• Tidak ada hasil yang ditemukan

MANTIQ ATTAHIR

Dalam dokumen Buku Panduan Pengenalan & Muzakarh (Halaman 29-36)

Salam kepada warga BBM,

Kata BBM, Apa yang ada padaKU hanya. Jalan Yang berisi Niqmat, Apa yang BBM kehendaki adalah jalan yang berisi. Berserah diri bermaksud rasa yang berisikan niqmat. RASA niqmat itu sediri jika di amati atau TUMPU padanya, sendirinya akan TERASA akan SESUATU terpancar dari hujung hujung jari. Terus akan membawa kita begerak seolah ada suatu yang berbuat untuk sesuatu. Maka nyatalah dua perjalan yang amat berbeza. Engkau dengan jalan Mu. DIA dengan jalanNYA. KAMI jalan bersama. Maka maksud * Beserah Diri* itu bermaksud

menyerahkan segala tumpuan kepada Niqmat ibarat suatu keTENANGan timbul dari satu willayah yang amat dalam pada diri. Ianya amat berlawanan dengan akal budi. Kerana ia datang terus dari Yang Maha tahu.

Disinilah ternyata perbezaan dua lautan. ibarat pertemuan Musa dengan Khidir. Maka ikulah Khidir wahai Musa hilangkanlah segala sangkaan yang tersedia ada pada setiap sudut pemikirian. Jangan ber hakikat kerana hakikat itu menjana tenaga akal budi , maka biarlah hakikat itu datang SENDIRI pada mu maka apa yang dikurnia semuanya adalah yang PASTI. Ibarat bergantung tak bertali , bertali tak bergantung. Agar balik dapat di tumpang.

Maka dengan menyusun jari 10 dirapat ke dada menundukkan kepala. Jua merendahkan Jiwa. Buatlah pengakuan berlandaskan dua Kalimah Syahadah sebutkan sebanyak 3x dengan penuh ketenangan. Buatlah latihan berulang ulang sehingga ketenangan itu pula berbuat . Bak kata BBM sehingga menjadi Orang.

Pasti INSYALLAH

MANTIQ ATTAHIR

Alhamdulillah cukup jelas apa yg diuraikan oleh P'Imam & P'Mantiq, dalam Alquran +/- 30 ayat yg menyuruh kita berserah diri kepada Alloh SWT sebagaimana Rasullulloh SAW dan Nabi Ibrahim. Itulah ilmu tertinggi yg ingin kita capai. Namun BBM sangat bijaksana dalam

membawa kita menuju "berserah diri" kepada Alloh, beliau dengan perlahan-lahan mengajarkan kita untuk menyerahkan jasmani kita kepada DIRI kita masing-masing dengan melalui rasa yang terasa. Oleh karena itu BBM sangat menegaskan bahwa rasa itu tak boleh hilang dalam kita melakukan perjalan Diri. Teruslah berlatih dan berlatih,...begerak terus bergerak,...kedalam terus kedalam,...halus ke halus. Salam

Mohd Noh Satibi

alhamdulillah. bertambah meriah BBM SG.

"Serahkan apa yg ada padamu kepadaku, akan Aku serahkan apa yg ada padaku kepadamu." itu pesan BBM kpd org yg mempelajari serta mengamalkan ilmu pengetahuan yg beliau ajar. yg saya faham, apajua yg selama ini kita sangka kepunyaan kita (misalnya apa yg kita sangka sebagai diri kita, fikiran kita, hati kita, tubuh badan kita, hidup kita, mati kita, harta kekayaan kita, buah fikiran kita, rasa hati kita, dsb) itulah yg wajar (wajib?) diserahkan dahulu kpd Aku.

Mior Azlie- RASA

ada pendapat mengatakan perlu belajar lagi dengan mendalam tentang 'RASA' tapi nak belajar bagaimana sebab "rasa" nie yang empunya diri jer yang tahu.. adakah "RASA" saya dengan "RASA" awak sama... saya makan sebijik cili padi dah "RASA" pedas mungkin awak makan tiga bijik baru "RASA" pedas jadi memang tidak sama... jadi "rasa" yang mcm mana yang sebenar "RASA"..? adakah rasa yang meninggalkan kesan pada sanubari....

Jalali Kasbari Salam saudara Mior..

Saya jugak mohon petunjuk Nya.. Kålau diperhatikan nafas kita yg naik turun tanpa ada paksaan kita akan merasa ada sesuatu yg kita kandong.. Lahirkanlah.. Akan terasa begitu hening dan hebatnya anugerah Tuhan pada hambanya..

