• Tidak ada hasil yang ditemukan

TELAH LENGKAP RAMALAN DAN PERKIRAAN. HARI YANG DIJANJIKAN HAMPIR TIBA

Dalam dokumen Rahasia Bani Jawi 2 (Halaman 78-85)

At World's End

TELAH LENGKAP RAMALAN DAN PERKIRAAN. HARI YANG DIJANJIKAN HAMPIR TIBA

Dimanakah sasaran mereka selepas ini? TIdak perlu bertanya lagi jika semua muncung meriam Zionis di Singapura tepat menghala ke SINI.

Mari kita jejak lagi bangsa yang hilang ini.Ke mana ayunan langkah mereka selepas ini. Sungguh kuat mereka mengembara. Mahu saja dibedung semua kaki mereka agar duduk diam sehingga diri ini tidak lagi tercari-cari makna Melayu.Supaya diri ini tidak lagi ditipu Barat juga diprovok oleh pendatang keparat yang mahukan Bumi Mala ini. Ketika di perbatasan Himalaya,bangsa ini telah menurunkan kaum Kambuja yang tinggal di kaki gunung Himalaya.Mungkin terdapat puak Mala yang lain tetapi catatan sejarah hanya dapat mengesan suku kaum Kambuja sahaja.Kaum ini yang menguasai semua kesusasteraan Vedic mempunyai hubungan dengan kaum Sakya di utara India.Kaum Sakya juga diketahui umum sebagai berkasta Ksyatria-kasta yang sama dengan Kambuja.Kaum Sakya juga sebelum menetap di beberapa jajahan India Purba seperti di Benares adalah dikatakan berasal dari kaki gunung Himalaya.Apakah petunjuk rahsia yang menggabungkan antara Kambuja dan Sakya.

Di Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia terdapat 2 naskhah agama Buddha yang berjudul Nan-Hai-Ji-Gui-Nei-Fa-Zhuan yang telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Takakushu. Buku ini adalah berkenaan hal-hal peribadatan penganut Buddha.Satu maklumat penting dalam buku berkenaan adalah berkenaan guru

I-Tsing di Sriwijaya yang bernama Sakyakirti. Tiga orang guru beliau yang lain adalah dari India.Sakyakirti,seorang pendeta Melayu beragama Buddha telah menjadi guru kepada I-Tsing selama pengajiannya di sebuah universiti Buddha di Sriwijaya.Seorang pendeta dan cendekiawan Cina belajar agama Buddha dari seorang pendeta

Melayu.Mengapa?Lihat pangkal huruf namanya.Sakya-kirti.Nama Sakya menunjukkan keturunannya atau taraf kastanya yang tinggi.Begitu juga dengan penggunaan Dharma. Sebuah manuskrip bertarikh kurun ke-11M di Tibet bertajuk Abhisamayalamkara-nama-prajnaparamitopadesasastravrrtti-durbodhaloka-nama-tika, yang merupakan ulasan oleh Dharmakirti Suvarnabhumi pada tahun 1005M. Beliau adalah seorang pendeta Melayu beragama Buddha di Suvarnabhumi/Sriwijaya.

Ulasan ini diterjemahkan ke bahasa Tibet sebelum tahun 1069M oleh muridnya Atisa berjudul Shes rsb kyi phs rol tu phyin pa’i man ngag gi bstan bcos mngon par rtogs pa’i rgyan ces bya ba’i ‘grel pa stogs par dka’ ba’i snag ba zhes bya ba’i grel bshad. Buku ini diedit oleh Cordier pada 1915 di Paris, terbitan Imprimerie Nationale, dan juga diedit oleh Suzuki pada 1957 di Tokyo-Kyoto, terbitan Tibetan Tripitaka Research

Institute.Perhatikan darjat 'Dharma' dipangkal namanya.Bayangkan jika ketika itu Atisa, seorang sami Buddha dari Tibet sedang tekun belajar di hadapan seorang pendeta Melayu!Karya pendeta Melayu telah pun sampai ke Tibet.Selama beratus tahun para pelatih sami Buddha di Istana Potala membaca dan mengkaji karya Melayu di Istana Potala.Kita tidak tahu.Kerana karya itu dalam bahasa Pali-Tibet yang diterjemahkan dari bahasa Melayu-Jawa Purba.

Sakya adalah keturunan yang menurunkan Siddharta Gautama Buddha. Kebetulan? Tidak sepenuhnya.Ia adalah geneologi dan sejarah.Kadangkala Buddha digelar Sakyamuni (bermaksud 'orang bijaksana dari suku kaum Sakya').Sebab itu pendeta Melayu berani memakai nama Sakya dipangkal namanya.Sebab itu I-Ching sanggup ke Sriwijaya bukannya ke India untuk mencari keturunan Sakya di Nusantara.

