• Tidak ada hasil yang ditemukan

Mengatasi masalah penggunaan internet

Dalam dokumen PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN. doc (Halaman 28-33)

Dalam usaha memperkukuhkan asas bagi mencapai ekonomi berasaskan pengetahuan, penggunaan ICT secara strategic akan menjadi semakin penting selaras dengan tumpuan pembangunan ICT sepertimana dalam RMK9 antaranya menggiatkan usaha merapatkan jurang digital dan memperluaskan rangkaian komunikasi bagi memastikan akses kepada perkhidmatan dan maklumat yang lebih setara.

Matnor Daim (1997) mencadangkan 4 landasan penting yang harus wujud dalam sistem pendidikan kita untuk meningkatkan penggunaan internet di kalangan pengajar dan pelajar iaitu:

i. bilangan komputer yang mencukupi;

ii. perhubungan (setiap kelas dihubungkan ke lebuh raya maklumat);

iii. kurikulum (harus mempunyai kesinambungan dengan tenaga kerja masa depan); iv. kecekapan (semua guru harus boleh dan yakin mengendalikan teknologi masa

Keempat-empat landasan ini memberi impak yang positif ke arah mencapai kecemerlangan dalam pendidikan yang berteraskan kepada teknologi terkini terutamanya dalam penggunaan komputer dan internet.

a) Latihan untuk meningkatkan kepakaran dan inisiatif guru

Inisiatif guru sendiri sangat penting dalam menjayakan penggunaan komputer dan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang dijalankan oleh Zoraini (2000) mendapati kebanyakan guru yang dapat menggunakan teknologi maklumat dengan efektif menguasai kemahiran mereka melalui pembelajaran sendiri dan memiliki komputer sendiri di rumah. Guru yang mepunyai karektor sebegini sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terkini kerana minat dan inisiatif sendiri. Abd. Latif (2002) dalam kajiannya menyatakan kebanyakan guru pelatih di UPSI memperoleh pengetahuan dan kemahiran teknologi internet daripada rakan sekerja berbanding mengikuti kursus. Berkemungkinan melalui rakan, responden lebih faham dan bebas bertanya tanpa melibatkan kos seperti dalam jadual 9 dibawah:

Kaedah Bilangan Peratus

Tidak pernah belajar 2 1.7

Belajar dengan kawan 106 72.6

Belajar sendiri 22 15.1

Belajar dari keluarga 6 4.1

Belajar dari kedai/pusat komputer 6 4.1

Kursus di sekolah/universiti 4 2.7

Jumlah 146 100.0

Jadual 9 : Kaedah kali pertama guru belajar internet

Dalam usaha melahirkan guru yang mahir menggunakan komputer dan internet, latihan yang berkesan perlu diberikan kepada para guru. Sehubungan dengan itu, para guru telah diberi pinjaman untuk pemilikan komputer bagi meluaskan pengetahuan mereka tentang kemudahan dan penggunaan komputer dan ICT. Untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu inovasi dalam pendidikan, seharusnya penglibatan para guru di awal-awal telah diketengahkan. Strategi yang dapat menentukan agar input dan penglibatan guru itu sentiasa diperolehi secara konsisten dan sistematik. Para guru perlu diberi latihan, kursus, malumat dan pengetahuan yang seiring dengan perkembangan teknologi khususnya dalam internet dan ICT. Pelbagai program latihan dilaksanakan bagi menggalakkan guru mempertingkatkan

profesionalisme mereka secara berterusan khususnya di dalam mengatasi penggunaan internet.

b) Peranan guru dalam mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran

Keberkesanan penggunaan teknologi maklumat juga bergantung kepada keterbukaan warga pendidik menerima teknologi maklumat dalam elemen pengajaran dan pembelajaran yang di rancangkan oleh mereka. Warga pendidik contohnya guru, yang menjadi nadi dan tulang belakang yang menjana keberkesanan pendidikan secara keseluruhannya, kita dapati semakin ramai di kalangan mereka sudah celik teknologi maklumat. Jika lima tahun lalu, hampir tiada guru di Malaysia mengetahui apa itu Internet apa lagi menggunakan Internet. Kini bilangan guru yang mempunyai akses ke Internet sudah semakin bertambah malahan mereka telah menganggap teknologi maklumat merupakan sesuatu yang perlu untuk memudahkan proses P&P mereka. Perkembangan pesat dalam pengunaan teknologi maklumat dalam pendidikan merupakan satu jalan yang cerah untuk menjayakan pendidikan bertaraf dunia.

