• Tidak ada hasil yang ditemukan

LINGUISTIK ANTROPOLOGIKAL

Dalam dokumen PENGANTAR LINGUISTIK (Halaman 37-44)

Matlamat utama bidang linguistik antropologi adalah untuk mengkaji hubungan di antara bahasa dan budaya. Antara persoalan yang sering dibahaskan oleh ahli-ahli linguistik antropologi adalah sejauh manakah struktur nahu sesuatu bahasa ditentukan oleh atau menentukan bentuk dan kandungan budaya para penuturnya. Di samping itu, ahli linguistik antropologi juga mengkaji sejauh manakah kelainan perbendaharaan kata di antara bahasa-bahasa yang berbeza mempunyai kaitan dengan kelainan budaya yang diamalkan oleh para penutur bahasa-bahasa yang berbeza itu( Encyclopaedia Britanica vol. 7:60).

Dalam lain-lain perkataan, ahli-ahli linguistik antropologi mengkaji aspek-aspek kehidupan penutur yang tertentu dan seterusnya melihat bagaimana suasana kehidupan dan sistem nilai yang dipegang oleh para penutur mempengaruhi cara mereka berbahasa. Suasana kehidupan dan sistem nilai yang berbeza akan menghasilkan pola pemakaian bahasa yang berbeza. Harimurti (1984: 118) ketika menghuraikan ruang lingkup kajian linguistik antropologi mengatakan ia sebagai satu bidang ilmu “..yang mempelajari variasi dan pemakaian bahasa dalam hubungannya dengan pola kebudayaan dan ciri-ciri bahasa yang berhubung dengan kelompok sosial, agama, pekerjaan atau kekerabatan.”

Masyarakat yang menuturkan bahasa yang berbeza sering kali mengamalkan budaya hidup yang berbeza, dan kelainan inilah yang menjadi fokus kajian ahli-ahli linguistik antropologi. Tentang pengaruh budaya ke atas bahasa, Sapir (1949: 209) mengatakan, “Bahasa tidak wujud secara terpisah daripada budaya, ia wujud daripada sekumpulan amalan dan kepercayaan yang diwarisi melalui hubungan sosial, dan amalan-amalan serta kepercayaan-kepercayaan inilah yang menentukan corak kehidupan yang dijalani oleh penutur.” Jelas dibayangkan kepada kita bahawa linguistik antropologi mengkaji keterjalinan hubungan di antara bahasa yang digunakan dan budaya yang diamalkan oleh penutur.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 38 Ahli linguistik antropologi yang ingin mengkaji sesuatu bahasa yang tidak mempunyai tradisi tulisan biasanya akan ke lapangan, dan biasanya hidup bersama-sama penutur natif bahasa tersebut, dan melalui kaedah ikut serta inilah data yang asli bagi sesuatu bahasa itu dikumpul dan dicatat (Harimurti 1984: 116; Crystal 1974).

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 39

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 40

REFLEKSI

Alhamdulillah, bersyukur kami ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh Encik Mohammad Shamsudin Bin Jamiran ini dalam masa yang ditetapkan. Tugasan ini merupakan salah satu kerja kursus yang diberikan kepada guru pelatih major Bahasa Melayu bagi Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah). Tugasan ini hendaklah disampaikan dalam bentuk buku skraf. Guru pelatih dikehendaki membuat satu buku skraf dan ‟soft-copy‟ tentang Pengantar Linguistik. Ianya merupakan tugasan secara berpasangan.

Tugasan ini bertujuan memberi pengetahuan kepada menghuraikan aspek-aspek dalam bidang-bidang linguistik, sifat bahasa, sejarah perkembangan ilmu linguistik, struktur linguistik, faktor luaran, variasi bahasa, peraturan paradigmatik, stilistik dan bahasa Melayu saintifik. Selain itu tugasan ini juga mengharuskan pelajar menjelaskan tiga bidang ilmu linguistik iaitu psikolinguistik, sosiolinguistik, dan linguistik antropologikal.

Setelah mendengar dan memahami penerangan serta perbincangan yang diberikan, saya berasa sedikit keliru dan tidak memahaminya. Saya memulakan tugasan ini dengan membuat rujukan awal bagi mencari tajuk yang sesuai bagi membuat tugasan ini. Saya melakukan pembacaan dan pencarian menyeluruh mengenai isu dan perkara yang berkaitan bagi menyiapkan tugasan saya. Setelah sumber yang sesuai kami perolehi, saya mula mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan sebanyak mungkin. Kaedah yang digunakan ialah melalui media elektronik atau internet. Hampir keseluruhan maklumat yang saya guna pakai adalah diperolehi daripada buku Pengantar Linguistik. Selain itu saya juga menggunakan sumber internet bagi memantapkan lagi maklumat yang telah saya perolehi.