Imam Supangat-RASA

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam. Izinkan hamba mengutarakan pemahaman hamba akan 'rasa'. Rasa yang terasa merupakan pancaran dari ruh kita yang ada didalam dada kita masing - masing yang dapat kita rasakan pada seluruh anggota badan kita sekalian terutama pada ujung jari - jari kita. Apabila telah ada 'rasa yang terasa' atau pancaran tersebut maka kita telah melahirkan kandungan kita masing - masing. Oleh karena rasa / pancaran tersebut berasal dari 'ruh Allah' maka boleh kita menyebutnya nurrullah atau cahaya Allah, sedangkan gerak yang dihasilkan dari rasa / pancaran tersebut bersifat otomatik maka boleh kita menyebutnya qudrattullah yakni gerak yang berdasar atas kehendak Allah semata. Satu hal penting adalah apabila kita telah merasakan pancaran / rasa yang terasa maka janganlah kita mencarinya lagi melainkan dengan rasa / pancaran tersebut kita laksanakan tugas kita sebagai Khalifah di atas bumi. Demikian sedikit pemahaman hamba akan 'rasa', komentar lain yang lebih sempurna dari sahabat - sahabat yang lebih senior selalu dinantikan. Semoga Allah senantiasa membimbing kita dijalan-NYA untuk menuju Cahaya-NYA. Amin. Salam.

Omar Abdullah – GERAK BAGAIMANA MENGAMALKAN ? salam kpd semua khasnya kepada anak anak bapak yg SENIOR.

sebagai org yang baru dibuka jalan saya mohon izin untuk bertanya beberapa soalan sebagai panduan kpd saya dan juga orang BARU yang lain berkaitan mengamalkan GERAK..Diharap mendapat penjelasan / pencerahan dari saudara semua..

pertama berkaitan TENANG..sebelum beramal bapak kata...

Imam Supangat

Izinkan hamba sebagai pendapat pribadi berkomentar atas soal diatas. Tentu perkara diatas akan lebih jelas dan terang apabila kita bertanya langsung kepada Guru yang mengalirkan langsung kepada kita dan atau kepada bahan - bahan yang ditinggalkan Bapak Bagindo

Muchtar( buku & audio ) dan atau kepada tetua - tetua yang dulu sempat berjumpa Beliau dan atau kepada ahli keluarga Beliau yang melihat langsung bagaimana Beliau mengamalkan ilmu ini dan atau kalau Allah mengizinkan bertanya langsung kepada Beliau akan hakikat

pengetahuan ini. Semoga Gusti Allah membimbing kita sekalian di jalan-NYA untuk menuju kepada Cahaya-NYA. Amin. Salam.

Mas Tono

Alhamdulillahirabbil alamiin, semoga Alloh SWT memberikan hidayah dan tambahan ilmu bagi kita semua yg mau terus belajar dan belajar terutama ilmu mengenal diri

ini.Amin...Berdasarkan pengalaman saya, waktu awal mengenal ilmu ini posisi tangan saya letakkan di dada dengan maksud agar kita dapat merasakan gerak awal dari sesuatu yg hidup ( jantung ) dan dengan mata tertutup agar bisa lebih fokus merasakan rasa yg terasa.

Pergerakan tangan terjadi secara otomatik dan tidak kita buat2 bisa ke depan, ke belakang, ke atas atau berpusing2 atau kesamping dan otomatik pula dia akan berhenti dan kembali ke dada kita. Mohon maaf bila ada yg salah karena saya juga baru mengenal ilmu ini. Thanks

Osman Hadi salam sdr semua,

Saya cubalah menjawab soalan sdr omar tetapi kalau ada sdr sdr yang lain mempunyai jawapan yang lebih jelas dan baik, sangat sangat lah di alukan.

Tenang yang maksudkan di sini ialah pertama suasana sekeliling haruslah tenang tanpa gangguan apa apa.

Kedua ialah tenang dari segi fikiran kita atau pun kosongkan fikiran kit...

Imam Supangat

Alhamdulillah ... secara umum tentu yang diajarkan Bapak Bagindo Muchtar adalah sama, izinkan saya saharing dikit, karena gerak ini bersifat qudratulloh dan berisi rasa yang terasa yang mengandung rahasia maka ia akan bergerak sendiri dan berhenti sendiri namun kalau kita bermaksud menghentikan juga akan bisa. Di rasa yang terasa itu terdapat obat segala macam

penyakit, terdapat juga pemisah antara hawa nafsu dan rasa Allah, terdapat juga media kita menghadap Allah SWT dan banyak lagi rahasia yang terkandung di dalamnya. Semoga Gusti Allah senantiasa membimbing kita di Jalan-NYA untuk menuju Cahaya-NYA. Amin. Sharing lain dari rekan sekalian kami nantikan..

