• Tidak ada hasil yang ditemukan

Matlamat Penggunaan dalam Islam

Dalam dokumen konsep penggunaan dari perspektif ekonom (Halaman 25-36)

Perbincangan dalam bahagian ini jelas menunjukkan bahawa perbezaan antara ekonomi konvensional dan ekonomi Islam dalam penggunaan bertitiktolak dari pendekatan yang berbeza dalam memenuhi kehendak manusia. Oleh kerana penggunaan dalam Islam bersumberkan ajaran al-Quran dan al-Sunnah, maka prinsip umum dalam penggunaan seseorang muslim ialah mengguna hanya barang-barang baik dan halal dalam memenuhi keperluan masing-masing. Ayat al-Quran mengenai perkara ini misalnya dapat dilihat dalam firman Allah berikut:

Terjemahan:

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”

Surah al-Baqarah (2): 168

Memandangkan ekonomi Islam memberi keutamaan kepada memenuhi keperluan manusia dan bukan kehendaknya, kedudukan ini mencetuskan prinsip kesederhanaan dalam penggunaan dengan membuka ruang penggunaan terhadap barang-barang yang memang diperlukan berdasarkan prioriti tahap-tahap keperluan dalam Islam iaitu dharuriyyat, tahsiniyyat dan kamaliyyat. Disiplin sebegini akan memastikan pengguna muslim sentiasa mengambil kira perkara-perkara yang penting mengikut hierarki keperluan sebenarnya di samping tidak mengabaikan keperluan orang lain terutamanya dalam merealisasikan tuntutan harta bagi kebajikan sosial yang lain.

Berdasarkan perbincangan di atas, matlamat perbelanjaan untuk penggunaan dalam ekonomi Islam boleh dirumuskan kepada dua tujuan, seperti yang dinyatakan oleh al-Qardhawi (Dr. Yusuf al Qaradhawi : 1998) iaitu :

1. Membelanjakan harta di jalan Allah s.w.t.

2. Membelanjakan harta untuk diri sendiri dan keluarga.

Al-Qardhawi (ibid) dalam memperincikan perbahasan mengenai perbelanjaan harta di jalan Allah s.w.t menyatakan bahawa dalam al-Quran, seruan berbelanja di jalan Allah s.w.t ini wujud dalam berbagai bentuk :

1. Berbentuk perintah. Mengenai seruan yang berbentuk perintah ini antaranya boleh dilihat dalam al-Quran:

Terjemahan:

“Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya”.

Surah al-Baqarah, 2 : 194

Perintah ini dinyatakan dalam Fiman Allah s.w.t :

Terjemahan:

“Dan mengapa kamu tidak membelanjakan harta benda kamu pada jalan Allah? Padahal Allah jualah yang mewarisi langit dan bumi (serta segala isinya). Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai Mekah). Mereka

itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu. Dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah janjikan (balasan) yang sebaik-baiknya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu kerjakan”.

Surah al-Hadid, 47 : 10

2. Berbentuk galakan dengan menjanjikan ganjaran yang baik. Mengenai anjuran yang berbentuk galakan, antaranya boleh dilihat dalam firman Allah s.w.t:

Terjemahan:

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”

Surah al-Baqarah, 2 : 261

3. Ancaman untuk mereka yang tidak membelanjakan harta di jalan Allah. Antara ayat al-Quran yang berbentuk ancaman ini boleh dilihat dalam firman Allah s.w.t:

Terjemahan:

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya”.

Surah at-Taubah, 9 : 22

Dalam kaitan dengan petunjuk Islam berhubung dengan memberi nafkah untuk keluarga dan orang yang dalam tanggungan mestilah diberi keutamaan. Daripada perbincangan berhubung dengan matlamat penggunaan ini, bolehlah dirumuskan bahawa Islam dengan jelas menggariskan bentuk perbelanjaan penggunaan yang akan memberi maanfaat bukan sahaja kepada pengguna yang terlibat malah manfaat itu turut dinikmati oleh anggota masyarakat yang lain. Aturan Islam terhadap aspek ini mestilah dengan mengambil kira bahawa perbelanjaan untuk kepentingan umum tidak menjejaskan perbelanjaan perseorangan terhadap kebajikan diri dan keluarganya.

2.10 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, penggunaan dari perspektif Islam merupakan aktiviti ekonomi yang mampu mewujudkan keseimbangan dalam sistem sosio-ekonomi

masyarakat. Islam tidak semata-mata melayani kehendak-kehendak manusia yang tidak terbatas, namun menyeimbangkan kehendak material dan spritiual manusia secara adil. Langkah mengutamakan keperluan barangan dan perkhidmatan asas dalam pengeluaran dan pengagihan terlebih dahulu kepada semua lapisan masyarakat adalah prktikal. Rakyat dapat meneruskan hidup sesempurna mungkin. Walaupun Islam membenarkan aspek keselesaan dan kualiti menerusi penggunaan barangan tahsiniyyat dan kamaliyyat. Itu pun setelah keperluan asas dapat diselesaikan. Inilah bentuk kesederhanaan Islam dalam aktiviti penggunaan tanpa condong kepada permintaan golongan kaya semata-mata tetapi juga golongan miskin yang memiliki kuasa beli yang rendah.

