Anda telah mengharungi setiap langkah-langkah yang telah dibincangkan di atas bermula dengan mencari lokasi, memilih rumah, berunding dengan tuan rumah, menaik taraf rumah dan mengiklankan rumah anda. Sekarang, anda sudah mula menerima hujan panggilan dan sms bertanyakan berkenaan sublet anda.
Sebelum anda bermula, cuba anda imbas kembali siapakah golongan sasaran anda untuk dijadikan penyewa rumah anda. Golongan-golongan ini mempunyai kelebihan masing-masing dan ini telah kita bincangkan di bab3. Sekarang, tiba masa untuk anda menapis mereka yang menghubungi anda.Ketahui cara-cara untuk anda mencari penyewa yang berkualiti dan tidak memberikan masalah pada masa akan datang.
Carta aliran di atas menunjukkan proses yang diguna pakai apabila anda dihubungi bakal penyewa. Mengurus penyewa adalah salah satu bab yang penting di dalam pengurusan sublet. Kegagalan mengurus penyewa anda adalah satu kesilapan besar di dalam bidang ini.
"!//' "$% )'31 ' ,/* )*,&/')*,& '3*"' $% )'31 '31*)"'! &+/$ ' /-)+1 '31*)"'! $%/* HC 6.1 Menyaring penyewa
Penyewa adalah element penting dalam memastikan anda tidak mempunyai masalah di kemudian hari.Mencari penyewa yang tepat adalah sangat penting bagi memastikan anda tidak mempunyai masalah dalam konteks menerima bayaran dan masalah penjagaan rumah.Setiap kategori penyewa ini mempunyai kriteria yang perlu dititik beratkan.
6.1.2 Mengatur pertemuan pertama anda
Ini adalah langkah pertama yang wajib anda lakukan di dalam memilih penyewa yang baik. Jangan ambil mudah dengan mengambil sikap menutup sebelah mata dalam memilih penyewa anda dengan mengambil mudah tidak menemui bakal penyewa anda secara terus sebelum membenarkan mereka menyewa sublet anda.Secara ringkasnya, proses ini boleh diilustrasikan seperti rajah di bawah.
'31 &' !// ' "' ,/*$' )*,&/ ' *$, '+/%, ' '"%" $% )'31 '/'#/$ $'+/%, ' '*' $',*& ' )*,/*' )*#'#"' +1 $% )'31 &&*"$ '1' ,&)!' 9)(+", 60 61
HD Apabila bakal penyewa menghubungi anda pada waktu hari bekerja, aturkan waktu perjumpaan anda pada hari yang anda lapang dan tidak berada di dalam keadaan terburu-buru supaya anda mampu fokus di dalam berunding dengan bakal penyewa anda.Kebiasaannya, anda akan dihubungi oleh lebih daripada satu bakal penyewa. Di dalam kes ini, anda di sarankan mengatur masa perjumpaan pada hari yang sama tapi dijarakkan selang satu jam di antara bakal penyewa anda. Namun begitu, anda juga boleh aturkan perjumpaan dengan mereka serentak.
Lokasi tempat pertemuan anda dinasihatkan agar dilakukan berdekatan kawasan rumah sublet anda. Ini memudahkan anda untuk menunjukkan keadaan rumah sublet anda dan menjimatkan masa anda.
Ketika perjumpaan pertama anda, perhatikan cara pemakaian yang mereka pakai semasa berjumpa anda.Sekiranyamereka berpakaian kemas, dia secara asasnya adalah seorang yang menjaga penampilan dan teratur. Mereka selalunya adalah penyewa yang akan menjaga rumah mereka duduki supaya mereka selesa. Namun, sekiranya mereka berpakaian tidak teratur, selekeh atau berpakaian tidak senonoh, anda boleh tolak permohonan menyewa mereka tanpa rasa bersalah kerana dari cara berpakaian, sikap seseorang itu sudah boleh dinilai.Berpakaian tidak teratur, selekeh, tidak senonoh melambangkan peribadi seseorang yang tidak mampu menguruskan diri sendiri. Anda fikirkan, seandai diri sendiri terabai, apakah yang akan terjadi kepada sublet anda sekira mereka menyewa rumah anda.
