• Tidak ada hasil yang ditemukan

Masalah yang Dihadapi

Dalam dokumen Abu Kelapa Sawit (Halaman 64-72)

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.3 Masalah yang Dihadapi

Semasa menjalankan ujikaji di dalam makmal, terdapat beberapa masalah yang dihadapi. Antara masalah-masalah yang dihadapi adalah:-

i. berlakunya kesilapan semasa menjalankan ujian untuk menentukan graviti tentu pukal sampel terpadat yang mana menjejaskan ketepatan terhadap keputusan ujikaji;

ii. semasa menjalankan ujian kestabilan, bacaan yang diambil kurang tepat kerana mesin untuk ujian kestabilan dan aliran mengalami sedikit kerosakan; dan

iii. kesukaran dalam menentukan prosedur yang sesuai dalam penentuan graviti tentu abu kelapa sawit.

Walaupun mengalami pelbagai kesukaran, setiap masalah tersebut dapat diatasi dengan bantuan daripada penyelia dan juga juruteknik-juruteknik makmal jalan raya.

5.4 Cadangan

Reka bentuk campuran berbitumen yang menggunakan bahan pengisi abu kelapa sawit merupakan bidang kajian yang masih baru dan berpotensi besar untuk kajian pada masa akan datang. Berdasarkan keputusan yang diperolehi dan kajian literatur yang telah bincangkan sebelumnya serta rumusan-rumusan yang telah dibuat, beberapa cadangan perlu dipertimbangkan bagi memantapkan lagi hasil ujikaji supaya masalah-masalah yang dihadapi oleh pengkaji tidak berlaku lagi pada masa hadapan.

Antara cadangan-cadangan yang boleh membantu adalah:

i. bahan yang digunakan hendaklah mudah didapati serta ekonomi jika digunakan;

ii. dalam penentuan graviti tentu abu kelapa sawit, bahan tersebut hendaklah terlebih dahulu dikisar sehalusnya bagi mendapatkan nilai graviti tentu yang tepat;

iii. penggabungan abu kelapa sawit ke dalam campuran bitumen akan mempengaruhi reologi dan ciri fizikal lapisan bitumen yang digunakan. Perubahan yang berlaku perlu diberi penekanan dan dikaji bagi mengetahui sekiranya terdapat sebarang hubungan dan pergantungan antara sifat ciri-ciri bitumen dan juga ciri-ciri abu kelapa sawit;

iv. lakukan rekabentuk campuran abu kelapa sawit dengan menggunakan campuran jenis ACB20 dan juga ACW14 bagi melihat prestasi dan kesesuaiannya dalam kedua-dua campuran tersebut;

v. kualiti awal campuran reka bentuk dan kebaikan serta faedah daripada penambahan abu kelapa sawit hendaklah dikaji dengan lebih lanjut lagi. Bagi mencapai matlamat serta objektif ujikaji ini, ujian Marshall hendaklah dilakukan setelah campuran yang mengandungi abu kelapa sawit benar-benar telah bertindakbalas dengan bitumen dan juga agregat dalam campuran; dan

vi. prestasi campuran abu kelapa sawit yang diperolehi daripada ujian makmal hendaklah diikuti dengan ujian di tapak bagi mengenalpasti masalah yang mungkin timbul dengan pencampuran dan penambahan abu kelapa sawit dalam campuran panas konkrit berasfalt.

5.5 Penutup

Berdasarkan hasil ujikaji yang telah dijalankan, penggunaan abu kelapa sawit tidak sesuai digunakan sebagai bahan pengisi dalam campuran panas konkrit berasfalt. Jika dilihat prestasi campuran yang mengandungi abu kelapa sawit adalah tidak memuaskan jika dibandingkan dengan campuran tanpa abu kelapa sawit. Keputusan yang diperolehi ini mungkin dipengaruhi oleh ciri-ciri fizikal abu kelapa sawit yang mana mempunyai kehalusan yang lebih halus daripada simen dan juga lebih licin daripada simen dan juga bahan pengisi lain seperti abu sekam padi.

RUJUKAN

AASHTO (1986a). Standards Method of Tests for Mechanical Analysis of Extracted

Aggregate. Washington D.C. 20001, T30-84.

AASHTO (1986b). Standards Method of Tests for Specific Gravity of Soil. Washington D.C. 20001, T100-86.

Abd. Rani bin Zainon (2003). Penggunaan Batu Reput sebagai Pengisi dalam

Campuran Berbitumen Lapisan Haus. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis

Sarjana Muda.

