• Tidak ada hasil yang ditemukan

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Kesimpulan Kajian

Secara keseluruhannya kajian ini membincangkan mengenai memperkasakan

Orang Melayu di Kubang Pasu, Kedah melalui program IKS. Penubuhan IKS

merupakan satu alternatif untuk membantu orang Melayu dalam mempertingkat

ekonomi serta taraf sosial. Pelaksanaan program yang dilaksanakan oleh IKS iaitu

KEDA sendiri telah mengerakkan perkembangan serta dilihat membantu orang

Melayu dalam menjalankan perniagaan sekaligus dapat meningkatkan taraf

sosioekonomi. Lantaran itu, kewujudan program yang dilaksanakan oleh IKS telah

membantu memperkasakan orang Melayu dengan pemberian maklumat serta

bantuan-bantuan dan latihan kepada mereka. Di samping itu juga, kewujudan program-

program baru telah membantu memantapkan lagi usahawan IKS dan memperkasakan

mereka kepada yang lebih berkualiti dan bermutu dengan hasil pengeluaran produk

oleh mereka. Hasil dapatan kajian diperolehi menunjukkan bahawa

usahawan-usahawan orang Melayu yang terlibat secara langsung dalam IKS dan telah

menceburkan diri dengan program-program yang ditawarkan oleh IKS telah

41

Selain itu juga, program IKS ini dilihat sebagai pencetus tunggak kejayaan

bagi orang Melayu untuk meningkatkan taraf sosioekonomi supaya lebih menjamin

masa hadapan. Program IKS ini juga memberi pendedahan kepada orang Melayu

cara-cara untuk terlibat dalam perniagaan seterusnya memberi bantuan supaya dapat

memperkasakan orang Melayu untuk menjalankan perniagaan sendiri dengan bantuan

daripada pihak IKS.

Melalui hasil dapatan kajian yang diperolehi pengkaji melihat program IKS

telah membantu memperkasakan orang Melayu di Kubang Pasu. Hal ini dapat dilihat

dari segi bantuan dan latihan yang diberikan kepada usahawan orang Melayu.

Buktinya, responden telah memberi dan menyambut dengan baik kemudahan yang

diberikan oleh IKS. Ini menunjukkan bahawa IKS membantu orang Melayu untuk

menjalankan perniagaan serta mengembangkan perniagaan ke pasaran yang lebih luas

dengan bantuan-bantuan program yang diberikan oleh IKS dapat memperkasakan

orang Melayu.

5.2 Cadangan

Cadangan pertama oleh pengkaji ialah terhadap agensi IKS. Pengkaji

berpendapat pihak IKS harus mempelbagaikan program-program baru kepada

usahawan serta masyarakat. Wajarnya adalah dengan pengenalan program baru yang

dilaksanakan oleh pihak IKS dapat menarik minat serta penyertaan daripada pelbagai

lapisan masyarakat untuk menyertai program yang disediakan oleh IKS. Di samping

itu juga, pihak IKS boleh mengembangkan rangkaian penyampaian maklumat

mengenai program yang disediakan oleh IKS kepada masyarakat umum kerana

apabila adanya penyampaian maklumat melalui media yang betul dapat membantu

42

Manakala cadangan pengkaji terhadap usahawan ialah sentiasa memberi idea

atau cadangan. Ini bermakna usahawan perlu sentiasa memberi idea atau cadangan

kepada pihak agensi untuk mempelbagaikan atau meningkatkan kualiti program dan

pelaksanaan perniagaan. Pemberian idea atau cadangan ini dapat membantu pihak

agensi untuk menjalankan penyelidikan dalam memajukan serta mewujudkan

program-program yang baru. Di samping itu juga, pemberian idea atau cadangan ini

dapat membantu pihak agensi melihat bagaimana tahap penilaian setelah pemberian

program serta perniagaan yang dijalankan.

