• Tidak ada hasil yang ditemukan

Menyediakan bekas tanaman dan memasukkan medium tanaman

Sabut kelapa yang telah diproses menjadi serbuk

KEMAHIRAN 1. Menyediakan bekas tanaman dan memasukkan medium tanaman

KEMAHIRAN 1. Menyediakan bekas tanaman dan memasukkan medium tanaman.

2. Mengubah anak benih ke dalam bekas tanaman. 3. Menjalankan penjagaan tanaman dalam bekas.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

1. Keusahawanan :

EK 5 - Boleh menyesuaikan idea baru dengan keperluan masyarakat, meneruskan peningkatan kualiti idea. 2. Kreativiti :

Menggunakan kaedah atau prosedur dengan mengenal pasti ciri-ciri yang betul.

3. Nilai-nilai murni :

Tekun, sabar, dan bersungguh-sungguh 4. Pendidikan alam sekitar :

BAHAN BANTUAN MENGAJAR

1. Alatan: sudip tangan, serampang tangan dan penyiram 2. Bahan: medium tanaman dan bekas tanaman

3. Gambar (rujuk lampiran 1,2,3 dan 4)

AKTIVITI

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi (bahan rujukan: Lampiran 1)

Guru menunjukkan 2 gambar anak benih dalam seed tray dan gambar anak benih di dalam takung. Kemudian guru menyoal murid.

Apakah kebaikan dan keburukan yang terdapat dalam gambar tersebut ?

Guru merumuskan jawapan yang diberikan oleh murid tentang perlunya anak benih diubah ke bekas tanaman untuk tumbesaran yang baik.

Langkah 1

Guru menunjukkan pelbagai jenis bekas tanaman seperti pasu plastik, pasu tanah liat, beg politena dan bekas kitar semula. Guru menunjukkan contoh medium tanaman.

Langkah 2

Guru menunjukkan cara-cara memasukkan medium ke dalam bekas penanaman.(Bahan rujukan: Lampiran 2)

Guru menunjukkan cara mengubah anak benih dari bekas semaian ke dalam bekas tanaman.

( Bahan rujukan: Lampiran 3 )

Guru menerangkan penjagaan yang perlu dilakukan bagi anak benih yang telah diubah ke dalam bekas tanaman.

( Bahan rujukan: Lampiran 4 ) Langkah 3

a. Guru mengarahkan murid membuat kumpulan ( 4 orang dalam satu kumpulan)

b. Murid diminta memilih satu jenis bekas tanaman yang sesuai.

c. Berpandukan lampiran yang diberi, murid dikehendaki memasukkan medium ke dalam bekas tanaman.

d. Berpandukan lampiran yang diberi murid memilih anak benih yang sihat bagi penanaman dalam bekas.

e. Murid mengubah anak benih yang telah dipilih ke dalam bekas tanaman.

Penutup:

Guru merumuskan tentang perlunya mengubah anak benih dari bekas semaian ke dalam bekas tanaman.

PENILAIAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Guru menyoal murid secara lisan. ( Bahan rujukan: Lampiran 5 )

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid telah belajar mengenai medium semaian dan cara menyemai biji benih dalam standard pembelajaran 5.1.5 dan 5.1.7

Murid juga telah diberi penerangan tentang nama-nama alatan tangan dan fungsinya dalam standard pembelajaran 5.1.2

REFLEKSI

Maklumat Tambahan Guru

1. Jenis-jenis bekas tanaman dan kaedah penyediaan. 2. Kaedah mengubah anak benih ke dalam bekas tanaman. 3. Langkah mengubah anak benih.

4. Aktiviti penjagaan tanaman.

Lampiran 1 Anak benih dalam pelbagai bekas semaian yang sedia untuk diubah.

Sila lawati laman web http://theseedsite.co.uk/seedlings2b.html untuk melihat pelbagai anak benih yang sesuai untuk diubah.

Pada kebiasaannya, anak benih yang sedia untuk diubah telah mengeluarkan 3 hingga 5 helai daun. Pilih anak benih yang sihat dan tidak diserang oleh serangga.

Lampiran 2 Pelbagai Bekas Tanaman dan Cara Penyediaan

BIL Bekas Tanaman Penyediaan

1

Pasu plastik

Tutup lubang saliran dengan salah satu daripada bahan di bawah:

a. Batu kerikil. b. Serpihan pasu.

c. Jaring nyamuk / mosquitoe net

atau bahan yang sesuai.

2

Pasu tanah liat

Pasu Baru

1. Perlu direndam semalaman.

2. Tutup lubang saliran dengan salah satu daripada bahan di bawah: a. Batu kerikil.

b. Serpihan pasu.

c. Jaring nyamuk / mosquitoe net

atau bahan yang sesuai.

Pasu lama perlu diberus dengan sabun dan dibilas bersih sebelum digunakan semula.

3

Pasu dari tayar terbuang

1. Dibersihkan dengan air dan diberus. 2. Tutup lubang saliran dengan salah satu daripada bahan di bawah:

a. Batu kerikil. b. Serpihan pasu.

c. Jaring nyamuk / mosquitoe net

atau bahan yang sesuai.

4

Kotak tanaman daripada kayu

Jika kotor, perlu dibersihkan dengan air dan diberus.

5

Kotak tanaman daripada plastik

1. Dibersihkan dengan air dan diberus. 2. Tutup lubang saliran dengan salah

satu daripada bahan di bawah: a. Batu kerikil.

b. Serpihan pasu.

d. Jaring nyamuk / mosquitoe net atau bahan yang sesuai.

