• Tidak ada hasil yang ditemukan

MENGENAL DIRI

Dalam dokumen WAHDANIATULLAH (Halaman 34-41)

Tiliklah diri anda sendiri, kemudian anda renungkan baik baik dan tanyalah :-SIAPAKAH DIRI ANDA SEBENARNYA & SIAPAKAH ALLAH ? Firman Allah : Al-Anfaal : 02

Sesungguhnya orang orang yang beriman itu hanyalah mereka mereka yang APABILA DISEBUT SAHAJA NAMA ALLAH maka GEMENTARLAH HATI MEREKA.

Kenapakah gementar hati bila dilafaz Nama Allah ?

Gementar itu bagi manusia yang beriman. Bagi manusia kebanyakan sebut 1000 kali pun mereka tetap dalam keadaan biasa. Bagaimana pula dengan anda sendiri ? Cuba sebut Nama Allah sekarang. Gementar , tidak ?

Kerana GEMENTAR itu menunjukkan HIDUP-nya KALIMAH ALLAH yang memenuhi setiap ruang anggota zahir manusia.

Bila dilafazkan ..ALLAH seperti ada karan elektrik menangkap badan. Menjujut dan meremang bulu roma.

Ini adalah mereka mengetahui dan berpegang kepada IKHTIKAD bahawa ALLAH itu MELIPUTI DIRI dan bagi mereka itu mereka tidak ada kuasa walau sebiji zahrah pun melainkan semuanya Kuasa Allah belaka.

ALLAH MUHAMMAD MANUSIA

MAANI MAKNUYAH WAHDANIATULLAH Kudrat Kaunuhu-Qadirun Kekuatan

Iradat Kaunuhu-Muridun Nafsu Ilmu Kaunuhu-Alimun Fikiran Hayat Kaunuhu-Hayyun Kehidupan Sama’ Kaunuhu-Samiun Pendengaran Basar Kaunuhu-Basirun Penglihatan Kalam Kaunuhu-Mutakallimun Percakapan

Adapun Kaunuhu itu ertinya MENUNJUKKAN HAL KEADAAN .

Yang menunjukkan hal keadaan Allah / Zat itu adalah Muhammad yakni Ruh.

Adapun Af’al Allah itu bergelar Sifat Maani yang 7 itu. Daripada Af’al Allah , Allah menyatakan kepada SifatNya yakni Muhammad. Maka Muhammad pula melakukan Af’al Allah dan Perbuatan Muhammad atau Ruh atau Nyawa ini adalah Sifat Kaunuhu kepada Sifat Maani.

Daripada Sifat Kaunuhu yang dibawa oleh Muhammad disampaikan kepada manusia ( jasad ). Kalau manusia itu TAHU bahawa kelakuan mereka adalah dari Kaunuhu Zat , maka manusia itu menjalankan SIFAT WAHDANIATULLAH yakni MENGESAKAN ALLAH.

Contohnya

:-Segala kekuatan manusia datang dari KUDRAT ALLAH, maka Allah sampaikan Kudrat kepada Nyawa ( Muhammad ) dan nyawa pula menggerakkan kekuatan dari Kudrat Allah kepada anggota jasad manusia itu.

Penyampaian Muhammad kepada jasad / anggota manusia itu disebut sebagai Kaunuhu. Kalau Kudrat Allah yang diberi, maka Qadirun pada Diri Muhammad dan KUAT-lah jasad manusia itu.

BAB 8

WAHDANIATULLAH.

Wahdaniatullah itu maksudnya MENGESAKAN akan ALLAH dan telah banyak huraian dan FirmanNya dilafazkan bahawa RAHSIA ALLAH itu adalah manusia.

Kalau mengetahui Allah tidak berbilang, tetapi SE yakni MELIPUTI maka hindarkanlah diri dari MENDUAKAN TUHAN. Caranya adalah didalam KALIMAH LA ( Lam Alif ) LA HAYYUN LA QADIRUN LA SAMIUN LA BASIRUN LA MURIDUN LA MUTAKALLIMUN LA ALIMUN

Dilafazkan ertinya sebagai

:-Tiada aku yang hidup, tiada aku yang berkuasa, tiada aku yang mendengar, tiada aku yang melihat, tiada aku yang berkehendak, tiada aku yang bercakap dan tiada aku yang mengetahui MELAINKAN ALLAH yang MELIPUTI ( wahdaniat ) seluruh zahir dan

batinku. INILAH KALIMAH MENGISBAT.

Adapun LAM ALIF ( LA ) tadi adalah KALIMAH NAFI yakni manusia yang tidak mahu MENSYIRIKKAN ALLAH perlu MENAFIKAN dahulu apa yang dilakukan itu bukanlah perbuatan mereka. Bila telah dinafikan bahawa Jasad / manusia tidak BERUPAYA dan IQTIKAD-nya bukanlah manusia yang bergerak tetapi AF’AL ALLAH –lah yang bergerak. Jika hendak dihuraikan Sifat 20 akan memakan masa. Tetapi inilah isinya. Ujud itu ADA, yang ada ialah ZAT ALLAH. Zat inilah yang mengujudkan Sifat Salbiah yang 5, Sifat Maani yang 7, Sifat maknuyah yang 7 juga + ada tadi kini menjadi 20 Sifat yang wajib kita tahu serta faham.

