• Tidak ada hasil yang ditemukan

MALAYO -POLINESIAN & AUSTRON ESIA

RABU, 20H B OKTOBER 2010

[HTTP://MISTISFILES.B LOGSPOT.COM/2010/10/ PELAJARAN-PERTAMA-MALAYO -POLINESIAN.HTML ]

Untuk memahami apa yang dikatakan ‘rumpun Melayu’ atau Nusantara, kita mesti belajar apakah persamaan antara etnik-etnik di dalam rumpun Nusantara itu. Kita mesti tahu apakah beza antara rumpun Nusantara dengan kelompok-kelompok bangsa yang lain. Saya jujur mengatakan bahawa ketika zaman klasik Kesultanan Melaka, telah timbul apa yang dinamakan rumpun Melayu kerana Kesultanan Melaka telah bertindak sebagai satu empayar yang menakluk seluruh semenanjung dan sebahagian Sumatera; menyambung warisan yang ditinggalkan empayar Melayu Sriwijaya dahulu. Empayar ini amat kuat dan disegani Timur dan Barat sehingga hanya kuasa Eropah sahaja bergabung dengan pengkhianatan dari dalam,yang mampu menumbangkan Kesultanan ini.

Mengapa orang Bugis lebih senang menyerap budaya Melayu Selangor? Mengapa orang Jawa senang berasimilasi dengan orang Melayu Johor? Mengapa orang Banjar, Mendahiling atau Rawa lebih rapat dengan orang Melayu berbanding dengan orang Thai contohnya? Mengapa budaya berkeris ada pada orang Sulu, Jawa, Bugis dan Melayu (sekadar menamakan beberapa contoh)? Kita lebih faham bahasa orang Boyan atau orang Burma?

Kita mesti faham betul-betul perkara ini sebab jika kita tidak memahami perkara ini sebetulnya, nanti ada orang yang dari kelompok bangsa lain contohnya Tai-Kadai akan cuba memutarbelitkan fakta berkaitan kaum dan bangsa ini. Tidak memahami kategori antara bangsa-bangsa ini menyebabkan kegiatan merompak budaya dan identiti akan berlaku. Juga untuk mengelakkan kekeliruan budaya sesama sendiri di dalam kelompok yang sama. Contohnya keris adalah budaya etnik-etnik Malayo-Polinesian. Jika orang Melayu berkeris, ini tidak bermakna mereka merompak budaya dari orang Jawa. Jika orang Jawa pakai kain batik, ini tidak bermakna mereka mencuri kain batik orang Kelantan. Kena faham betul-betul. Nanti tidaklah berperang sesama rumpun sendiri disebabkan hal yang remeh-temeh begini. ‘French Fries’ contohnya adalah makanan orang Perancis dan Amerika. Namun tidak pernah orang Perancis berperang dengan orang Amerika semata-mata berebutkan ‘French Fries’ (‘pommes frites’ dalam bahasa Perancis). Tetapi ada orang yang ghairah mahu berperang semata-mata ingin berebutkan rendang! Lihat beza mentaliti orang Eropah dengan orang Asia yang terjajah pemikirannya. Apa yang mahu saya katakan lagi, “why are you so stupid?”

Ok, kita belajar sejarah secara santai. Tidak perlu tension-tension. Anda suka belajar sejarah dengan cara menghafal tarikh-tarikh? Saya pun tidak suka! Sebenarnya sejarah adalah subjek yang menarik. Sejarah melangkaui politik, budaya, geografi dan banyak bidang lain. Sejarah akan menjawab banyak persoalan. Apa, mengapa, bila, di mana, siapa dan bagaimana. Ok, biar saya teruskan ‘lecture’ saya tentang kelompok budaya dan bahasa yang dikelaskan sebagai, Austronesia.

Austronesia adalah kelompok bahasa yang tersebar di zon yang dinamakan Oceania dan Asia Tenggara sehingga ke Madagaskar. Orang Austronesia pula adalah mereka yang bertutur bahasa-bahasa di dalam kelompok Austronesia.