6

Beg Politena

Jika perlu, bahagian atas beg politena dilipatkan selebar 2 – 3 sm.

Menutup lubang saliran pasu dengan serpihan pasu

Mengisi medium tanaman ke dalam pasu dengan menggunakan sudip tangan

Nota tambahan: Batu kerikil dan serpihan pasu yang telah digunakan sebelumnya, hendaklah direndam semalaman di dalam air. Tujuannya: untuk mengelakkan jangkitan penyakit pada tanaman yang hendak ditanam.

Lampiran 3 Langkah-Langkah Mengubah Anak Benih

1. Pengerasan hendaklah dilakukan terlebih dahulu terhadap anak benih beberapa hari sebelum diubah. Caranya ialah dengan mengurangkan naungan dan siraman secara berperingkat-peringkat.

2. Mengubah anak benih sebaik-baiknya dilakukan pada awal pagi atau lewat petang. 3. Medium semaian disiram terlebih dahulu agar gumpalan medium tidak pecah semasa

mengubah.

4. Gunakan sudip tangan untuk mengeluarkan anak benih bersama gumpalan medium di sekeliling akarnya.

5. Elakkan kerosakan pada akar anak benih.

6. Tanamkan anak benih ke dalam bekas tanaman. Tambahkan medium penanaman sekiranya perlu.

7. Padatkan medium di sekeliling akar untuk memberi sokongan kepada akar. 8. Siram anak benih yang telah ditanam dan letakkan di tempat yang teduh. Ciri-Ciri Anak Benih Yang Sihat

1. Tegap

2. Tiada jangkitan penyakit

3. Tiada kesan serangan perosak tanaman

4. Bentuk daun normal (tidak kerinting, tidak kecut) 5. Tumbuh sekata

6. Segar

7. Tidak terencat atau tidak bantut

Langkah-Langkah Mengubah Anak Benih

Gambar Keterangan

Medium semaian disiram terlebih dahulu agar gumpalan medium tidak pecah semasa mengubah.

Gunakan sudip tangan untuk mengeluarkan anak benih bersama dengan gumpalan medium di keliling akarnya. Elakkan kerosakan akar anak benih.

Masukkan anak benih yang telah dipilih bersama gumpalan medium semaian ke dalam bekas penanaman yang telah diisi ¾ dengan medium penanaman .

Tanamkan anak benih ke dalam bekas tanaman. Tambahkan medium penanaman sekiranya perlu.

Padatkan medium di sekeliling akar untuk memberi sokongan kepada akar.

Siram anak benih yang telah ditanam dan letakkan di tempat yang teduh.

Lampiran 4 Aktiviti Penjagaan Tanaman

Merumput

Merumput bermaksud membuang rumput.Rumput adalah pesaing tanaman untuk mendapatkan nutrien, air dan ruang serta menjadi perumah kepada perosak.Rumput sekeliling tanaman hendaklah dibuang dengan tangan atau dengan menggunakan serampang tangan.

Menggembur

Menggembur adalah aktiviti melonggarkan medium

penanaman. Medium yang telah digembur dan longgar akan: a. Memudahkan air mengalir.

b. Memudahkan akar menembusi medium. c. Membaiki pengudaraan.

Menggembur dan merumput boleh dilakukan serentak dengan menggunakan serampang tangan.

Membaja

Membaja akan membolehkan pokok terus hidup subur.

Gunakan baja organik atau baja kimia. Ikut arahan pada label baja. Membaja biasanya dilakukan 2 minggu sekali. Selepas membaja, pokok hendaklah disiram.

Menyiram

Menyiram dilakukan dua kali sehari, iaitu di awal pagi dan lewat petang atau mengikut keperluan. Alat yang sesuai digunakan ialah penyiram dengan siraman halus untuk mengelakkan kerosakan pada anak benih yang baru diubah.

Siput

Kumbang

Ulat

Mengawal Perosak

Perosak termasuklah serangga, kumbang, dan siput babi. Perosak ini boleh dihapuskan dengan cara mengutip dan mengumpulkannya untuk dimusnahkan. Pemusnahan boleh dilakukan dengan cara menanam atau membunuh perosak.

Lampiran 5 Ujian Kendiri / Penilaian : Guru menyoal secara lisan

Bil. Soalan Jawapan

1. Nyatakan satu jenis bekas tanaman.

2. Bagaimanakan cara menyediakan pasu tanah liat yang baru?

3. Apakah bahan yang boleh digunakan untuk menutup lubang saliran?

4.

Mengapakah medium semaian perlu disiram terlebih dahulu sebelum mengubah anak benih?

5. Apakah nama alat yang paling sesuai untuk mengubah anak benih?

6. Nyatakan satu aktiviti penjagaan tanaman.

7. Apakah nama alat yang paling sesuai untuk merumput dan menggembur?

Contoh Jawapan

1. Beg Politena, pasu tanah liat, pasu plastik, pasu dari bahan terbuang. 2. Pasu hendaklah direndam semalaman dalam air.

3. a. Batu kelikir b. Serpihan pasu

c. Plastik ”mosquitonet” berwarna hijau

4. Supaya medium boleh dikepalkan di sekeliling akar anak benih sebagai sokongan kepada anak benih.

5. Sudip tangan.

6. Merumput, menyiram, membaja, menggembur, mengawal perosak 7. Serampang tangan.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MODUL PENGAJARAN

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Dokumen terkait