Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menjelaskan kaedah yang berkaitan dengan
masalah ini. Jika kita berpegang teguh pada etika-etika syari'ah dan nasihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dalam bergaul, nescaya terhindar dari hal-hal yang dapat merosak ukhuwah dan cinta kasih. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Jangan mencari-cari kesalahan (tajassus), mencuri pendengaran (tahassus), saling bermusuhan dan saling menjauhi. Jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. "200
Dalam hadith lain, beliau bersabda:
"Di antara tanda kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan hal-hal yang tidak berguna baginya. "201
Menurut al-Auza'i, erti tajassus adalah mencari-cari sesuatu, sementara tahassus bererti turut mendengar perbincangan yang dilakukan oleh suatu kelompok, padahal mereka tidak menyukainya; atau mendengarkan perbincangan dari luar pintu rumah mereka. Ada juga yang memberi pengertian berbeza terhadap dua terminologi di atas.202
Tujuan hadith tersebut adalah menyatakan bahawa perbuatan tajassus atau mencari-cari sisi tersembunyi dari peribadi sahabat, adalah dilarang oleh agama dan dapat merosakkan hubungan antara dua orang yang bersahabat. Di sisi lain, ia mencerminkan perbuatan buruk
200Hadith ini merupakan terusan dari hadith:
"Hindarilah prasangka (buruk)..." Lihat takhrij-nya. dalam catatan kaki no. 191. 201Diriwayatkan oleh Tirmidzi dalam
az-Zuhd no. 2317, dan Ibnu Majah dalam al-Fitan no. 3976, dari riwayat Abu Hurairah
radhiyallahu 'anhu. Juga diriwayatkan oleh Tirmidzi dalam az-Zuhd no. 2318, Malik dalam kitab al-Muwaththa', bab llusnul- Khuluq 11/903, Ahmad dalam kitab al-Musnad 1/ 201, dan al-llaghawi dalam kitab Syarhus-Sunnah X1V/321. Al-Albani menyatakannya shahih dalam kitab Shahihul-Jami' ash-Shaghir no. 5911.
202Menurut Ibnu Hajar dalam kitab
Fathul-llari: "Ada yang berpendapat bahawa tajassus ertinya mencari masalah-masalah yang tersembunyi dan lebih cenderung berkonotasi buruk. Sedangkan tahassus adalah mencari-cari sesuatu yang boleh diketahui melalui penglihatan dan pendengaran. I'endapat ini dibenarkan oleh al-Qurthubi.. .Ada juga yang berpendapat bahawa tajassus
adalah mencari-cari kesalahan seseorang untuk kepentingan orang lain, sementara tahassus adalah mencari-cari kesalahan seseorang untuk kepentingan dirinya sendrri." Ibnu Hajar juga mencatat pendapat Ibrahim al-Harbi bahawa dua terminologi tersebut memiliki pengertian yang sama. Adapun Ibnu Anbari berpendapat bahawa tahassus merupakan penekanan kepada
tajassus seperti kata (bu'dan wa sukhthan—yang bererti jauh dan benci); sukhthan (benci) merupakan penekanan terhadap makna
bu'dan (jauh). Di sisi lain, Ibnu Hajar berpendapat bahawa ada pengecualian atas pelarangan tajassus, yaitu dalam kisah jika hal tersebut merupakan satu-satunya jalan untuk menyelamatkan seseorang. Contohnya adalah memberitahu seorang yang shalih bahawa si Fulan membuat kesepakatan rahasia dengan kawannya untuk membunuh orang tersebut, atau merencanakan zina terhadap seorang wanita. Lihat:
99 lainnya, iaitu mengupayakan sesuatu yang tidak bermanfaat bagimu. Sebuah pepatah mengatakan: "Orang yang bijak sangat menghargai waktunya, sibuk dengan urusannya, dan menjaga ucapannya. Orang yang menganggap ucapannya termasuk dalam perbuatan, nescaya tidak akan banyak berbicara mengenai hal-hal yang tidak bermanfaat baginya."203
Abu 'Ubaidah menuturkan bahawa al-Hasan berkata: "Di antara tanda ketidaksukaan Allah terhadap seseorang adalah dengan membuatnya sibuk dengan perkara-perkara yang tidak berguna baginya."204
Sahl at-Tustari berkata: "Siapa yang terjebak untuk berbicara mengenai hal-hal yang tidak berguna, nescaya kehilangan kejujuran."205
