ANALISIS TERHADAP PERANAN YANG DI-PERTUAN AGONG MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
4.6 Kuasa Perlantikan dan Pemecatan
4.6.5 Ketua Audit Negara
Perlantikan Ketua Audit Negara238 dibuat dengan cara yang hampir sama dengan perlantikan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah-Mahkamah Tinggi. Ini kerana jawatan Ketua Audit Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Malah pemecatan Ketua Audit Negara239 juga perlu melalui prosedur yang sama seperti pemecatan seseorang hakim Mahkamah Persekutuan. Prosedur pemecatan yang begitu rigid itu merupakan suatu bentuk perlindungan yang dijamin oleh perlembagaan terhadap Ketua
235
Shams al-Din Muhammad b. al-Khatib al-Sharbini (1997), op.cit., h. 510.
236
Mahmud Hilmi (1975), op.cit., Muhammad Mamduh al-‘Arabi (1988), op.cit. dan Abul A’la Maududi (1997), op.cit.
237
Shams al-Din Muhammad b. al-Khatib al-Sharbini (1997), op.cit., h. 508-509.
238
Perkara 105(1), Perlembagaan Persekutuan.
239
Audit Negara240 agar beliau dapat menjalankan tugas dengan adil, telus dan bebas tanpa berada di bawah kawalan, tekanan dan pengaruh mana-mana pihak.
Perlantikan Ketua Audit Negara merupakan tanggungjawab penting yang dipikul oleh Yang di-Pertuan Agong bagi mewujudkan akauntabiliti dalam pengurusan dana awam dan kewangan negara.241 Prinsip akauntabiliti itu menekankan soal kecekapan dan sikap hati-hati dalam perbelanjaan dana awam agar dapat menghasilkan pulangan semaksima yang mungkin di samping mengelakkan pembaziran dalam perancangan dan perlaksanaan sebarang program kerajaan.242
Justeru itu, proses audit yang dijalankan oleh Ketua Audit Negara merupakan satu mekanisme penting yang dilaksanakan bagi memantau perjalanan gerak kerja agensi-agensi kerajaan dalam usaha menggalakkan amalan akauntabiliti.243 Proses audit juga menjelaskan peranan Ketua Audit Negara sebagai pemeriksa kewangan kerajaan.244 Selain itu, Ketua Audit Negara turut bertanggungjawab sebagai penjaga dan pengawas perbelanjaan dan kewangan negara untuk memastikan segala perbelanjaan yang dibuat mengikut proses dan tujuan yang telah ditetapkan oleh peraturan dan undang-undang dalam soal kewangan. Malah semua kutipan hasil negara juga dapat dipastikan telah dibuat dengan cara yang betul dari segi jangka masa dan jumlah amaun yang ditentukan.245
Meskipun Ketua Audit Negara menjalankan fungsi yang amat penting, tiada apa-apa syarat dinyatakan oleh perlembagaan berhubung dengan perlantikannya. Cuma seseorang individu yang pernah memegang jawatan Ketua Audit Negara tidak boleh lagi
240
Abdullah Sanusi Ahmad et al. (2003), op.cit., h. 176.
241
Abdul Aziz Bari (2006b), op.cit., h. 234.
242
Abdullah Sanusi Ahmad et al. (2003), op.cit., h. 171, Mohd. Salleh Abas (2003), op.cit., h. 166, Malek Shah Mohd Yusoff et al. (eds.) (2006), op.cit., h. 108 dan Abdul Aziz Bari et al. (2007), op.cit., h. 189.
243
Abdullah Sanusi Ahmad et al. (2003), op.cit.
244
Abdul Aziz Bari (2006b), op.cit., h. 235.
245
L. A. Sheridan et al. (1979), op.cit., h. 11, Mohamed Suffian bin Hashim (1987), op.cit., h. 280 dan Baila Yusof bin Haji Wahi (2003), “Kewangan”, dalam Ahmad Ibrahim et al. (eds.), Perkembangan Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan, c. 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 274-314.
dilantik bagi apa-apa perkhidmatan lain dalam perkhidmatan Persekutuan atau sesuatu Negeri.246 Larangan itu bertujuan menjamin kedudukan Ketua Audit Negara agar sentiasa konsisten sebagai pengawas pihak berkuasa yang jujur dan mengelakkan sikap pilih kasih terhadap anggota-anggota perkhidmatan awam yang dilaporkan keadaan dan perjalanan kewangan mereka.247
Perlantikan Ketua Audit Negara yang berfungsi sebagai mekanisme semak dan seimbang dalam pengurusan kewangan negara merupakan suatu langkah penting dalam memenuhi tuntutan prinsip al-amr bi al-ma‘ruf wa al-nahy ‘an al-munkar yang merupakan salah satu peranan utama yang diletakkan di bawah tanggungjawab ketua negara menurut perspektif Islam.