Dahulu kelompok bahasa ini digelar sebagai Malayo-Polinesia. Kemudian ditemui di Taiwan di mana terdapat kelompok-kelompok pribumi di sana bertutur bahasa mirip bahasa-bahasa dalam Malayo-Polinesia yang kemudiannya dikelaskan sebagai bahasa Formosa.

Austronesia adalah salah satu kelompok bahasa utama di dunia. Austronesia juga merupakan kelompok bahasa yang terbesar dari segi jumlah bahasa iaitu kira-kira 1268 jenis bahasa. Austronesia juga memiliki kawasan penyebaran paling luas, iaitu dari Madagaskar hingga ke Pulau Easter.

Bahasa Melayu dan bahasa Jawa adalah dua bahasa Austronesia yang mempunyai ramai penutur. Bahasa Melayu mempunyai lebih 40 juta penutur asli dan bahasa Jawa mempunyai kira-kira 80 juta penutur asli. Dari segi etnologi dan jumlah penutur sebenar, bahasa Melayu adalah bahasa Austronesia yang paling ramai penutur iaitu kira-kira 300 juta penutur (digabungkan dengan Bahasa Indonesia iaitu salah satu dialek dari bahasa Melayu) dan menduduki tangga ke-6 dunia, ranking bahasa paling meluas digunakan.

Bahasa Melayu sebagai bahasa elit Austronesia adalah terkelompok pula ke dalam bahasa Malayo-Polinesian Barat, bersama-sama bahasa Jawa, Sunda, Bugis dan lain-lain. Bahasa Malayo-Malayo-Polinesian Timur pula termasuklah bahasa-bahasa di kepulauan Pasifik seperti Hawaii, Tonga, Maori, Samoa dan lain-lain.

Ok, sekarang anda faham siapakah itu orang Austronesia? Persamaan antara bahasa-bahasa Austronesia yang paling ketara ialah menyebutkan bilangan jamak sesuatu dengan mengulangi dua kali perkataan. Contohnya jika ada banyak kapal, mereka namakan ‘kapal-kapal’ (bukan ‘kapals’). Satu lagi rahsia yang paling ketara namun jarang orang ketahui ialah penyebutan nombor-nombor. Terdapat persamaan ketara antara penyebutan nombor 1 hingga 10 misalnya diantara bahasa Hawaii, Tonga, Samoa dan lain-lain dengan bahasa Jawa, Sunda dan ya, sudah pasti bahasa Melayu. Lihat jadual:

Bahasa Melayu Jawa Sunda Bugis Samoa Hawaii Tonga Siam

0 sifar selo sun

1 satu siji hiji ceddi tasi kahi taha nueng

2 dua loro dua dua lua lua ua song

3 tiga telu tilu telu tolu kolu tolu sam

4 empat papat opat eppa fa hā fā si

5 lima limo lima lima lima lima nima ha

6 enam enem genep eneng ono ono ono hok

7 tujuh pitu tujuh pitu fitu hiku fitu chet

8 lapan wolu dalapan arua valu walu valu paet

9 sembilan songo salapan asera iva iwa hiva kao

10 sepuluh sploh sapuluh sapulo sefulu -hulu -fulu sip

Lihat, nombor-nombor mereka, sama ada dipengaruhi bahasa Melayu atau dipengaruhi bahasa Jawa. Sebab apa? Jawapan yang paling mudah, kena salahkan dua empayar ini: Sriwijaya dan Majapahit. Tetapi kalau nak jawapan yang kompleks, kena jawab dengan sejarah linguistik dan pergerakan kaum-kaum Austronesia. Bahasa Sunda misalnya sebutan nombornya bercampur antara bahasa Melayu dan Jawa.