6.1.3 Menggunakan borang untuk menilai bakal penyewa
Di dalam pertemuan anda dengan bakal penyewa anda, anda juga perlu bertanyakan kepada mereka soalan-soalan untuk mengetahui latar belakang bakal penyewa anda sebelum anda memutuskan mereka layak atau tidak untuk menyewa di rumah sublet anda. Namun, bagi memudahkan anda menyaring penyewa, jangan susahkan diri anda untuk menghafal soalan-soalan yang remeh temeh.Ianya memakan masa yang lama dan membosankan.Cipta borang permohonan menyewa yang sistematik dan mudah untuk difahami dan praktikal dan berikan kepada penyewa untuk mereka isikan sendiri borang tersebut.Untuk memudahkan anda, saya telah sediakan contoh borang tersebut di bahagian lampiran sebagai rujukan anda. Anda hanya perlu bertanya soalan berdasarkan borang permohonan menyewa yang diisi oleh mereka sendiri.
HE
Justeru itu, menggunakan borang yang baik adalah satu kelebihan bagi anda. Borang permohonan sewa yang bagus perlu memiliki ciri-ciri berikut:
1. Butiran latar belakang penyewa
Setiap penyewa datang dari pelbagai latar belakang. Latar belakang penyewa yang perlu di ambil perhatian adalah:
• Nama • Bangsa
• Nombor kad pengenalan/passport • Pekerjaan
• pendapatan • Status perkahwinan
Bagi pelajar, latar belakang tambahan yang perlu di selidik adalah: • Butiran maklumat ibu bapa
• Sumber pendapatan/biasiswa • Bukti pelajar
Kriteria-kriteria di atas perlu di selidik oleh anda sebelum memberikan mereka menyewa.Bangsa dan umur adalah kriteria yang umum perlu di ketahui oleh anda. Bangsa dan umur memainkan peranan terutama terutama jika anda mengusahakan sublet jenis mengikut kepala. Disarankan penyewa bagi satu rumah terdiri daripada bangsa yang sama.
Pekerjaan adalah kriteria kedua yang perlu anda selidiki. Pekerjaan penyewa adalah satu indikator kepada anda sama ada mereka mempunyai kemampuan untuk membayar sewa bulanan. Penyewa yang mempunyai pendapatan yang stabil lebih mudah untuk membayar sewa tepat pada masanya berbanding penyewa yang tidak mempunyai pendapatan bulanan yang tetap.Maka, carilah penyewa yang mempunyai pekerjaan tetap.
HF Selidik juga berkenaan tempat mereka bekerja.Lazimnya, tempat pekerjaan adalah faktor mengapa mereka menyewa di rumah anda.Tempat pekerjaan yang lebih berdekatan dengan kawasan rumah adalah lebih digemari oleh penyewa. Sekiranya penyewa hendak menyewa di rumah anda namun tempat pekerjaannya berada di jarak yang jauh, sudah pasti penyewa tersebut tidak akan bertahan lama kerana mereka akan sentiasa mencari rumah yang lebih hampir dengan tempat mereka bekerja berbanding rumah anda.
Status perkahwinan juga perlu ditanya. Sekiranya penyewa yang datang sudah berkahwin, tanya sama ada sudah mempunyai anak, sekiranya ada berapa ramai. Sekiranya tidak mempunyai anak, adakah pasangannya bekerja.Soalan-soalan ini bukanlah untuk mengganggu hal-hal peribadi mereka tetapi untuk mendapat sekilas pandang mengenai tanggungan penyewa tersebut.Sekiranya anda dapati tanggungan penyewa tersebut adalah banyak, sudah tentu penyewa tersebut bakal kekurangan wang apabila tiba masa untuk membayar sewa rumah.Jadi, cari mereka yang mempunya tanggungan yang sikit dan berupaya membayar tepat pada masa yang di tetapkan.
Bagi pelajar, mengenali latar belakang ibu bapa mereka adalah penting kerana ibu bapa adalah pihak yang akan mengambil tahu mengenai hal ehwal semasa anak-anak mereka. Merekalah yang akan memberikan wang saku kepada anak mereka untuk digunakan sebagai sewa rumah.
Pelajar tersebut juga perlu mempunyai sumber kewangan yang meyakinkan seperti biasiswa dan sebagainya untuk memastikan mereka mampu membayar sewa tepat pada masanya.Selain itu, jarak di antara rumah sewa anda dan tempat belajar mereka di kenal pasti agar mereka tidak mudah keluar dari rumah tersebut.Yang terakhir, minta butiran diri pelajar tersebut dan salinan kad pelajar mereka bagi membuktikan bahawa mereka adalah benar-benar seorang pelajar.
