100 M L T2 10 30 20 50 100 M P T2 10 0 50 50 200 M L T2 0 10 70 30 200 M P T2 0 50 10 50 400 M L T2 10 0 30 70 400 M P T2 10 80 0 20 Lari 80 M L PRA 10 20 50 30 4 X 100 M L T2 15 10 20 5 4 X 100 M P T2 5 20 15 10 4 X 200 M L T2 10 5 20 15 4 X 200 M P T2 5 20 15 10 4 X 400 M L T2 10 5 15 20 4 X 400 M P T2 15 20 5 10 Lompat Jauh L T2 60 0 50 0 Lompat Jauh P T2 50 50 0 10 Lontar Peluru L T2 50 10 30 10 Lontar Peluru P T2 30 10 50 20 Keseluruhan Mata 300 340 450 410
Kedudukan Mata Mengikut Rumah sukan
Pertama : Rumah Hijau - 450 Mata Kedua : Rumah Kuning - 410 Mata Ketiga : Rumah Biru - 340 Mata Keempat : Rumah Merah - 300 Mata
Refleksi
- Secara keseluruhan Rumah Hijau memperolehi jumlah mata yang terbanyak dan dibobatkan sebagai Johan keseluruhan Terbaik.
- Wakil dari Rumah Hijau iaitu Nik Mohd Sufi Nik Kob juga dicalonkan sebagai Olahrawan terbaik 2012.
KESIMPULAN
Olahraga merupakan teras kepada aktiviti sukan di sekolah yang secara tradisinya akan dianjurkan setiap tahun di sekolah ini. Sebagai acara penting yang 410
menjadi tunjang kepada aktiviti sukan di sekolah, maka sukan olahraga dikelolakan dengan terancang dan sempurna serta pada masa yang sesuai.
Penganjuran Sukan Tahunan di Sekolah ini akan dapat membantu pihak sekolah mengelolakan acara ini dengan baik dan teratur pada masa hadapan kelak. Dokumen ini boleh digunakan sebagai rujukan untuk menganjurkan dan melaksanakan acara sukan seperti penubuhan jawatankuasa dan peranannya, peraturan peralatan, ukuran balapan dan sebagainya.pertandingan, bilangan pegawai teknik, peralatan, ukuran balapan dan sebagainya.
Usaha mendokumentasikan sukan Tahunan Sekolah 2012 ini merupakan satu langkah yang berkesan bagi menyebarkan dan memberikan pemahaman yang jelas kepada semua pihak yang terlibat, khususnya guru dan pegawai sukan untuk sama-sama menggembleng tenaga untuk menjayakan kejohanan olahraga sekolah.
Pihak kami mengharapkan agar kertas tugasan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak yang telibat dalam proses perancangan dan pelaksanaan kejohanan olahraga sekolah. Tugasan ini akan dapat memudahkan pihak sekolah untuk merencanakan dan mengatur aktiviti sukan pada tahun hadapan.
REFLEKSI
Temasya Sukan Sekolah Kebangsaan SK Paloh 3 telah diadakan pada pagi hari Rabu, 22 Mei 2012. Ini adalah temasya sukan sekolah yang terbesar dan yang merupakan 420
temasya sukan pertama yang saya ikuti dan turut menjayakannya sebagaimana yang dirancang. Sepanjang penglibatan saya dalam menjayakan temasya ini, saya dapati ada beberapa kelebihan yang memberi kesan positif samaada kepada warga sekolah atau masyarakat sekeliling. Terdapat juga beberapa kelemahan yang berlaku dan perlu dibaiki untuk program sukan pada tahun-tahun akan datang.
Antara kelebihannya adalah kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru S.K.Paloh 3 terutamanya pihak Guru Besar, Penolong Kanan Kokuikulum, Setiausaha Sukan , Ahli Jawatankuasa Kerja dan Pihak AJK PIBG yang telah bersatu mengembeling tenaga bagi menjayakan sukan pada tahun ini. Persediaan awal seperti perancangan aktiviti, jadual latihan, buku program perancangan jenis acara sukan yang ingin dipertandingkan dan sebagainya membantu melancarkan temasya sukan sekolah.
Meskipun jauh diceruk pedalaman, namun usaha untuk mengadakan temasya ini harus dibanggakan. Idea-idea yang diberikan oleh guru-guru yang mana mengambil kira dari sudut keselamatan murid semasa acara berlangsung adalah satu perkara penting bagi mengelakkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini. Sebagai contoh, kerjasama kakitangan sekolah dalam bermesyuarat membantu guru yang dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan buku program dengan lebih awal dan tidak membebankan dengan perkara-perkara yang remeh sehingga menyukarkan guru berkenaan dalam menyempurnakan buku program tersebut. Kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru, ibu bapa dan pihak pentadbiran sekolah mejadikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar dan dalam suasana yang seronok. Seterusnya menyumbang ke arah perpaduan serta dapat mengikis segala gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan masyarakat seperti diskriminasi, pengasingan dan sebagainya.