Ok, itu adalah persamaan antara bahasa-bahasa dalam kelompok Austronesia atau nama klasiknya ‘rumpun Melayu’. Rumpun ya, bukan orang Melayu. Serumpun maknanya berkongsi budaya dan bahasa. Orang Batak misalnya berbeza dengan orang Melayu. Jadi orang Batak bukan orang Melayu dari segi etnik-etnik dalam kelompok budaya Austronesia. Masing-masing ada identiti. Apabila bercakap dalam

konteks ‘dalam rumah sendiri’ Melayu adalah salah satu kaum atau sub-bangsa dalam rumpun Austronesia. Samalah apabila bercakap dalam konteks Malaysia, orang Kedah, orang Perak dan orang Kelantan misalnya adalah orang Melayu. Namun bila bercakap soal kenegerian, masing-masing ada identiti sendiri seperti bahasa, senibina, makanan atau pakaian. Jadi bila orang-orang Melayu sedar bahawa ada kaum lain yang seakan sama dari segi wajah, bahasa dan budaya dengan orang Melayu maka mereka menyebut, "kita serumpun" (rumpun Austronesia atau Nusantara). Jadi Thai, Burma, Viet ataupun Mon-Khmer bukanlah serumpun dengan orang Melayu (ditolak faktor asimilasi atau cedokan bahasa dan budaya) sebab asas atau induk mereka berlainan dari orang Melayu. Thai boleh mencedok budaya Melayu Segenting Kra atau Khmer tetapi lihat bahasanya. Jauh berbeza. Ini dinamakan ‘asimilasi’. Bukan serumpun. Tetapi ini asimilasi antara dua kelompok berbeza. Kalau anda faham masalah ini, saya tanya anda, orang Siam itu sama atau tidak dengan orang Melayu? Serumpun atau tidak?

Rujukan tambahan;

Decimal Numbers 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

PAN, circa 4000 BC *isa *DuSa *telu *Sepat *lima *enem *pitu *walu *Siwa *puluq Tetum ida rua tolu haat lima neen hitu ualo sia sanulu Tagalog isá dalawá tatló ápat limá ánim pitó waló siyám sampu Ilokano (Ilocano) maysa dua talló uppat limá innem pitó waló siám sangpulo Kapampangan metung adwa atlu apat lima anam pitu walu siyam apulu Cebuano usá duhá tuló upat limá unom pitó waló siyám napulu Malay satu dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan sepuluh Javanese siji loro telu papat limo nem pitu wolu songo sepuluh Malagasy irai(ka) roa telo efatra dimy enina fito valo sivy folo Māori tahi rua toru whā rima ono whitu waru iwa tekau Tongan taha ua tolu fā nima ono fitu valu hiva -fulu Chamorro maisa/håcha hugua tulu fatfat lima gunum fiti guålu sigua månot/fulu Hawaiian kahi lua kolu hā lima ono hiku walu iwa -hulu

Siam adalah nama yang diberikan kepada kerajaan Ayutthaya. Rakyatnya ialah Siam. Tidak kira Tai, Mon, Khmer atau Melayu. Ada satu lagi kerajaan Tai iaitu Sukhotai yang lebih awal dari Ayutthaya. Tetapi Sukhotai bukan ‘Siam’. Siam adalah budaya bercampur antara Tai-Mon-Khmer-Melayu. Siam bukan Melayu dalam ertikata sebenarnya. Jadi konotasi adakah orang Melayu mencedok adat Siam adalah salah sama sekali. Siamlah yang mencedok segala budaya di sekelilingnya!

Inilah gunanya tahu sejarah. Tidaklah nanti kita terkeliru sampai menjatuhkan prestij sendiri secara sukarela.

