.

v. Pemasangan sedia ada mengikut permintaan dan arahan.

b. Pengalir dan perkakas yang digunakan mestilah sesuai saiznya pada kadar arus yang diperlukan.

c. Pengalir itu mestilah mempunyai penebatan yang baik dan diberikan perlindungan tambahan jika dirasakan perlu. Fius atau pemutus litar mestilah dipasang pada setiap litar akhir, bagi melindungi arus lebih atau kebocoran arus di litar itu.

d. Suis satu kutub dipasang hanya pada pengalir hidup.

e. Setiap pemasangan mestilah mengadakan suis pemencil yang dapat memutuskan kesemua bekalan di pemasangan sewaktu berlaku kemalangan. f. Di kawasan lembab dan berair pembumi rangka dan kerja logam tetap diadakan,

contohnya paip air, paip gas dan sebagainya.

g. Pendawai elektrik mestilah memperoleh Sijil Pemasangan daripada pihak berkuasa sebelum memasang sesuatu pendawaian.

79

Garis Panduan Keselamatan Bengkel 4. Alat-alat Keselamatan Elektrik

a. Fungsi Pelbagai Alat Keselamatan elektrik

Di antara alat-alat keselamatan elektrik ialah :

Pelindung arus lebih, iaitu fius atau pemutus litar yang ditempatkan dalam kotak fius agihan.

i. Pelindung beban lebih yang dipasang dalam alat pemula motor atau mesin. ii. Pelindung arus bocor ke bumi yang dipasang pada permulaan litar pengguna. iii. Pemencil yang memutuskan bekalan keseluruhan litar dan dipasang di

permulaan litar pengguna.

iv. Pelindung kilat yang melindung pemasangan kabel di bahagian atas bangunan daripada disambar kilat.

v. Pelindung tanpa voltan yang melindung mesin daripada dihidupkan semula secara automatik setelah berlaku gangguan bekalan elektrik.

vi. Pelindung suhu lebih.

Suis-suis ini biasanya ditempatkan berhampiran alat atau beban kecuali ia mempunyai suis kawalan dari tempat lain. Suis-suis kawalan yang dikumpulkan bersama perlu ditanda tugasnya agar mudah dikenal dan dikawal terutama sewaktu kemalangan. Suis-suis kawalan kuasa atau disebut jujukan kawalan pengguna biasanya dipasang bersama di dalam sebuah bilik, stor atau di tepi dinding sebelah pintu masuk ke rumah atau bangunan. Ini bertujuan memudahkan pengguna memutuskan bekalan sekiranya kemalangan, membuat tambahan atau membaiki sesuatu litar.

Antara alat-alat kawalan ialah kotak fius agihan, pemutus litar bocor ke bumi dan suis utama. Alat-alat ini mesti diperiksa dari masa ke semasa terutamanya pemutus litar bocor ke bumi bagi memastikan ianya dalam keadaan baik. Kadaran fius dalam kotak fius ditentukan kadarannya dan sebarang penambahan boleh mengakibatkan litar tidak dapat dilindungi daripada kadar arus yang berlebihan. Suis kawalan alat atau beban yang sedang dibaiki atau tidak boleh digunakan(rosak) mesti diberikan tanda amaran bahaya supaya pengguna lain tidak menghidupkannya.

b. Mematikan suis Kuasa

Mematikan suis kuasa bagi alat atau beban yang tidak digunakan amat baik kerana kita dapat menjimatkan tenaga elektrik. Sebelum mematikannya, berundinglah terlebih dahulu dengan pengguna alat berkenaan, mungkin dia sedang menjalankan sesuatu percubaan atau kerja dan apabila bekalan diputuskan kerja itu akan tergendala.

