• Tidak ada hasil yang ditemukan

Masa Hadapan

Rajah 3.3. Kronologi Pelancaran Skim ASB di Malaysia

Peristiwa bermula apabila pada tahun 1970, kerajaan memperkenalkan DEB. Objektif teras rancangan ini adalah untuk menggalakkan perpaduan negara dalam masyarakat berbilang bangsa di Malaysia dengan membasmi kemiskinan melalui penstrukturan semula aktiviti ekonomi dalam sektor korporat.130

130 Permodalan Nasional Berhad, “New Economic Policy”, laman sesawang Permodalan Nasional Berhad, dicapai 6 Mac 2013, http://www.pnb.com.my/about/about_us.cfm?cat=3&subcat=1. Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1970) Jawatankuasa Kerja (13 Januari 1977) Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) (9 Januari 1978 ) Permodalan Nasional Berhad (PNB) (17 Mac 1978) Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) (22 Mei 1979) Sekim Amanah Saham Nasional (ASN) (20 April 1981) Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) (2 Januari 1990)

Di bawah pimpinan Allahyarham Tun Ismail bin Mohamed Ali, sebuah Jawatankuasa Kerja ditubuhkan pada 1977 untuk memastikan matlamat dan cita-cita yang ditetapkan oleh DEB dapat direalisasikan. Visi utamanya mempercepatkan penyertaan masyarakat Bumiputera dalam sektor korporat. Semenjak itu, visi ini telah membolehkan masyarakat Bumiputera dan rakyat Malaysia sama-sama bekerjasama dalam pendekatan baru agar usaha pemilikan secara saksama kekayaan negara sama ada domestik mahupun antarabangsa dapat dilaksanakan.131

Secara lebih tepat lagi, pada 13 Januari 1977, kerajaan telah melantik satu Jawatankuasa Kerja untuk mengkaji tabung pelaburan Bumiputera. Jawatankuasa ini kemudian mencadangkan penubuhan Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB). YPB yang ditubuhkan di bawah pimpinan Jawatankuasa Kerja yang disokong oleh Kerajaan Malaysia, diperbadankan pada 9 Januari 1978 sebagai badan penyelaras bagi aktiviti pelaburan dalam sektor korporat oleh agensi Kerajaan, syarikat Bumiputera dan individu Bumiputera. Strategi dan perancangan utama YPB hanyalah untuk memastikan bahawa syer syarikat yang diperuntukkan kepada Bumiputera dikekalkan dengan jangkaan penambahan pemilikan dalam jangka waktu tertentu. Antara dasar yang dirumuskan oleh YPB adalah:

1. pembentukan dana sebagai entiti perniagaan dengan bidang kuasa untuk melabur dalam segala bentuk pelaburan.

2. menubuhkan dana saham amanah untuk mengagihkan pelaburan dalam kalangan Bumiputera132.

131 Ibid.

132 Permodalan Nasional Berhad, Industri Saham Amanah Malaysia, 58 dan Permodalan Nasional Berhad, “Yayasan Pelaburan

Bumiputra”, laman sesawang Permodalan Nasional Berhad, dicapai 6 Mac 2013,

Hasil daripada penubuhan YPB, maka pada 17 Mac 1978, PNB telah ditubuhkan oleh YPB di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai anak syarikat milik penuh YPB. Sebagai gandaran pelaburan YBP, fungsi teras PNB adalah untuk menilai, memilih dan memperoleh portfolio syer yang kukuh dalam syarikat berhad yang berpotensi tumbuh membesar. Selaku organisasi yang mengkhusus dalam bidang pelaburan, PNB secara dasarnya bertindak sebagai gudang kerana pemegangan syer dalam syarikat-syarikat berhad ini ditempatkan dalam dana saham amanah dan dijual kepada bumiputera dalam bentuk unit-unit yang lebih kecil. Semenjak ia ditubuhkan pada 17 Mac 1978, PNB telah berjaya menggiat-guna dan menghimpun lebih RM200 bilion (setakat September 2012) dalam bentuk pemegang unit dan pemilikan dana untuk pelbagai pelaburannya dalam lebih 200 syarikat subsidiari di Malaysia. Pelaburan oleh PNB pada ketika ini meliputi antara lain, pemegangan syer yang besar dalam syarikat-syarikat mantap seperti Sime Darby Berhad, Malayan Banking Berhad, UMW Holdings Berhad, I&P Group Sdn. Berhad, Chemical Company of Malaysia Berhad, Malaysian Industrial Development Finance Berhad, MNRB Holdings Berhad, NCB Holdings Berhad dan Prolintas.133