Orang Tai (‘Tai’ bermaksud bangsa ini seluruhnya manakala ‘Thai’ ialah konotasi baru lebih merujuk kepada orang Tai di Thailand) termasuk dalam kelompok Tai-Kadai atau Kradai. Orang Tai ini juga banyak sub-bangsanya seperti orang Shan, orang Li, orang Kam-Sui, Tai-Dam dan lain-lain. Etnik kedua terbesar di China selepas orang Han adalah Zhuang, yang berasal dari bangsa Kadai ini. Bangsa Tai-Kadai ini asalnya tinggal berselerak di selatan China sehingga ke utara Burma dan Assam di India. Mereka kaum petani (agraria). Tai-Kadai adalah kelompok bahasa yang dipertuturkan oleh semua etnik Tai ini. Mereka juga dilihat berkongsi beberapa budaya, yang paling ketara ialah perayaan Songkran. Budaya etnik Tai berbeza dengan apa yang dinamakan sebagai ‘Siam’. Siam adalah gabungan apa yang saya sebutkan tadi. Mula-mula orang Tai ini tinggal di bawah pemerintahan Empayar Khmer. Jadi asimilasi telah ada dengan budaya Khmer. Kemudian selepas berjaya membebaskan diri dari empayar ini, mereka mula membina kerajaan. Yang paling tersohor ialah Sukhotai. Mereka mula menakluk kerajaan-kerajaan Mon di tengah Thailand pada hari ini. Jadi mereka sudah berasimilasi dengan orang Mon yang lebih dahulu punya peradaban di Indochina. Akhir sekali ketika menubuhkan Ayutthaya, mereka telah berasimilasi dengan teruknya dengan negeri-negeri Melayu Segenting Kra dan Kerajaan Angkor menjadi apa yang dinamakan sebagai ‘Siam’. Ketika menjarah Angkor (serta menakluk sekali Angkor Wat) raja Ayutthaya telah mengangkut beribu-ribu artisan, tukang ukir, tukang batu, para penari dan seniman Khmer ke Ayutthaya. Kemudian apabila mereka mara lebih ke selatan, orang Tai ini melengkapkan identiti mereka sebagai Siam, apabila berasimilasi dengan orang Melayu ketika menakluk negeri-negeri Segenting Kra. Malah Ayutthaya itu sendiri adalah wilayah Negara Sri Dharmaraja, sebuah negeri Melayu Segenting Kra. Kemudian terjadi konflik merebut tanah Ayutthaya dengan U-Thong, raja pertama Ayutthaya yang ‘menceroboh’ masuk ke Ayutthaya sehingga ke beberapa raja selepasnya. Riwayat Khmer menyebutkan apabila raja Negara Sri Dharmaraja akhirnya tewas, beliau menyerahkan wilayah Ayutthaya sepenuhnya kepada seorang raja Tai dengan syarat mengambil anak-anaknya sebagai anak angkat raja Ayutthaya.

Kita boleh lihat persamaan senibina istana Raja Thai iaitu Grand Palace dengan istana Raja Khmer Kemboja di Phnom Penh:

Istana diraja Khmer Kemboja Istana Raja Thai di Thailand

Jadi siapa cedok siapa? Khmer adalah berbeza laras bahasa dan bangsa dengan orang Tai. Bahasa Khmer adalah dari kelompok Mon-Khmer. Jika senibina orang Aceh dan Melayu punya persamaan boleh dipertimbangkan kerana satu rumpun, tetapi orang Khmer dan orang Tai dari rumpun berbeza! Sebab apa tuan-tuan? Sebab asimilasi, tidak kira sebab peperangan mahupun perkahwinan. Perkaitan orang Melayu dengan orang Khmer pula banyak terkait akibat perkahwinan raja-raja Melayu Segenting Kra dengan gadis-gadis Khmer. Maka lahirlah raja-raja seperti Suryavarman I mahupun Jayaviravarman. Sujita, seorang raja Melayu Negara Sri Dharmaraja dari keturunan Sriwijaya telah berkahwin dengan puteri Khmer dari keturunan Kambuja. Menarik bukan?

