• Tidak ada hasil yang ditemukan

MENJAMA’ SOLAT MAGHRIB DAN ISYA’ DI MUSIM PANAS

Dalam dokumen fiqh minoriti yusuf qardhawi (Halaman 51-53)

Apakah hukum menjama’ solat Maghrib dan Isya’ di musim panas kerana terlalu lewat waktu Isya’ di sebahagian negara sehingga mencapai tengah malam atau melampauinya atau disebabkan tiada tanda bagi waktu Isya’ sebagaimana yang dinyatakan oleh syara’? Jawapan

Solat adalah satu kewajiban yang mempunyai waktu-waktu tertentu, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah taala yang bermaksud;

“Sesungguhnya salat itu adalah kewajiban yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.” (An-Nisa : 103)

Waktu-waktu solat yang lima telah diketahui melalui Sunnah Nabi yang berbentuk perbuatan. Ia telah Mutawatir (diriwayatkan oleh ramai, pent) di kalangan umat Islam di Timur dan Barat. Setiap solat, dan solat yang lima mempunyai waktu tertentu dan tidak boleh menunaikannya sebelum masuk waktu. Tidak boleh pula melewatkan solat dari waktunya kecuali kerana keuzuran. Sesiapa yang melewatkannya (sehingga berlalu waktu solat, pent) adalah berdosa. Namun di antara kemudahan dan sifat realistik agama ini ialah ia mensyariatkan jama’ antara dua solat; antara Zohor dan Asar, serta antara Maghrib dan Isya’. Ini dilakukan samada secara

Taqdim (mendahulukan solat yang kemudian) atau Takhir (menangguhkan solat ke waktu

terkemudian) kerana pelbagai sebab antaranya ialah musafir, sebagaimana yang telah tsabit dari Sunnah Nabi s.a.w.

Antara sebabnya juga ialah menjama’ solat kerana hujan, atau seperti lecak atau yang lebih buruk ialah salji, begitu juga angin yang kuat dan pelbagai halangan cuaca dan tabi’i yang menimbulkan kesulitan dan kepayahan untuk menunaikan solat pada waktunya.

Antara sebabnya juga ialah menjama’ solat kerana keperluan atau keuzuran, bukan pada waktu bermusafir, bukan kerana takut dan bukan pula kerana hujan tetapi hanya kerana menghilangkan kesulitan dan kepayahan dari umat Islam, sebagaimana yang dinyatakan dalam hadits Ibn Abbas yang akan datang.

Dari petanda mukjizat agama ini ialah seorang Muslim boleh mendapati nas-nas yang boleh meliputi pelbagai keadaan dan perkembangan masa yang dahulunya tidak diketahui manusia atau tidak dijangka akan berlaku di zaman mereka.

Kami dapati perkara ini dalam apa yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ibn Abbas r.a bahawa ia berkata“Rasulullah s.a.w telah solat Zohor dan Asar secara jama’ dan Maghrib dan

Isya’ juga secara jama’ bukan kerana takut atau bermusafir.”

Dalam satu riwayat dinyatakan “Rasulullah s.a.w telah menjama’kan Zohor dan Asar serta

Maghrib dan Isya’ di Madinah tanpa ada takut atau hujan. Lalu dikatakan kepada Ibn Abbas “Apakah yang beliau kehendaki dari itu?” Ibn Abbas berkata “Dia mahukan agar tidak menyulitkan umatnya.”

Dalam riwayat Abdullah b Syafiq, ia berkata “Pada satu hari, Ibn Abbas telah menyampaikan

khutbah kepada kami setelah waktu Asar, sehingga terbenam matahari dan timbul bintang- bintang. Orang ramai mula berkata “Solat! Solat!” Ibn Abbas lalu berkata “Adakah kamu mahu mengajar aku apa itu Sunnah? Tiada kebaikan bagi kamu!” Dia kemudian berkata “Aku melihat Rasulullah s.a.w telah menjama’kan antara Zohor dan Asar serta Maghrib dan Isya’.” Abdullah b Syafiq berkata “Hatiku merasa tidak selesa dari pernyataan itu. Aku lalu mendatangi Abu Hurairah dan bertanya kepadanya. Beliau membenarkan kata-kata Ibn Abbas.10”

Ini adalah ta’lil (penetapan sebab) dari Ibn Abbas, iaitu Rasulullah s.a.w mahu memberi keluasan bagi dan kemudahan bagi umat Islam. Dia tidak mahu meletakkan mereka dalam kepayahan dan kesempitan. Sedangkan Allah taala tidak menjadikan kesusahan dalam agama ini. Bahkan Allah taala mahukan kemudahan bagi hamba-hambaNya. Dia tidak mahu kesulitan ke atas mereka.

