• Tidak ada hasil yang ditemukan

MENYIASAT HIDUPAN DAN PERHUBUNGAN DENGAN PERSEKITARAN Bidang

MENYIASAT FISIOLOGI KEHIDUPAN

MENYIASAT HIDUPAN DAN PERHUBUNGAN DENGAN PERSEKITARAN Bidang

Pembelajaran

Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Ekosistem Dinamik 1. Menganalisis komponen biosis dalam

persekitaran. Aras 1

x Mengenal pasti komponen abiosis dalam persekitaran.

x Mengenal pasti komponen biosis dalam persekitaran.

Aras 2

x Mengelaskan komponen biosis kepada aras trof.

Aras 3

x Menjelaskan melalui contoh interaksi antara komponen biosis daripada segi pemakanan.

x Menjelaskan melalui contoh interaksi antara komponen biosis daripada segi persaingan.

Menjalankan kajian lapangan untuk perkara berikut:

(a) Mengenal pasti komponen biosis iaitu semua hidupan.

(b) Mengenal pasti komponen abiosis termasuk pH, suhu, keamatan cahaya, kelembapan, topografi dan iklim mikro dalam persekitaran.

(c) Menyiasat hubungan pemakanan antara komponen biosis untuk membina rantai makanan dan jaringan makanan seterusnya mengelaskan komponen biosis kepada aras trof.

(d) Menyiasat interaksi antara komponen biosis daripada segi pemakanan iaitu:

(i) Simbiosis pada tumbuhan dan haiwan yang

meliputi perkara berikut: · Komensalisme.

· Parasitisme.

· Mutualisme atau kesalingan. (ii) Saprofitisme.

MENYIASAT HIDUPAN DAN PERHUBUNGAN DENGAN PERSEKITARAN Bidang

Pembelajaran

Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

2. Memahami proses pengkolonian dan proses sesaran dalam ekosistem. Aras 1

x Menyatakan pengertian ekosistem.

(e) Menyiasat interaksi antara komponen biosis daripada segi persaingan iaitu:

(i) Persaingan intraspesis. (ii) Persaingan interspesis.

Menjalankan eksperimen untuk mengkaji persaingan intraspesis dan persaingan interspesis pada tumbuhan, contoh jagung dan kekacang.

Mengumpulkan dan mentafsirkan data untuk mengkaji persaingan intraspesis dan persaingan interspesis yang melibatkan paramesium, contoh Paramecium aurelia dan

Paramecium caudatum.

Menjalankan kajian lapangan ke atas suatu ekosistem seperti paya bakau dan kolam untuk perkara berikut:

(a) Mengenal pasti nic, habitat, komuniti dan populasi.

MENYIASAT HIDUPAN DAN PERHUBUNGAN DENGAN PERSEKITARAN Bidang

Pembelajaran

Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

x Mengenal pasti nic, habitat, komuniti dan populasi dalam ekosistem.

Aras 2

x Menerangkan proses pengkolonian.

x Menerangkan proses sesaran.

x Mengenal pasti spesies perintis dalam suatu ekosistem.

x Mengenal pasti spesies penyesar dalam suatu ekosistem.

x Mengenal pasti spesies dominan dalam suatu ekosistem.

x Mengenal pasti ciri penyesuaian spesies perintis terhadap habitat.

x Mengenal pasti ciri penyesuaian spesies penyesar terhadap habitat.

(b) Menyiasat proses pengkolonian. (c) Menyiasat proses sesaran.

(d) Mengenal pasti spesies perintis, spesies penyesar, spesies dominan dan komuniti klimaks.

(e) Mengenal pasti ciri penyesuaian spesies perintis dan spesies penyesar terhadap habitat dalam proses pengkolonian dan proses sesaran.

Mengkaji proses pengkolonian dan sesaran melalui sumber seperti video, perisian komputer dan bahan cetak.

Menjalankan perbincangan menghubungkaitkan komponen abiosis

dengan komponen biosis semasa proses pengkolonian dan proses sesaran dalam suatu ekosistem dan sebaliknya.

MENYIASAT HIDUPAN DAN PERHUBUNGAN DENGAN PERSEKITARAN Bidang

Pembelajaran

Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Aras 3

x Menerangkan perubahan habitat yang disebabkan oleh spesies perintis.

x Menerangkan perubahan habitat yang disebabkan oleh spesies penyesar pada setiap peringkat sesaran sehingga mencapai komuniti klimaks.

Menghubungkaitkan komponen abiosis dengan komponen biosis dalam suatu ekosistem semasa proses pengkolonian dan proses sesaran.

MENYIASAT HIDUPAN DAN PERHUBUNGAN DENGAN PERSEKITARAN Bidang

Pembelajaran

Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

3. Mensintesiskan idea tentang ekologi populasi.

Aras 1

x Mengenal pasti teknik persampelan yang sesuai untuk mengkaji saiz populasi suatu organisma.

x Menganggarkan saiz populasi organisma dalam suatu habitat.

Aras 2

x Menentukan taburan organisma dalam suatu habitat berdasarkan kepadatan, frekuensi dan litupan spesies.

x Menghubungkaitkan taburan populasi suatu organisma dengan perubahan pada setiap komponen abiosis.

Menjalankan perbincangan tentang teknik persampelan yang sesuai untuk mengkaji saiz populasi suatu organisma.

