• Tidak ada hasil yang ditemukan

1.8 Metodologi Kajian

1.8.2 Metod Analisis Data

1.8.1 Metod Pengumpulan Data

Di antara metod pengumpulan data ialah Kajian Kepustakaan. Asas penyelidikan ini adalah

kajian yang melibatkan penyediaan maklumat atau data bagi semua bab dalam tesis ini.

Metod ini merujuk kepada penggunaan bahan kajian yang terdapat dalam perpustakaan yang berbentuk tesis, disertasi, kajian ilmiah dan jurnal terpilih, metod ini juga digunakan pengkaji untuk membentuk kerangka kajian dengan merujuk kepada kajian lepas yang berkaitan topik kajian ini. Penggunaan metodologi yang betul dan tepat adalah sangat penting supaya memperolehi data yang benar serta dapat memperoses semua data dengan mudah. Data diambil berdasarkan kepada sumber-sumber dalam Bahasa Arab dan Bahasa Melayu. Pengumpulan data dilakukan dengan mengumpulkan data maklumat arahan Nabi s.a.w yang diperoleh melalui Buku Rujukan Carian Hadith, dalam kitab-kitab berkaitan serta jadual-jadual yang dapat membantu dalam kajian ini sama ada melalui bahan-bahan bercetak seperti buku-buku di perpustakaan dan sumber internet. Selain kepustakaan, boleh dapat secara temu bual tokoh-tokoh agamawan, atau melalui tinjauan dan pemerhatian.

1.8.2 Metod Analisis Data

Metod Analisis Data adalah satu usaha yang dilakukan dengan cara mengumpulkan data

dan menafsirkan terhadap data yang terkumpul itu.18 Setelah selesai melakukan

pengumpulan data dan fakta melalui salah satu daripada dua metod di atas, data-data dan maklumat yang diperoleh akan ditafsirkan pula melalui dua metod di bawah bagi menghasilkan tesis yang sempurna.

18

Abd Halim Mat Dah(1986) Falsafah Pendidikan Islam di Institusi Pengajian Islam di Malaysia (Desertasi Phd di IAIN, Sunan Kalijogo,Yogyakarta),hlm 111

14

1.8.2(a)Metod Induktif

Kaedah induktif adalah satu proses membuat kesimpulan daripada maklumat yang bersifat

khusus kepada umum.19 Kaedah analisis seumpama ini telah dijalankan terhadap data-data

yang dikumpulkan berkaitan dengan satu lafaz yang terdapat hadi>th, kemudian ditentukan cariannya daripada segi bahasa Arab, Usu>l fikah, Status hadith tersebut dan hukum fikah terhadap hadi>th. Metod penyelidikan adalah dengan menggunakan sekumpulan maklumat yang telah dikumpulkan dan cari hubungan dengan data lain yang ada. Hadi>th-hadi>th yang diperolehi semuanya akan disemak ketepatannya dan diambil yang berkenaan dengan proses pengkajian. Kesimpulan yang dibuat ini dapat memberikan idea dan penemuan baru secara lebih menyeluruh atau menjelaskan lagi objektif kajian.

1.8.2(b)Metod Deduktif

Kaedah deduktif adalah satu kajian yang merupakan satu proses membuat kesimpulan

daripada keadaan yang berbentuk umum kepada khusus.20 Pendekatan ini adalah

bertentangan dengan metod induktif di atas iaitu mengeluarkan kesimpulan daripada penemuan secara lebih jelas. Semua hadi>th diterima sehingga dibuktikan kajian pakar dan

fakta bahawa tidak boleh diterima.21 Metod induktif memberikan idea manakala metod

deduktif pula menguji idea tersebut sama ada untuk diterima atau ditolak secara sebahagian atau keseluruhannya. Sebagai contoh ialah, selepas menganalisis dan menyelidik lafaz-lafaz amar dan nahi, maka penulis akan membuat kesimpulan terhadap hadi>th tersebut dengan memberi ulasan kepada hadi>th tersebut. Ini merupakan antara kaedah deduktif yang digunakan oleh penulis. Metode ini akan digunakan secara meluas dalam bab 4 ketika menghurai dan menganalisis serta membuat kesimpulan hadi>th ini.