Seterusnya pada 22 Mei 1979, ASNB pula ditubuhkan sebagai anak syarikat milik penuh PNB. ASNB ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965. Peranan utama ASNB adalah untuk bertindak sebagai cabang pemasaran saham amanah yang diuruskan oleh kumpulan PNB. Objektif utama ASNB pula adalah untuk menyatukan simpanan individu bumiputera melalui pemasaran dan penjualan saham amanah nasional kepada individu bumiputera. Selain itu, ASNB juga bertanggungjawab mendidik bumiputera tentang faedah melabur dalam saham amanah yang dicadangkan dan bakal dilancarkan oleh kerajaan.134

133 Permodalan Nasional Berhad, “Penubuhan Permodalan Nasional Berhad”, laman sesawang Permodalan Nasional Berhad, dicapai 6 Mac 2013, http://www.pnb.com.my/about/about_us.cfm?cat=3&subcat=3.

Selama lebih 25 tahun bertapak, ASNB terus mengekalkan kedudukannya sebagai syarikat pengurusan unit amanah utama di negara ini dengan memegang lebih 40% daripada jumlah keseluruhan unit dalam edaran. ASNB juga merupakan organisasi pelaburan ulung yang komited untuk meningkatkan kekayaan ekonomi masyarakat Bumiputera khususnya dan menyumbang ke arah pertumbuhan dan kemakmuran negara bagi faedah rakyat Malaysia.135

Pada masa kini, terdapat sembilan produk tabung amanah di ASNB iaitu Skim ASN, Skim Amanah Saham Nasional 2 (ASN2), Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN3 Imbang), Amanah Saham Gemilang (ASG), Skim ASB, Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020), Amanah Saham Malaysia (ASM), Amanah Saham Didik (ASD) dan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia). Kesemua produk yang dinyatakan terletak di bawah pengurusan PNB.

Pelancaran Skim ASB didahului oleh Skim ASN. Skim ASN mula dilancarkan pada 20 April 1981 oleh Perdana Menteri pada ketika itu, iaitu YAB Dato’ Hussein Bin Onn di Dewan Tunku Abdul Rahman. Skim ASN adalah sebahagian daripada rancangan tindakan akuan kerajaan untuk mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi antara kumpulan etnik utama dalam negara di bawah Dasar Ekonomi Baru. Selain itu, Skim ASN bertujuan mempercepatkan pengumpulan dan penggemblengan simpanan Bumiputera untuk pelaburan dalam stok syarikat Malaysia bagi mencapai sasaran DEB 30% pemilikan ekuiti Bumiputera menjelang 1990. Skim ASN juga dilancarkan bagi menggalak dan memupuk tabiat menyimpan yang baik dalam kalangan Bumiputera untuk membolehkan mereka memaksimumkan simpanan mereka dalam jangka panjang.136

135 Amanah Saham Nasional Berhad, “Kenali Kami”, laman sesawang Amanah Saham Nasional Berhad, dicapai 6 Mac 2013, http://www.asnb.com.my/about.htm.

Oleh kerana perkembangan Skim ASN yang memberangsangkan, maka pada 2 Januari 1990, Skim ASB pula dilancarkan. Skim ASB dilancarkan untuk membolehkan pelabur Bumiputra terus melabur dalam saham amanah yang mempunyai ciri yang sama dengan Skim ASN yang ditukar kepada saham amanah harga berubah setelah kematangannya pada 31 Disember 1990. Dirasakan bahawa pelancaran Skim ASB adalah sesuai berdasarkan kejayaan Skim ASN dari segi menggalakkan Bumiputra menyimpan. Di samping itu, kerajaan merasakan pada ketika itu bahawa mekanisma harga berubah mungkin tidak sesuai kepada semua pelabur Bumiputra memandangkan latar belakang sosioekonomi mereka.137 Jadual berikut memaparkan maklumat lanjut mengenai tabung Skim ASB: