1.10 METODOLOGI PENYELIDIKAN
1.10.3 METODE PENGUMPULAN DATA
Metode pengumpulan data yang dibuat untuk mendapatkan data kajian adalah melalui kaedah berikut :
1.10.3.1 Soal Selidik
Soal selidik ialah satu senarai berbentuk soalan-soalan bertulis.14 Metode soal selidik adalah penting untuk mendapatkan maklumat dari responden. Pengkaji memperuntukkan 400 set borang soal selidik untuk diberikan kepada pelajar bagi setiap bidang kajian. Responden adalah terdiri dari pelajar tingkatan satu sebanyak 100 borang, tingkatan dua sebanyak 100 borang dan tingkatan empat sebanyak 200 borang. Pengkaji mengedarkan 200 borang kaji selidik kepada pelajar tingkatan empat kerana melihat terdapat banyak kes-kes masalah di sekolah dari kalangan pelajar tingkatan empat. Akan tetapi borang yang dikembalikan dari pihak responden untuk dijadikan bahan kajian hanya sebanyak 211 borang sahaja. Metode ini digunakan untuk melengkapkan bab 4 penulisan pengkaji.
14 Samaruddin Rejab dan Nazri Abdullah (1993), Panduan Menulis Tesis, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 31
Soal selidik yang digunakan adalah bagi memudahkan pengkaji untuk mendapatkan data daripada responden. Kajian ini juga dijalankan sebagai penyelidikan bersifat kerja lapangan. Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat adakah terdapat pengaruh budaya hedonisme di kalangan pelajar-pelajar Islam tingkatan satu, dua dan empat.
Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada 38 item yang dibahagi daripada tiga bahagian. Bahagian pertama ialah latar belakang responden yang mengandungai soalan yang berkaitan latar belakang responden terdiri dari 8 item iaitu jantina, tingkatan, tempat tinggal, pekerjaan ibu dan bapa, pendapatan ibu dan bapa dan hubungan dengan keluarga.
Bahagian kedua berkaitan kefahaman pelajar tentang budaya hedonisme yang terdiri dari 13 item. Pengukuran adalah mengikut Skala Likert tiga mata iaitu setuju, sederhana setuju dan tidak setuju.
Bahagian ketiga adalah berkaitan bentuk budaya hedonisme di kalangan pelajar yang terdiri dari 25 item seperti yang ditunjukkan pada jadual di bawah. Pengukuran adalah mengikut Skala Likert empat mata iaitu tidak pernah, kadang-kadang, pernah dan selalu.
Jadual 1 : Bilangan item dalam bentuk-bentuk budaya hedonisme
Perkara Bilangan item
Hiburan 6
Melepak 4
Merokok 4
Video game 4
Salah laku seksual 7
Dibahagian akhir borang kajian, pengkaji memberi ruang kepada responden untuk menyatakan pendapat mereka berkaitan budaya hedonisme di kalangan pelajar.
1.10.3.2 Temu Bual
Metode ini digunakan untuk mendapatkan keterangan atau pendirian secara lisan dari seorang responden dengan cara bercakap-cakap secara berhadapan muka dengan orang itu.15 Ia dilakukan untuk mendapatkan keterangan dan maklumat secara persendirian dari pelajar-pelajar dan guru-guru tertentu di SMK Tengku Idris Shah bagi menambahkan data dan fakta yang tidak terdapat dimana-mana laporan. Dalam kajian ini hanya beberapa orang guru dan murid yang terlibat iaitu guru dari unit kaunseling, panitia agama dan unit disiplin. Metode temubual ini akan membantu pengkaji mendapatkan data-data :
i. Maklumat mengenai pemahaman responden terhadap hedonisme. ii. Maklumat yang jelas mengenai pengamalan responden tentang
hedonisme.
iii. Maklumat lanjut mengenai permasalahan yang mereka hadapi dalam mengamalkan budaya hedonisme.
Temu bual dilakukan secara semi struktur dimana pengkaji bertanyakan soalan berdasarkan protokol temu-bual yang disediakan oleh pengkaji. Di antara soalan dalam protokol temubual dalam kajian ini adalah seperti berikut
a. Soalan Pembukaan.
1. Bilakah sekolah ini ditubuhkan?
2. Berapa ramai bilangan pelajar di sekolah ini? 3. Berapa ramai bilangan guru di sekolah ini ?
4. Berapakah nisbah bilangan pelajar Islam dan bukan Islam? b. Soalan Kunci.
1. Seperti yang kita maklum budaya luar seperti hedonisme telah banyak mempengaruhi pelajar-pelajar sekolah yang masih berusia remaja. Apakah bentuk perlakuan budaya hedonisme yang dilakukan oleh pelajar Islam di sekolah ini?
2. Bagaimana tahap kebimbangan pihak sekolah terhadap budaya ini khususnya yang menyentuh masalah perhubungan antara pelajar lelaki dan perempuan?
3. Mengikut pantauan pihak sekolah, Apakah kesan yang berlaku kepada pelajar yang terjebak dengan budaya hedonisme ?
4. Apakah langkah-langkah terbaik yang dilakukan oleh pihak sekolah untuk mengatasi masalah pengaruh pelajar terhadap budaya hedonisme ini ?
c. Soalan Penutup
1. Sebagai penutup apakah nasihat-nasihat yang boleh disampaikah oleh pihak pentadbir kepada pelajar-pelajar sekolah ini ?
2. Adakah komen-komen lain yang ingin disampaikan oleh cikgu? Diakhiri dengan ucapan terima kasih dan kata-kata penghargaan.
1.10.3.3 Pemerhatian
Metode pemerhatian ialah pengamatan dan penelitian yang dibuat oleh pengkaji. Pengkaji menggunakan metode ini dengan memerhati dan melakukan pengamatan secara langsung terhadap bahan-bahan yang ada hubungan dengan subjek penyelidikan sama ada di tempat-tempat yang melibatkan responden terlibat dengan budaya hedonisme di dalam atau di luar sekolah.
1.10.3.4 Dokumentasi
Dokumentasi ialah bahan-bahan bertulis yang dapat memberikan berbagai-bagai keterangan dan penjelasan kepada sesuatu penyelidikan. Dokumen yang digunakan adalah dokumen pelbagai buku rujukan kajian yang berkaitan dengan budaya hedonisme, pandangan Islam mengenai hedonisme melalui al-Quran, hadis dan pandangan dari beberapa pandangan ulamak. Dokumentasi kajian juga mengaitkan hubungan berkaitan persoalan kajian untuk mendapatkan maklumat
secara terperinci tentang sekolah. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan dokumen berbentuk majalah sekolah, fail yang diperolehi daripada unit kaunseling sekolah, panitia agama dan disiplin. Semua dokumen ini diperolehi dengan keizinan dari pihak sekolah.
Majalah sekolah memberi maklumat tentang sejarah dan perkembangan sekolah, aktiviti dan persatuan sekolah serta pencapaian prestasi sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum diperingkat daerah dan kebangsaan.
Fail yang diperolehi dari pihak unit kaunseling adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan program-program motivasi dan kecemerlangan pelajar. Manakala fail dari panitia agama dan disiplin untuk mendapatkan maklumat berkaitan salahlaku murid dan program-program agama berbentuk kerohanian dan pembentukan jiwa manusia.