Ingat, jangan jadi katak di bawah tempurung. Melayu di Malaysia mula jadi katak di bawah tempurung selepas dijajah British. Samalah seperti nasionalis Jawa yang terlompat-lompat hulurkan buluh runcing. Itu semua akibat ditipu Belanda. Ingat dua kata-kunci ini:

1. Dahulu tiada apa yang dinamakan Malaysia atau Indonesia 2. Budaya adalah milik bangsa bukan negara

Bezanya, nasionalis Jawa ditipu Belanda sehingga jadi terlampau fanatik dengan bangsa khayalan bernama ‘Indonesia’. Tetapi Melayu Malaysia ditipu British sampai jadi lembik, tidak bersemangat dan buta sejarah. Datang orang Siam cuit sikit, kelam kabut tak ingat dunia, kemudian menyembah kaki raja Siam tanpa usul periksa.

Jadi saudara saudari sekalian, nampak tak bahawa bahasa kita, budaya kita adalah amat luas menjangkau Malaysia sendiri. Bila bercakap tentang sejarah Melayu jangan sesekali berdasarkan kawasan sesempit Malaysia. Jangan saudara, jangan. Sebab nenek moyang kita adalah pedagang dan pelaut yang amat disegani Timur dan Barat. Dan kita bukan mula buat kerajaan ketika Kesutanan Melaka. Bukan saudara. Banyak kerajaan-kerajaan sebelum Melaka, yang paling terkenal ialah Empayar Sriwijaya. Belum lagi nak bercakap pasal ‘city-states’ Melayu yang bertaburan dari utara semenanjung hingga ke Segenting Kra. Itu mungkin makan ratusan tahun Sebelum Masehi, sebab ketika Sriwijaya meluaskan jajahan takluknya, telah ada kerajaan Grahi, Kedah Tua atau Gangga Negara. Sejak bila kerajaan ‘city-states’ Melayu ini wujud?

Menariknya, prasasti ‘Old Malay’ ditemui seawal abad ke-7 Masehi. Tulisan ‘Old English’ pula dijumpai seawal abad 8 Masehi. Salah satunya ialah puisi Beowulf. Itupun bahasanya belum sepenuhnya ‘English’ sebab ada yang mendakwa ia masih bahasa Anglo-Saxon, suku Jerman Kuno yang membentuk bangsa Inggeris hari ini. Prasasti Melayu Cham pula seawal abad 2 Masehi. Bila bercakap sejarah bangsa, ingatlah, kita adalah antara yang terbaik.

Baiklah para pelajar semua, kelas bersurai. Jumpa lagi di lain artikel. The History of Thy Beloved,

2010

Original Author: Srikandi For: MistisFiles

From: Mistis Organisation Republish by Alam Mala

ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU

(Versi 3.5)

K E D U D U K A N G E O G R A F I O R A N G M E L A Y U

JUMAAT , 22H B OKTOBER 2010

[ H T T P : / / M I S T I S F I L E S . B L O G S P O T .C O M / 2 0 1 0 / 1 0 / P E L A J A R A N - I I K E D U D U K A N - GE O G R A F I - O R A N G. H T M L ]

Sekarang saya ingin terangkan kedudukan geografi kelompok-kelompok bangsa mengikut linguistik mereka, terutamanya bangsa Melayu. Ini penting supaya nanti tidak ada yang merewang-rewang sampai mengatakan kaum sendiri pernah menakluk Albania dan Australia atau jadi raja Funan dan Sriwijaya. Kita mesti tahu di manakah pergerakan bangsa Melayu, dan di manakah taburan pendudukan mereka di Asia Tenggara untuk memahami hegemoni mereka dalam sejarah Asia Tenggara. Mesti banyak mengkaji pelbagai aspek logikal, bukannya hanya bersumber satu pihak apatah lagi bersumberkan cakap-cakap mulut sahaja.

