Fasa 2 : Mereka Bentuk Modul Latihan
7 MEMERHATI Melihat Data viewer/wall/forum yang digunakan 8 MEREFLEK Guru mula menggunakan Frog secara serius
Contoh dokumentasi dan pelaporan boleh dirujuk melalui pautan ini; https://goo.gl/HbKWsO.
Contoh borang senarai semak untuk pentadbir boleh dirujuk melalui pautan ini; http://goo.gl/forms/nW0y8DHebk.
Pada fasa ini, penilaian akan dibuat terhadap penggunaan VLE sebelum dan selepas latihan dan penilaian terhadap kualiti kandungan bahan pengajaran dan pembelajaran yang dibina oleh guru-guru di dalam laman VLE . Azlah (2009), walaupun guru telah dilatih melalui sesi latihan, namun masih belum menjamin ilmu yang dipelajari akan diaplikasikan ke dalam pekerjaan mereka. Abdul Aziz (2001), penilaian ialah satu sistem formal yang membolehkan ulangkaji dan penilaian dibuat ke atas prestasi kerja seseorang. Oleh itu, penilaian penggunaan VLE dan penilaian kualiti kandungan laman pembelajaran yang dibina oleh guru-guru penting untuk menentukan prestasi mereka selepas latihan. Kedua-dua penilaian ini akan buat
166 berdasarkan analisis daftar masuk (log ini – Jejak Audit) penggunaan VLE dan senarai semak interaktif VLE berdasarkan instrumen Community of Inquire (CoI).
Log Masuk Penggunaan VLE – Jejak Audit
Log masuk penggunaan VLE boleh diakses melalui laman sesawang https://edw.yes.my/moereports/ oleh Pegawai Meja Latihan ICT di KPM, JPN dan PPD. Bagi mendapatkan data penilaian sebelum dan sesudah penggunaan VLE, pengkaji akan membuat satu permohonan rasmi bagi mendapatkan data tersebut daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Data Jejak Audit sebelum penggunaan VLE akan direkodkan dan data selepas tamat sesi latihan menggunakan modul latihan VLE akan dinilai untuk menjejak perbezaan kedua-duanya.
Senarai Semak Kualiti Interaktif VLE – Community of Inquire (CoI)
Senarai semak ini diambil daripada instrumen pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian yang telah diuji berberapa kali untuk menentukan kebolehpercayaan dan ketekalannya. Kaedah senarai semak ini digunakan dengan menggunakan teknik silang. Guru A, akan menyemak laman VLE guru B, sementara guru B pula akan menyemak laman guru A. Teknik silang ini dilakukan untuk mengelakkan sikap berat sebelah ketika membuat semakan terhadap laman VLE.
Pengumpulan Data
Dalam kajian ini pengumpulan data akan dibuat menggunakan dua kaedah iaitu soal selidik dan temu bual.
Soal selidik. Soal selidik tertutup akan digunakan dalam kajian ini. Soalan yang berstruktur dan responden hanya memilih jawapan yang ditentukan sahaja.
167 Soalan dalam kajian ini diperolehi daripada soalan-soalan yang telah dibangunkan oleh penyelidikan terdahulu yang telah diuji kesahan dan ketekalannya. Bagi fasa 1, untuk mengetahui masalah dan keperluan latihan VLE yang sedia ada pengumpulan data menggunakan soal selidik tertutup akan digunakan. Soal selidik akan diberikan kepada penyelaras VLE iaitu sebagai responden. Fasa 3, soal selidik tertutup akan dikemukakan kepada pentadbir, penyelaras VLE dan guru-guru di sekolah. Soal selidik ini bertujuan untuk mengetahui adakah kualiti modul latihan VLE yang dibangunkan menepati dengan keperluan pengguna (guru dan pentadbir).
Temubual – Separa berstrata. Mak (2010), menyatakan temu bual ditakrifkan sebagai perbualan antara dua pihak melalui inisiatif penemu bual dengan tujuan memperolehi maklumat yang relevan untuk kajian. Pada fasa ini pengkaji memilih temu bual separa berstruktur. Soalan utama akan disediakan manakala soalan susulan berdasarkan jawapan yang diberikan. dalam fasa 2, temu bual dilakukan untuk mendapatkan pandangan pakar terhadap modul latihan yang dibangunkan berdasarkan Model Pengurusan Pengetahuan dan Perkongsian Mental. Temu bual separa berstrata ini akan dilakukan kepada enam orang pakar yang telah ditetapkan. Enam orang pakar tersebut ialah ;
i. Seorang responden Pegawai Meja Latihan VLE di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
ii. Dua responden Pegawai Meja Latihan VLE di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
iii. Seorang responden pentadbir sekolah (guru besar) dan iv. Dua responden Penyelaras VLE Negeri.
