• Tidak ada hasil yang ditemukan

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Dalam dokumen Laporan Akhir Projek Kejuruteraan Awam (Halaman 30-37)

4.1 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, daripada kajian yang telah dijalankan didapati bahawa sifat mekanikal, sifat kerosakan dan kesan impak bagi gentian kaca dari ketebalan 40mm iaitu 3 lapisan menunjukkan kesan yang lebih baik dari segi kekuatan bahan dan impak jika dibandingkan dengan gentian kaca dari ketebalan 15mm iaitu 2 lapisan. Bagi panjang bot yang berukuran 15 kaki ketebalan optima ialah 40mm (3 lapisan) manakala bagi bot 22 kaki panjang,ketebalan optima yang sesuai adalah 4 lapisan(55mm). Sifat rintangan anggota fiber terhadap daya lenturan bergantung kepada kandungan gentian kaca dan kandungan kaca.

Jadual dibawah menunjukkan kekuatan lenturan gentian kaca berdasarkan jenis-jenis susunan gentiannya.

Kaca

 – 

E Kaca

 – 

S Kaca

 – 

AR

Kekuatan Tegangan (MPa) 3500-3600 4100 1800-3500 Modulus Keanjalan (GPa) 74-75 85 70-76 Pemanjangan (%) 4.8 - 2-3 Ketumpatan (kg  /m3) 2600 2500 2270 Ukurlilit (m) 8-12 - 8-12

Jadual 4.1.1 Kekuatan Mekanikal Gentian Kaca

Jenis Sebatian

Sebatian Kimia

Karbon Aramid Kaca

Asid Hidraklor GP-Grade Pitch HP-Grade Pitch HT-Type Pan HM-Type Pan Kevlar 49 E-Kaca R-Kaca Sulfirit B A A A D D -Nitrit A A A A D D

-Alkali Hidroklor Sodium B A A A D D -Air Garam A A A A B C B Bahan Organik  Terlarut Actone A A A A A C -Benzena A A A A A A -Gasolin A A A A A A

-Jadual 4.1.2 Katahanan Terhadap Bahan Kimia

A- Terbaik, B- Baik, C- Sederhana, D- Tidak Baik 

Susunan Gentian Kaca Kandungan Kaca(%) Kekuatan Lenturan(N/mm2)

Tiada 0

“Chopped strand mat” 32 – 35 100 – 135

“Wowen rovings” 60 – 65 175 – 235

“Plain weave fabrics” 60 – 65 275 – 290

“Satin weave fabric” 60 – 65 345 – 415

“Directional weave fabric” 65 – 70 380 – 550

“Directional rovings” 70 – 75 1050 – 1100

Jadual 4.1.3 Jenis-jenis susunan gentian kaca dan kekutan lenturan

4.2 Cadangan

Daripada kajian yang dilakukan, penggunaan gentian kaca di dalam konteks kejuruteraan telah mula berkembang maju terutamanya dalam mengaplikasikan secara material. Selain

daripada pembuatan bot, gentian kaca juga digunakan untuk membuat tempat rekreasi bagi menarik pelancong dalam dan luar negara disamping dapat menambahkan pendapatan negara contohnya di Melaka, menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd, Ali Rustam (rujuk artikel), Teksi Air telah diperkenalkan bagi tujuan pelancongan dan di Sarawak juga akan mula diperkenalkan ekoran daripada Tebingan Sungai Sarawak (Waterfront) yang sedang pesat dibangunkan.

Kajian mengenai gentian kaca untuk kegunaan pelbagai perlu diteruskan dan dikembangkan ke tahap yang lebih tinggi bagi mencapai kemajuan dari aspek industri, komunikasi dan sebagainya. Disamping itu, kajian seperti ini haruslah diterapkan di dalam bidang pendidikan terutamanya di peringkat universiti-universiti untuk meningkatkan teknologi penyelidikan dan mempunyai daya saing yang produktif.