Cadangan yang terakhir ialah kepada masyarakat. Pengkaji melihat walaupun

tidak terlibat secara langsung, masyarakat boleh turut serta menyertai

program-program yang ditawarkan oleh IKS. Hal ini kerana, dengan penyertaan ini masyarakat

dapat menambah pengetahuan serta membantu mereka untuk memperkasakan diri

sendiri supaya dapat menjana idea untuk melakukan sesuatu yang baru hasil daripada

penyertaan program-program yang ditawarkan oleh IKS.

Cadangan kepada penyelidik pula ialah memperluaskan lokasi kajian. Ini

bermakna penyelidik yang menjalankan tajuk mengenai IKS perlu meluaskan lokasi

yang ingin di kaji. Dengan perluasan lokasi, penyelidik baru dapat meneroka dengan

lebih meluas dalam bidang IKS.

Selain itu, penyelidik lain boleh juga meneroka tajuk IKS dengan

membandingkan dengan agensi-agensi lain seperti Amanah Iktiar Malaysia dan

sebagainya. Dengan perbandingan ini, penyelidik dapat meneroka satu lagi cabang

43

5.3 Penutup

Hasil kajian yang dilaksanakan ini dapat membantu semua lapisan pihak untuk

menilai keberkesanan IKS dalam memperkasakan orang Melayu. Di samping itu juga,

pengkaji berharap kajian ini memberi sumbangan yang besar kepada agensi serta

orang Melayu untuk meluaskan IKS ini keseluruh dunia dan menimbulkan kesedaran

kepada semua pihak untuk berkecimpung dalam dunia IKS. Justeru itu, pelaksanaan

kajian ini dapat membuka lembaran baru untuk orang Melayu untuk memperkasakan

diri mereka untuk terlibat dalam IKS dengan program-program yang diberikan.

44

RUJUKAN

Buku

Faatland, J., Parkinson, J. & San, R. B. (2002). Dasar Ekonomi Baru Pertumbuhan

Negara dan Pencapaian Ekonomi Orang Melayu. Shah Alam: Spektra.

Hj. Mokhtar Shamsuddin. (1983). Negara Kita: Sejarah, Pentadbiran dan

Dasar-Dasar Pembangunan (Panduan dan Rujukan Peperiksaan Am Kerajaan. Kuala

Lumpur: Jabatan Percetakan Negara.

Mohd Khairuddin Hahim. (2010). Fundamental Issues in Small and Medium-Sized

Enterprises. Sintok, Kedah: UUM Press.

Marohaini Yusoff. (2001). Penyelidikan Kualitatif: Pengalaman Kerja Lapangan

Kajian. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Norsiah Fauzan. (2009). Introduction to Qualitative Research Methods. Shah Alam: Arah Publication.

Shamsul Amri Baharuddin. (2009). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).

Samir Muhazzab Amin & Winny Abdul. (2009). Pengantar Kerja Sosial (1st ed.). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Tun Dr. Mahathir Mohamad. (1987). Panduan Peniaga Kecil. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jurnal

Butler, J. C. (2008). Psychometric Theory. New York: McGraw-Hill, Journal of

Market Research Society, 24(2): 98-122.

Ishak Yussof, Khairunnisa Mardzuki, Zaimah Darawi dan Mohd Shukri Haji Noor. (2011). Faktor Keusahawanan dan Prestasi Kejayaan Usahawan Melayu di Pulau Langkawi Kedah, Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia

ke VI, Jilid 2 (196-207).

Ibrahim Abu Shah. (1995). Industri Kecil dan Sederhana di Sarawak, Kuala Lumpur: Dewan Dewan Bahasa dan Pustaka.

45

Javed Mahmood Jasra, Dr. Muhammad Asif Khan, Ahmed Imran Hunjra, Rana Aziz Ur Rehman dan Dr. Rauf -I -Azam. (2011). Determinants of Business Success of Small and Medium Enterprises, International Journal of Business

and Social Science, Vol 2, No 20.

Mohd Nor Hakimin Yusoff. (2011). The Sources of Information of The Government Sponsored Business Assistances among Micro-Sized Enterprenuer in Kelantan, Malaysia, Journal of Business and School Science, Vol 2 (3).

