• Tidak ada hasil yang ditemukan

4.10 Majlis Syura

5.2.1 Kesimpulan Umum

1) Secara umumnya, Madrasah Idrisiah telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1922 iaitu permintaan dari Sultan Idris Mursyidul Adzam Shah, Sultan Perak yang memerintah pada waktu itu. Dari awal penubuhannya sehingga kini, Madrasah Idrisiah telah ditadbir oleh 8 orang mudir dan setiap mudir yang mengelola madarasah ini telah membawa kisah dan sejarah yang berbeza-beza dalam memajukan pendidikan Islam di Madrasah Idrisiah.

2) Madrasah Idrisiah mengalami 4 peringkat perkembangan iaitu peringkat kebangkitan (1917-1927), peringkat kegemilangan (1928-1969), peringkat malap (1970-1984) dan peringkat pemulihan (1985-1999). 3) Madrasah Idrisiah telah melahirkan beberapa orang alim ulama dan

tokoh Islam berwibawa di negara ini. Antaranya Tuan Haji Sha’aya Abdul Majid (bekas mufti Perak 1963-1977), Dato’ Haji abu Hassan Abdul Majid (bekas mufti Perak dan mudir Madrasah Idrisiah yang kelima), Dato’ Haji Abdul Malik bin Haji Nordin (bekas mufti Perak

1981-1985), Dato’ Seri Harussani bin Zakaria (mufti Perak 1985-hingga kini), Tuan Haji Abdul Kahar (bekas khadi Teluk Intan) dan ramai lagi. Seorang tokoh ulama yang tidak asing lagi dalam sejarah perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu ialah Tuan Haji Abu Bakar al-Baqir telah belajar di Madrasah Idrisiah di bawah didikan gurunya Syeikh Abdullah Fahim.

4) Dalam usaha mengejar matlamat dan tujuan yang dikehendaki dalam pendidikan Islam, maka sudah tentu madrasah Idrisiah telah merangka sebaik mungkin pelbagai strategi supaya madrasah dapat merealisasikan matlamat sebenar pendidikan di dalam Islam. Penulis akan memaparkan realiti pelaksanaan pendidikan Madrasah Idrisiah dengan merujuk kepada hasil kajian dan pemerhatian penulis. Tujuan-tujuan tersebut dapatlah dibahagikan kepada tiga kategori utama seperti berikut:

4.1 Pembentukan Akhlak dan Peribadi

Di dalam program pendidikan madrasah ini, tujuan pembentukan akhlak dan keperibadian diberikan keutamaan seiring dengan penguasaan ilmu dan kemahiran akademik. Justeru beberapa keperluan utama telah dikenal pasti bagi merealisasikan tujuan tersebut.

Pemantapan dari sudut akhlak diberi perhatian dengan mengasah perkembangan intelek dan sahsiah yang sihat sehingga berkemampuan mengendalikan diri dengan baik dan sempurna. Selain itu, diwujudkan

pemupukan sifat positif, berdikari serta mengikis sifat-sifat negatif melalui pengajaran, pengalaman dan menghayati tujuan serta peranan solat, puasa, zikir dan doa-doa harian yang sesuai dengan peringkat usia pelajar Madrasah Idrisiah.

Penghayatan terhadap amalan ibadat, pengetahuan mendalam ilmu-ilmu Islam serta pengawasan dan pemantauan di kalangan guru-guru dijangka dapat melahirkan individu pelajar yang cemerlang akhlaknya. Manakala penyemaian ciri-ciri kepimpinan, mengasah bakat, potensi semula jadi dan tumpuan terhadap kekuatan rohani selain jasmani merupakan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Madrasah Idrisiah bagi melahirkan keperibadian yang sempurna.

4.2 Penguasaan Ilmu dan Kemahiran

Penguasaan ilmu atau akademik dilihat sebagai suatu keperluan yang penting dalam meningkatkan kemajuan umat. Berdasarkan senario ini, Madrasah Idrisiah meletakkan matlamat untuk pencapaian ilmu seiring dengan aspek pembentukan akhlak dan keterampilan. Di dalam hal ini, penekanan terhadap asas-asas ilmu agama diberi pendedahan yang luas.