5. Punca-punca Kemalangan

Kecuaian atau tidak mengikut peraturan keselamatan dalam bengkel boleh menyebabkan kehilangan jiwa, kemusnahan harta benda atau cacat anggota badan. Oleh itu, peraturan keselamatan bengkel perlu diamalkan selalu untuk mengelakkan

80

Garis Panduan Keselamatan Bengkel kemalangan. Jangan sekali-kali memandang ringan akan sesuatu peraturan yang ditetapkan.

5.1

Contoh-contoh kemalangan

Di antara contoh-contoh kemalangan yang sering berlaku di tempat kerja ialah ; a. Tergelincir di lantai tempat kerja, terseliuh, terkehel dan terjatuh.

b. Luka akibat terkena pisau atau benjol kerana terkena barang jatuh.

c. Kecederaan mata kerana serpihan logam atau percikan bahan kimia ke dalam mata.

d. Kebakaran dan letupan akibat litar pintas atau bahan api. e. Kejutan elektrik.

f. Terhantuk, terhempap, tersepit, terketuk sewaktu menukul atau mengangkat barang-barang.

5.2 Sebab-sebab berlakunya kemalangan

Di antara sebab-sebab utama berlakunya kemalangan di bengkel ialah : a. Tidak mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan.. b. Tidak mengendalikan sesuatu alat atau mesin dengan betul. c. Menggunakan sesuatu alat atau mesin yang tidak sesuai.

d. Kejahilan tentang cara-cara membaiki alat, misalnya menggantikan fius berkadaran lebih besar daripada yang sepatutnya.

e. Menggunakan alat-alat yang rosak.

f. Sikap cuai, tergesa-gesa dan tidak memberi tumpuan sepenuhnya semasa bekerja, contohnya bergurau senda dan berkejar-kejaran.

g. Berpakaian yang tidak sesuai dan berambut panjang.

h. Keadaan di bengkel yang kurang sesuai seperti lantai yang berminyak atau basah, lampu yang malap, tempat kerja yang sesak dan sebagainya.

i. Kekurangan alat pemadam api atau alat pemadam api yang tidak berfungsi dengan baik.

j. Sistem-sistem elektrik yang tidak mencukupi k. Kebersihan bengkel yang tidak dijaga dengan baik

l. Renjatan/kejutan elektrik terjadi apabila badan kita menjadi laluan pengaliran elektrik.

6. Punca-punca Kebakaran dan Pencegahan kebakaran

Kebakaran yang berlaku dan terjadi dikaitkan terus kepada kelalaian manusia. Masyarakat sekarang sudah mula cuai dan tidak bertanggungjawab terhadap pencegahan kebakaran. Mengikut statistik yang ada, kadar kebakaran bangunan-bangunan telah bertambah kebelakangan ini.

6.1

Punca-punca Kebakaran

a. Membuang pontong rokok merata-rata tempat. b. Menukarkan kadaran fius dengan yang lebih besar. c. Alat perlindungan litar rosak – PLBB /perangkap kilat.

81

Garis Panduan Keselamatan Bengkel d. Sambungan pendawaian terdedah atau rosak.

e. Percikan bunga api di punca sambungan yang terdedah. f. Kecuaian mengasingkan bahan mudah terbakar.

g. Tidak membersihkan lantai dari tumpahan bahan api. h. Bermain dengan bahan api / punca api – mancis.

6.2

Pencegahan Kebakaran

Alat atau bahan pencegah kebakaran adalah terdiri daripada :

a. Buih (busa) untuk kebakaran bahan api yang sukar dikawal seperti petrol. b. Karbon dioksida (CO2) untuk kebakaran yang disebabkan oleh arus elektrik. c. Air untuk kebakaran bahan pepejal seperti bangunan kayu, sampah-sarap dan

sebagainya.

d. Cecair berwap (BCF) untuk kebakaran pada enjin.

e. Serbuk kering atau pasir untuk kebakaran petrol yang sedang mengalir.