Salman Zulkiply Question(tak muat taip dekat question status hehehehe)

Saya ada mendengar kuliah BBM yang menyatakan apabila kite belajar ilmu pengetahuan ini akan datang tanda-tandanyer contohnyer mimpi dan sebagainyer, Soalan saya bagaimana kite hendak ketahuai mimpi

Mohammed Noh Satibi

rasa, tanda-tanda yang diberi (dianugerah) oleh Tuhan itu ada bermacam-macam atau

berbagai-bagai, dan apapun tanda-tanda (signals, signs, 'ayat') yang digunakan oleh Tuhan itu pasti sesuai atau bertepatan dengan orangnya (Tuhan itu Maha Bijaksana, jadi tahulah Dia bagaimana cara yang paling tepat untuk menyampaikan sesuatu kepada seseorang.) tanda paling utama bagi kita ialah rasa, dan lanjutan kepadanya ialah rasa perasaan (gut feeling), seperti bayi yang baru lahir itu, kalau lapar dia menangis, kalau haus dia menangis, kalau lampin sudah basah pun dia menangis. selainnya itu dia hanya tahu tertawa. jadi jikalau dia tak menangis atau tertawa, dia hanya diam sahaja, yang maksudnya dia tenang tenteram. jadi apajua yang berlaku ke atasnya, dia hanya ada dua jenis tanda, 'signal, signs' ataupun 'ayat', iaitu tawa dan tangis.

tetapi setelah kita dewasa jenis tanda-tanda yang menerangkan tindakbalas kita pun

bertambah, kerana sudah tahu berasa marah, hiba, cemburu, seronok, berkecil hati, berbesar hati, dsb.

dan apabila belajar pula Ilmu Mengenal Diri yang diajarkan oleh Bapak, semua tindakbalas kita itu rupa-rupanya sudah tak tepat, tak betul, silap, salah, dsb., kerana Bapak mengajar kita supaya 'kembali' kepada ketenangan. kenapa kembali? sebab masa kita bayi dahulu kita sudah biasa dengan tenang tenteram. pandanglah wajah seorang bayi. lihat betapa tenangnya dia, terlebih lagi ketika bayi itu sedang tidur. orang dewasa, kebanyakannya dalam tidur pun tak tenteram, hingga terjadi igauan atau meracau-racau (bercakap-cakap) atau berjalan-jalan dalam tidur (sleep-walking).

Dan bagi orang yang sedang mempraktikkan duduk dalam keadaan tenang tenteram dalam semua keadaan (masa dan tempat), iaitu 'mendudukkan diri', apajua gejolak rasa (suka, duka, berdebar-debar, seronok, dsb.,) itu dikembalikan menjadi tenang tenteram semula. dalam

keadaan tenang tenteram itu, tiadalah wujud rasa bimbang atau dukacita/sesal ketika melakukan apajua pekerjaan.

dan (hanya?) dalam keadan tenang tenteram itulah kita mampu (bisa, boleh, berkeupayaan) mengesan (mengecam, mengenal, mendapat tahu) akan apajua tanda-tanda (signals, signs, 'ayat') yang Tuhan berikan kepada kita.

kalau ini kita amalkan, akan sampailah suatu ketika nanti bilamana kita sudah tidak kerap bermimpi, hingga ke tahap langsung tidak bermimpi lagi, kerana segala sesuatunya sudah menjadi 'kenyataan'. tidur (yang dicipta untuk berehat), walaupun sebentar sudah cukup memuaskan.

memang pada peringkat awal belajar ada di antara kita yang melalui suatu tempoh (periode) mempunyai mimpi yang banyak dan berbagai-bagai di dalam tidur. ada yang mimpi bertarung dengan 'syaitan', ada yang mimpi terbang walaupun tak bersayap, ada yang ditemui oleh orang berjubah (kuning, hitam, hijau atau merah), ada yang masuk taman-taman, ada yang masuk gua-gua, ada yang menyelam dalam laut, ada yang menjelajah dari bintang ke bintang atau dari planet ke planet. secara umumnya, bermacam-macam mimpi orang-orang.