Nurulhuda Che Abdullah dan Ramlam Mustapha. (2009). Kajian Kes Usahawan Tani Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Bumiputera di Negeri Terengganu, Jurnal

Pendidikan Malaysia, 143-165.

Norashidah Hashim, Norasmah Othman dan Noraishah Buang. (2009). Konsep Kesediaan Keusahawanan Berdasarkan Kajian Kes Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia, Jurnal Pendidikan Malaysia, 34 (1), 187-206.

Noraizan Haji Noor. (2003). Keperluan Pendidikan dan Latihan Keusahawanan Dalam Kalangan Peniaga Kecil, Kertas Projek Sarjana Pendidikan.

Shahrin Bin Hashim dan Hasma Bt Beddu Halike. (n.d). Keperluan Kursus

Keusahawanan dalam Kalangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Bumiputera Sabah, Universiti Teknologi Malaysia.

Wioleta Samistowska. (2011). Barrier to the Development of Enterprenuer Demostrated by Micro, Small and Medium Enterprizes in Poland, Economy and Sociology, Vol 4, No. 2, pp. 42-49.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Habibah Elias. (2004). Keupayaan Usahawan Bumiputera Melaksanakan Kemahiran Keusahawanan : Satu Kajian Kes.

Akbar Online

Teks ucapan bajet 2013 (2012, 28 September). Berita Harian, (Online), Available: http://www.bharian.com.my (2012 Disember 30).

Peruntukan RM 2 Juta Untuk Usahawan IKS Sinar Harian (2012, 04 Oktober), (Online), Available: http://www.sinarharian.com.my ( 2013 Januari 03).

Pemplet

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah. (2013). Program Pembangunan usahawan /

46

Thesis

Farinah bt Japar. (2001). Amalan Pengurusan Sumber Manusia di Kalangan

Usahawan Bumiputera di dalam Industri Kecil dan Sederhana: Kajian Kes Sekitar Kuching. Universiti Malaysia Sarawak.

Khairool Anuar Hashim. (2010). Perkembangan Sosioekonomi Kota Setar 1909-1970. Thesis Sarjana. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusian, Universiti Sains Malaysia.

Mohd Herwan Hashim. (1998). Penggunaan Maklumat Perakaunan dalam

Perniagaan Kecil Bumiputera di Muar. Thesis Sarjana. Fakulti Ekonomi dan

Pengurusan, UPM.

Sarifah Abdul Razak. (1993/1994). Kubang Pasu 1900-1957: Sejarah Perkembangan

Politik, Ekonomi dan Sosial, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Yushaa Hj Ismail. (1983/1984). Peniaga – Peniaga Kecil Bumiputera: Satu

Kajian Kes Di Bandar Alur Setar. Latihan Ilmiah B.A Pengkhususan Geografi,

Bahagian Geografi, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

Temubual

Informan, Penolong Pegawai IKS, temubual dengan pengkaji, 28 Januari 2013

Responden A, Zaisma Fashion, temubual dengan pengkaji, 30 Januari 2013

Responden B, Asmuni Enterprise, temubual dengan pengkaji, 05 Februari 2013

Responden C, C’Merah Enterprise, temubual dengan pengkaji 05 Februari 2013

Responden D, Jahitan, temubual dengan pengkaji, 05 Februari 2013

Responden E, Mnh Popular Enterprise, temubual dengan pengkaji, 07 Februari 2013

Responden F, Db Impressive, temubual dengan pengkaji, 07 Februari 2013

Responden G, Restoran Changloon, temubual dengan pengkaji, 09 Februari 2013

Responden H, Peternakan Ikan Keli, temubual dengan pengkaji, 09 Februari 2013

Responden I, Bengkel kereta, temubual dengan pengkaji, 09 Februari 2013

Responden J, Putih Collection, temubual dengan pengkaji, 10 Februari 2013

48

Lampiran A

Lampiran : Gambar sebahagian perniagaan responden

Responden A : Jahitan

Responden C: Jahitan dan barang-barang hantaran

49

Responden E : Butik

50

Responden K : Bakery dan Pastry

Responden H : Pertenakan Ikan Keli

51

Lampiran B

Soalan temubual Projek Tahun Akhir

Soalan kepada Informan

A) Apakah program-program yang ditawarkan atau disediakan oleh Industri Kecil dan Sederhana (IKS) kepada orang Melayu di Kedah?