Sesebuah bengkel mestilah mempunyai peraturan keselamatan yang disediakan oleh pihak bomba. Di antara lain, peraturan tersebut adalah :

a. Pintunya mestilah tahan kebakaran. b. Disediakan alat pemadam kebakaran.

c. Diadakan dua pintu masuk dan keluar dari arah yang berlainan.

d. Bangunan yang menggunakan lif, mesti disediakan tangga dari dua arah yang berlainan.

7. Alat Pemadam Api

Alat pemadan api ialah alat yang digunakan untuk memadam kebakaran. Alat pemadam api yang sering digunakan adalah dalam bentuk silinder. Kaedah menggunakan alat pemadam api perlu dipelajari oleh semua pihak agar dapat bertindak dengan cara yang betul.

Biasanya alat pemadam api yang terdapat di tempat kerja digunakan untuk memadamkan kebakaran yang kecil sebelum pihak bomba datang membantu. Adalah satu kesalahan jika mana-mana bangunan tidak menyediakan alat pemadam api kerana ianya amat penting bagi mengelakkan kebakaran kecil daripada terus merebak ke tempat lain.

Pelbagai alat pemadam api yang boleh digunakan untuk memadamkan kebakaran seperti Rajah3. Arahan penggunaan alat pemadam api boleh dibaca pada pelekat di tangki alat pemadam api tersebut.

82

Garis Panduan Keselamatan Bengkel Jenis

kebakaran

Jenis alat pemadam api

Cara menggunakan

Kayu, tilam, kain, kertas, alatan perabot dan seumpamanya.

Kelas A Jenis katrij air

1. Tanggalkan pin penutup.

2. Halakan muncung ke pangkal api. 3. Hampiri tempat kebakaran

4. Tekan tuil. Cecair, petrol, minyak, cat varnish dan seumpamanya. Kelas B Jenis buih(Busa) 1. Goncangkan tabung.

2. Tarik tuil dan pusingkan ke kanan. 3. Terbalikkan tabung.

4. Halakan muncung ke pangkal api. 5. Hampiri tempat kebakaran.

Elektrik, jentera, papan suis, pengubah, jentera pendingin udara dan sebagainya. Kelas C

Jenis karbon dioksida

1. Tanggalkan pin keselamatan.

2. Halakan corong ke pangkal api. 3. Tekan tuil

4. Hampiri tempat kebakaran 1. Putar penutup ke kiri.

2. Halakan corong ke pangkal api. 3. Hampiri tempat kebakaran. 4. Halakan muncung ke pangkal api. 5. Tekan tuil.

Bahan kimia seperti natrium, kalium dan kalsium.

Kelas D Jenis serbuk kering

1. Tanggalkan pin penutup. 2. Hampiri tempat kebakaran

3. Halakan muncung ke pangkal api. 4. Tekan tuil.

1. Tarik getah penutup. 2. Hentakkan penebuk.

3. Hampiri tempat kebakaran.Halakan ncung ke pangkal api.Tekan tuil.

83

Garis Panduan Keselamatan Bengkel 8. Langkah–langkah keselamatan semasa mengendalikan bahan yang mudah

terbakar.

Di antara langkah pencegahan kebakaran adalah seperti berikut :

a. Bahan-bahan yang mudah terbakar hendaklah disimpan di tempat lain yang selamat dan apabila telah digunakan, kembalikan ke tempat asalnya.

b. Alat-alat pemadam kebakaran janganlah tersorok. Ia hendaklah diuji dari masa ke semasa dan disediakan mengikut jenis kebakaran yang mungkin terjadi. c. Jangan nyalakan api semasa bekerja terutama di bilik mengecas bateri atau stor

menyimpan bahan-bahan yang mudah terbakar dan meletup, termasuk menyalakan punting rokok.

d. Bekas-bekas, tong, tin atau botol bahan yang mudah terbakar hendaklah dibuang atau disimpan di tempat yang selamat.

e. Lantai yang berminyak atau tapak tumpahan bahan yang mudah terbakar hendaklah dibersihkan dengan segera.

f. Jika terdapat kabel, perkakas atau pendawaian yang pecah, ia hendaklah dibaiki dengan segera sebelum digunakan.

g. Gunakan pakaian dan alat-alat yang mempunyai ketahanan haba/kebakaran jika bekerja di kawasan yang mudah terbakar.

h. Adakan latih tubi kebakaran supaya anda tahu bagaimana menyelamatkan diri apabila berlaku sesuatu kebakaran.