Ma'rufal-Karkhiberujar: "Pembicaraan seseorang mengenai hal-hal yang tidak berguna merupakan bukti penghinaan Allah kepadanya."206
Ketika seorang sahabat Nabi sakit, para sahabat dan kaum kerabatnya ramai menjenguk, mereka merasa heran ketika melihat wajah sahabat yang sakit tersebut begitu ceria, lalu bertanya mengenai sebab keceriaannya. Ia menjawab: "Ada dua amalan yang benar-benar kuyakini pahalanya sangat besar, iaitu aku tidak pernah berbicara mengenai hal-hal yang tidak berguna, dan hatiku bersih dari segala perasaan kotor terhadap sesama kaum Muslim."207
Mahuriq al-'Ajali berkata: "Satu hal yang terus kuburu selama bertahun-tahun tapi belum kutemukan, dan aku tidak akan berhenti memburunya." Salah seorang sahabatnya menukas: "Apa yang engkau buru itu?" Ia menjawab: "Menahan diri agar tidak berbicara mengenai hal-hal yang tidak berguna."208
'Amr bin Qais mengisahkan, ketika Luqman (al-Hakim) sedang mengajar murid- muridnya, muncullah orang yang berjalan melewati majlis pengajiannya. Dengan nada heran orang tersebut bertanya kepada Luqman: "Bukankah engkau hamba sahaya dari Bani Fulan?" Luqman menjawab: "Betul." Ia bertanya kembali: "Bukankah engkau si penggembala yang kulihat di gunung Fulan?" Luqman menjawab: "Benar." Dengan penuh heran orang tersebut bertanya lagi: "Lalu, apa yang membuatmu berubah dan menjadi seperti ini?" Luqman menjawab: "Berkata jujur dan selalu diam dari hal-hal yang tidak berguna."209
Wahb bin Munabbih berkata: "Dulu pada masa Bani Israil ada dua orang yang—dengan keistimewaan ibadahnya— mampu berjalan di atas air. Ketika mereka sedang berjalan di atas
203Ada yang meriwayatkan secara marfu': "Di dalam Shuhuflbrzhim ada...— dan di akhir riwayat—Orang yang bijak..." Muhaqqiq kitab Jami'ul-'Ulum wal-Hikam, Thariq bin al-Muwahhid, berkata: "Sanad riwayat tersebut sangat dha'if." Lihat: Jami'ul-Ulum wal-Hikam 1/290. 204
Jami'ul-Ulum wal-Hikam, Tahqiq: Thariq bin al-Muwahhid I/294. 205
HilyatuI-Auliya' X/196. 206
Ibid VIII/361, dan SiyaruA'lamin-Nubala' IX/341. 207
Siyaru A'lamin-Nubala' I/243, di dalamnya disebutkan bahawa nama sahabat tersebut adalah Abu Dujanah Sammak bin Kharsyah
radhiyallahu 'anhu. Kisah ini juga tercatat dalam kitab Jami'ul-Ulum wal-Hikam, hlm. 138, tanpa menyebut nama sahabat tersebut. 208 Imam Ahmad, az-Zuhd, hlm. 371, Ibnul-Mubarak, Zawa'iduz-Zuhd no. 41, hlm. 11, dan Hilyatul-Auliya’ II/235. 209
100 permukaan laut, tiba-tiba muncul seorang yang terbang di atas mereka. Melihat keanehan ini, keduanya bertanya: "Wahai hamba Allah, apakah yang kau lakukan sehingga meraih keistimewaan yang luar biasa ini?' Ia menjawab: 'Dengan melakukan sedikit perkara yang bersifat duniawi.210 Aku menyapih nafsuku dari godaan syahwat, menahan lisan dari ucapan-ucapan yang tidak berguna, selalu memenuhi panggilan Allah, dan lebih banyak diam. Kerana itu, jika aku bersumpah atas nama Allah, Dia akan mewujudkannya, dan jika aku memohon sesuatu, Dia pasti mengabulkannya."211
Saudaraku, waspadalah terhadap pintu-pintu syaitan yang menjebakmu agar terjerumus dalam hal-hal yang tidak her manfaat, sekalipun dengan asumsi mendidik dan meluruskan pribadi seseorang. Syaitan mengilustrasikan bahawa semua masalah yang berhubungan dengan sahabatmu, baik kecil mahupun besar, adalah penting, sehingga kamu terjebak mengurusi masalah-masalah pribadinya. Padahal perbuatanmu itu tidak disukai olehnya, bahkan cenderung menyudutkan dan menyakitinya. Hasilnya, ia menyesal telah menjalin hubungan denganmu.
210Demikianlah redaksi kata-katanya, padahal—demi Allah—ia merupakan amalan yang sangat berat, dan hanya ringan bagi orang-orang yang dimudahkan oleh Allah untuk menjalaninya.
211
101
EGOIS, AROGAN, TIDAK BEREMPATI