• Tidak ada hasil yang ditemukan

Latihan yang sewajarnya harus diberikan kepada warden dan

Dalam dokumen LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA HAK ASASI (Halaman 86-90)

Pemboleh Ubah

BAB 1 Latihan yang sewajarnya harus diberikan kepada warden dan

iii.

kakitangan yang bekerja dan menguruskan rumah anak yatim tersebut kerana mereka memerlukan kemahiran yang berbeza untuk menjaga anak-anak yatim khususnya, yang bawah umur 12 tahun.

SUHAKAM telah membuat lawatan semula dan mendapati rumah anak yatim tersebut mempunyai mekanisme aduan yang sistematik yang membolehkan penjaga dan ibu bapa membuat aduan sekiranya mempunyai sebarang isu. Rumah anak yatim ini juga telah menggantikan warden lama kepada dua orang warden yang baharu dan rekod jenayah mereka telah disemak bersama PDRM. SUHAKAM juga dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) akan membuat lawatan berkala ke rumah anak yatim tersebut dalam tempoh masa tiga bulan sekali.

6. KEWARGANEGARAAN BAGI KANAK-KANAK TIADA WARGANEGARA DI MALAYSIA

Pada tahun 2019 (sehingga bulan September), SUHAKAM telah menerima 3 aduan berkenaan isu permohonan kewarganegaraan.

Pada 19 Mac 2019, SUHAKAM telah mengadakan mesyuarat bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan maklumat lanjut sepertimana berikut:

Proses permohonan kewarganegaraan, terutamanya kepada i.

rakyat Malaysia yang mengambil bayi bukan warganegara sebagai anak angkat;

Status kad pengenalan sementara (KP Hijau);

ii.

Prosedur yang digunapakai oleh JPN bagi permohonan iii.

kewarganegaraan;

Isu-isu berkaitan lewat daftar kelahiran;

iv.

Isu-isu berkaitan kad pengenalan sementara (G04/H05) bagi rakyat v.

Sabah.

Berdasarkan mesyuarat tersebut, SUHAKAM menerima maklum balas daripada JPN sepertimana berikut:

Berkaitan anak angkat, kanak-kanak tersebut akan mengikut i.

kewarganegaraan ibu kandungnya. Walau bagaimanapun, ibu bapa rakyat Malaysia boleh memohon kewarganegaraan bagi anak angkat mereka dibawah Artikel 15A dan ianya tertakluk pada

kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Sekiranya permohonan gagal, pemohon tidak boleh membuat rayuan, tetapi mereka masih boleh membuat permohonan baru;

Bagi kanak-kanak terdampar, permohonan lewat daftar kelahiran ii.

perlu dibuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Atau sekiranya kanak-kanak tersebut dijumpa oleh mana-mana individu, mereka perlu membuat laporan polis dan menghantar kanak-kanak tersebut ke Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu melengkapkan laporan sosial berkenaan kanak-kanak terdampar sebelum menyerahkan kepada JPN, bagi tindakan lanjut mereka. Berdasarkan JPN, di bawah Seksyen 7 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian, setiap kelahiran di Malaysia perlu didaftarkan.

Sekiranya pasangan tidak mempunyai sijil perkahwinan, maka status iii.

kewarganegaraan kanak-kanak akan ditentukan berdasarkan ibu kandungnya.

SUHAKAM turut membangkitkan aduan mengenai kelewatan iv.

dalam proses permohonan kewarganegaraan. JPN memaklumkan bahawa terdapat beberapa langkah yang perlu dilengkapkan oleh jabatan mereka sebelum permohonan dihantar ke Kementerian Dalam Negeri bagi proses menapis dan membuat keputusan.

SUHAKAM dimaklumkan bahawa kewarganegaraan merupakan pengiktirafan tertinggi yang dianugerahkan oleh Kerajaan, oleh itu ianya tidak dianggap sebagai ‘hak’ tetapi ‘hadiah’ yang diberikan oleh Kerajaan.

Sebagai tindakan susulan, SUHAKAM akan mengadakan mesyuarat bersama Kementerian Dalam Negeri pada tahun 2020 untuk mendapatkan maklum balas berkenaan proses permohonan kewarganegaraan.

7. KEMATIAN DALAM TAHANAN

Sepanjang tahun 2019, SUHAKAM menerima 7 aduan berkaitan kematian dalam tahanan sepertimana berikut:

i. Ahmad Zahri di IPD Gerik, Perak

ii. Gopal Krisnan a/l M. Rajalingam di Penjara Sungai Petani, Kedah iii. Soosaimanicckam A/L Joseph di Pangkalan Tentera Laut Diraja

Malaysia, Lumut, Perak

iv. Ong Ching Kian di Penjara Simpang Renggam, Johor

v. Orhions Ewansiha Thomas di Depot Imigresen Bukit Jalil, Kuala Lumpur

BAB 1 vi. Mathan s/o Muniady di Shah Alam, Selangor

vii. Mohammed Jakaria Bin Shafiqur Rahman di Depot Imigresen Semenyih, Selangor.

