• Tidak ada hasil yang ditemukan

MENGUJI KEMAHIRA

Dalam dokumen Kemahiran Mendengar Dan Bertutur (Nota) (Halaman 36-45)

Guru : Beritahu rakan kamu bahawa saya akan datang ke rumahnya esok.

Murid : Ali, cikgu akan ke rumah kamu esok.

Ujaran-ujaran bertatasusila boleh juga dinilai berdasarkan teknik ini. Guru : Kamu telah tersesat jalan dan telah bertemu dengan seorang tua yang

tidak kamu kenali. Tuturkan bagaimanakah kamu harus meminta bantuan daripada orang tua itu. Kamu hendaklah menggunakan kata sapaan dan kata-kata hormat yang sesuai untuk berkomunikasi dengan orang tua itu.

Bertutur berdasarkan gambar

Di sini, gambar, peta, objek atau apa sahaja bentuk pictorial diagram perlu

digunakan dan beberapa soalan dikemukakan oleh guru. Murid perlu memberi gerak balas kepada soalansoalan itu.Guru boleh mengemukakan beberapa soalan mudah berdasarkan gambara di atas.

Misalnya:

(a) Siapa yang dapat kamu lihat dalam gambar ini? (b) Apa yang sedang mere ka lakukan?

(c) Pada pendapat kamu apakah yang sedang dilakukan oleh orang yang bertutur itu?

(soalan ini lebih tinggi arasnya untuk menggalakkan murid berfikir dengan lebih Kritis

(a) Aspek yang diuji - sebutan, pertuturan dan intonasi.

(b) Bahan - sederhana panjang, sesuai dengan umur murid dan tahap penguasaan bahasa. Masa yang sesuai untuk membaca ialah 2-3 minit.

Bertutur Secara Berpandu

Bertutur secara berpandu memberi peluang yang lebih bebas kepada murid bertutur dengan menggunakan kemahiran yang mereka telah kuasai. Pertuturan mereka tidaklah terikat kepada perbendaharaan kata dan bentuk-bentuk ayat soalan guru sebaliknya mereka berpeluang memilih perkataan dan membina ayat-ayat mereka sendiri. Walau bagaimanpun, batasan masih ada, iaitu fokus pertuturan mereka itu tertakluk kepada sesuatu yang telah ditetapkan oleh guru. Antara teknik-teknik yang tergolong dalam penilaian jenis ini ialah:

Menceritakan semula sesuatu cerita atau petikan yang diberikan oleh guru. (a) Guru memberi murid petikan cerita pendek;

(b) Murid membaca senyap; (c) Guru membaca kuat petikan;

(d) Murid menceritakan semula petikan yang dibaca oleh guru;

(e) Aspek yang diuji ialah kemahiran mendengar dan memaham ( jika petikan dibaca oleh guru). Kemahiran membaca dan memaham ( jika petikan dibaca oleh murid). Kecekapan menggunakan kata, frasa dan ayat dengan gaya bercerita yang betul.

Membuat penjelasan atau pemerian mengenai sesuatu perkara: Main peranan

Teknik ini juga digunakan untuk menguji kemahiran bertutur. Guru perlu memikirkan situasi tertentu yang membolehkan murid memainkan peranan

tertentu. Guru perlu menerangkannya dengan jelas sebelum mengarahkan murid melakonkan apa yang dikehendakinya. Penilaian ini boleh dijalankan secara individu ataupun secara berpasangan. Misalnya:

Pilih dua orang murid, masing-masing diarahkan untuk memainkan peranan,

murid A sebagai inspektor polis dan murid B sebagai seorang awam yang

hendak membuat aduan tentang suatu kes ragut yang baru sahaja disaksikannya, tidak jauh dari balai polis itu. Minta kedua-dua murid melakonkan

peranan masing-masing secaara spontan.

Teknik ini dapat menilai kecekapan murid memilih bentuk bahasa yang sesuai dengan situasi dan dengan penutur tertentu, di samping dapat menilai berbagai-bagai subkemahiran bertutur seberbagai-bagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini. Temu bual dan Temu duga

Teknik temuduga atau temubual dalam menilai kemahiran bertutur dengan cara memberi peluang yang lebih bebas kepada murid untuk bertutur dengan menggunakan kecekapan berbahasa mereka sendiri. Teknik ini mewujudkan situasi komunikasi yang sebenar dalam kalangan penemuramah dengan penemuduga, sama ada antara guru dengan murid atau murid dengan murid. Dengan demikian, guru boleh menilai kebolehan sebenar murid-murid menggunakan bahasa secara lisan dalam konteks sebenar.

• Murid diminta mengingat atau mengimaginasikan sesuatu dan\ menjelaskan sesuatu mengenainya. Misalnya: percutian semasa cuti sekolah.

• Teknik ini dapat menilai kecekapan bertutur secara spontan, tanpa bimbingan guru

Pemarkatan Ujian Bertutur

Terdapat dua bentuk pemarkatan yang boleh diterapkan untuk menguji kemahiran berturur, iaitu pemarkatan secara objektif dan pemarkatan secara holistik.