Usaha mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran akan mengatur kehidupan masyarakat selari dengan kehendak syariat Islam dari segi keagamaan dan akhlak. Oleh kerana itu, sebarang langkah menghidupkan persekitaran yang baik dan mana-mana tindakan yang bertujuan menghapuskan kemungkaran yang merosakkan akhlak dan menyebabkan pelanggaran terhadap perkara-perkara yang dilarang oleh syariat Islam perlu dilaksanakan oleh ketua negara untuk meningkatkan dan memperbaiki kualiti akhlak dan spiritual anggota masyarakat. Selain daripada menghalang keburukan dan maksiat, ketua negara juga perlu mempermudahkan, membantu dan menggalakkan jalan ke arah kebaikan dan ketaatan dengan menggunakan pelbagai cara yang dibenarkan dengan penuh kebijaksanaan.248
Tambahan pula, kewajipan mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran yang berada di bawah tanggungjawab ketua negara hendaklah dilaksanakan dengan
246
Perkara 105(2), Perlembagaan Persekutuan.
247
Mohamed Suffian bin Hashim (1987), op.cit., h. 282.
248
Muhammad al-Mubarak (1967), op.cit., h. 64-65, Muhammad Kamil Laylah (1969), op.cit., h. 315, Fathi Uthman (1984), Min Usul al-Fikr al-Siyasi al-Islami. Beirut: Muassasah al-Risalah, h. 453-454.
sempurna secara sistematik melalui pembentukan sebuah institusi rasmi pada peringkat nasional yang diberikan kuasa yang khusus untuk menjalankan kewajipannya seperti penubuhan institusi hisbah. Instisusi hisbah secara asasnya menjalankan tugas untuk melaksanakan undang-undang berhubung dengan kepentingan awam dan adab-adab kemasyarakatan, memelihara anggota masyarakat daripada pihak yang cuba melakukan penipuan dan penyelewengan, melindungi golongan yang lemah, membantu pihak-pihak yang melakukan kebaikan dengan pelbagai cara yang sewajarnya dan juga menghapuskan punca-punca keburukan.249
Fungsi Ketua Audit Negara dalam hal ini adalah selari dengan salah satu fungsi institusi hisbah yang dijalankan oleh muhtasib untuk mengawasi perjalanan jentera pentadbiran kerajaan yang memerintah. Pengawasan yang dilakukan oleh muhtasib terhadap para pemimpin negara dan orang-orang bawahannya bertujuan mengenalpasti kelemahan jentera pentadbiran kerajaan.250
Muhtasib turut bertanggungjawab mengemukakan nasihat dan langkah-langkah
yang boleh diambil untuk memperbaiki mana-mana kelemahan yang berlaku. Proses hisbah yang dijalankan berfungsi menjamin kecekapan sektor awam dalam menjalankan urusan pentadbiran dan mengekalkan amalan urus tadbir yang baik dengan membendung pembaziran, penyalahgunaan kuasa, kronisme, nepotisme, rasuah dan kecuaian.251 Oleh kerana itu, seseorang muhtasib memiliki akses yang luas dan terbuka terhadap rekod-rekod kerajaan secara langsung dan berkuasa untuk meninjau perkhidmatan di jabatan-jabatan kerajaan untuk menjayakan objektif hisbah.252
249
Muhammad Diya’ al-Din al-Ra’is (1957), op.cit., h. 159.
250
Auni bin Haji Abdullah (2000), Hisbah dan Pentadbiran Negara. Kuala Lumpur: Ikdas Sdn. Bhd., h. 117 dan ‘Abd al-Karim Zaidan (2000a), op.cit., h. 280.
251
Auni bin Haji Abdullah (2000a), op.cit.
252
Malah apa yang lebih penting, sama seperti Ketua Audit Negara, seseorang
muhtasib juga bertanggungjawab mengawasi perbelanjaan negara dan menentukan sumber
pendapatan negara untuk mengelakkan berlakunya pembaziran kekayaaan negara. Tanggungjawab itu termasuklah memastikan semua pihak sama ada individu atau pun sektor swasta yang terlibat dalam pelbagai lapangan ekonomi melaksanakan kewajipan dari segi kewangan sama ada yang berasaskan tuntutan nas-nas syarak mahu pun yang ditentukan oleh hasil ijtihad ketua negara.253
Justeru itu, proses audit yang dijalankan oleh Ketua Audit Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong berperanan mencegah dan menghapuskan kemungkaran yang melibatkan pembaziran dan penyelewengan dana awam dalam sistem birokrasi negara. Selain itu, proses audit itu juga turut menggalakkan pengamalan dan penyebaran nilai-nilai yang ma‘ruf di kalangan jentera pentadbiran awam melalui corak perbelanjaaan dana awam yang berhemah. Tindakan sedemikian akan memudahkan usaha membentuk persekitaran kerja yang bertepatan dengan kualiti akhlak yang dikehendaki oleh syariat Islam dalam jentera pentadbiran negara.