Menjalankan kajian lapangan untuk perkara berikut:

(a) Menganggarkan saiz populasi haiwan seperti siput babi dan kutu kayu.

(b) Menyiasat taburan tumbuhan dengan menggunakan teknik persampelan kuadrat.

Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang perhubungan taburan populasi suatu organisma dengan perubahan pada pH, suhu, keamatan cahaya dan kelembapan. Merancangkan dan menjalankan eksperimen untuk mengkaji kesan pH dan keamatan cahaya ke atas kadar pertumbuhan populasi organisma, contoh Lemna.

MENYIASAT HIDUPAN DAN PERHUBUNGAN DENGAN PERSEKITARAN Bidang

Pembelajaran

Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Aras 3

x Membuat hipotesis tentang kesan perubahan setiap komponen abiosis ke atas kadar pertumbuhan populasi suatu organisma.

x Mereka bentuk eksperimen untuk menyiasat kesan perubahan setiap komponen abiosis ke atas kadar

pertumbuhan populasi suatu organisma.

x Mengawal pemboleh ubah dalam penyiasatan kesan perubahan setiap komponen abiosis ke atas kadar

pertumbuhan populasi suatu organisma.

x Membuat kesimpulan tentang

perhubungan kadar pertumbuhan populasi suatu organisma dengan perubahan setiap komponen abiosis.

MENYIASAT HIDUPAN DAN PERHUBUNGAN DENGAN PERSEKITARAN Bidang

Pembelajaran

Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

4. Mensintesiskan konsep biokepelbagaian. Aras 1

x Menerangkan pengertian biokepelbagaian.

x Menerangkan keperluan sistem pengelasan organisma.

x Menyatakan lima alam yang digunakan dalam pengelasan organisma.

x Mengenal pasti ciri utama organisma dalam setiap alam.

x Menyenaraikan contoh organisma bagi setiap alam.

Aras 2

x Membina kekunci dikotomi dengan menggunakan ciri fizikal organisma.

Menjalankan perbincangan tentang perkara berikut:

(a) Pengertian biokepelbagaian.

(b) Keperluan sistem pengelasan organisma. Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang perkara berikut:

(a)Lima alam dalam pengelasan organisma iaitu Prokaryotae, Protista, Fungi, Plantae dan Animalia.

(b) Ciri utama organisma dalam setiap alam. (c) Contoh organisma bagi setiap alam. Menjalankan aktiviti untuk membina kekunci dikotomi untuk pengenalan beberapa spesimen.

Menjalankan perbincangan tentang perkara berikut:

(a) Hierarki pengelasan organisma daripada alam hingga ke spesies.

MENYIASAT HIDUPAN DAN PERHUBUNGAN DENGAN PERSEKITARAN Bidang

Pembelajaran

Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

x Menyatakan hierarki pengelasan organisma.

x Menerangkan kaedah penamaan

organisma dengan menggunakan sistem binomial Linnaeus.

Aras 3

x Menerangkan tentang kepentingan biokepelbagaian.

5. Menganalisis peranan mikoorganisma dalam kehidupan.

Aras 1

x Mengelaskan pelbagai jenis

mikroorganisma berdasarkan ciri sepunya.

x Menyatakan komponen abiosis yang mempengaruhi aktiviti mikroorganisma.

(b) Cara penamaan beberapa contoh haiwan vertebrata dan tumbuhan berbunga tempatan mengikut sistem binomial Linnaeus.

(c) Kepentingan biokepelbagaian secara umum.

Memerhatikan pelbagai jenis mikroorganisma melalui sumber seperti carta, gambar slaid dan foto mikrograf.

Menjalankan aktiviti mengelaskan perkara berikut:

(a) Pelbagai jenis mikroorganisma berdasarkan ciri sepunya kepada kumpulan iaitu protozoa, kulat, alga, bakteria dan virus.

(b) Protozoa, kulat, alga, bakteria dan virus kepada alam dalam pengelasan organisma.

MENYIASAT HIDUPAN DAN PERHUBUNGAN DENGAN PERSEKITARAN Bidang

Pembelajaran

Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

x Menerangkan kesan perubahan setiap komponen abiosis ke atas aktiviti mikroorganisma.

Aras 2

x Menerangkan peranan mikroorganisma yang berfaedah dalam ekosistem.

x Menerangkan kesan mikroorganisma yang berbahaya ke atas hidupan.

x Menerangkan pengertian patogen.

x Mengenal pasti patogen, vektor, dan gejala untuk penyakit tertentu.

x Menerangkan cara jangkitan penyakit.

x Memerihalkan kaedah pengawalan patogen.

Nota:

Perbincangan tentang virus tidak boleh dimasukkan ke dalam mana-mana alam pengelasan organisma hendaklah di adakan.

Menjalankan eksperimen untuk mengkaji kesan suhu, pH, cahaya dan nutrien ke atas aktiviti mikroorganisma seperti Bacillus subtilis atau yis secara kualitatif .

Menjalankan perbincangan tentang peranan mikroorganisma yang berfaedah dalam perkara berikut:

(a) Pereputan. (b) Kitar nitrogen.

(c) Salur alimentari anai-anai. (d) Sistem pencernaan manusia.

Dokumen terkait