Menerusi modul pengajaran pergerakan berirama, murid boleh mengintegrasikan konsep pergerakan dan kemahiran pergerakan asas, mereka cipta dan mempersembahkan rangkaian pergerakan kreatif mengikut muzik yang didengar. Murid juga boleh mempersembahkan tarian inang dengan ekspresi budaya yang menekankan nilai estetika.
Asas Rangkaian Pergerakan Kreatif
1.2.1 Mereka cipta dan mempersembahkan rangkaian pergerakan kreatif mengikut muzik yang didengar.
2.2.1 Memilih dan menentukan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan konsep pergerakan yang sesuai digunakan dalam rangkaian pergerakan kreatif.
5.3.2 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti. Asas Tarian Inang
1.2.2 Melakukan langkah dalam tarian inang mengikut muzik yang didengar.
2.2.2 Mengenal pasti pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan konsep pergerakan yang digunakan dalam langkah tarian inang.
2.2.3 Membuat justifikasi pemilihan pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan konsep pergerakan yang digunakan dalam mereka cipta pergerakan tarian.
5.2.4 Menunjukkan keyakinan semasa melakukan aktiviti fizikal.
14
Berdasarkan Perbahasan
1. Adakah pergerakan tarian dapat meningkatkan tahap kecergasan? Mengapa?
2. Apakah konsep pergerakan yang paling penting dalam mereka cipta pergerakan tarian dan pergerakan kreatif? Mengapa?
3. Mengapa apresiasi estetika sangat penting dalam persembahan tarian?
4. Bagaimana kamu menjana idea dalam merancang pergerakan tarian dan pergerakan kreatif?
5. Jika tiada muzik, bagaimana kamu boleh melakukan pergerakan kreatif dan tarian? 6. Bagaimana kemahiran pergerakan berirama mempengaruhi aktiviti harian kamu? 7. Apakah pandangan kamu berkaitan dengan persembahan kumpulan lain?
Mengapa?
Berdasarkan Konsep
1. Bagaimana kamu memilih pergerakan yang sesuai untuk pergerakan tarian?
2. Bagaimana konsep hubungan boleh diintegrasikan dalam mencipta pergerakan tarian dan pergerakan kreatif?
3. Apakah perbezaan antara ciri-ciri langkah tarian inang dengan pergerakan kreatif?
4. Bagaimana pergerakan tarian dan pergerakan kreatif dapat meningkatkan kemahiran sosial seseorang?
Berdasarkan Fakta
1. Apakah konsep pergerakan yang diaplikasi semasa mereka cipta pergerakan kreatif?
2. Apakah pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor yang digunakan dalam tarian inang dan pergerakan kreatif?
3. Apakah langkah-langkah dalam tarian inang?
4. Apakah asal usul tarian tersebut?
5. Apakah alatan yang boleh digunakan dalam tarian inang?
6. Apakah formasi pergerakan dalam persembahan tarian dan pergerakan kreatif?
21
Mereka Cipta Tarian Inang dan Mempersembahkan
1.2.3 Mereka cipta pergerakan tarian menggunakan langkah inang dan mempersembahkan mengikut muzik yang didengar.
2.2.2 Mengenal pasti pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan konsep pergerakan yang digunakan dalam langkah tarian inang.
5.2.1 Mengambil bahagian dalam aktiviti secara aktif.
5.3.3 Memberikan penghargaan terhadap pendapat dan kelebihan rakan.
CONTOH SO L N INKUIRI ST ND RD PEMBEL J R
1. Guru menunjuk ajar langkah-langkah asas tarian inang dan pergerakan kreatif tanpa muzik dan mengikut muzik.
2. Murid memerhati dan meniru langkah-langkah dalam tarian inang dan
pergerakan kreatif tanpa muzik dan mengikut muzik.
3. Murid menganalisis dan mengenal pasti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang terdapat dalam langkah tarian inang dan pergerakan kreatif.
4. Guru menggunakan muzik rentak inang dan pergerakan kreatif yang bersesuaian untuk mewujudkan keseronokan murid semasa melakukan tarian tradisional dan pergerakan kreatif.
5. Murid membuat sumbang saran dalam kumpulan untuk mereka cipta tarian dan pergerakan kreatif dengan muzik dan prop yang sesuai dalam persembahan.
