• Tidak ada hasil yang ditemukan

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Dalam dokumen Kepentingan Komunikasi Yang Berkesan (Halaman 68-75)

5.1 Pengenalan

Didalam pencapaian objektif yang pertama , kajian literatur menjadi salah satu sumber utama selain temubual dan pemerhatian sendiri yang telah dijalankan. Kajian terhadap proses komunikasi yang biasa dijalankan ditapak bina adalah penting untuk mengetahui samada perjalanannya lancar atau sebaliknya. Kajian mengenai bentuk-bentuk komunikasi yang biasa dijalan kan ditapak bina dan masalah-masalah yngg menjadi punca kegagalan komunikasi dapat di capai dengan kaedah soal selidik.

Kaedah penganalisaan adalah dengan menggunakan purata indeks data dari borang soal selidik sebagaimana yang telah diterangkan dalam bab 3 sebelum ini. Pada keseluruhannya kajian ini telah berjaya mencapai keempat-empat objektif yang terdapat dalam bab 1 iaitu:

1. Mengkaji peroses komunikasi ditapak bina.

2. Mengkaji bentuk-bentuk serta kaedah komunikasi yang dijalankan ditapak bina 3. Mengenalpasti masalah kumunikasi diantara pihak kontraktor terhadap pihak klien.

4. Mengenalpasti masalah komunikasi diantara pekerja terhadap pihak kontraktor.

5.2 Kesimpulan

Daripada kajian yang dijalankan dengan kaedah soal selidik, temubual dan literatur didapati bahawa kesimpulan kajian adalah seperti berikut.

1. Kajian tentang proses komunikasi ditapak bina.

Menngkaji tentag proses kumunikasi adalah merupakan objektif pertama kajian ini. Didalam kajian ini didapati perjalanan proses komunikasi ditapak bina kebanyakan berlaku secara terus yang mana ianya tidak menggunakan saluran media malah melalui saluran pendengaran iaitu cara lisan . Pengirim dapat menghantar maklumat secara lisan kepada penerima . Maklum balas dari pihak penerima dapat diketahui dngan cepat dan ini memberi kelebihan kepada pihak pengirim untuk mebuat ubahsuai maklumat jika perlu .Maklum balas ini sangat mustahak kepada pihak pengirim untuk menilai maklumat yang dikirim samada diterima atau difahami olih penerima. Walaubagaimana pun terdapat banyak ganggua-gangguan kepada proses komunikasi ini ditapak bina . Didalam konteks persekitaran suasana tenpat pembinaan kebisingan dan kepenatan para pekerja menjejaskan kelancaran proses komunikasi tersebut. Kadang kala kontraktor memberi maklumat kepada pekerja melalui saluran telefon dan disebabkan tapak bina berada agak jauh sistem saluran tersebut tidak jelas serta menggangu kelacaran proses komunikasi dan penerima tidak dapat menerima maklumat dengan jelas.

Didalam kajian ini didapati perjalanan proses komunikasi ditapak bina ini berjalan agak lancar walaupun terdapat gangguan–gangguan dipersekitaran tempat kerja.

2. Mengkaji bentuk- bentuk komunikasi ditapak bina.

Mengkaji tentang bentuk-bentuk serta kaedah dan cara komunikasi ditapak bina merupakan obkektif yang kedua kajian ini. Bentuk-bentuk komunkasi ini sangat penting kerana kegagalan pemilihan bentuk serta kaedah yang betul dan bersesuaian dengan keadaan akan menggagalkan proses komunikasi. Dalam kajian ini melalui kaedah soal selidik didapati bentuk serta kaedah yang biasa digunakan adalah kaedah lisan dengan cara perbincnngan dan turutan kutamaan nya seperti jadual 5.1 dibawah:

Jadual 5.1 : Bentuk komunikasi mengikut keutamaan ditapak bina. Pihak-pihak terlibat kaedah cara

Antara perunding terhadap kontraktor 1. Lisan perbincangan

2. bertulis memo 3. bukan lisan isyarat Antara kontraktot terhadap pekerja 1. Lisan perbincangan 2. Bertulis nota

