• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ketidakharusan Mengkafirkan Para Pentakwil

BEBERAPA ALASAN KEHARUSAN MENGAMBIL MADZHAB SALAF

I. Ketidakharusan Mengkafirkan Para Pentakwil

Al-Qaradhawi menyebut bahawa meskipun beliau menguatkan dan menjadi pendokong Madzhab Salaf, akan tetapi beliau tidak menkafirkan para pentakwil yang juga daripada kalangan ulamak. Mereka ini kata beliau ikhlas memberi nasihat dan berijtihad sesuai dengan ilmu mereka. Jika ia benar akan diberi ganjaran dua pahala. Jika tidak benar akan tetap diberi satu pahala. Mereka mentakwilkan untuk memenuhi keperluan akal kaum Muslimin di setiap masa dan tempat.

Kata Imam Hassan Al-Banna dalam ‘Risalah Al-‘Aqa’id’, “Kita harus berkeyakinan bahawa takwil kaum Khalaf tidak harus dihukum dengan kafir atau fasik. Kita tidak perlukan polemik antara dua mereka baik zaman dahulu atau zaman sekarang. Kerana Islam lebih luas daripada itu.”

Beliau menambah di tempat yang lain, “Perkara yang menjadi perhatian sebahagian kaum Salaf dan lebih penting dilakukan pada zaman sekarang oleh umat Islam adalah menyatukan barisan dan kalimat semampu kita.”

Az-Zarkasyi (w.794H) telah menukilkan bahawa Ibnu Daqiq Al-Id (w.702H)

berpendapat, “Jika ada orang yang mentakwilkan sebagaian lafaz-lafaz tersebut (iaitu sifat-sifat Allah), dan jika takwilnya dekat dengan yang diinginkan serta difahami oleh Bahasa Arab, kita tidak mengingkari serta membid’ahkannya. Namun jika takwilnya jauh, kita diam, menjauhinya, dan kembali kepada dasar keimanan dengan erti mensucikan.”

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menambah, “Pada zaman sekarang takwil seperti ini (iaitu yang dekat dan diterima) diperlukan untuk menterjemahkan Al-Quran ke dalam pelbagai bahasa. Adalah tidak dapat diterima akal jika kita berkata kepada orang asing, “Kita diam, tidak membincangkannya, dan menyerahkan maknanya kepada Allah.” Kerana mereka memerlukan penjelasan, bukan diam.” Beliau juga menambah, “Takwil yang dapat diterima di sini akan lebih jelas dan lebih kuat untuk melakukan dakwah.”

Tambah Al-Qaradhawi, “Selama seseorang itu mengucapkan bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusanNya, dia tetap ada dalam keislamannya. Jika ada orang mengucapkan syahadah, darah dan hartanya menjadi suci, kecuali oleh hak. Hisabnya ditentukan oleh Allah. kita tidak perlu menguak hati manusia. Kerana kita memperlakukan manusia pada hal yang zahir dan Allahlah yang mengetahui akan hal yang tersembunyi.”

Saya berkata bahawa inilah yang sepatutnya dipelajari oleh ahli-ahli agama. Ahli-ahli agama belajar tentang akidah pertama, fiqh kedua, akhlak dan adab akhir sekali di tempat ketiga. Maka jadilah kafir mengkafir dan sesat menyesat pada tempat yang salah. Ahli-ahli agama jenis ini memahami tugas mereka sebagai ahli agama ialah menghalang kaum Muslimin yang tidak sealiran dengan mereka dalam permasalahan furuq daripada masuk ke dalam syurga. Kerana hal itu mereka mengkafirkan dan menyesatkan. Asal akal mereka lemah dan mereka mahu menjadikan kaum Muslimin yang lain lemah seperti mereka.

PENUTUP

Menyatukan kaum Muslimin di atas Madzhab Salaf adalah satu cita-cita yang memerlukan usaha bersungguh-sungguh. Seperti kata Imam Malik bahawa umat ini tidak akan baik melainkan umat ini menggunakan formula pemahaman agama seperti formula pemahaman agama umat yang terbaik iaitu Salafus Soleh.

Hal ini menjadi titik mula umat akan menjadi baik. Kerana akidah yang benar akan melahirkan amal ibadah yang benar. Menjadikan Salafus Soleh sebagai tauladan dalam hidup di dunia dan akhirat kelak akan melahirkan sosok tubuh yang berkerja untuk dunia dan bersungguh-sungguh untuk akhirat. Inilah sosok-sosok manusia yang siang harinya seperti pahlawan dan malam harinya seperti hamba.

Kata Dr. Taha Jabir Al-Ulwani, “Hakikat sebenarnya adalah sebaliknya kerana Kitab Allah dan Sunnah RasulNya tidak mementingkan sesuatu selepas tauhid melainkan memberi perhatian yang utama kepada usaha mengukuhkan perpaduan umat dan membuang perselisihan pendapat di kalangan mereka serta mengatasi segala sesuatu yang dapat menengeruhkan keharmonian perhubungan diantara orang-orang Islam atau yang merosakkan ukhuwah mereka.”20

Di halaman yang lain beliau berkata, “Mudah-mudahan Allah takdirkan penyelamat umat ini di tangan generasi-generasi putera-puteranya yang baik ini, sekiranya niatnya benar kepada Allah dan ia menempuh jalan yang menjamin keselamatan untuk memimpin bahtera menuju pantai yang aman setelah sekian lama terapung-apung di tengah lautan.”

Allah berfirman;

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan, kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. (Surah Al-An’am: 153)

20

Saya menutup rumusan ini dengan berdoa;

"Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)". (Surah Ali Imran: 53)

RUJUKAN

1. Al-Quran Al-Karim

I. Miracle The Reference, Sygma Creative Media Corp. II. The Zikr Quranic Project

III. At-Tafsir Al-Muyassar

IV. Majma’ Al-Buhuth Al-Islamiyah Al-Kaherah V. Mushaf Al-Madinah Al-Nabawiyah

VI. Majid

VII. The Open School

2. Akidah Salaf & Khalaf, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Pustaka Al-Kautsar, 2009 3. 6002

-4. Syarah Usul 20, Dr. ‘Ali ‘Abdul Halim Mahmud, Dewan Pustaka Fajar, 2003 5. Allah Antara Tasawuf Dengan Akidah, Abdulfatah Haron Ibrahim, DBP, 2008 6. Menyingkap Aliran Dan Paham Sesat, Ummu Tamim Izzah binti Rasyad,

Pustakan Imam Ahmad, 2009

7. Manhaj Salafi Imam Syafi’i, Abu Ubaidah Yusuf bin Mukhtar As-Sidawi, Pustaka Al-Furqoon, 2012

8. Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah Dan Kebatinan, Abdulfatah Haron Ibrahim, JAKIM, 2002

9. Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam, Dr. Taha Jabir Al-Ulwani, Budaya Ilmu Sdn. Bhd., 1993

10. 10 Sahabat Nabi Dijamin Surga, Muhammad Ahmad ‘Isa, Pustaka Imam Asy-Syafi’i, 2011

11. 1911 12. 1915

-13. Manhaj Aqidah Ahli As-Sunnah Wal Jamaah, Ismail bin Omar, Access Infotech (M), 2006

14. Al-Firqotun Najiyah, Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu, Media Hidayah, 2003 15. www.youtube.com – Surah Ali Imran

Dokumen terkait