BAB EMPAT
4.2 Maklumat Penting Tentang Kajian Disertasi Penulis
4.2 Maklumat Penting Tentang Kajian Disertasi Penulis.
Secara umumnya mimpi berlaku apabila seseorang itu sedang tidur. Boleh juga berlaku dalam situasi yang lain seperti ketika pengsan, mabuk, nazak dan sebagainya. Dengan syarat physically unconscious or semi-conscious. Dikatakan mimpi berlaku apabila roh seseorang itu keluar dari jasadnya. Cuma yang membezakannya dengan kematian ialah roh orang yang mati keluar terus kesemua sekali dari jasad. Bagi orang yang bermimpi, rohnya hanya keluar dalam erti kata menjenguk (extending) tetapi masih ada yang berbaki dalam jasad. Sebab itulah orang yang tidur masih lagi bernafas. Ibarat seseorang yang kaki kanannya mencecah ke dalam air sedangkan kaki kiri masih menjejak daratan. Begitulah juga orang yang sedang mengalami mimpi. Sebahagian rohnya berada dalam jasadnya manakala sebahagian lagi berada di luar kawalan tubuhnya.
105 Mimpi merupakan satu aktiviti rohani atau rahsia kejiwaan yang begitu meruntun dan menarik minat manusia dari segenap zaman semenjak awal kemunculan manusia di muka bumi ini. Ianya telah menjadi satu tema dalam deretan perbualan dan renungan. Baik kepada golongan yang muda menjangkau kepada golongan yang lebih berusia di sepanjang laluan zaman yang terus beredar. Manusia keseluruhannya bermimpi, hatta semua makhluk Allah S.W.T yang bernyawa seperti kucing dan lain-lain.
Kadangkala mimpi itu menggembirakan, tidak dapat difahami, sukar ditafsirkan, penuh misteri dan simbolik . Sehingga agak sukar bagi kita sebagai umat manusia untuk menafsir dan mentakwilkan makna di sebalik setiap kejadian mimpi tersebut. Pada dasarnya setiap manusia termasuk kita ingin mengetahui rahsia mimpinya. Begitu juga sejak zaman dahulu lagi muncul pelbagai percubaan mentafsirkan mimpi telah dilakukan. Hasilnya telah mewujudkan tukang-tukang takbir mimpi yang menjadikan pentakbiran dan pentakwilan mimpi sebagai satu kerjaya. Semenjak itu manusia semakin memberikan perhatian yang serius kepada mimpi-mimpi terutamanya di kalangan warga istana dan golongan pembesar.
Setiap mimpi yang dianggap aneh akan cuba dicari pentakwilannya melalui tukang takbir, tafsir dan takwil mimpi. Kerana itu kisah-kisah dan hikayat-hikayat lama penuh dengan cerita-cerita pengembaraan bertitik tolak dari permulaan penjelmaan mimpi-mimpi yang aneh. Kemudian ilmu tafsiran mimpi berubah menjadi satu tradisi yang bercampur aduk antara dongengan atau fantasi dengan realiti yang sebenarnya hingga menimbulkan kegelisahan dan kekeliruan kepada khalayak ramai. Oleh itu untuk menghindarkan manusia dari kesesatan, Allah S.W.T
106 telah menganugerahkan ilmu-ilmu takwil mimpi sebenar kepada sesetengah para nabi-Nya seperti Nabi Yusuf A.S yang meramalkan akan berlaku bencana kemarau selama tujuh tahun. Begitu juga Nabi Armia yang meramalkan kehancuran Bani Israil. Tetapi ramalan dan pentakwilan para anbiyak bukan sekadar ramalan semata-mata tetapi perkhabaran yang berbentuk berita yang benar dari Allah S.W.T. Ianya berlaku dalam bentuk yang begitu simbolik dan penuh bermakna.
Berdasarkan Qiyas dengan takbir-takbir mimpi dan disusuli dengan tamthil- tamthil yang dipakai dalam al-Qur’ān dan al-H͎adith , ulama-ulama Islam terdahulu telah melakukan satu daya usaha yang besar pengertiannya kepada umat Islam dengan mencernakan kaedah pentakwilan mimpi yang baik dan terkawal mengikut panduan syariat Islam. Diantara mereka yang paling terkenal dan menonjol ketokohannya dalam bidang pengkajian mimpi ialah Muhammad bin Sirin atau lebih terkenal sebagai Ibn Sirin.145
Allah S.W.T memerintahkan agar pentakwilan mimpi dibuat dalam suasana yang terkawal. Terutamanya mimpi-mimpi yang menjurus kepada ramalan masa depan (prophectic). Kerana ilmu seperti itu merupakan anugerah dan kurniaan kepada anbiyak-Nya dan hamba-hamba-Nya yang saleh. Demi mengelakkan wujudnya tukang-tukang takbir mimpi yang cuba mendabik dada dan menyombong diri dengan mendakwa mengetahui segala urusan yang ghaib selain dari Allah S.W.T. Sedangkan persoalan tersebut sebenarnya sebahagian dari rahsia Allah S.W.T yang tidak dikurniakan kepada sebarangan orang.
_______________________ 145Majdi Fathi (1996), op.cit., h.134.
107 Ahli-ahli psikologi moden juga turut mengutarakan pelbagai teori tentang fenomena mimpi. Kebanyakan mereka memandang rendah kepada kewujudan mimpi-mimpi itu. Mereka beranggapan peranan mimpi tidak lebih sekadar pernyataan angan-angan kosong atau pantulan angan-angan yang terpendam yang tidak dilaksanakan dan tercapai di alam nyata lalu terbawa-bawa di dalam mimpi. Dengan kata lain menurut andaian mereka peranan mimpi sekadar untuk menyelesaikan masalah-masalah yang bersangkutan dengan persoalan kehidupan. Mereka lantas menolak sama sekali kehadiran mimpi mempunyai tugas meramalkan kejadian-kejadian tentang masa depan. Mereka juga turut memisahkan hubungan mimpi dengan Allah S.W.T. Senario ini terjadi kerana mereka hanya berdasarkan kepada logik akal mereka yang berfokuskan kepada teori sains yang dikuasai oleh mereka.
Walaubagaimanapun mereka tetap mengakui bahawa takbir dan takwil mimpi itu adalah satu kerja yang sukar. Kerana takwil mimpi mengandungi unsur bahasa yang simbolik dan lambang-lambang yang sulit. Sedangkan bahasa-bahasa dan segala perlambangan itu pula tidak bersifat standard dan universal (sejagat). Dalam masa yang sama mereka juga turut mengakui takbir mimpi itu telah diselubungi dengan pelbagai kekarutan, tahayul dan khurafat. Akibat dieksploitasi oleh tukang-tukang sihir dan para penipu yang bersifat materialistik terhadap kelompok manusia yang melanggani mereka.
Daripada penelitian yang dibuat oleh penulis juga menjelaskan bahawa antara mimpi, khayalan, mengelamun, mengigau dan angan-angan mempunyai pengertiannya yang tersendiri. Di samping itu terdapat perbezaan antara satu sama
108 lain. Namun ianya mempunyai persamaan dari unsur pengeksloitasian pemikiran sama ada secara sedar atau separuh sedar.
4.3 Cadangan Dan Saranan Untuk Generasi Umat Islam Tentang