Sebab itu ketika membicarakan siapakah di sebalik empayar maritim Sriwijaya contohnya, kita mesti kaji, apakah bahasa yang digunakan atau apakah panggilan luar terhadap mereka? Dua soalan ini adalah penentu kepada pemilik empayar purba ini di kala pelbagai bangsa dan sub-bangsa (etnik/sukukaum) berebut-rebutkan empayar ini. Anda dapat jawab soalan tentang Sriwijaya, anda akan dapat mengetahui kunci rahsia Kerajaan Raja Parahu dan Hati. Ingat, ini amat penting untuk tahu kedudukan kita pada masa silam. Hanya bangsa yang betul-betul kuat sahaja mampu bertahan sehingga ke hari ini. Bangsa yang lemah akan ditindas sehingga tiada kerajaan dan negara. Jika kita hanya sukukaum di antara orang Jawa, Bugis, Banjar, Sunda, Sulu, Aceh dan sebagainya, bayangkan bagaimana orang Melayu mampu memiliki negara sendiri dan menamakannya sebagai Malay-sia (‘sia’ bermaksud ‘kawasan’). Satu sukukaum di nusantara mampu memiliki negara sendiri. Malah bukan satu, ada dua negara Melayu. Kekuatan bukan soal ketenteraan dan keganasan semata-mata. Kekuatan bertahan (survival) lain cerita dengan kekuatan yang dapat ditunjukkan segera. Di tengah-tengah permainan politik kuasa Eropah juga kuasa Siam, orang Melayu masih mampu bertahan dan berdegil untuk memiliki tanahair sendiri. Kita ambil contoh apa yang berlaku di Sulu. Kaum Sulu terkenal amat handal bertempur dan berani serta mahir dalam selok-belok laut. Mereka pernah mempunyai kesultanan sendiri yang dinamakan Kesultanan Sulu. Tetapi di mana mereka sekarang? Di mana Kesultanan Sulu pada hari ini? Apa yang terjadi ialah ramai individu mengaku sebagai waris Kesultanan Sulu dan keadaan semakin serabut. Sepanyol, Amerika dan bangsa khayalan bernama Filipina bersilih-ganti membuli kaum Sulu ini. Sebab itu strategi bangsa Melayu ialah: apabila Sriwijaya tumbang, rajanya cepat-cepat membuka kerajaan di tempat lain, ya, di Melaka. Kemudian apabila Melaka tumbang diserang Portugis, rajanya menghantar anak-anaknya untuk dirajakan di tempat lain, iaitu di Perak dan Johor. Pahang dan Terengganu pula dihantar para bangsawan Melayu untuk memerintah di sana. Inilah dia kuasa ‘survival’.

Sepanjang hegemoni kuasa-kuasa Eropah, bangsa Melayu terpaksa bermain tarik tali dengan kuasa Eropah. Sebab apa? Sebab jika tersilap bermain, padah jawabnya. Pengajaran pertama? Ya, di Melaka. Kesilapan Sultan Melaka melayan kasar dan memenjarakan wakil Portugis menyebabkan orang Melayu mendapat peluang belajar satu pengalaman yang amat-amat pahit. Mengapa orang Melayu gagal memanfaatkan orang Portugis ini di kala orang Burma dan Siam menggunakan askar upahan Portugis ketika peperangan? Belajar dari sejarah dan anda akan mampu memimpin masa depan. Kuncinya diplomasi. Pandai dalam ilmu ini, kuasa tentera manapun yang datang, pasti dapat ditangani.

Warisan Kesultanan Melayu tetap bertahan walaupun di tengah-tengah kuasa Eropah ini. Bagaimana Kesultanan Brunei boleh wujud namun Kesultanan Sulu di sebelahnya ghaib dari peta politik pada hari ini? Kaji bagaimana Sultan Sulu gagal dalam diplomasinya terhadap kuasa Sepanyol dan Amerika. Sultan Sulu boleh mengarahkan kaum Sulu yang gagah berani berperang dan berperang tetapi sampai bila? Sepanyol pasti menghantar lebih banyak tentera dengan strategi moden dan senjata moden. Kaji bagaimana kebijakan Sultan Brunei dalam menghadapi Sepanyol. Kaji kemenangan orang Melayu Brunei dalam Perang Kastil 1578 antara Brunei dan Sepanyol. Kaji, kaji dan kaji.