*Mereka dianggap pakar dalam bidang latihan berkaitan teknologi dan Teknologi Maklumat. Selain itu, pakar juga adalah pegawai meja yang mengendalikan latihan
168 berkaitan VLE di peringkat negeri, daerah dan sekolah. Instrumen Applied Cognitive Task Alalysis (ACTA) digunakan dalam sesi temu bual tersebut.
Semasa sesi temu bual terhadap pakar, satu instrumen temu bual separa berstrata telah dibina berdasarkan elemen tema yang telah ditetapkan. Elemen tema tersebut ialah;
i. Reka Bentuk Modul ii. Reka Bentuk Kandungan iii. Penyampaian
iv. Sumber dan
v. Reka Bentuk Penilaian. Jadual 3.6
Elemen Tema Dalam Temu bual Separa Berstrata Terhadap Pakar
Reka Bentuk Modul Reka bentuk Strategi Latihan Pengurusan Pelantar Pembelajaran Maya
Penciptaan Pengetahuan
Melibatkan proses interaktif dan kerjasama antara pengajar, pelatih dan modul latihan. Aktiviti termasuk perbincangan dalam kalangan tenaga pengajar dan pelatih, memilih pengetahuan teras daripada bahan-bahan embelajaran, memilih maklumat maklum balas daripada pelatih dan akhirnya pengesahan maklumat oleh penyelaras VLE. Penyelaras VLE sebagai tenaga pengajar akan berkongsi ilmu pengetahuan dengan guru-guru melalui sesi perbincangan secara dalam talian yang dibangunkan melalui media sosial (Swirki et al., 2008). Reka Bentuk Modul Internalisasi Pengetahuan
Internalisasi Pengetahuan merupakan proses memperoleh pengetahuan profesional, kemahiran dan kepakaran pelatih. Pada peringkat ini pembelajaran kendiri berlaku. Pelatih akan meningkatkan kemahiran ICT tanpa dibimbing oleh penyelaras VLE. Mereka akan mencuba (try and error) menggunakan bahan-bahan artikel, video dan sumber-sumber lain. Guru-guru akan terlibat dalam perbincangan dalam talian dengan rakan-rakan setugas. Mereka bertukar-tukar pendapat dan memberi maklum balas mengenai inovasi yang hendak dihasilkan bersama-sama rakan-rakan berdasarkan analisis pemerhatian dan
169 sesi bersemuka (F2F). Tugasan yang dihasilkan adalah berdasarkan reflektif pengalaman menggunakan VLE secara (try and error) akan menjadi pengalaman berharga dalam pembelajaran (Yeh et al, 2011).
Reka Bentuk Modul Perkongsian Ilmu
Pihak penyelaras VLE sekolah akan menyediakan satu platform bagi memastikan bagaimana satu perkongsian secara sebenar (real time) berlaku melalui media sosial. Medium media sosial ini digunakan untuk guru-guru berkongsi ilmu yang diperolehi dengan pentadbir sekolah (guru besar), penyelaras VLE dan rakan-rakan setugas guru-guru. Melalui jaringan ini mereka berbincang, berforum, bertukar idea dan berkongsi penemuan baru tentang apa-apa sahaja berkaitan VLE. Pembentangan idea-idea dan tugasan membolehkan maklum balas segera dan komen daripada rakan-rakan dan fasilitator (Chua, 2008; Dyer dan McDonough; 2001).
Reka Bentuk Modul Penilaian Pengetahuan
Mak Soon Sang (1988), sistem pendidikan telah menetapkan satu standard atau penandaarasan (benchmark) untuk memastikan kejayaan yang hendak dicapai. Oleh itu, penilaian sangat penting untuk mengukur sejauhmana pelaksanaan sesuatu program telah mencapai matlamat yang ditetapkan. Dalam konteks penggunaan VLE di sekolah, penilaian merupakan satu pendekatan untuk memastikan bagaimana kejayaan VLE seperti dihasratkan. Li & Edward (2014), dengan adanya penilaian terhadap kemajuan guru-guru yang dilatih, justeru menjadi kayu pengukur untuk pembangunan individu dan Program Pembangunan Profesional (CPD) pada masa hadapan.
Reka Bentuk Kandungan