Setiap perincian yang anda selidiki daripada bakal penyewa adalah penting. Jangan mengamalkan sikap mengambil mudah dalam menyaring penyewa sublet anda kerana mereka ibarat pekerja anda yang memberikan anda keuntungan setiap bulan. Kegagalan mendapat penyewa yang bagus bakal merugikan anda dalam jangka masa yang panjang.
HG
6.2 Menerima masuk penyewa
Setelah anda berpuas hati dengan kelayakan bakal penyewa anda, mereka sudah boleh memasuki fasa seterusnya iaitu menerima masuk penyewa. Di dalam fasa ini, anda perlu memberi sendiri kunci rumah yang akan mereka diami. Proses ini boleh digambarkan menggunakan carta aliran di bawah:
Menerima masuk penyewa adalah perkara biasa yang perlu dilakukan dengan betul oleh anda sebagai tuan rumah. Untuk mengelakkan salah faham dan masalah-masalah yang akan timbul berkenaan rumah, sebelum anda menyerahkan kunci sublet anda, pastikan anda telah membacakan perjanjian sewa di hadapan mereka dan sekiranya mereka bersetuju, menurunkan tanda tangan. Peruntukan-peruntakan asas seperti kadar, tarikh bayaran akhir rumah sewa dan
HH tindakan yang akan diambil sekiranya perjanjian dilanggar perlu di jelaskan. Setelah menandatangan perjanjian sewa dan baru berikan kunci kepada mereka.
Setelah menandatangan perjanjian tersebut, bawa penyewa anda bersama-sama memeriksa rumah dan memberikan borang semakan rumah. Penyewa akan menulis sendiri keadaan rumah tersebut dan di penghujung borang tersebut, penyewa perlu menurunkan tandatangannya sendiri sebagai pengakuan bahawa keadaan di rumah berada di dalam keadaan yang baik.
Setelah sesi memeriksa selesai, anda sudah boleh menceritakan mengenai prosedur yang diperlukan untuk keluar daripada rumah tersebut supaya mereka layak untuk mendapatkan wang pendahuluan mereka kembali.Berikan mereka Borang Berhenti Menyewa di hari mereka masuk. Prosedur ini amat penting kerana penyewa yang keluar daripada rumah sublet anda merugikan anda dari segi masa dan wang kerana anda perlu mencari penyewa yang baru dan mengulangi langkah yang sama dari awal. Dengan adanya prosedur berhenti yang sistematik, anda akan mempunyai masa yang cukup untuk mencari penyewa baru apabila penyewa sedia ada memaklumkan kepada anda untuk sebulan awal sebelum berhenti.
6.3 Penyelenggaraan rumah
Penyelenggaraan adalah satu rutin yang perlu anda ambil berat.Menyelenggara rumah memastikan rumah anda terus selesa untuk didiami. Selalunya, anda akan membuat penyelenggaraan setiap 3 bulan. Namun, penyewa kadang kala akan menghubungi anda untuk memperbaiki hal-hal berkaitan rumah seperti lampu yang terbakar, kipas yang rosak atau kepala paip yang pecah.
Anda mempunyai dua pilihan untuk menyelesaikan masalah yang timbul apabila dihubungi penyewa.Pertama, anda boleh mengupah tukang paip atau penyelenggara yang anda telah lantik untuk menyelesaikan masalah anda atau anda memberikan diskaun kepada penyewa sekiranya mereka menyelesaikan sendiri. Di lampiran, terdapat senarai semak aduan bagi memudahkan anda mengurus aduan di sublet anda.
HI
6.4 Penyewa berhenti menyewa
Setelah berbulan-bulan masa berlalu, penyewa yang baik ini menyatakan hasrat untuk berpindah keluar dari rumah anda. Ini adalah perkara normal setiap pengusaha sublet. Bersiap sedia untuk kemungkinan ini memberikan anda ketenangan minda kerana anda tahu apa yang perlu dilakukan apabila penyewa berpindah keluar dari rumah sewa anda.