Menurut Skinner (1974), melalui teori pembelajaran behaviorisme pembelajaran berlaku apabila seseorang bertindakbalas terhadap ransangan dan kemudiannya diberi pengukuhan. Teori kognitisme pula menegaskan pembelajaran mereupakan satu proses maklumat diterima, diproses dan disimpan dalam pemikiran seseorang. Implikasi ini menunjukkan maklumat dianggap sebagai objek yang boleh dipindahkan kepada murid (Newell, 1990). Di bawah pembelajaran secara behaviorisme dan kognitisme setiap guru berperanan sebagai penyampai maklumat dan memastikan bahawa pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada. Guru kontruktivis menggunakan tugasan yang berdasarkan kepada keadaan sebenar di dalam bilik darjah.

Semasa pembelajaran kontruktivis guru berperanan sebagai pembimbing atau fasilitator yang mana melibatakan pembelajaran secara koperatif dan koloboratif dan belajar melalui perayauan. Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan oleh para guru untuk menghubungkan antara teori kontruktivisme dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pembelajaran ini membolehkan para pelajar mencari dan mengakses maklumat daripada mana-mana sumber yang terdapat dalam internet. Seharusnya guru yang akan mengaplikasikan pembelajaran secara kontruktivis dan kognitisme perlu lebih dahulu

memahami dan mendalami pengetahuan dalam komputer dan ICT bagi memudahcaranya mengajar kelak.

Dengan integrasi teknologi, peranan guru telah bertukar daripada penyampai maklumat kepada penyelaras sumber pembelajaran. Guru sekarang berperanan sebagai fasilitator, pengurus, kaunselor dan pakar motivasi. Peranan guru ini membolehkan para guru bebas bekerja secara individu atau dalam kumpulan kecil dan meninggalkan cara pengajaran formal yang lama. Guru membantu pelajar mencari maklumat dari pelbagai sumber dengan adanya teknologi maklumat dan komunikasi.

c) Kurikulum untuk pendidikan era internet

Salah satu kesan yang ketara merupakan penawaran subjek komputer di peingkat sekolah rendah, menengah dan juga institusi pengajian tinggi. Kursus ini sendiri merupakan satu gesaan untuk membolehkan para pelajar mengetahui dan menggunakan teknologi komunikasi. Kini terdapat bidang-bidang pengajian yang baru seperti komputer, teknologi maklumat, pengurusan maklumat, multimedia dan sebagainya. Tidak kurang juga kesannya memanfaatkan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembentukan kurikulum adalah berkait rapat dengan tujuan sesuatu program pendidikan masa depan. Pertimbangan yang wajar harus diberi perhatian adalah perubahan ketara masa kini ialah aliran hala tuju dunia sejagat ke era gelombang ketiga iaitu berasaskan maklumat. Penguasaan terhadap teknologi maklumat menjadikan seseorang atau negara mempunyai kelebihan dan kekuatan (Naisbitt, 1990).

Sebagai contoh, perubahan-perubahan dalam perlaksanaan struktur kurikulum latihan di maktab-maktab perguruan turut mengubah kuriklum di dalam bidang teknologi pendidikan khususnya dalam penggunaan media pengajaran. Perubahan yang ketara dari segi nama sukatan pelajaran kursus, isi kandungan, taksonomi objektif, kaedah perlaksanaan, penilaian dan tempoh perlaksanaan Sehubungan dengan itu, pengalaman pelajar yang mengikuti sesuatu kursus teknologi pendidikan sebagai objek tumpuan makan membolehkan pengajar memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan kurikulum terkini yang berteraskan kepada teknologi maklumat dan komunikasi.