19 Sidek Mohd Noah, Reka Bentuk penyelidikan falsafah teori dan praktis, penerbitan Universiti Putra Malaysia ,sedang, 2002, hlm 5-6.

20

Ibid-hlm 5

15

1.8.2(c)Metod Usu>l Fikah

Usu>l fikah merupakan ilmu yang menerangkan mengenai kaedah-kaedah dasar dan rumusan daripada dalil secara ijma>l yang dapat membantu para mujtahid dalam menggali hukum fikah. Adapun ilmu fikah itu sendiri bermaksud pengetahuan tentang hukum-hukum yang berkaitan perbuatan manusia yang diambil daripada dalil-dalil secara

terperinci.22 Ini bermaksud bahawa ilmu Usu>l fikah berfokus landasan kajian bersifat

global secara metodologi dan ilmu fikah bersifat praktikal. Metod ilmu Usu>l fikah

mengandungi tiga landasan iaitu landasan al-Mutakalimin,23 landasan al-Hanafiyyah24 dan

landasan yang menggabungkan al-Mutakalimin dan Hanafiyyah.25 Manakala Metod Usu>l

fikah dalam penetapan hukum pula melalui kaedah teori pengambilan makna teks

mengikut kenyataan nas yang haqi>qi>, s}ori>h, za>hir, secara isyarat, dalalah atau menurut

tuntutan. Dengan itu teks pendalilan menunjukkan makna melalui beberapa cara pemahaman nas teks tersebut yang dinamakan sebagai kaedah „pendalilan lafaz dan nas‟. Kaedah kedua pula adalah melalui pemahaman nas kandungan teks tersebut yang membawa makna secara tersurat dan tersirat yang dinamakan dengan „kaedah mant}u>q dan mafhu>m’.

Kaedah ini diaplikasikan dengan membawa lafaz amar atau nahi di dalam hadi>th, kemudian melihat kedudukan lafaz tersebut daripada segi pendalilannya iaitu pendalilan lafaz kepada makna, penggunaan lafaz kepada makna dan kejelasan lafaz kepada makna.

Seterusnya menilai kedudukan lafaz daripada segi nas kepada nas berdasarkan ‘iba>rat,

isya>rat dali>l atau tahqi>q. Manakala kedudukan pada sudut kaedah pula, kefahaman lafaz secara bacaan tersurat (mant}u>q) dan bacaan tersirat (mafhu>m). Contohnya sabda Nabi

22 Wahbah Zuhayli, Usul fiqh al-Islami, Dar al-Fikr, 1996, jld1, hlm 18,19.

23 Penulisan ilmu Usu>l berdasarkan analisa dan rumusan teori tanpa melihat titik persamaan atau perbezaan para Ulama terhadap masalah furu>‘ dan fanatik Mazhab.

24 Metod ini berdasarkan penulisan pengikut imam Hanafi dengan rumusan hasil ijtihad imam Hanafi. 25

Metod ini berdasarkan rumusan antara metod al-Mutakallimin dan Hanafiyyah tanpa berlaku taasub kepada Mazhab

16

s.a.w: ْلَعْفَػيْلَػف ُهَتَّرُغ َليِطُي ْنَأ ْمُكْنِم َعاَطَتْسِا ْنَمَف, bermaksud ‚Maka barang siapa yang mampu

memanjangkan kilauannya maka lakukanlah‛. Lafaz bergaris tersebut merupakan lafaz

amar daripada segi pendalilan lafaz secara kha>s}, penggunaan lafaz secara haqi>qi dan

kejelasan lafaz secara za>hir dan nas. Kaedah pendalilan dilakukan secara gambaran nas

berdasarkan isya>rat. Pendalilan lafaz ini secara tersurat (mant}u>q) menunjukkan arahan

menyempurnakan basuhan wuduk. Manakala pendalilan lafaz secara tersirat (mafhu>m) menunjukkan syarat kebersihan dalam kesempurnaan hadas kecil dan hadas besar.