Langkah-langkah yang anda perlu lakukan ialah: • Selidik alasan mereka berpindah
Sekiranya mereka menyatakan hasrat untuk berpindah, tanyakan alasan mereka berpindah. Dapatkan input yang mengapa mereka berpindah dan cuba fikirkan sama ada anda mampu menyelesaikan masalah mereka hadapi. Contohnya, mereka tidak mampu membayar sewa rumah, anda boleh memikirkan untuk memberikan diskaun sedikit setelah mengambil kira kos anda.
Sekiranya mereka tetap dengan pendirian mereka untuk berpindah dari sublet anda, tanyakan pada mereka sama ada mereka ada mencari pengganti menggantikan mereka untuk menyewa sublet anda.
Tips: Ramai menyangka pelajar universiti akan meninggalkan rumah pada waktu cuti dan mengosongkan rumah sewa mereka. Hakikatnya cuti paling panjang adalah sebulan setengah. Adalah sukar bagi mereka untuk mengosongkan rumah dan membawa pulang barang ke kampung dan adalah lebih sukar untuk mereka mencari rumah yang sama pada awal semester
Apabila mereka sudah mula mengangkut barang masing-masing, lakukan semakan semula senarai semakan rumah yang mereka tulis sendiri dan mulakan menyemak sublet anda. Sebarang kerosakan yang disebabkan oleh penyewa perlulah dicatat dan kosnya ditolak daripada wang pendahuluan mereka. Sekiranya ia adalah disebabkan wear and tear, anda tidak perlu menolak daripada wang deposit mereka.
Mereka juga perlu memastikan barang-barang mereka diambil sepenuhnya daripada rumah sublet anda kerana anda perlu menggantikan mereka dengan penyewa yang baru. Mereka
HJ juga perlu memastikan mereka membersihkan rumah mereka sama seperti keadaan mereka masuk. Bacaan meter utility seperti air dan elektrik akan di ambil dan ditolak daripada deposit utiliti mereka.
Penyewa yang bertanggungjawab memastikan rumah anda bersih sebelum keluar dari rumah
HK
BAB 7
Merancang bajet sublet anda
7.3 Modal yang diperlukan untuk memulakan sublet
Setiap perniagaan memerlukan jumlah modal yang tersendiri.Terdapat banyak jenis modal yang diperlukan sebelum memulakan perniagaan. Di dalam sublet, terdapat beberapa jenis kos yang anda perlu ambil perhatian iaitu:
1. Kos menyewa rumah 2. Kos perabut
3. Kos peralatan elektrik
Disiplin adalah penting di dalam merancang bajet untuk sublet anda. Modal yang anda keluarkan untuk bajet ini perlulah diperolehi selepas tempoh 6 bulan. Bajet yang ditetapkan secara asasnya adalah sebanyak RM6,500 bagi sebuah rumah fully furnished. Cara kiraannya seperti berikut:
Modal awal
Deposit 2 bulan RM2,000
Sewa bulan pertama RM1,000
Deposit utility RM500
Perabut RM3,000
Jumlah RM6,500
*Kebiasaannya deposit utiliti adalah separuh dari kadar sewaan bulanan
Kos bagi perabut dan peralatan elektrik adalah seperti berikut bagi bajet yang minimum sebanyak RM3,000.
IB
Katil 2 tingkat 6 unit RM250x 6 = RM1500
Tilam 12 unit RM40 x 6 = RM240
Dapur gas 1 unit RM60
Sofa 1 unit RM350
Peti ais 1 unit RM300
Telivision 1 unit RM250
Mesin basuh automatik 1 unit RM300
Jumlah RM3000
Di dalam bajet ini, katil 2 tingkat, sofa, peti ais, mesin basuh adalah barangan terpakai bagi meminimumkan modal anda.Akan tetapi, bagi peralatan elektrik, anda disarankan agar tidak membeli peralatan terpakai kerana ia hanya mempunyai jaminan selama sebulan, kemudian anda terpaksa menanggung risiko kerosakan peralatan elektrik.
Rumah ini mampu disewakan kembali pada kadar RM1,500 sebulan. Maka kiraan yang boleh diguna pakai adalah seperti berikut:
Deposit 2 bulan RM3,000
Sewa bulan pertama RM1,500
Deposit utility RM750
Sewa bulan ke-2 RM1,500
Jumlah RM6,750
Daripada kiraan ini, anda telah memperoleh modal anda pada bulan ke 2 sahaja.Begitu cepat anda mampu mendapat kembali modal. Anda boleh gunakan modal tersebut kembali untuk rumah sublet anda yang seterusnya.
IC
BAB 8