Selain itu, sukan tahunan ini juga dapat membentuk perhubungan global yang baik dalam kalangan masyarakat. Hubungan antara guru-guru, murid-murid ibu bapa dan masyarakat setempat menjadi lebih rapat dan mesra. Contohnya semasa mendirikan khemah, ibu bapa turut serta membantu guru-guru mendirikan
khemah rumah sukan. Ibu bapa juga sanggup membawa langsir, bunga manggar dari rumah mereka untuk digunakan bagi menghias khemah-khemah tersebut. Ibu-bapa dan guru-guru tidak keberatan dan tanpa segan silu untuk sama-sama berganding bahu bersatu tenaga sepanjang aktiviti sukan ini berlansung. Jika sebelum sukan diadakan ibu-bapa tidak mengenali guru-guru yang mengajar anak-anak mereka namun setelah mengikuti program sukan ini ibu-bapa lebih mengenali guru-guru dan boleh berbincang tentang pelbagai hal berkaitan perkembangan anak-anak mereka di sekolah dan masalah pembelajaran boleh diselesaikan bersama-sama. Ikatan silaturahim antara warga S.K.Paloh 3 dan pihak ibu-bapa ini amat penting untuk kemajuan dan peningkatan tahap kecemerlangan murid dan secara tidak langsung ia juga memberikan kejayaan kepada tahap prestasi pencapaian sekolah.
Melalui temasya sukan ini juga telah dapat membantu guru untuk mengenalpasti murid yang berpotensi dalam acara sukan dan membantu murid berkenaan untuk melangkah keperingkat yang lebih jauh, samada peringkat daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa. Jadi, dengan adanya sukan tahunan ini, ia dapat membantu murid untuk bersaing dengan rakan-rakan yang lain pada peringkat yang lebih tinggi lagi dan dapat menonjolkan kehebatan mereka serta dalam masa yang sama kehebatan dan kejayaan yang dicapai oleh murid ini akan menaikkan dan mengharumkan nama sekolah.
Disamping itu melalui aktiviti sukan, kemenangan dan kegagalan dapat diletakkan pada perspektif yang betul. Idelogi sosial aktiviti sukan ialah pembinaan sahsiah dan pembaikan keseimbangan emosi. Melalui sukan, kita dapat mempelajari apa itu menang dan kalah. Oleh itu, sikap bertolak ansur dapat dilahirkan. Keperibadian yang unggul juga dapat dilahirkan kerana sukan boleh menghasilkan semangat yang positif dan ingin berjaya serta perjuangan yang kuat.
Selain itu, kegiatan sukan juga boleh membentuk tingkah laku disiplin dalam kalangan individu terutamanya kepada murid-murid itu sendiri agar mereka dapat mengaplikasikannya dalam sesi pembelajaran di sekolah. Ini adalah kerana setiap permainan mempunyai peraturan tersendiri yang harus dipatuhi oleh setiap 440
peserta yang terlibat. Demikian juga di sekolah mempunyai peraturan-peraturan yang perlu diikuti sepanjang bergelar sebagai seorang murid ataupun guru.
Tambahan pula, dengan adanya sukan ini ia dapat membantu mengurangkan tekanan. Seperti yang diketahui, jumlah orang yang menghadapi tekanan semakin meningkat. Jadi, melalui aktiviti sukan ini membolehkan seseorang memperoleh tidur yang lebih lena. Seseorang akan bersemangat sekiranya dapat tidur dengan baik. Pemikiran akan menjadi tenang dan segar sekiranya dapat tidur dengan lena. Sekiranya masyarakat terutamanya murid melibatkan diri dalam aktiviti sukan, mereka dapat menggunakan masa lapang mereka dengan bermanfaat. Mereka tidak akan menghabiskan berjam-jam untuk menonton program TV, bermain permainan komputer dan bergosip melalui telefon dengan rakan-rakan mereka. Sebaliknya, sekiranya mereka menjalankan aktiviti sukan, mereka akan menghabiskan masa dengan lebih bermanfaat Badan yang sihat membawa kepada fikiran yang sihat. Sukan juga boleh mengelakkan remaja daripada melepak di kompleks membeli-belah tanpa tujuan.