3. Bukan lisan isyarat Antara pekerja terhadap kontraktor 1. Lisan perbincangan 2. Bertulis nota

3. Bukan lisan isyarat Antara pekerja terhadap pekerja 1. Lisan perbincangan 2. Bukan lisan isyarat 3. Bertulis nota

Berdasarkan jadual 5.1 diatas didapati kebanyakkan pihak –pihak yang terlibat dengan pembinaan projek pembangunan didaerah Gua Musang, Kelantan

mengutamakan kaedah lisan untuk berkomunikasi ditapak bina.

Bagi pihak perunding mengikut jadual diatas mengutamakan kaedah lisan dengan cara atau menggunakan media penyampai cara perbincangan tesrus diikuti dengan kaedah bertulis dengan cara memo dan bukan lisan.

.Bagi pihak kontraktor juga mengutamakan lisan cara perbincangan diikuti berttulis cara nota dan bukan lisan memilih cara isyarat untuk berkomunikasi dengan pekerja mereka.

Bagi pekerja untuk berkomunikasi dengan kontraktor pilihan utama adalah kedah lisan melalui perbincanagan diikuti dengan bertulis cara nota dan bukan lisan cara berisyrat. Bagi pekera dengan pekerja kaedah lisan cara perbincangan juga jadi pilihan utama diikuti dengan bukan lisan cara isyarat dan bertulis cara nota.

Dengan ini dapat disimpulka bahawa bentuk komunikasi yang kerap dijalankan ditapakbina diantara pihak perunding, kontraktor dan para pekerja adalah berlentuk lisan dengan cara perbingangan dan pilihan kedua mereka adalah berbentuk bertulis dan pilihan terakhir berbentuk bukan lisan . Walaubagaimana pun bagi pihak pekerja dengan pekerja pilihan kedua mereka adalah bukan lisan berbanding dengan bertulis. Bersesuaianlah dengan keadaan tapak pembinaan penggunaan bentuk lisan diutamakan kerana ianya dapat berkomunikasi secara terus dan dapat maklum balas dengan cepat daripada pihak pekerja.

3. Mengenalpasti masalah kegagalan komunikasi diantara pihak kontraktor terhadap perunding.

Mengkaji tentang masalah yang biasa dihadapi olih pihak kontraktor

terhadap pihak perunding adalah merupakan objektif yang ketiga kajian ini. Kajian ini sangat penting kerana kegagalan kontraktor menerima maklumat daripada pihak perunding dengan tepat akan memindahkan maklumat tersebut kepada

pekerja mereka. Dengan itu menyebabkan maksud sebenar pihak perunding tidak akan kesampaian.

Bagi memenuhi objektif ketiga ini iaitu mengkaji masalah-masalah utama komunikasi diantara pihak kontraktor terhadap pihak perunding , berikut disenaraikan masalah –masalah utama yang diperolihi daripada soal selidik terhadap pihak kontraktor.

1. Cara penyampaian yamg lemah menybabkan maksud yang hendak disampaikan tidak difahami.

2. Terlampau banyak maklumat yang disampaikan menimbulkan masalah pemahaman dan kekeliruan.

3. Sebutan perkataan yang kurang jelas yang mengakibatkan penerima tidak faham dan tidak dapat menerima mesej tersebut dengan baik.

4. Terdapat arahan yang datang melalui banyak tahap dan berlaku perpindahan maklumat menyebabkan maklumat yang sampai kepada penerima berkurangan dan kurang tepat.

5.Jarak penyampai maklumat dan penerima agak jauh.

6. Cara pemilihan kaedah komunikasi yang kurang sesuai dengan masa dan kedaan.

7. Masalah status contohnya pekerja baru dengan yang lama.

8. Penggunaan bahasa yang berlaianan diantara pengirim dan penerima. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa masalah kelemahan disegi penyampaian maklumat daripada pihak perunding merupakah masalah utama yang menggagalkan komunikasi pihak kontraktor terhadap pihak perunding.