Pemarkatan Secara Objektif

Pemarkatan secara objektif sesuai digunakan untuk murid-murid peringkat rendah yang belum mempunyai asas penguasaan lisan yang kukuh dan belum boleh bertutur dengan lancar. Soalan yang dikemukakan pula berbentuk item yang memerlukan murid memberi gerak balas langsung dan bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang pendek berdasarkan gambar; menjawab soalan-soalan pendek yang mudah, ataupun menyebut ayat-ayat yang ditunjukkan kepada mereka dengan sebutan dan intonasi yang betul. Untuk menentukan markat yang sesuai, senarai semak mestilah disediakan dan guru menandakan pada ruang-ruang yang disediakan markat murid bagi setiap gerak balas yang mereka berikan.

Penilaian kemahiran lisan, antara lain boleh dilaksanakan melalui tugasan berikut:

(a) memadankan – memadankan objek dengan tulisan; gambar dengan tempatnya dan memadankan harga dengan objeknya; memadankan pasangan, aspek yang berlawanan, sama dan sebagainya.

(b) megelompok – misalnya haiwan mengikut jenis dan jantinanya; buah-buahan, tempat kediaman, kumpulan etnik dan sebagainya.

(c) menyusun dan melengkapkan – menyusun maklumat mengikut saiz, warna, umur, kepentingan dan seumpamanya; menyusun perkataan menjadi ayat, peristiwa, isi karangan dll.

(d) menyelesaikan masalah – menerangkan cara untuk sampai ke destinasi tertentu dengan selamat;

(e) berinteraksi – melalui telefon, lakonan, dialog, forum dll (f) simulasi – main peranan dalam lakonan, forum dll

(g) projek – perbincangan mengenai prestasi, prosedur, bahan projek: kos, pelaporan dll.

Senarai Semak untuk Pemarkatan.

Nama Murid: ...

Bahagian No. Gambar Nombor

soalan Markat 2 1 0 J= J= A 1 2 3 4 5 B 1 2 3 4 5

Nilai Markat (cadangan)

2 Bagi jawapan yang tepat, betul sebutan, intonasi, pemilihan perkataan dan

tatabahas

1 Jawapan betul tetapi terdapat kesalahan yang kecil dari segi sebutan, intonasi atau

tatabahasa

0 Jawapan salah, sebutan, intonasi, pemilihan perkataan dan tatabahasa juga

menunjukkan kesalahan yang ketara.

Untuk mengubah markat kepada peratus, darabkan markat setiap bahagian dengan 2.

Misalnya, jika pencapaian murid ialah 6, 7 dan 20, darabkan semuanya dengan 2; menjadi 12, 14 dan 40. Jumlah markatnya = 66.

Pemarkatan Secara Holistik

Pemarkatan bagi ujian lisan juga boleh dilakukan secara holistik atau keseluruhan, iaitu kebolehan bertutur yang diperlihatkan oleh murid itu diberikan markat secara keseluruhan, bukan secara perincian sebagaimana yang dicontohkan sebelum ini. Di sini, penguasaan kemahiran pertuturan itu dibahagikan kepada beberapa pecahan dan markat diperuntukkan bagi setiap pecahan itu. Semasa murid bertutur atau menjawab soalan-soalan yang dikemukakan, guru mendengar dengan teliti dan memberi markat secara keseluruhan.

Bagi tujuan pemarkatan secara keseluruhan ini, kemahiran bertutur boleh dibahagikan kepada lima komponen yang besar, iaitu:

i. sebutan ii. kefahaman iii. ketatabahasan

iv. keluasan perbendaha raan kata, dan v. kelancaran pertuturan.

Setiap komponen ini haruslah diberikan peruntukan markat yang sama berat dan perlu ditakrifkan dengan jelas supaya dapat dijadikan panduan oleh guru.

Kemahiran Membaca

• Matlamat dan Jenis Bacaan • Peringkat Pengajaran Bacaan

• Teknik Bacaan – Intensif, Ekstensif, Skimming dan Scanning

Matlamat

Kemahiran membaca dan memahami diajarkan kepada murid-murid supaya mereka dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Daripada kemahiran ini, mereka dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan bertulis.

Jenis Bacaan Bacaan mekanis

Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Bacaan kuat ini mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul . Bahan bacaan yang digunakan ialah bahan yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran.

Bacaan Mentalis

Bacaan mentalis dikenali juga sebagai bacaan akliah. Bacaan ini dilaksanakan dalam hati tanpa suara setelah pelajar menguasai bacaan bersuara. Tujuan bacaan mentalis adalah untuk memahami maklumat / idea atau buah fikiran. Bacaan Intensif

Bacaan intensif adalah bacaan secara mendalam. Bacaan ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memperkembang kebolehan meneliti, memahami dan mentafsirkan perkara yang dibaca. Bacaan ini memfokuskan kepada ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan. Konsep bacaan intensif adalah untuk memperkembang pembelajaran bahasa murid; memberi penjelasan tentang struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata; mengkaji ciri-ciri tatabahasa; memperkembang usaha mengawal bahasa lisan dan pertuturan serta kepentingan gerak laju dan kelainan latihan.

Bacaan Ekstensif

Bacaan ekstensif adalah bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Bacaan ini menitikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran pemahaman dan meningkatkan kepantasan membaca. Melalui pembacaan ekstensif akan membolehkan pelajar mencari isi-isi penting. Konsep bacaan ekstensif ialah kegiatan membaca dilakukan di luar kelas; bahan bacaan perlu

sesuai dengan murid; bahan yang berbeza dan murid mendapat kepuasan, keseronokan dan terhibur.

PERINGKAT PENGAJARAN BACAAN

Dalam dokumen Kemahiran Mendengar Dan Bertutur (Nota) (Halaman 36-45)

Dokumen terkait