Pada peringkat seterusnya, saya tidak mempunyai sebarang masalah. Saya mula melaksanakan tugasan yang seterusnya iaitu membuat analisis data terhadap segala maklumat yang saya terima. Saya mengasingkan berdasarkan kepada beberapa kategori yang tertentu iaitu berdasarkan kepada jenis, huraian dan contoh

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 41 perkataan. Setelah semua maklumat yang telah siap dianalisis, saya mula melakukan penyemakan awal buat kali pertama. Saya telah menyerahkan segala maklumat awal yang perolehi ini bagi disemak oleh pensyarah. Setelah semua maklumat siap sedia, maka saya mula melaksanakan tugasan buku skraf ini. Dalam melaksanakannya terdapat beberapa kesukaran yang terpaksa saya hadapi. Pertamanya dari segi masa. Saya mempunyai masa yang agak suntuk iaitu selama kira-kira sebulan sahaja bagi menyiapkan segala tugasan ini. Pada masa yang sama pelbagai aktiviti dan program lain yang dirancang dan perlu dilaksanakan. Oleh yang demikian saya terpaksa menggunakan masa yang ada bagi dimanfaatkan untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

Masalah yang kedua yang terpaksa saya hadapi ialah kesukaran perlaksanaan iaitu kesalahan dan kesilapan samada kecil dan besar dalam membuat buku skraf ini. Bermula daripada mendapatkan maklumat berkaitan fonetik dan fonologi hingga memindahkan rakaman ke dalam bentuk transripsi fonetik. Walaupun keadaan ini berlaku, namun ia bukanlah sebab bagi saya untuk menyerah kalah dan berputus asa. Saya tetap berusaha. Bagi mengatasi masalah yang saya hadapi ini, saya telah melaksanakan jadual perancangan yang teliti dan menggunakan segala sumber yang ada dengan semaksimum yang mungkin. Setelah semua maklumat dimasukkan dan diedit sepenuhnya, saya melakukan sekali lagi semakan buat kali yang kedua. Ia adalah bertujuan bagi memastikan segala tugasan ini dihantar dan disiapkan tanpa sebarang kesalahan. Saya telah meminta beberapa orang pelajar bagi melakukan penyemakan bagi kali ini. Setelah segala komen dan pandangan yang kami terima, saya telah membuat sedikit penambahbaikan ke atas hasil kerja saya.

Maka dengan itu berakhirlah segala tugasan yang saya usahakan selama hampir satu bulan ini. Saya berasa puas hati dengan segala hasil kerja yang telah saya hasilkan. Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang telibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan tugasan saya ini. Jutaan terima kasih terhadap apa yang telah diberikan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 42

REFLEKSI

Assalamualaikum, bersyukur kehadrat Ilahi kerana kehendaknya saya telah pun menyiapkan tugasan Pengantar Linguistik Bahasa Melayu ini dengan jayanya. Tugasan ini menghendaki saya mengkaji perkembangan ilmu linguistic serta membandingbezakan antara zaman yang dikehendaki. Bagi saya soalan ini agak susah kerana bagi nota linguistik antropologikal ianya sangat terhad manakala .

Selain itu, soalan ini juga memerlukan saya membaca dan memahami keseluruhan susur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik ini untuk memudahkan saya membuat perbandingan yang tepat antara zaman-zaman yang dipilih. Secara jujurnya tugasan ini memerlukan pengorbanan masa, wang dan tenaga walaupun melakukan tugasan ini secara “In-door”.

Antara objektif tidak langsung kerja kursus ini ialah untuk melihat sejauh mana hubungan guru pelatih dengan pensyarah penasihat. Hal ini terbukti apabila tidak ramai yang berjumpa pensyarah penasihat dengan pelbagai-bagai alasan. Bagi saya kehendak soalan ini lebih memerlukan pembacaan dan pemahaman tentang sejarah ilmu lingustik dan bidang-bidang linguistik yang merujukkan kepada nota yang lengkap manakala pensyarah sebagai kawalan jawapan.

Melalui kerja kursus ini, saya juga dapat mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan lain melalui perkongsian ilmu dan bertukar pendapat supaya kertas cadangan saya dapat diaplikasikan sebaik mungkin.

Akhirnya, saya berharap tugasan ini memberi manfaat yang berpanjangan dan berguna kepada saya dan dapat aplikasikan ketika menyusun tesis mahupun ketika mengajar nanti seperti memiliki pengetahuan yang lengkap berkaitan psikolingustik dan sosiolingustik. Sekian sahaja daripada saya, yang baik akan jadikan kekuatan yang buruk saya jadikan perbandingan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 43

BIBLIOGRAFI

 BUKU

 Abdullah Hassan. (2005). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing.

 Abdullah Hassan. (2005).Rencana Linguistik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.  LAMAN WEB http://www.karyanet.com.my/knet/ebook/preview/previu%20Pengantar%20Linguistik %20Am%20v3.pdf. http://www.tulisanmakyun.blogspot.com/ http://ms.wikipedia.org/wiki/bahasa_Melayu

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 44

Dalam dokumen PENGANTAR LINGUISTIK (Halaman 37-44)

Dokumen terkait