Hal ini sesuai dengan berita I-Tshing pada abad ke 8 bahwa di Sriwijaya terdapat 1000 orang pendeta yang belajar agama Budha di bawah bimbingan pendeta Budha terkenal yang bergelar Sakyakirti itu.

Rekod tua dari Biara Buddha di Luoyang telah dikompilasi pada tahun 541 Masehi oleh Yáng Xuànzhiq seorang penulis dan penterjemah Mahayana Buddha kepada bahasa Cina mencatatkan:

"At that time there was a monk of the Western Region named Bodhidharma, a Persian Central Asian..."

Rekod ini menyebut tentang sifat terpenting bangsa Melayu,sejak diketahui hubungan Melayu dengan bangsa Aryan."A Persian Central Asian" adalah kata-kata yang tepat-seorang Parsi dari Asia Tengah (ingat Teori Kapak Tua dari Asia Tengah?)

menunjukkan bukan pendeta India berkulit gelap tetapi pendeta Melayu berkulit cerah berkasta tinggi.

Kaum Ksyatria dari Kambuja-Sakya telah bergerak jauh hingga ke Sri Lanka,melalui jalan laut menuju ke Nusantara,lalu dikatakan mengasaskan Gangga Negara,kerajaan purba di negeri Perak yang terkenal itu.Kumpulan yang lain pula bergerak menyelusuri Sungai Mekong dan ada yang berjalan kaki sampai ke daerah Yunnan. Ingat!mereka bukanlah mengembara secara terus menerus tetapi berhenti dan membuat penempatan di satu-satu tempat,bercampur dengan etnik tempatan sehingga menurunkan hibrid bangsa-bangsa Asia.Yunnan,ya sebab itu kesan bangsa misteri ini masih ada di sana. Dari Yunnan mereka turun ke perbatasan Indochina dan mula mengasaskan empayar-empayar seperti Funan,Khmer dan Champa.Sebab itu raja-raja Khmer yang memerintah Kemboja dan yang membina Angkor wat mendakwa mereka adalah keturunan kaum pahlawan Kambuja.

Ahli-ahli sejarah di Malaysia pernah mendakwa bahawa Tamadun Funan yang

diasaskan sekitar 190M ini adalah Tamadun Melayu Terawal, malah direkodkan dalam buku sejarah sekolah.Ketika kekalahan Funan di tangan Chenla sekitar 550M, rajanya dikala itu lari ke Jawa dan membuka Sailendra. Perkataan “Funan/Bnam/Phnom” mempunyai maksud yang sama dengan perkataan “Sailendra”, iaitu “gunung/tanah tinggi”. Negara Vietnam masih menggunakan perkataan “bnam” dihujung

perkataannya. Mungkinkah bangsa Funan ini merupakan orang laut, seperti Bajau dan Sulu, sehinggakan menggelarkan negara sebagai tanah tinggi atau gunung.

Tapi, mungkin juga bersebabkan konsep kosmologi Hindu-Buddha yang berpaksikan Gunung Meru yang dikelilingi oleh 4 dvipa, seluruhnya digelar Jambhudvipa, geometrinya seperti buah jambu air. Yang pastinya, bangsa Vietnam terpengaruh menamakan negara mereka sebagai “Vietnam” yang bermaksud “Gunung+Viet”, sedangkan mereka bukanlah orang laut. Seluruh kefahaman mereka berkenaan laut datang daripada bangsa yang mereka jajah hingga kini, Campa.Seorang profesor Melayu, Prof. Dr. Shaharir telah mengumpulkan sejumlah 600 perkataan Khmer Kuno yang dikatakannya adalah juga merupakan perkataan-perkataan Melayu Kuno.

SEMUANYA MENUNJUKKAN WARISAN DARI BANGSA GUNUNG YANG GAGAH. "THE DESCENDANT OF MOUNTAIN TRIBE"

Bangsa inilah yang membina Angkor Wat.Ketika ini bangsa yang berada di Jawa adalah sama dengan bangsa yang berada di Kambuja-Vietnam.Jayavarman II-pengasas

kerajaan Angkor-Khmer mempunyai hubungan dengan kerajaan Sailendra Jawa malah pernah tinggal di sana beberapa lama.