Hadits itu amat jelas dan terang akan pensyariatan jama’ kerana keperluan. Abu Daud, An-Nasa`i dan At-Turmuzi telah meriwayatkannya juga dalam kitab Sunan mereka.

Imam Abu Sulaiman Al-Khitabi dalam kitab Ma`alim As-Sunan berkata “Tidak ramai para fuqaha

berpegang dengan hadits ini....”

Ibn Al-Munzir pernah berkata11 bukan hanya seorang dari ahli-ahli hadits yang menceritakan mengenainya (hadits ini). Aku mendengar Abu Bakar Al-Qaffal menceritakannya dari Abu Ishaq Al-Maruzi.

10

Lihat Sahih Muslim, kitab Solat Orang-orang Yang Bermusafir, bab Jama’ Antara Dua Solat

Ketika Tidak Bermusafir, hadits (705) dengan riwayat-riwayatnya; 49, 50, 51, 54, 56, 57. 11

Saya berpendapat ada perkataan yang gugur di sini, iaitu perkataan ‘dengannya’,

sebagaimana konteks ayat itu menunjukkan dan sikap Ibn Munzir yang mempertahankan hadits berkenaan.

Berkata Ibn Al-Munzir “Tiada ertinya mengaitkan perkara itu (jama’ solat) dilakukan kerana

sesuatu keuzuran kerana Ibn Abbas telah memberitahu `illah (sebab) hukumnya, iaitu kata-kata beliau “Dia mahu agar umatnya tidak berasa kepayahan.”

Ibn Sirrin menceritakan bahawa ia tidak merasakan apa-apa kesalahan untuk menjama’ dua solat, jika ada hajat atau sesuatu, selama mana ia tidak menjadi kebiasaan12.

Ibn Qudamah juga menukil dalam kitab Al-Mughni dari Ibn Syabramah bahawa dia berkata sama seperti apa yang Ibn Sirrin katakan13.

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata dalam kitab Al-Fath “Sekumpulan imam telah berpegang dengan zahir

hadits. Mereka mengharuskan jama’ pada ketika tidak bermusafir semata-mata kerana ada hajat dengan syarat bahawa ia tidak menjadi kebiasaan. Antara yang berpendapat sedemikian ialan Ibn Sirrin, Rabi`ah, Asyhab, Ibn Al-Munzir dan Al-Qaffal Al-Kabir. Al-Khitabi pula

menceritakannya dari sekumpulan ahli hadits.14”

Walau bagaimana pun, di sisi kita ialah hadits Sahih yang tidak dikritik akan kesahihannya. Ibn Abbas telah meriwayatkannya dan Abu Hurairah pula mengakuinya. Bahkan Ibn Abbas

mengamalkannya secara praktikal. Dia telah menjadikan hadits ini sebagai hujjah ke atas mereka yang mengingkari tindakannya mentakhir solat Maghrib. Dia menta’lil (menetapkan sebab bagi) perbuatan itu dengan apa yang ia telah nyatakan. Kesemua ini memberi faedah kepada kami dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Iaitu harus menjama’ solat Maghrib dan Isya’ di Eropah di musim panas ketika waktu Isya’ amat lewat sehingga ke pertengahan malam atau selepas tengah malam, sedangkan orang ramai dikehendaki untuk pergi bekerja pada awal pagi. Bagaimana mungkin kita membebankan mereka untuk berjaga malam bagi menunaikan solat Isya’ pada waktunya? Yang sedemikian itu merupakan kepayahan dan kesulitan bagi mereka. Sedangkan segala kepayahan telah diangkat dari umat ini dengan nas Al-Quran dan dengan apa yang dikatakan oleh Ibn Abbas r.a, perawi hadits jama’ solat semasa bukan bermusafir.

Bahkan harus juga menjama’ solat di negara-negara berkenaan di musim sejuk kerana waktu pagi yang amat pendek dan kesukaran menunaikan solat pada waktunya bagi mereka yang bekerja di pelbagai perbadanan dan syarikat. Ia tidak didapat dilakukan kecuali dengan kepayahan dan kesempitan, sedangkan segala itu telah diangkat dari umat ini.

PEMBINAAN PUSAT-PUSAT ISLAM DENGAN HARTA ZAKAT

Dalam dokumen fiqh minoriti yusuf qardhawi (Halaman 51-53)