6. Murid berbincang untuk menjelaskan peranan konsep pergerakan dalam tarian dan pergerakan kreatif.
7. Murid membuat dokumentasi pergerakan tarian dan pergerakan kreatif menggunakan pelan persembahan.
8. Guru membimbing murid melalui penemuan terbimbing dengan memberi maklum balas.
9. Murid membuat persembahan yang akan dinilai oleh kumpulan lain dengan menggunakan senarai semak.
16
Aktiviti 1: Contoh Rangkaian pergerakan kreatif bertemakan sukan (1 jam) Cadangan Muzik: Lagu Embun Sok Sek
1. Mengilas badan Kiraan 8 x 2
2. Aksi Regangan Kiraan 8 x 2
3. Turun ke kedudukan dekam seperti
permulaan lari pecut Kiraan 8 x 2
4. Aksi lari berpagar ikut laluan trek
(lawan jam) Kiraan 8 x 4
5. Aksi lontar peluru Kiraan 8 x 2
6. Aksi berskip menggunakan tali ke
pelbagai arah Kiraan 8 x 4
7. Bersedia ke kedudukan tinju Kiraan 8 x 1
8. Aksi tumbuk sambil Step Close Kiraan 8 x 2
9. Aksi tumbuk sambil congklang Kiraan 8 x 2
10. Aksi takraw menimbang Kiraan 8 x 2
11. Aksi takraw menimang depan-belakang
setempat Kiraan 8 x 2
12. Ulang langkah 1 hingga 11
Nota: Akhi ri d engan po se seperti piramid.
Individu Berpasangan Berselang seli maju undur Maju undur 45 º Setempat
Aktiviti 2: Mereka cipta dan Mempersembahkan Rangkaian Pergerakan Kreatif (1 jam)
1. Dalam kumpulan kecil, mereka cipta satu rangkaian pergerakan kreatif menggunakan aksi dalam situasi sukan yang lain berdasarkan muzik yang sama atau pilihan sendiri.
2. Murid berbincang berkaitan konsep pergerakan dan kemahiran pergerakan yang akan digunakan.
3. Murid mempersembahkan rangkaian pergerakan kreatif yang direka cipta mengikut kumpulan.
4. Kumpulan lain menilai menggunakan senarai semak dan memberi maklum balas serta cara penambahbaikan.
5. Murid membuat refleksi dengan bimbingan guru berkaitan persembahan kumpulan sendiri dan mencadangkan cara penambahbaikan.
18
(A) Langkah Asas Inang:
1. Setempat: Kaki kawad (marching), tangan diayun berselang seli dengan kaki. 2. Melangkah ke depan dan undur.
3. Pusing sambil melangkah, kemudian tukar arah (balas).
(B) Membuat Huruf ‘C’ - Sudi:
1. Melangkah ke hadapan dengan kaki kanan sambil membuat huruf ‘C’ (sudi).
Pergelangan tangan dipusingkan.
2. Undur dan balik ke tempat asal. Tangan dalam keadaan‘minta lalu’.
3. Ulang ragam yang sama ke arah kiri.
(C) Membuat Huruf ‘L’ dan ‘C’:
1. Melangkah kaki kanan terus ke hadapan mulai dengan kaki kanan sambil tangan diayunkan.
2. Pusing melalui bahu kiri 90º dan undur.
3. Membuat huruf ‘C’ balik ke tempat asal.
4. Ulang ragam yang sama ke arah kiri. (D) Rutin Tarian Inang Tua
Pengenalan: Regangan
1. Setempat Kiraan 8 x 1
2. Ke depan Kiraan 8 x 1
3. Undur Kiraan 8 x 1
4. Setempat Kiraan 8 x 1
5. Pusing dan balas Kiraan 8 x 2
6. Setempat Kiraan 8 x 2
7. C sudi kanan Kiraan 8 x 1
8. C sudi kiri Kiraan 8 x 1
9. Setempat Kiraan 8 x 2
10. Ragam huruf L dan C kanan Kiraan 8 x 2
11. Ragam huruf L dan C kiri Kiraan 8 x 2
12. Setempat (aras) Kiraan 8 x 2
13. Pusing dan balas Kiraan 8 x 2
14. Ulang lakuan 1 hingga 13, tiga set.
Aktiviti 3: Asas Tarian Inang (1 jam) Cadangan Lagu: Lagu Mak Inang C D NG N KTIVITI MENC P I ST ND RD PEMBEL J R
1. Dalam kumpulan kecil, mereka cipta satu rutin tarian menggunakan
langkah-langkah asas inang berdasarkan lagu rentak inang yang dipilih
sendiri.
2. Murid berbincang berkaitan konsep pergerakan yang akan digunakan. 3. Murid memilih prop dan pakaian yang sesuai.
4. Kumpulan menyediakan pelan lantai dan merancang formasi rutin tarian. 5. Murid mempersembahkan rutin tarian inang yang direka cipta mengikut
kumpulan.
6. Kumpulan lain menilai menggunakan senarai semak dan memberi maklum balas serta cara penambahbaikan.
7. Murid membuat refleksi dengan bimbingan guru berkaitan persembahan kumpulan sendiri dan mencadangkan cara penambahbaikan.