SIFAT SALBIAH : Sifat Sifat Salbiah ialah :-Kidam

Baqa’

Mukhalafatuhu Taala Lil Hawadith Kiamuhu Binafsihi

SALBIAH itu adalah dari perkataan SALBI bermaksud BENIH. Pujian atau Zikir benih ialah AH ( Alif Ha ) . Tamatnya Sifat Salbiah pada Wahdaniat. Wahdaniat ertinya ESA. Yang diesakan ialah WUJUd yakni ZAT.

Mungkin mengesakan Zat itu adalah sesuatu yang tidak diterima Syariat kerana kurang ilham dan ilmu. Oleh kerana kurangnya ilmu dalam bab Wahdaniat maka lahirlah kitab ini untuk menerangkan tanggungjawab mengesakan Zat untuk bacaan dan pemahaman anda semua.

Walaupun Wahdaniat itu Sifat ke-5 dari Sifat 20 Allah tetapi Sifat ini adalah IBU SIFAT 20 ALLAH. Tanpa mengenal dan memahami serta mendalami anda BOLEH JADI HOPPI ( Syirik yang halus )

Cuba kita perhatikan jumlah jari jari manusia. Yang kanan ada 5 manakala dikiri pun ada 5 juga. Kenapakah Allah jadikan jari jari tangan dan kaki kita sebegitu ?

Cuba renungkan perkara perkara dibawah :-JARI :-JARI TANGAN = Jumlahnya ada 5 1 Jari Kelenkeng

2 Jari Manis 3 Jari Hantu 4 Jari Telunjuk 5 Jari Ibu

MANUSIA itu ialah terdiri dari 4 + ? unsur = 5 1 Tanah 2 Air 3 Angin 4 Api 5 ? atau 4 + ? = 5 1 Di 2 Wadi 3 Mani 4 Ma’nikam 5 ?

1 Siddiq 2 Amanah 3 Tabliq 4 Patonah 5 ?

SAHABAT RASUL ialah 4 + ? = 5 1 Abu Bakar

2 Omar 3 Osman 4 Ali 5 ?

NYAWA itu adalah Malaikat terdiri dari 4 + ? = 5 1 Nafas 2 Ampas 3 Tanapas 4 Nupus 5 ? MALAIKAT 1 Jibrael 2 Mikael 3 Israfil 4 Izrael 5 ?

Jika ditolak ? jumlahnya ada 24 tetapi jika anda dapat mencari jawapan tandatanya itu jumlahnya akan menjadi 30 bersesuaian dengan 30 juzuk Al-Quran.

Carilah jawapan tandatanya itu ( ? ) PETUNJUK JAWAPAN seperti dibawah

:-Bagi mencari jawapan perlulah kita meneliti Kalimah Syahadah dan huraian berkaitan dengannya.

Adapun Kalimah Syahadah itu mengandungi 24 huruf – menunjukkan kehidupan manusia sehari semalam selama 24 jam juga. Hiduplah manusia sebagai HAMBA kepada undang undang Syariat Feqah tetapi belum pasti menjadi hamba Allah yang beriman.

Feqah dan tidak sebagai Hamba Allah ?

Kerana manusia PERASAN yang merekalah yang hidup dan menjalankan Sunnah Rasul dan Perintah Allah.

Dari mana datangnya Sunnah Rasul jikalau tidak tahu dan mengenal akan Rasul ? Dari mana datangnya Perentah Allah kalau tidak kenal Allah , apa lagi berjumpa Allah ? JAWAPAN ?

1 Tanah 2 Air 3 Angin 4 Api 5 ? = ADAM

1 Di 2 Wadi 3 Mani 4 manikam 5 ? = JASAD

1 Siddiq 2 Tabliq 3 Amanah 4 Patonah 5 ? = RASUL

1 Abu Bakar 2 Omar 3 osman 4 Ali 5 ? = MUHAMMAD

1 Nafas 2 Anpas 3 Tanapas 4 Nupus 5 ? = DIRI

1 Jibrael 2 Mikael 3 Israfil 4 Izrael 5 ? = KEMBAR

IANYA BOLEH JUGA DIFAHAMI SEPERTI DIBAWAH Yang dikatakan sebagai Manusia itu

:-Tanah + Air + Angin + Api = ADAM

Daging + Tulang + Urat + Darah = MANUSIA Di + Wadi + Mani + Manikam = INSAN

Yang dikatakan sebagai Malaikat itu

:-Nafas sampai di – UBUN UBUN digelar JIBRAEL Nafas sampai di – MATA digelar MIKAIL

Nafas sampai di – PUSAT digelar ISRAFIL Nafas sampai di – JANTUNG digelar IZRAEL Yang dikatakan Sahabat itu

:-Abu Bakar gelaran untuk NAFAS YANG KELUAR Omar gelaran untuk NAFAS YANG MASUk OSMAN gelaran untuk NAFAS DI-HALKOM ALI gelaran untuk NAFAS YANG TURUN NAIK Yang dikatakan Pecahan Nafas itu

:-NAFAS di MULUT ANPAS di HIDUNG

TANAPAS di BELAKANG KEPALA ANTARA 2 TELINGA NUPUS di JANTUNG

BAB 9

Dalam dokumen WAHDANIATULLAH (Halaman 34-41)

Dokumen terkait