9. Latih Tubi Kebakaran

Antara perkara penting dalam latih tubi kebakaran ialah mengenali bunyi tanda amaran kebakaran yang biasanya bunyi loceng berterusan. Kemudian mereka yang terlibat dikhendaki berkumpul di kawasan lapang yang selamat, contohnya padang di mana arahan-arahan selanjutnya akan diberikan.

Mereka yang terlibat perlulah menghubungi orang-orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka dan meminta bantuan kecemasan daripada pihak bomba, ambulans dan sebagainya. Sebaiknya hubungi mereka secara terus atau menggunakan panggilan telefon.

Sewaktu menggunakan alat pemadam api, mereka mestilah mengetahui bagaimana menggunakannya dan jenis yang hendak digunakan.

Berikan pertolongan cemas seberapa segera kepada mangsa-mangsa yang terlibat dan jangan tunggu kehadiran pasukan pertolongan cemas atau ambulans.

10. Pertolongan Cemas dan Kaedah Pemulihan

Pertolongan cemas ditakrifkan sebagai bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikan kepada seseorang yang tercedera dalam sebarang bentuk kemalangan

84

Garis Panduan Keselamatan Bengkel atau mengalami kecemasan atau sakit secara mengejut sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan.

Semua orang perlu mempunyai pengetahuan asas tentang pertolongan cemas supaya dapat membantu sekiranya mpat kemalangan di tempat kerja. Di samping itu, tempat kerja juga perlu dilengkapi dengan peti pertolongan cemas.

10.1

Peti Pertolongan Cemas

Peti petolongan cemas hendaklah diletakkan di tempat yang mudah diperolehi. Ubat-ubatan yang terdapat dalam peti pertolongan cemas mestilah disimpan dengan baik dan sentiasa dikemaskini.

Senarai ubat-ubatan dan kelengkapan dalam kotak peti pertolongan cemas perlu ada serta kegunaannya.

Bil Alat/Ubat Kegunaan

1. Kain Anduh Mengampu lengan yang patah atau terseliuh. 2 Kain Pembalut Kasa Membalut luka atau anggota yang terseliuh.

3. Gunting Memotong.

4. Larutan Flavin Merawat luka.

5. Larutan Antiseptik Merawat luka. 6. Krim Antiseptik Merawat luka.

7. Kapas Mencuci luka serta menyapu ubat pada luka. 8. Penampal Luka (Plaster) Mencuci luka serta menyapu ubat pada luka. 9. Krim Burnol Merawat luka terbakar dan melecur/melepuh. 10. Minyak panas Melegakan kesakitan akibat patah atau

terseliuh.

11. Kaedah Pemulihan

Apabila berlaku kecederaan seperti luka dan melecur, rawatan segera hendaklah diberikan kepada mangsa sebelum bantuan perubatan tiba. Antara rawatan awal yang perlu :

a. Rawatan Luka

i. Sapukan ubat antiseptik pada bahagian luka ii. Lekatkan penampal luka pada bahagian yang luka.

iii. Sekiranya berlaku luka yang besar, balutkan dengan kain kasa. iv. Jika darah keluar terlalu banyak, tambahkan balutan kain kasa.

v. Tinggikan bahagian anggota yang berdarah untuk memperlahankan pengaliran darah sementara bantuan perubatan tiba.

85

Garis Panduan Keselamatan Bengkel

Dokumen terkait