Siasatan mengenai lima kes awal yang disebutkan di atas telah selesai, manakala 2 kes lagi masih dalam siasatan.

a) Kematian Ahmad zahri Bin Din Di IPD Gerik, Perak

SUHAKAM telah menerima aduan kematian Ahmad Zahri (si mati) pada 19 Disember 2018 semasa berada di dalam tahanan lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik, Perak. Satu laporan polis telah dibuat pada 15 Januari 2019. Pengadu tidak berpuas hati dengan punca kematian anaknya dan mendakwa bahawa si mati dipukul semasa berada dalam tahanan polis di lokap.

Hasil laporan bedah siasat mendapati si mati telah mengalami Massive Gastro Intestinel Bleed (UGIB) Secondary to esophageal varices dengan Hepatitis C dan Liver Cirrhosis. Terdapat parut atau kesan lama di badan si mati dan pemeriksaan dalaman secara lanjut mendapati perubahan warna pada paru-paru disebabkan oleh tabiat merokok, organ hati yang mengecut dan kandungan perut yang telah rosak. Pihak Forensik juga telah mengesahkan bahawa tiada sebarang kecederaan luar (External Injury). Hasil bedah siasat juga telah dijelaskan kepada keluarga dan tiada sebarang bantahan daripada pihak keluarga.

Kesimpulan

Setelah memperolehi maklum balas pihak polis serta doktor forensik, SUHAKAM mendapati tiada kesan yang mencurigakan seperti penggunaan kekerasan serta tiada sebarang kesan lebam ke atas fizikal si mati.

b) Kematian Gopal Krisnan a/l M. Rajalingam

SUHAKAM telah menjalankan siasatan berkenaan kematian Gopal Krisnan a/l M. Rajalingam (si mati), yang merupakan banduan reman di Penjara Sungai Petani. Beliau telah meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani pada 30 Julai 2019. Terdapat dakwaan dari pengadu bahawa si mati telah dipukul semasa berada di dalam penjara yang menyumbang kepada kematiannya.

SUHAKAM memulakan siasatannya selaras dengan Seksyen 4 dan 12, Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 pada 18 Ogos 2019.

SUHAKAM telah menjalankan tiga mesyuarat bersama Penjara Sungai Petani; Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar; Jabatan Perubatan Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda serta merekod keterangan 10 kakitangan penjara, seorang pegawai perubatan penjara, dua penolong pegawai perubatan dan 5 rakan sel si mati.

Berdasarkan keterangan rakan sel, si mati dirawat di hospital selama hampir seminggu kerana kerap mengalami demam dan tiada selera makan. Sepanjang penahanannya, si mati telah dihantar mendapatkan rawatan di klinik penjara sebanyak empat kali. Pada 24 Julai, si mati muntah dan terkencing di dalam seluar semasa berada di sel. Si mati kemudian dirujuk ke klinik penjara dan selepas pemeriksaan, doktor penjara mengarahkan beliau dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera.

Semua banduan yang direkod keterangan oleh SUHAKAM menafikan mereka pernah melihat dan/atau mendengar sebarang situasi sepertimana berdasarkan dakwaan ke atas si mati.

Si mati telah dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim selama tujuh hari. Si mati diberikan rawatan untuk mencegah endorkarditis dan berada dalam keadaan koma sepanjang tempoh rawatan di hospital. Pada 30 Julai 2019, si mati menunjukkan fungsi buah pinggang yang semakin teruk dan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) telah dilakukan segera oleh doktor. Si mati disahkan meninggal dunia pada 2.30 petang.

Ahli keluarga dibenarkan untuk melihat mayat si mati sebelum proses bedah siasat dijalankan. Menurut ahli keluarga, terdapat beberapa bintik merah di kepala dan kaki si mati serta kesan lebam di bahagian dada kanan si mati.

Proses bedah siasat yang dijalankan oleh Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar menunjukkan punca kematian Gopal Krisnan adalah disebabkan jangkitan kuman di injap jantung.

Berkenaan dakwaan ahli keluarga mengenai terdapat bintik merah dan kesan lebam di badan si mati, keputusan bedah siasat adalah sepertimana berikut:

BAB 1

Dalam dokumen LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA HAK ASASI (Halaman 86-90)