Memandangkan kandungan internet yang amat luas dan tiada kawalan, maka satu kawalan pengawalseliaan yang berkesan perlu dilaksanakan bagi mengelakkan para pelajar terdedah kepada maklumat yang berunsur negatif dan tidak bermanfaat terhadap proses pembelajaran mereka. Ramlah (1996) mencadangkan dalam usaha memperluaskan penggunaan internet kepada lebih ramai guru dan pelajar, kementerian haruslah mengenalpasti samada kaedah yang digunakan untuk mengawalselia penggunaan internet di sekolah adalah berkesan. Pihak sekolah, terutamanya guru-guru yang bertugas mempunyai akauntabiliti untuk menyimpan rekod penggunaan internet di makmal komputer dan membuat laporan yang lengkap merangkumi nama pengguna, tujuan penggunaan, masa penggunaan dan penyelia yang bertugas. Sekolah hendaklah menyediakan panduan dan peraturan penggunaan komputer dan internet dan menyatakan dengan jelas tindakan yang akan diambil akibat melanggar peraturan (Ragsdale, 1996; Snaley, 1996). Selain dari itu, Ramlah juga mencadangkan etika dimasukkan ke dalam kurikulum internet bertujuan untuk memudahkan penyiasatan kes-kes penyalahgunaan kemudahan internet di sekolah.

Bagi memastikan penggunaan internet yang beretika, kerajaan telah mewujudkan Pusat TIndak Balas Kecemasan dan Keselamatan ICT Kebangsaan (NICER) yang menyediakan perkhidmatan dalam bidang forensic komputer, program pembudayaan, penyelidikan dasar, khidmat nasihat keselamatan dan penilaian perisian keselamatan. Penyediaan Rangka Kerja Keselamatan Maklumat Kebangsaan diwujudkan bagi menangani aspek perundangan, kawal selia dan teknikal.

e. Penyediaan kemudahan

Untuk meningkatkan penggunaan komputer di kalangan para guru, Zoraini (2000) telah mecadangkan supaya bilik guru sekolah dilengkapi dengan komputer yang dilengkapi dengan kemudahan untuk akses ke internet. Cadangan ini merupakan langkah pertama untuk memudahkan para guru mengakses internet melalui komputer yang disediakan kepada para guru. Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati 95% sekolah telah dilengkapi dengan komputer dan akses kepada internet (Mendels, 2000).

Dalam usaha untuk meningkatkan penggunaan internet di kalangan guru, guru yang mengajar di pendalaman juga ketinggalan. Kerajaan telah mengambil langkah bijak dengan

memperkenalkan Projek Internet Desa dengan menempatkan beberapa stesen internet di beberapa kawasan pendalaman di Sabah dan Sarawak seperti di kawasan Kota Samarahan dan Bario (Rozana, 2000). Penempatan beberapa stesen internet tersebut membolehkan mereka yang berada di kawasan tersebut mengakses internet dan dapat berhubung dengan mereka yang berada di dunia luar. Terdapat inisiatif kerajaan dalam mewujudkan jurang digital antara komuniti luar bandar dengan penubuhan 217 telecentre bawah program USB. Telecentre tersebut terdiri daripada 42 pusat Internet Desa, 39 Medan InfoDesa, 58 Pusat Akses Komuniti dan 78 Kelas Literasi Komputer

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyeru semua sekolah supaya menggunakan inisiatif sendiri untuk menukarkan sekolah masing-masing ke sekolah pintar (Chandran, 2000). Ini bermakna sekolah mempunyai tanggungjawab untuk mencari sumber kewangan bagi tujuan tersebut. Untuk mengatasi masalah tersebut, ada sekolah yang bekerjasama dengan pihak swasta untuk melengkapkan komputer di sekolah. Peranan sektor swasta juga banyak membantu perkembangan pengunaan teknologi maklumat, kerana sememangnya kita tahu penggunaan teknologi maklumat memerlukan kos, maka kekangan kos inilah biasanya membataskan pengunaan teknologi maklumat. pada masa kini , kadar bayaran untuk mengakses internet semada melalui TM-Net atau Jaring telah menurun, malahan syarikat besar seperti Telekom berkerjasama dengan Kementerian pendidikan untuk menghasilkan Telekom Smart School yang menyediakan pekej P&P melalui Laman Web yang dinamakan getCyberEd.com. Pihak swasta yang terlibat bertanggungjawab untuk membekalkan komputer, membaikpulih komputer dan membekalkan latihan kepada guru dan pelajar. Bagi meningkatkan pembekalan akses internet di sekolah, kerjasama daripada pembekal internet (ISP) diperlukan untuk mengurangkan kos tanggungan pengguna.

5.0 Teknologi Multimedia Interaktif menerusi Teknologi Internet dalam

Dalam dokumen PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN. doc (Halaman 28-33)

Dokumen terkait