RUJUKAN

    

Buku: Pengujian Bahan Dan Struktur: Mahyuddin Ramli: M.Sc. Construction

Engineering (Leeds), B.E.Hon. Civil Engineering (UTM): Dewan Bahasa & Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur (1992)

    

Buku: Asas Senibina Kapal, Kestabilan Kapal, Mohd Ramzan Mainal, Unit

Penerbitan Akademik Universiti Teknologi Malaysia(1990)

    

Buku: Elemen Rekabentuk Kapal, Mohd. Pauzi Abdul Ghani, Mohd. Nazri Mohd

Jaafar.

    

Title: Hubungan Sifat Mekanik Dengan Morfologi Komposit Terisi Termoplastik 

Kitar Semula Bertetulang Gentian Dan Zarah Kaca -E Authors: Awaluddin Thayab Advisors: Prof. Dr. Che Husna Azhari Issue Date: 2008

    

THESIS: A Case Study of Air Permitting in the Fiberglass Reinforced Plastic

Towler (DEGREE: Master of Arts) COLLEGE: Sciences and Humanities DATE December, 2009

    

Muhamad Khairul Izzat , Muhammad Atan (2009) Effect of different build 

orientation on mechanical properties of fiberglass reinforced composite.EngD thesis, Universiti Malaysia Pahang.

    

Noonilaiwati Bt. Rosli (2006 May) Characterization of Fiberglass Impregnation,

National Technical University College of Malaysia for the Degree of Bachelor of  Manufacturing Engineering (Honors) (Manufacturing Process)

    

http://en.wikipedia.org/wiki/Fiberglass

    

http://en.wikipedia.org/wiki/Strength_of_glass

    

http://ms.wikipedia.org/wiki/Gentian_kaca

    

http://ms.wikipedia.org/wiki/Motorbot

    

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perahu-perahu_orang_Melayu

    

http://www.fiberglassafi.com/fiberglass-properties.htm

LAMPIRAN

ARKIB : 01/10/2009

Melaka perkenal teksi air pertama di Asia

MELAKA 30 Sept. - Sungai Melaka terus menjadi tarikan orang ramai termasuk pelancong apabila sebuah lagi pengangkutan awam dikenali teksi air mula beroperasi hari ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd, Ali Rustam berkata, teksi air akan dijadikan sebagai sistem pengangkutan awam dalam usaha mengatasi kesesakan jalan raya di Banda Hilir yang sering berlaku pada cuti umum dan hujung minggu.

Menurut beliau, mengikut peran cangan, teksi itu akan beroperasi sepenuhnya tahun depan bermula dari Melaka Sentral melalui Taman Rempah hingga ke muara sungai yang terletak di Banda Hilir. Katanya, perkhidmatan itu akan diperluaskan ke Pulau Upeh, Perkampungan Portugis dan Pulau Besar. ''Sebagai permulaan dan

PERKHIDMATAN teksi air yang baru diperkenalkan mampu menjadi nilai tambah kepada industri pelancongan kepada negeri Melaka.

percubaan sebuah teksi air digunakan untuk laluan dari Taman Rempah hingga ke muara sungai di Banda Hilir. ''Laluan ke Pulau Upeh, Pulau Besar dan Perkampungan Portugis akan diuji dalam tempoh dua minggu ini untuk melihat keupayaan bot yang digunakan termasuk tempoh dan kadar bayaran yang akan dikenakan," katanya Mohd. Ali berkata demikian ke pada pemberita selepas melancarkan teksi air di Taman Rempah di sini hari ini. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Baharom Majid. Teksi air yang beroperasi di Sungai Melaka dimiliki oleh PPSPM yang turut mengendalikan perkhidmatan Bot Melaka River Cruise yang di perkenalkan Jun 2005. Teksi air dibeli dari Syarikat Waterwave Manchester di London bernilai RM280,000 boleh memuatkan 16 penumpang pada satu-satu masa. Menggunakan dua enjin jenis Honda V Tech 2.4, berharga RM99,000 dengan pecutan 300 kuasa kuda, teksi air dapat memendekkan perjalanan daripada 45 minit menaiki Bot Melaka River Cruise kepada 15 minit.