4. Mengenalpasti masalah –masalah kegagalan komunikasi pihak pekerja terhadap kontraktor.

Mengkaji masalah kegagalan komunikasi antara pekerja terhadap pihak

kontraktor adalah merupakan objektif keempat bagi kajian ini. Dengan kajian ini kita dapat mengetahui punca utama kegagalan komunokasi diantara pekerja terhadap kontraktor dan ianya sangat penting bagi pekerja untuk menerima maklumat yang tepat untuk menjalan kan mereka di tapak bina. Setelah analisa dijalankan didapati pilihan utama punca kegagalan tersebut adalah sepeti yang disenaraikan dibawah ini mengikut turutan keutamaannya.

1. Arahan dan penyampaian yang lemah

2. jarak penyampai maklumat dengan penerima agak jauh

3. Kontraktor jarang berada ditapak dan masa komunikasi yang terhad.

4. Terlampau banyak maklumat yang disampaikan akan menimbulkan masalah pemahaman dan kekeliruan.

5. Cara pemilihan kaedah komunikasi yang kurang sesuai dengan masa dan kedaan.

6. Sebutan perkataan yang kurang jelas menyebabkan penerima tidak faham. 7. Terdapat arahan yang datang melalui banyak tahap dan berlaku perpindahan maklumat menyebabkan maklumat yang sampai ke[pada penerima berkurangan dan kurang tepat.

8. Penggunaan bahasa yang berlainan diantara penyampai dan penerima .

Dengan turutan keutamaan masalah komunikasi diatas dapat simpulkan

bahawa para pekerja dtapak bina tidak berpuashati dengan penyampaian maklumat olih kontraktor dan dituruti oleh jarak dengan kontraktor agak jauh kerana perojek didaerah Gua Musang ini biasanya dipendalaman . Masalah diberi keutamaan yang ketiga adalah kontraktor jarang berada ditapak jadi masa untuk berkomunikasi adalah terhad .

Komunikasi yang berkesan sebenarnya diperlukan dan menjadi tanggong jawab semua pihak yang terlibat didalam sesuatu organisasi terutamanya pihak perunding, kontraktor dan para pekerja. Keberkesanan ini dapat dinilai daripada hasil atau pencapaian yang diinginkan.

Kajian ini hanya mengkaji proses dan bentuk komunikasi serta masalah kegagalan komunikasi diantara kontraktor terhadap perunding, pekerja terhadap kontraktor. Olih kerana komunikasi ini terlibat dengan semua anggota dalam organisasi maka kajian ini sepatutnya meluas dan menyeluruh terhadap kesemua pihak dengan terperinci .

Garis panduan berikut menolong sedikit sebanyak untuk mengatasi kepada kegagalan komunikasi ditapak bina.

1. Pengirim mestilah memahami dengan jelas sesuatu maklumat yang hendak dikirimkan supaya dapat diubahsuai maklumat tersebut dalam bentuk yang senang difahami olih penerima tanpa perubahan maksudnya.

2. Pengirim sepatut nya mengkaji atau memahami sedikit sebanyak keadaan penerima ssamada ianya berkemampuan atau dapat memberi perhatian untuk menerima mesej yang hendak disampaikan.

3. Komunikasi berkesan merupakan tanggongjawab bersama pengirim dan juga penerima. Olih itu penjelasan yang baik dan perhatian yan teliti adalah aspek yang perlu untuk mempastikan keberkesanan komunikasi.

Dengan ini penulis berharap kajian ini dapat dilanjutkan melalui kajian kes yang lain dan mengkaji masalah –masalah yang melibat semua pihak didalam sesebuah projek pembinaan dengan lebih terperinci lagi.

Diharap masalah komunikasi yang telah dikenalpasti ini dapat diperbincangkan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam membantu meningkatkan keberkesanan konsep perlaksanaan komunikasi dan seterusnya melancarkan perjalanan aktiviti-aktiviti di tapak pembinaan.

Dalam dokumen Kepentingan Komunikasi Yang Berkesan (Halaman 68-75)

Dokumen terkait