1.8.2(d) Metod Tahkri>j Hadith

Kepentingan takhri>j hadith ada hubungkaitnya dengan kepentingan hadi>th itu sendiri

yang berfungsi sebagai sumber syariat Islam yang kedua selepas al-Qur’an. Sebagaimana pentingnya hadi>th sebagai sumber maklumat syarak, maka begitulah juga penting ilmu takhri>j hadi>th. Takhri>j hadith yang berfungsi antara lainnya sebagai agen pengawal

sesuatu hadith daripada terdedah kepada unsur-unsur maudu>‘ dan d}a‘i>f. Ini bermakna

dengan adanya ilmu ini, keyakinan umat Islam terhadap nilai kebolehpercayaan kepada hadi>th sebagai sumber syariat akan sentiasa teguh dan bertambah. Aplikasi metod

takhri>j hadith26 melalui beberapa langkah iaitu melalui takhri>j lafaz pertama daripada

matan hadi>th dengan melihat huruf pertama pada kitab-kitab takhri>j yang disusun,

melalui lafaz-lafaz yang terkandung dalam matan hadith sama ada berada di awal, tengah ataupun hujung hadi>th tersebut, melalui perawi hadith yang pertama sama ada di

kalangan para Sahabat apabila hadi>thnya muttas}il sampai kepada Nabi s.a.w ataupun

26Al-Sakha>wi> menta‘ri>fkan Takhri>j h}adi>th sebagai : , اهونحو بتكلاو تاخيشلماو ءازجلأا نوطب نم ثيداحلأا ثدلمحا جارخإ ,كلذ ونح وأ هنارقأ وا هخويش ضعب وا هسفن تياور نم اهقايسو

نيواودلاو بتكلا باحصأ نم اهوزعو اهيلع ملاكلاو Maksud :Seorang

muh}adi>th mengeluarkan h}adi>th-h}adi>th daripada lembaran-lembaran h}adith, daripada tulisan yang dihasilkan daripada setiap orang guru, daripada kitab-kitab h}adi>th berkaitan dan lain-lain. Gaya bahasanya daripada riwayat-riwayat sendiri atau daripada setengah gurunya atau s}ah}a>bat di sekelilingnya atau seumpamanya

dan ulasan terhadapnya dan nisbahnya daripada pengarang kitab-kitab dan catatannya.Muh}ammad ibn Abd

17

tabi‘en secara mursal dan Melalui tajuk hadith yang terdapat dalam kitab-kitab hadith

yang ada.27

Kaedah ini diaplikasikan dalam kajian ini melalui carian status kedudukan sesebuah

hadith secara umum bukanlah semata-mata berdasarkan lafaz amar dan nahi secara

khusus. Ini kerana lafaz amar dan nahi menjadi d}a‘i>f untuk penetapan hukum apabila

status hadith itu dalam keadaan d}a‘if dan lemah daripada segi periwayatan, bahkan

menjadi kukuh dengan kukuh periwayatan hadi>th tersebut. Contohnya sabda Nabi s.a.w: ُهَتَّرُغ َليِطُي ْنَأ ْمُكْنِم َعاَطَتْسِا ْنَمَف

ْلَعْفَػيْلَػف , bermaksud ‚ Maka barang siapa yang mampu memanjangkan

kilauannya maka lakukanlah‛. hadith ini adalah hadi>th bertaraf s}ahi>h kerana diambil

daripada S}ahi>h al-Jami’ al-Bukhari> dan S}ahi>h Muslim.

18

BAB 2

Dokumen terkait