Sebagai permulaan kata Mohd. Ali, PPSPM hanya membeli sebuah bot untuk digunakan sebagai percubaan sehingga hujung tahun ini. Beliau berkata, apabila kerja-kerja membaiki  jambatan Hang Jebat siap, teksi air akan dapat digunakan bermula dari Melaka Sentral. ''Saya

yakin teksi air akan menjadi pengangkutan awam terbaik kepada pelancong dalam dan luar negara termasuk penduduk di sini untuk pergi ke Banda Hilir tanpa perlu melalui kesesakan pada hujung minggu," katanya.

Secara tidak langsung, katanya, perkhidmatan teksi air akan menjadi nilai tambah kepada produk pelan congan di sepanjang Sungai Melaka. "Selain menjadi tarikan pelancong, ia akan memudahkan orang ramai bergerak dalam balam bandar Melaka tanpa perlu menaiki teksi ataupun bas. "Bermula hari ini, ia beroperasi dari Taman Rempah hingga ke Muara Sungai Melaka dan akan diperluas kan perkhidmatan sehingga ke Melaka Sentral termasuk beberapa pulau sekitar Selat Melaka tidak lama lagi," katanya.

Mengenai kadar tambang pula, katanya, buat masa ini PPSPM mengenakan kadar tambang RM10 dari Taman Rempah ke Muara Sungai Melaka. Bagi perjalanan ke Pulau Upeh, Pulau Besar dan perkampungan Portugis pula, beliau berkata, kadar tambang itu di peringkat kajian oleh PPSPM. "Kita sedang melihat harga yang sesuai mengikut lokasi yang dituju. Kalau permintaan tinggi, kita akan tambah bilangan bot laju ini yang akan dibeli dari China kerana harganya lebih murah,'' katanya. Sementara itu, Pengurus Operasi River Cruise Melaka, Sulaiman Daud berkata, teksi air itu dijangka beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 10 malam. Sebelum ini, katanya, Melaka telah mempunyai 33 buah bot yang digunakan untuk menyusuri Sungai Melaka. ''Ia juga dirancang untuk dijadikan pengangkutan ke sembilan buah pulau di sekitar negeri ini," katanya ketika ditemui di pejabat UMW Toyota, Shah Alam, Selangor, semalam.

Artikel dari arkib Utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sab ah_%26_Sarawak&pg=wb_01.htm

Hasil gentian kaca sekuat besi

Oleh Abdul Rashid Abdul Rahman utusansabah@utusan.com.my

KOTA KINABALU 29 Jan. - Percaya atau tidak, gentian kaca mampu menyamai kekuatan besi berdasarkan pada momentum hentakan.

Pada asasnya bahan yang berasal daripada pasir

dan kaca itu amat biasa dan tidak mungkin dapat menyamai kekuatan besi yang pejal dan keras. Malah kerana keadaannya yang agak fleksibel, gentian kaca biasanya digunakan untuk membuat badan kenderaan air seperti bot. Namun Galeri Penyelidikan Pusat Bahan dan Mineral (CMM) Universiti Malaysia Sabah (UMS) membuktikan bahawa teknologi dapat mengubah segala impian menjadi kenyataan.

Menurut Dekan Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat UMS, Prof. Madya Dr. Rosalam Sarbatly, hasil penyelidikan dan ujian yang dilakukan sejak beberapa tahun lalu di pusat itu telah berjaya menghasilkan gentian kaca sekuat besi. "Sebenarnya sekali imbas gentian kaca yang dipamerkan ini tiada perbezaan tetapi dengan kajian dan penyelidikan yang dilakukan di sini ia menjadi sekuat besi. "Kajian dan penyelidikan itu dibuat beberapa penyelidik muda tempatan seperti, Yoong Hou Pin dan Choong Wai Heng," katanya.