Hanya bangsa yang pandai berkerajaan dan punya pengalaman menubuhkan kerajaan sahaja layak untuk 'survive' pada hari ini.

Jadi ini menjawab siapakah dia empunya sebenar empayar maritim Sriwijaya. Katakunci ialah: Pengalaman.

Ini rahsianya sebelum dua rahsia lagi iaitu:

1. Apakah bahasa yang digunakan oleh Empayar Sriwijaya? 2. Apakah panggilan orang luar terhadap empayar ini? Jawapan:

1. Bahasa yang digunakan ialah bahasa Melayu Kuno (Old Malay)

2. Pelbagai variasi panggilan mengikut lidah penutur namun tradisi Khmer menyebutnya sebagai Malayu.

Sebab itu saya katakan, malangnya empayar ini tidak menggunakan bahasa Siam, Dayak, Sulu, Bugis, Hindi mahupun bahasa Belanda dan Inggeris. Prasasti kemegahan empayar ini ditulis dalam bahasa Melayu Kuno. Tanyalah warisan Sriwijaya yang terdekat, Kesultanan Melaka. Kesultanan ini pakai bahasa apa? Bahasa Eskimo?

Sebab itu sejarah Melayu bukan sejarah hikayat ataupun cakap-cakap mulut sahaja. Sejarah Melayu dapat dibuktikan! Siap dengan segala manuskrip dan prasasti.

Jika lidah orang Cina dan Arab tergeliat untuk menyebut nama ‘Sriwijaya’ tanyalah pada orang Khmer, kerana ketika Sriwijaya masih berkuasa, orang Khmer telah membina empayar mereka sendiri di Indochina. Hubungan Sriwijaya-Khmer terakam kemas dalam banyak petitih-petitih kuno atau riwayat-riwayat mereka. Apa orang Khmer yang dikatakan membina peradaban Angkor itu memanggil ‘Sriwijaya’? Ingat perkataan ini: Ma-la-yu.

Orang Eropah memanggil ‘Kepulauan Melayu’ (Malay Archipelago) bukan Kepulauan Sulu atau Jawa kerana apabila bertandang ke Nusantara, yang menguasai pulau-pulau adalah mereka yang mengaku Melayu. Empayar Sriwijaya yang menguasai kepulauan adalah dari orang-orang Melayu sebab itu Kerajaan Angkor memanggilnya Melayu. Jika British sempat sampai ketika Sriwijaya memerintah, of course British akan panggil Malayu juga! Apabila Sriwijaya jatuh, naik empayar Melaka yang menguasai Selat Melaka (walaupun selalu menghadapi perang dingin dengan Majapahit) pun Malayu juga! Jatuh

Melaka, naik Empayar Johor-Riau yang menguasai Selat Melaka dan perdagangan maritim, dan teka siapa? Orang Eskimo? Salah! Ma-la-yu juga!

Sebab itu jangan salahkan orang Melayu jika orang Eropah berminat (dan gemar) menamakan apa saja di Asia Tenggara dengan istilah ‘Melayu’. Malay Archipelago, Malay Peninsula, Malay Race, Malayo-Polynesia, Malayan tribes, dan lagi, dan lagi. Sebab apa para pelajar sekalian? Sebab bangsa yang punya autoriti kepada wilayahnya akan cepat dikenal orang luar. Anda menyorok dalam kampung dan kekampungan anda, orang tidak akan berminat mengenali anda. Sebab itu institusi raja-raja amat penting dalam kamus hidup orang Melayu dahulu. Orang Eropah terutamanya British jika mahu berurusan, mereka akan cuba berjumpa dengan raja atau ketua kerajaan dahulu. Berdiplomasi. Mahu

Dokumen terkait