Rujukan

Abdul Aziz Sahidin,Azizah M. Isa, Mohd Shukor Abdul Manan dan Habibah Lehar (2000), Teori Penggunaan Menurut Perspektif Islam, Ekonomi Islam, Ghafarullahhuddin bin Din, Habibah Lehar, Muhammad Rahimi Osman, Raskinah Mohd Nor (ed), Biroteks Univeristi Teknologi MARA: Shah Alam, m. s 1-14

Abdul Rahim Anuar (1989), Teori Gelagat Pengguna, Sekolah Ekonomi & Pentadbiran Awam, Universiti Utara Malaysia.

Abi Isa Muhammad bin Isa ibn (1992). Sunan al Tirmizi, Jilid 2. Beirut : Dar al Fikr.

Afzalul al-Rahman (1992). Doktrin Ekonomi Islam. Terjemahan oleh Mustafa Kasim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Mahdzan Ayob (2002),op. cit. m. s 80-82 ; Judith Bell (1992), Doing Your Research Project : A Guide For First Time Researchers in Education and Social Science (2nd ed), Open University : Buckingham.

Alfred Marshall (1962). Principles of Economics, edisi ke-8. London : The English Language Book Society and MacMillan & Co. Ltd.

Amasa Walker (1872). The Science of Wealth – A Manual of Political Economy. New York : Kraus Reprint Co.

Asad Zaman (1991), Towards Foundation of an Islamic Theory of Consumer Behaviour, Essays in Islamic Economic Analysis, F. R. Faridi (ed), Genuine Publications Ltd. : New Delhi.

D. W. Moffat (1982). Economics Dictionary. USA : Elsevier Science Publishing Company Inc. ,

David W. Pearce (1982). The Dictionary of Modern Economics. London : The Macmillan Press Ltd.

Ltd.

Fahim Khan, M. (1992), Theory Of Consumer Behaviour In An Islamic Perspective, Readings In Microeconomics An Islamic Perspective, Sayyid Tahir, Aidit Ghazali, Syed Omar Syed Agil (ed), Longman Mlaysia : Petaling Jaya, m. s 69-80.

Fahim Khan, M. (1994), Essays In Islamic Economics, The Islamic Foundation : Lecester United Kingdom, m. s 4-12

Fahim Khan, M. dan Muhammad ghifari (1992), “Shatibi’s Objectives Of Shari’ah and Some Implication For Consumer Theory”, Reading in Islamic Economics Thought, Abul Hasan M. Sadeq & Aidid Ghazali (ed), Longman Malaysia Sdn. Bhd. : Petaling

Fahim Khan, M. dan Muhammad ghifari (1992), “Shatibi’s Objectives Of Shari’ah and Some Implication For Consumer Theory”, Reading in Islamic Economics Thought, Abul Hasan M. Sadeq & Aidid Ghazali (ed), Longman Malaysia Sdn. Bhd. : Petaling Jaya,m. s 176-202

Hana Johannsen & G. Terry Page (1980). International Dictionary of Management. London : tanpa penerbit, h.79. Lihat juga Jonathan Crowther (1994), oxford Advanced Learner’s Dictionary, edisi ke 4. England : W & R Chambers Ltd. Edinburg.

Jabatan perdana Menteri (1982), Makanan, Minuman dan Penggunaan dalam Islam Bahagian Agama Jabatan perdana Menteri : Kuala lumpur

Jomo K. Sundram (1996). Alternatif Ekonomi Islam. Kuala Lumpur : DBP. Leonard S. Silk (1980). Ekonomi Kini : Prinsip dan Persoalan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lokman Abdul Rahman (1999), Halal Dan Kepenggunaan, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) : Melaka

Major H. S. Jarret (1980). History of the Caliphs. Karachi : tanpa penerbit. Manan, M. A. (1980). Islamic Economics : Theory and Practice. Lahore : Sh. Muhammad Asraf.

Mohd Ariff Hussein (1990), Kaedah Penyelidikan Gunaan dalam Bidang Ekonomi, Dewan Bahasa Dan Pustaka : Kuala Lumpur, m. s 26-41; Lihat Ahmad Mahdzan Ayob (2002), Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi (edisi kedua), Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur, m. s 22 –29; Uma Sekaran (2002), Research Methods For Business A Skill Building Approach (2th ed), John Wiley & Son, Inc : United States of America.

Mohd Azhar Mat Zim (1998), Teori penggunaan Di Dalam Ekonomi Islam: Kajian Perbandingan Dengan Ekonomi Konversional, Kertas Projek Bahagian Pengajian Syariah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur. Mohd Hamdan Adnan (1992), Konsep Asas Kepenggunaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Monzer Kahf (1978), The Islamic Economy : Analytical Study Of The Functioning Of The Islamic Economic System, The Muslim Students Association Of The United States and Canada : Indiana.