Beliau memberitahu, gentian kaca itu amat sesuai digunakan dalam pelbagai industri termasuk pengangkutan kerana bukan sahaja kuat dan anjal tetapi murah serta lebih ringan berbanding besi. Malah ujarnya, keanjalan bahan berkenaan juga menyebabkan ia lebih selamat dalam berhadapan dengan hentakan berbanding besi. Jelas Rosalam, kejayaan itu hanya sebahagian daripada hasil penyelidikan yang berjaya dihasilkan oleh penyelidik tempatan di CMM. Katanya, pelbagai lagi hasil penyelidikan yang bertaraf antarabangsa telah dihasilkan di pusat yang ditubuhkan pada 15 Mac 2006 itu. "Pusat ini menjalankan program penyelidikan berorientasikan bahan dan mineral merangkumi penerokaan, pengeksploitasian dan juga penggunaannya secara efisien dalam industri tempatan dan antarabangsa. "Jadi CMM adalah sebahagian daripada proses peningkatan kualiti dan prestij antarabangsa yang akan merangsang program pendidikan, penyelidikan dan pengkomersialan di UMS," katanya.

DR. Rosalam Sarbatly menunjukkan antara bahan untuk menghasilkan smart membrant di UMS, baru-baru ini.

Beliau berkata, sehingga kini CMM mempunyai 40 tenaga penyelidik daripada Sekolah Kejuruteraan dan Sekolah Sains Teknologi. Selain itu katanya, CMM turut memiliki beberapa penyelidik muda yang sedang menjalankan penyelidikan di peringkat sarjana dan doktor falsafah di dalam UMS mahupun luar negara. Ditanya jumlah produk yang telah dipatenkan, beliau berkata, setakat ini hanya beberapa produk telah dipaten untuk dikomersialkan. "Bagaimanapun ini bukan bermaksud kita kekurangan bahan untuk dipaten tetapi hanya bahan tertentu sahaja kita pilih untuk dipaten kerana tidak mahu formulanya diambil pihak lain," katanya.

Tambahnya dalam usaha memperkembangkan peranan pusat itu, pihaknya turut mengadakan kerjasama dengan pelbagai universiti terkenal di luar negara seperti Universiti Nottingham dan Universiti Lancaster di United Kingdom. Dalam pada itu, Rosalam berkata, pihaknya juga sedang merancang pelbagai usaha bagi memperkasakan lagi pusat tersebut dalam usaha membantu pembangunan masyarakat khususnya di negeri ini. Jelasnya, pelbagai usaha akan dibuat bagi memartabatkan lagi pusat itu sebagai pusat penyelidikan terulung di negeri ini. "Walaupun sudah tiga tahun ditubuhkan, fungsi dan peranan pusat ini di UMS sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan masih belum dipublisitikan secara meluas. "Galeri penyelidikan ini diharap akan membolehkan warga UMS dan masyarakat di Sabah khususnya mengetahui peranan CMM sebagai sebuah pusat kecemerlangan penyelidikan yang terdapat di negeri ini," katanya.

Sementara itu, katanya, beliau berharap galeri itu akan menjadi sebuah tempat yang mesti dikunjungi oleh sesiapa sahaja yang datang ke negeri ini sama ada ahli akademik atau pun orang awam. "Harapan saya fungsi dan peranan galeri ini mampu menjadikan ia sebagai sebuah lokasi untuk dikunjungi sambil menambah pengetahuan berkaitan kajian bahan dan mineral," ujarnya.

Tangki-tanki fiberglass 

Dalam dokumen Laporan Akhir Projek Kejuruteraan Awam (Halaman 30-37)

Dokumen terkait