1. Jenis-jenis program yang ditawarkan?

2. Apakah tujuan program-program ini disediakan?

3. Berapakah jangka masa / tempoh yang diambil untuk menjalankan program ini?

52

Lampiran C

Soalan kepada responden

B) Bagaimanakah penerimaan Orang Melayu terhadap program-program IKS di Kubang Pasu, Kedah?

Bagaimana kerjasama antara agensi dan juga usahawan Industri Kecil dan Sederhana yang terlibat dengan program IKS.

1. Reaksi mereka terhadap program ini?

2. Bagaimana cara penerimaan terhadap program-program ini:

a) Melihat kepada kesan program ini (Faktor dalaman dan luaran)

b) terus terlibat secara langsung

C) Bagaimanakah program Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dapat membantu penduduk-penduduk yang terlibat secara khusus atau amnya meningkatkan taraf sosioekonomi Orang Melayu di Kubang Pasu?

a) Apakah bantuan-bantuan dan latihan yang diberikan selepas program ini dijalankan?

b) Jenis-jenis pekerjaan yang diberikan?

c) Apakah perubahan sosial yang berlaku selepas terlibat dengan program Industri Kecil dan Sederhana (IKS)?

d) Bagaimana perubahan dari segi ekonomi iaitu pendapatan bulanan yang diperolehi?

53

Lampiran D

KENYATAAN PENYELIDIKAN KEPADA PESERTA KAJIAN

Projek Penyelidikan: Memperkasakan Orang Melayu di Kubang Pasu, Kedah melalui Program Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

Penyelidik: Nursuhana binti Hashim Pelajar Tahun 3

Kajian Khidmat Sosial Universiti Malaysia Sarawak Makluman Kepada Peserta Kajian Penyelidikan

Berhubung perkara di atas, saya akan menjalankan satu kajian bertajuk “Memperkasakan Orang Melayu di Kubang Pasu, Kedah melalui Program Industri Kecil dan Sederhana (IKS)”. Kajian ini adalah untuk mengetahui bagaimana program Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dapat membantu memperkasakan sosioekonomi Orang Melayu. Maklumat yang diperolehi menerusi temubual ini adalah amat berfaedah dalam menyumbang kepada kefahaman yang lebih mendalam mengenai perkara ini.

Jika anda bersetuju untuk mengambil bahagian dalam penyelidikan ini, saya akan menemubual anda untuk mendapatkan maklumat berkenaan tajuk kajian saya. Penyertaaan anda dalam penyelidikan ini adalah secara sukarela. Anda boleh menarik diri pada bila-bila masa atau tidak memberikan maklum balas kepada soalan yang anda rasakan tidak wajar.

Segala maklumat yang anda beri akan dijamin kerahsiaannya. Tiada sebarang maklumat peribadi dimaklumkan kepada mana-mana pihak. Maklumat yang diperolehi hanya digunakan untuk maksud penyelidikan semata-mata. Saya juga ingin mendapatkan kebenaran anda untuk menggunakan beberapa kenyataan yang diberikan dalam proses penulisan hasil kajian saya. Hasil penyelidikan ini akan dimaklumkan kepada pihak UNIMAS.

Jika anda ingin mendapat sebarang pertanyaan mengenai dapatan kajian anda boleh berhubung dengan saya atau penyelia saya iaitu:

Cik Kamsiah Ali Fakulti Sains Sosial

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan Sarawak

No.tel: 082-584115

Penyertaan anda dalam penyelidikan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

54

Penyelidik

NURSUHANA BT HASHIM Kajian Khidmat Sosial

Fakulti Sains Sosial

Universiti Malaysia Sarawak 94300 Kota Samarahan Sarawak No. tel : 012-4911971

Dokumen terkait