Walaubagaimanapun, setiap majlis atau aktiviti yang berlangsung pasti mempunyai kelemahan-kelemahan tersendiri. Kekurangan kakitangan sekolah adalah antara kelemahan sekolah ini untuk mengadakan sesuatu majlis. Tenaga pengajar dan kakitangan pentadbiran yang terhad menyukarkan pihak sekolah mengelola sesuatu aktiviti sehingga terpaksa meminta bantuan daripada pihak luar terutamanya golongan masyarakat Kampung Paloh 3 bagi menjayakan sambutan hari sukan ini. Kekurangan kakitangan sekolah ini juga ditambah pula dengan sikap sesetengah ahli jawatankuasa yang dilantik tidak menjalankan tugas mereka dengan sebaiknya. Tindakan mereka seolah-olah tidak tahu langsung peranan dan tugas yang diamanahkan kepada mereka walhal perkara ini telah diingatkan oleh pihak pentadbir berkali-kali semasa sesi mesyuarat sukan.
Contohnya Ahli Jawatankuasa Peralatan dan Siaraya telah tidak menjalankan tugas mereka pada awal-awal majlis lagi dimana semasa semua jemputan dan peserta yang terlibat menyanyikan lagu Negaraku dan semasa perarakan lalu lintas, mereka tidak meyediakan muzik iringan lagu tersebut. Mujurlah, keadaan dapat diatasi dengan 450
menggunakan telefon tangan daripada pihak pentadbir sekolah. Cadangan saya, semoga pihak yang dipertanggungjawabkan perlulah menyediakan lebih awal peralatan tersebut tanpa berharap orang lain yang menyediakannya.
Kekurangan alatan sukan, memaksa pihak sekolah untuk meminjam alatan-alatan sukan daripada sekolah-sekolah yang berhampiran. Contohnya alatan untuk acara lontar peluru, pembesar suara, alatan khemah dan alatan-alatan sukan yang lain. Kerosakan alatan rosak yang mana memerlukan penggantian semula dengan alatan yang baru. Jadi, hal ini melibatkan kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak sekolah. Selain itu, kelemahan lain ialah banyak aktiviti sukan yang tidak dapat diselesaikan dengan sepenuhnya kerana aktiviti telah banyak dan kekurangan ahli jawatankuasa untuk mengendalikannya secara teratur dan sistematik. Sebagai contoh acara rakit darat tidak diselesaikan dengan baik dan sepatutnya. Jadi, berlaku lebihan hadiah yang tidak dapat diagihkan kepada pemenang kerana acara tersebut tidak sempat dimulakan bermakna tiada pemenang untuk acara tersebut . Cadangan saya, dimasa akan datang pihak pengurusan perlu merancang masa dan sumber manusia yang lebih efektif bagi menjayakan sesuatu aktiviti.
Terdapat beberapa cadangan lain untuk majlis sukan yang akan datang. Dari segi kekurangan guru, pihak sekolah perlu menambah ahli jawatnkuasa kerja sukan, dengan penambahan ini bukan sahaja masalah aktiviti dapat diselesaikan, malah masa dapat dijimatkan.
Bagi masalah kekurangan dan kerosakan peralatan sukan, pihak sekolah perlu memastikan peralatan mencukupi dan sentiasa dalam keadaan baik sebelum sesuatu aktiviti berlangsung, ini membantu masalah yang mungkin timbul apabila hari berkenaan. Pembesar suara dan alatan khemah sepatutnya dimiliki oleh setiap sekolah, namun sekolah ini masih lagi meminjam daripada pihak lain. Kekurangan ini perlu diatasi dengan pembelian segera oleh pihak pentadbir kerana ia sangat penting apabila sekolah ingin mengelola sesuatu majlis. Walaupun sekolah ini adalah tergolong dalam kategori sekolah pedalaman namun peralatan tersebut menjadi suatu kemestian 460
yang perlu dimiliki oleh sesebuah sekolah biarpun dibandar mahupun di luar bandar dan pedalaman begini.
Kelemahan dari segi kekangan masa untuk menyiapkan semua aktiviti yang telah dirancang adalah dengan mencadangkan majlis sukan untuk tahun-tahun yang akan datang dilaksanakan lebih panjang. Disamping itu, pihak pengurusan sekolah yang terlibat perlu meletakkan ahli jawatankuasa pada kerja-kerja yang sesuai dan boleh dilakukan oleh mereka dengan baik. Ahli jawantankuasa yang dilantik juga perlu bersedia dan sedar tugas masing-masing yang perlu dilaksanakan agar semua yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Sungguhpun begitu, sepanjang saya di tempatkan di sekolah ini, temasya sukan kali pertama ini cukup membantu saya dalam mengendalikan sesuatu acara dan mengadilinya mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Pengalaman ini cukup bermakna untuk saya gunakan untuk masa-masa akan datang.
4.Bukti/Dokumentasi
Kejohanan Sukan
Perarakan Masuk Kontigen kejohanan
Majlis Perasmian
KUNING
BIRU
VIDEO SUKAN TAHUNAN