jadi apabila sudah sampai pada suatu tahap bilamana kita sudah langsung tak bermimpi lagi, maka di tahap inilah, apajua mimpi wajar (wajib?) diberi perhatian.

kalau dulu mimpi kita dicetuskan oleh angan-angan, impian, kecenderungan, ketakutan, dsb., di peringkat tidak bermimpi itu, setiap mimpi lumrahnya dicetuskan oleh diri yang sebenar diri, atau Aku. dan mimpi di peringkat ini, boleh berupa tanda-tanda (signals, signs, 'ayat'),

maklumat, amaran, ataupun apajua yang mahu disampaikan kepada kita. hanya kebijaksanaan yang akan membezakan setiap satu dari yang lainnya. sebaik-baiknya, ketika terbangun dari tidur itulah kita merenung akan maksud mimpi itu. kadang segera dimengerti, kadang-kadang lambat. pokoknya kita dudukkan diri dalam keadaan tenang dan sabar apabila

menyerahkannya kepada Tuhan.

apapun, sebagaimana biasa, ini adalah pengertian peribadi saya, yang barangkali betul pada Salman atau sesiapa juga, dan barangkali juga bersalahan pula bagi Salman ataupun sesiapa juga. saya tuliskan ini sebagai bahan renungan, kalau boleh dianggap begitu.

tu benar tanda darinyer atau mainan tidur ataupun alamat-alamat yang datang..

Mior Azlie

sungguh tepat sekali penerangan en noh mudah untuk difahami.. dari pengalaman saya

sampai mimpi yang membawa sesuatu maksud didalam akan peka, apabila terjaga dari tidur mimpi tersebut masih lagi menghantui seolah memberikan maksud sesuatu dan timbul pula persoalan dari dalam tentang mimpi tersebut rasanya memang lain dari mimpi-mimpi yang lain hanya diri sendiri sahaja yang tahu apa rasanya.

Mior Azliebanyakkan beramal seperti yang en noh anjurkan duduk dengan tenang, selalu bergerak dengan memohon sesuatu dariNYA. hanya dengan beramal insyallah kita akan tahu jawapannya nanti..

Imam Supangat

Sahabatku yang arif dan bijaksana, izinkan saya berkongsi pengalaman dan pemahaman akan perjalanan ini.

Setelah Aku-ku keluar mengenal alam akbar, jalannya kehidupanku memiliki dimensi yang sangat berbeda sebelum saya mengenal ilmu ini. Pemahaman akan hidup dan kehidupan yang telah saya jalani dan akan saya jalani sangat berbeda saya rasakan. Setelah saya bertindak dan berbuat dengan jalan Aku pada diriku maka seluruh tindak lakuku senantiasa ingin kujadikan amal yang sholih. Sedari dari niat telah diberi petunjuk oleh-NYA untuk selanjutnya kulakukan dalam tindakan dan perbuatan. Benarlah yang dikatakan Bapak bahwa dengan jalan ini maka akan diberikan pembeda yang sangat jelas antara rasa yang berasal dari hawa nafsu dan rasa yang melulu dari Allah SWT.

Jika saya berjalan dengan Aku pada diriku maka secara otomatik seluruhnya berasal dari Allah, begitu pula sebaliknya jika saya berjalan dengan itu kucampur dengan akal fikir dan keinginan maka berubahlah tindak lakuku menjadi hawa nafsuku. Namun segalanya diserahkan sepenuhnya kepada kita sendiri masing -masing mana yang akan kita pilih. Ketika setiap tindak lakuku hanya berdasar rasa yang terasa tanpa kulibatkan akal fikir dan keinginanku maka ia akan sangat lurus, sangat putih & bersih, sangat tenang, sangat damai dan lain sebagainya.

Sejak kukenal dan berjalan dengan-NYA maka berubah seluruh hidupku dan

perbuatanku dan sering terbayang kesalahan perjalananku yang selama ini beserta hawa nafsu.

Semoga Allah senantiasa membimbingku dan sahabatku sekalian dijalan-NYA untuk menuju cahaya-NYA untuk kebahagiaan yang hakiki yang selalu

diidam-idamkankan oleh seluruh umat manusia. Komentar dan pengalaman dari Sahabat sekalian yang arif dan bijaksana selalu saya nantikan untuk kesempurnaan

perjalanan kita sekalian. Amin. Salam Bahagia selalu

Dalam dokumen Buku Panduan Pengenalan & Muzakarh (Halaman 29-36)

Dokumen terkait