Monzer Khaf (1980), A Contribution To The Theory Of Consumer Behaviour In An Islamic Society, StudiesIn Islamic Economics, Khurshid Ahmad (ed), Universiti Raja Abdul Aziz Jeddah dan The Islamic Foundation : United Kingdom.

Muhammad Abd. Manan (1989). Ekonomi Islam: Teori & Praktis. Kuala Lumpur: A. S Noordeen h.

Muhammad Abd. Mu’im Ghafar, Dr. (1984). Iqtisad Islami. Mekah : Universiti Ummul Qura,

Muhammad Abu Zahrah (1962). al-Milkiyah Wa Nazariyah al-‘Aqd fi al-Syari ‘ah al-Islamiyah, Mesir : Dar al-Fikr al-‘Arabi.

Muhammad Anas al-Zarqa (1992), A Partial Relationship In A Muslims Utility Function, Readings In Microeconomics An Islamic Perspective, Sayyid Tahir, Aidit Ghazali, Syed Omar Syed Agil (ed), Longman Malaysia : Petaling Jaya. Muhammad Ibnu Saad (1994). Tabaqat al-Kabir, jil. V111, terjemahan oleh Aisha Bewley. London : Ta-Ha Publishers.

Muhammad Nejatullah Siddiqi (1992), Islamic Consumer Behaviour, Readings In Microeconomics An Islamic Perspective, Sayyid Tahir, Aidit Ghazali, Syed Omar Syed Agil (ed), Longman Malaysia :Petaling Jaya, m. s 69-80.

Muhammad Nejatullah Siddiqi (1992), Some Notes On Teaching Economics In An Islamic Framework, Readings In Microeconomics An Islamic Perspective, Sayyid Tahir, Aidit Ghazali, Syed Omar Syed Agil (ed), Longman Malaysia : Petaling Jaya, m. s 1-22.

Muhammad Nejatullah Siddiqi (1992), The Economic Enterprise In Islam, Islamic Publications Ltd : Lahore.

Nabsiah Abdul Wahid dan Ishak Ismail (2000), Perlakuan Pengguna Edisi 2000, Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd : Petaling Jaya.

Nabsiah Abdul Wahid dan Ishak Ismail (2000), Perlakuan Pengguna Edisi 2000, Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd : Petaling Jaya

Nooraini Hj. Khaironi (1996), Peranan Mahasiswa Sebagai Pengguna yang Bijaksana, Kertas Kerja Seminar Kepenggunaan Institut Pengajian Tinggi di Universiti Malaya Kuala Lumpur pada 14 Ogos 1996.

Norliza Abdul Wahid (1992), Penggunaan dalam Konteks Ekonomi Islam dan Perbandingan dengan Ekonomi Konversional, Kertas Projek Bahagian Analisa Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Radiah Abdul Kadir (2001), Ekonomi Islam, Univision Press Sdn. Bhd: Kuala Lumpur

Saiful Azhar Rosly (1986), Penggunaan, Pengeluaran dan Penggagihan, Kertas Kerja Kursus Jangka Pendek Ekonomi Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Saiful Azhar Rosly (1986). “Pembangunan dan Perancangan”, Kursus Jangka Pendek Ekonomi Islam, Julai – Disember 1986. Petaling Jaya: Kulliyah Ekonomi UIA.

Seminar Nikmat Membeli Bagi Pengguna (1986), Kepenggunaan dalam Islam, Kertas Kerja 2, Seminar Nikmat Membeli Bagi Pengguna di Petaling Jaya

anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Pada 11-12 Oktober 1986

Seminar Pendedahan Pengguna (19900, Islam dan Cabaran Modenisasi dalam Konteks Kepenggunaan, Kertas Kerja 8 Seminar Pendedahan Pengguna di Universiti Malaya Kuala Lumpur anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya dan Persatuan Mahasiswa Selangor pada 20 November – 2 Disember 1990.

Solahuddin Ismail (1998), Etika Perniagaan Menurut Pespektif Islam: Tumpuan Terhadap Kitab Al-Buyu Di dalam Sahih Muslim, Latihan Ilmiah Bahagian Pengajian Usuluddin Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Syed Omar Syed Agil (1992), Rationality In Economic Theory: A Critical Appraisal, Readings In Microeconomics An Islamic Perspective, Sayyid Tahir, Aidit Ghazali, Syed Omar Syed Agil (ed), Longman Malaysia: Petaling Jaya,m. s 21-28

Umar Chapra, M. (1970) The Economic System of Islam. The Islamic Quarterly: tanpa penerbit.

Wan Sabri Wan Hussin dan Mohamed Yusoff Sanusi (1996), Perlakuan Isi Rumah sebagai yang Bijaksana Di dalam Membuat Keputusan Perbelanjaan Isi Rumah, Kertas Kerja Seminar Kepenggunaan Institut Pengajian Tinggi Di Universiti Malaya Kuala Lumpur anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Univeristi Malaya pada 14 Ogos 1996.

Zakariah A. Rashid (1982). Ekonomi Mikro-teori dan Amalan. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Dalam dokumen konsep penggunaan dari perspektif ekonom (Halaman 25-36)

Dokumen terkait