SAILENDRA-GUNUNG FUNAN-GUNUNG NAM-GUNUNG MALAI-GUNUNG

Bangsa ini juga yang membina Borobudur. Malah bangsa ini juga mampu membina kapal-kapal laut yang amat hebat. Para pengembara dan penulis Eropah terutama dari Sepanyol dan Portugis (Kedua-dua negara ini menerajui bidang pelayaran di Eropah ketika itu) seperti Tome Pires,Godinho De'Eredia dan Duarte Barbosa mencatatkan kapal-kapal Melayu yang amat besar dan saiz pelabuhan Melaka yang amat sibuk dengan kapal-kapal.Dicatatkan dalam Sulalatut al-Salatin itu tentang bahtera Sultan Mahmud Shah belayar ke Majapahit, berlaku dalam abad ke-15 M, adalah kapal yang cukup besar bernama Mendam Berahi yang lebih hebat dari Flor de la Mar,kapal Alfonso de Albuqarque.

Atau lihat sahaja kapal besar yang diukir di dinding candi Borobudur yang dibina pada abad ke-8 M itu. Bayangkan pada abad ke 8 (ini usia candi Borobudur) telah ada kapal sebesar itu yang seakan sama dengan rekabentuk kapal moden di era Caribbean

Pirates.Malah mungkin teknologi kapal telah ada lama dari itu kerana Borobudur dibina bertahun-tahun dan apa yang diukir di dinding-dindingnya adalah penceritaan kepada kisah-kisah dalam agama Buddha juga keadaan semasa bangsa Melayu ketika itu.

*Lihat betapa hebatnya kapal bangsa Melayu pada zaman dahulu.Adakah Melayu ketika itu masih tinggal di ceruk-ceruk kampung beratap nipah?

Catatan Yunani, Portugis, Belanda, Sepanyol, Jepun dan China menunjukkan tamadun Melayu hebat dengan teknologi perkapalan dan persenjataan mengatasi bangsa-bangsa lain pada zaman abad ke-2 M hingga abad ke-16 M.

Sebenarnya dalam zaman Portugis itu memang tercatat dalam tulisan Portugis yang menyatakan tukang-tukang Melayu dalam membuat kapal yang dibawa ke negaranya untuk dipelajari teknologi perkapalan itu.

Cerita kehebatan Melayu dalam pelayaran terbukti dengan kisah rakaman Sepanyol terhadap seorang ahli pelayaran Melayu yang digelarnya ‘Si Henry Hitam’ (Henry The Black/Enrique) yang dijadikan pembantu penting Magellan mengelilingi dunia.

Catatan Belanda menyebut teknologi meriam Melayu Petani, iaitu Patani sekarang, warisan kerajaan Melayu Langkasuka pada abad ke-17, adalah lebih hebat daripada meriam Belanda apatah lagi Siam, iaitu Thailand sekarang yang pernah berpakat menyerang Petani beberapa kali tetapi gagal.

Catatan Portugis menyatakan kapal perang dan meriam tentera Melaka lebih canggih daripada ciptaan mereka dan bangsa Eropah lain tetapi kerana Melaka tetap dapat dikalahkan menerusi strategi perang,konspirasi kotor dan rasuah, maka jiwa-jiwa

Melayu hingga sekarang pun merasakan bangsanya memang inferior dalam teknologi ini (ketika itu armada laut Melaka tidak menyertai peperangan akibat konflik Laksamana dengan Sultan,jadi peperangan di Melaka ketika itu hanya disertai oleh askar-askar

Jawa apabila semua armada laut Melaka tergesa-gesa meninggalkan pelabuhan Melaka menjelang kedatangan Portugis-mungkin dirasuah adalah salah satu faktor).Melaka adalah kerajaan Maritim bukan Agraria atau darat.Jadi tanpa angkatan lautnya,sudah tentu 60% kekuatannya telah hilang.

Bangsa ini terus mengembara hingga ke Segenting Kra.Sementara yang lain datang dari arah laut mengikut seorang raja bernama Mus,telah mendarat di Sungai

Musi,Palembang."Musi" bermaksud 'Sungai Kepunyaan Mus'.Kumpulan darat

menyusuri tanah sempit Segenting Kra,menepati ramalan-ramalan dan petunjuk tentang 'The Promised Land'.

"akan melalui lorong sempit,hingga sampai ke hujung dunia"

Sampai di Semenanjung Emas,saki-baki dari bangsa yang meneruskan perjalanan ke hujung dunia "The Land of The East" berhenti dan mula menetap serta memulakan kehidupan baru di sini. Kisah pengembaraan yang memenatkan selama beribu tahun semakin lama semakin hilang di dunia yang aman damai di hujung dunia. Peperangan-peperangan di negarakota Babilon dan Ur serta serangan ke atas etnik India,masih terselit dicelah-celah mimpi bangsa misteri. Kehangatan padang pasir dan kesejukan ribut salji makin tidak dikenali di hutan hujan Khatulistiwa yang tenteram dan

damai.Kicau burung,nyanyian mergastua kadangkala ngauman harimau adalah rentak hidup baru bagi bangsa hebat ini.

Dalam dokumen Rahasia Bani Jawi 2 (Halaman 78-85)