Annual Book of ASTM Standards (1992a). Road and Paving Materials; Pavement

Management Technologies. Philadelphia, USA; Easton, MD, USA.

ASTM (1992b). Test Method for Specific Gravity and Absorption of Coarse

Aggregate. Philadelphia, USA, C 127-88.

ASTM (1992c). Test Method for Specific Gravity and Absorption of Fine Aggregate. Philadelphia, USA, C 128-88.

ASTM (1992d). Test Method for Resistance to Plastic Flow of Bituminous Mixtures

Using Marshall Apparatus. Philadelphia, USA, D 1559-89.

ASTM (1992e). Test Method for Bulk Specific Gravity and Density of Compacted

Bituminous Mixtures Using Saturated Surface-Dry Specimens. Philadelphia, USA, D

Berita Sawit (4 Disember 2004). Pengeluaran Minyak Kelapa Sawit Malaysia

(MSM) Meningkat dalam http:// www.mpob.gov.my/.

Bristish Standard (1972). Determination of Density of Putty and Volume Yield of

Lime. London, BS 890:1972, Appendix K.

Che Ros Ismail, Othman Che Puan dan Mohd Rosli Hainin (1999) Kejuruteraan

Jalanraya dan Lalulintas. Nota Jalan Raya, Fakulti Kejuruteraan Awam,

Universiti Teknologi Malaysia. Tidak Diterbitkan.

Fauzi bin Sarif (1996). Penggunaan Sisa Enap Cemar Minyak sebagai Bahan Pengisi

dalam Campuran Asfalt. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Hatherlay, L. W. and Leaver, P. C., (1967), Asphaltic Road Materials. London: Edward Arnold (Publisher) LTD.

Jabatan Kerja Raya (1988). Standard Specification for Road Works. Kuala Lumpur, (JKR/SPJ/1988) JKR 20401-0017-88.

Krebs, R. D. dan Walker, R. D. (1971). Highway Material. New York: Mc Graw-Hill Book Company.

Mohamed Rehan Karim, Meor Othman Hamzah dan Asri Hasan (1997). Pengenalan

Pembinaan Jalan Raya Berbitumen. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Rawawi Awg Ngah (2002). Pengeluaran Abu Terbang di Malaysia: Kajian

Kes. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Mohd Warid Hussin dan Abd Awal (1996). Properties of Fresh and Hardened

Concrete Containing Palm Oil Fuel Ash. Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti

Muhammad Kamil Hj Abd Rahman (2002). Sifat-Sifat Kejuruteraan Bagi Konkrit

Berkandungan Tinggi POFA. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana

Muda.

O’ Flaherty, C. A (1974). Highway Engineering. Leed: Edward Arnold.

Roberts, F. L., Kandhal, P. S., Brown, E. R., Dah Yinn Lee dan Kennedy, T. W. (1996). Hot Mix Asphalt Materials, Mixture Design and Construction. Lanham, Maryland, NAPA Research dan Education Foundation.

Siti Hawa Abu Mansor (2003). Kesan Abu Sekam Padi Terhadap Campuran

Turapan Konkrit Asfalt (ACW20). Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana

LAMPIRAN A

Pra-campuran agregat

%lulus berdasarkan jisim

Jisim tertahan bagi kandungan bitumen optimum Saiz Ayak Median % jisim tertahan 5.2 % 28 mm 100 100 0 - 20 mm 95 - 10 97.5 5.0 56.9 14 mm 70 - 100 85.0 10 113.8 10 mm 56 - 85 70.5 14.5 165.0 5 mm 45 - 71 58.0 12.5 142.2 3.35 mm 32 - 58 45.0 13.0 147.9 1.18 mm 20 - 42 31.0 14.0 159.2 425 µm 12 - 28 20.0 11.0 125.1 150 µm 6 - 15 10.5 9.5 108.1 75 µm 4 - 9 6.5 4.0 45.5 Dulang - - 6.5 739.9 Jumlah 1137.6

LAMPIRAN B

Lengkung Taburan Agregat Campuran ACW20

Lengkung Taburan Agregat Campuran ACW20

0.00 10.00 20.00 30.00 40.00 50.00 60.00 70.00 80.00 90.00 100.00 0.01 0.1 1 10 100 Saiz Ayak (mm) Pe ra tu s L u lu s (% )

LAMPIRAN C

Dalam dokumen Abu Kelapa Sawit (Halaman 64-72)

Dokumen terkait