• Tidak ada hasil yang ditemukan

35mengorganisasikan proses pelaksanaan dan menguji sama ada hasil

Dalam dokumen ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA (Halaman 35-41)

yang dijangka dapat dijana atau tidak.

Kelebihan PBM

Menurut Montgomery (2000), antara kelebihan utama PBL berbanding strategi pembelajaran lain yang dicadangkan oleh teori konstruktivisme ialah rangsangan atau stimulasi yang berjaya dihasilkan olehnya dalam membentuk kognitif pelajar agar lebih bersifat ingin tahu. Ini seterusnya menurut mereka berjaya meningkatkan minat atau motivasi pelajar untuk terus belajar. Masalah yang menyerupai masalah dunia sebenar yang digunakan pula membolehkan pelajar mencuba pelbagai jalan penyelesaian dalam persekitaran pembelajaran yang lebih selamat (Jamalludin Harun, et al, 2005).

5.2.3 Pembelajaran Elektronik (e-learning)

Adalah satu istilah umum yang merujuk kepada pembelajaran yang berlaku dengan menggunakan komputer dan internet, CD Rom, televisyen interaktif atau siaran melalui satelit berlaku di mana-mana atau pada bila-bila masa mengikut keperluan pelajar menghasilkan pengalaman dan penguasaan kemahiran dan pengetahuan baru

Ciri-Ciri Pembelajaran Elektronik -mengikut kadar kendiri pelajar -boleh dicapai oleh ramai pelajar

-boleh dicapai di mana-mana dengan talian internet -memenuhi pelbagai gaya pembelajaran

5.2.4 Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang

 Merupakan sejenis pembelajaran dalam talian yang menggunakan gabungan streaming video, power point, audio dan perisian lain dalam penyampaian P&P.

 Terdapat 7 fungsi penting laman sesawang dalam pembelajaran (pengumuman berdasarkan masa sebenar, teks, html, spread sheet, video,

37

5.3 PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN

Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran

 Menggunakan medium persembahan penyampaian seperti slaid, audio dan tayangan video

 Penggunaan sumber internet dalam pengajaran

 Penggunaan email, papan maklumat, blog dan portal mewujudkan komunikasi antara penyampai dengan penerima

 Menyenaraikan laman sesawang dan e-jurnal dalam senarai bacaan seperti perpustakaan maya

 Memasukkan database dan dataset dalam pengajaran

 Menggunakan teknologi baharu dalam ujian dan undian dalam bilik darjah. Persekitaran Bilik Darjah Maya (virtual Learning)

• Pembelajaran berlaku secara online sepenuhnya atau secara gabungan (online dan pertemuan formal) yang dikenali sebagai blended pada peringkat kolej@universiti

• Kawalan terhadap pembelajaran dibuat oleh institusi yang menyediakan portal pembelajaran

• Maklumat dan aktiviti pembelajaran dimuatkan dalam portal pembelajaran.

• Pelajar perlu berdaftar.

• Persekitaran pembelajaran maya meliputi penggunaan papan buletin tidak mementingkan hubungan sosial dengan pengguna.

• Perkembangan pesat internet boleh membawa perubahan pesat terhadap penggunaan portal pembelajaran dan perisian sosial untuk tujuan pembelajaran.

5.3.1 Reka Bentuk Resos

• Teknologi e-pembelajaran membuka laluan pengajaran dan pembelajaran secara maya (melalui internet) dengan mudah dan pantas.

• Guru dan pelajar dapat berinteraksi tanpa perlu bersemuka melalui teknologi berinovatif ini.

• Perkembangan resos pembelajaran berasaskan teknologi ICT:

• e-buku- Ialah buku dalam bentuk elektronik, memuatkan kandungan yang sama dengan buku dalam bentuk cetakm, mempunyai ciri-ciri tambahan iaitu terdapat pautan, fungsi carian, fungsi highlighting dan bahagian mengambil nota.

• e-majalah- Majalah dalam bentuk elektronik, mempunyai ciri-ciri yang sama dengan majalah bercetak tetapi disertakan fungsi-fungsi elektronik seperti e-buku, mudah dicapai melalui internet untuk dijadikan rujukan pada bila-bila masa, guru dapat membimbing(scaffold) dengan menambah nota, saranan, tugasan untuk mengarah pembelajaran atau memberi fokus kepada aspek-aspek penting.

• e-portfolio- Satu alat interaktif dinamik yang memuatkan pengumpulan bahan pembelajaran pelajar, artifak, catatan interkasi guru dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar lain, sejauh mana perkembangan pembelajaran termuat dalam e-portfolio, hal ini memudahkan guru memantau dan membimbing pelajar mengikut keperluan.

• blog dan forum- Memberi peluang kepada pelajar untuk membaca, menulis, memberi respons, berkolaborasi dan berbincang dalam talian, membolehkan pelajar berkongsi pengalaman dan pandangan, melalui blog dan forum, pelajar introvert dan pendiam juga bermotivasi untuk melibatkan diri, kemahiran berfikir aras tinggi dapat dikembangkan.

Senarai teknologi boleh digunakan:

Personal digital assistants (PDA)

• MP3

• CD-ROM

Web 2.0 tools

39

5.4 PERKEMBANGAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

5.4.1 Persekitaran Pembelajaran Personal (PLE)

Pelajar hari ini dikenali generasi internet. Perkembangan teknologi mempengaruhi sistem pendidikan seluruh dunia. PLE ini terbahagi kepada 2 iaitu: Persekitaran pembelajaran personal (PLE) dan Persekitaran bilik darjah maya (vitual classroom).

PLE

• PLE dikenali sebagai Personal Learning Environment

• Pembelajaran berlaku secara online dalam pelbagai bentuk pilihan pelajar.

• Pembelajaran formal dan informal boleh berlaku.

• Maklumat isi pelajaran diperoleh melalui pelbagai media dan perisian contoh perisian ialah youtube, facebook, flickers, skype

• Interaksi sosial melalui penggunaan pelbagai media dan perisian sosial

• Pelajar sendiri yang menentukan arah dan hala tuju pembelajarannya

• Memenuhi konsep pembelajaran sepanjang hayat

• PLE dikenali sebagai Personal Learning Environment

• Pembelajaran berlaku secara online dalam pelbagai bentuk pilihan pelajar.

• Pembelajaran formal dan informal boleh berlaku.

5.5 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan proses pembelajaran yang merangkumi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.

1. aktiviti menghurai, 2. mengumpul, 3. merekod,

4. memberi skor dan, 5. menginterpretasi

Penilaian formatif : Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

Penilaian sumatif : Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang p dengan p lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan/ pengredan.

Tujuan Penaksiran

1. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran

2. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran 3. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan

pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.

4. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.

5. Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif. 6. Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.

7. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian

 Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran.

 sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.

41

Dalam dokumen ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA (Halaman 35-41)

Dokumen terkait