Penekanan terhadap pengajaran al-Quran, penguasaan ilmu-ilmu Islam, kemahiran bahasa Melayu, Inggeris dan Arab serta mahir dalam ilmu-ilmu yang berorientasikan Sains dan Teknologi menjadi tumpuan penting dalam

sistem pendidikan Madrasah Idrisiah. Ini sangat bersesuaian dengan tuntutan Islam supaya menguasai ilmu dan kemahiran yang secukupnya untuk menghadapi arus kehidupan dunia serta beroleh kecemerlangan di akhirat kelak.

Jika disorot kepada Islam itu sendiri, maka amat ketara sekali bahawa Islam telah memberikan penegasan, keutamaan, kewajipan, kemuliaan dan keunggulan terhadap ilmu berbanding agama lain. Ayat-ayat yang berkaitan bukan sahaja menyebut tentang kepentingan dan keutamaan ilmu bahkan mengenai martabat dan kemuliaan orang-orang yang berilmu di sisi Allah. Justeru, rujukan kepada Iqra’ iaitu wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w amat signifikan dengan budaya ilmu menjadi gesaan kepada seluruh warga Madrasah Idrisiah untuk mencari, menguasai dan mengembangkan ilmu itu ke seantero alam.

4.3 Matlamat pendidikan Madrasah Idrisiah

Berdasarkan dua tujuan utama yang digariskan oleh Madrasah Idrisiah, penulis mendapati bahawa aspek tersebut sangat bersesuaian dengan tuntutan syariat Islam dan pelaksanaan pendidikannya. Justeru, merujuk kepada matlamat pendidikan Madrasah Idrisiah ia merupakan persepaduan di antara dua aspek tujuan tersebut yang mana akan melahirkan generasi yang mantap dan utuh di sudut akidah dan keimanannya, berusaha mendaulatkan Islam

serta mempunyai ikatan ukhuwah yang kuat. Maka ia sudah tentu akan merealisasikan matlamat pendidikan Islam.

Dalam pada itu, sepanjang pemerhatian dan kajian penulis dapat merumuskan bahawa sistem pendidikan Madrasah Idrisiah telah menepati aspek-aspek pendidikan yang diberi keutamaan di dalam Islam. Ini dapat dilihat berdasarkan kandungan silibus agama dan aktiviti ko-kurikulum khususnya.

Sementara itu, dalam aspek kurikulum, Islam telah menggariskan beberapa ciri utama yang perlu diterapkan antaranya kurikulum Islam menekankan pengajian al-Quran, asas-asas agama dan bahasa. Ia merangkumi ilmu pengetahuan yang bersifat bersepadu, penekanan dari sudut teori dan praktikal, setiap subjek mestilah mengandungi unsur-unsur akidah, syariah dan akhlak serta kurikulum tersebut hendaklah digubal oleh golongan yang pakar.

Dengan menjadikan ciri-ciri tersebut sebagai piawaian kepada kurikulum pendidikan di Madrasah Idrisiah, penulis sekali lagi dapat menyimpulkan bahawa sememangnya kurikulum madrasah ini telah mencakupi ciri-ciri yang dituntut tersebut. Namun begitu, penulis mendapati masih wujud kelemahan di dalam menggabungkan pembelajaran subjek-subjek agama dengan isu-isu semasa dan perkembangan dunia moden serta penghayatan dari sudut praktikal.

Dalam pada itu, aspek pemilihan guru telah menjadi agenda penting kepada sistem pendidikan Madrasah Idrisiah sebagaimana yang ditekankan di dalam pendidikan Islam. Guru-guru yang dipilih adalah terdiri dari kalangan mereka yang mempunyai sahsiah yang baik di samping keupayaan ilmu yang memuaskan. Justeru mereka yang mempunyai iltizam dan komitmen yang tinggi untuk memartabatkan sistem pendidikan Islam menjadi pilihan utama.

Penulis amat menegaskan bahawa amalan sistem pendidikan Madrasah Idrisiah secara keseluruhannya amat bertepatan dengan prinsip-prinsip pendidikan di dalam Islam dan seharusnya ia dipertahan dan diperkasakan.

Dokumen terkait