• Tidak ada hasil yang ditemukan

MINNGU KELAPAN

Dalam dokumen Laporan Latihan Amali Dan Industri (Halaman 33-40)

ISNIN 26 JUN 2006

• Bacaan doa yang dibaca oleh Haji Omar Bin Abu Bakar Ketua Unit Teknikal. • Menyerahkan borang pemarkahan praktikal kepada penyelia praktikal Encik

Ibrahim bin Ahmad.

• Menyediakan teks ucapan wakil pelajar praktikal bagi disampaikan pada Majlis Perpisahan Pelajar Praktikal.

• Membantu kakitangan Pejabat Daerah menyelesaikan urusan mereka. SELASA 27 JUN 2006-06-29

• Bacaan doa di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat yang dibaca oleh Encik Mohamad Ketua Unit Pembangunan Sumber Manusia.

• Menghadiri Majlis Perpisahan pelajar-pelajar praktikal seramai 8 pelajar di Bilik Gerakan. Dalam majlis ini saya telah ditugaskan oleh kawan-kawan praktikal saya bagi menyampaikan ucapan wakil pelajar-pelajar praktikal. Majlis telah diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Hamsan bin Saringat Pegawai Daerah.

• Menyiapkan laporan Latihan Amali / Industri. RABU 28 JUN 2006

• Mengahadiri Mesyuarat Bulan Citarasa Malaysia Peringkat Kebangsaan di bangunan rasmi Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor. Program ini akan diadakan pada 30 Jun – 2 Julai 2006 di Dangan Bay yang akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

• Pergi ke Yayasan Warisan Johor (YWJ) di Johor Bahru.

• Melawat tapak pameran Daerah Batu Pahat di Danga Bay Johor Bahru.

• Memphotostat Pelan Tapak Gerai Majlis Pelancongan Bulan Cita Rasa Malaysia Danga Bay, Johor Bahru, Johor serta senarai nama dan nombor gerai / khemah peserta-peserta pameran dan jualan bagi Bulan Citarasa Malaysia dan pamplet Bulan Citarasa Malaysia.

KHAMIS 29 JUN 2006

• Membaca doa pagi yang diarahkan oleh Encik Mahdzar • Menyiapkan Laporan Amali / Industri.

• Bertugas sebagai wakil Pejabat Daerah Batu Pahat di Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu anjuran bersama Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri Dan Pejabat Daerah Batu Pahat bertempat di Pasar Tani FAMA, Jalan Omar, Batu Pahat, Johor. Saya telah diarahkan oleh Encik Ibrahim Bin Ahmad PPT bagi menerima aduan yang diluahkan oleh orang awam yang datang ke kaunter Pejabat Daerah.

• Menyiapakan Laporan Latihan Amali / Industri.

• Diarahkan oleh Encik Ibrahim bagi menetukan pelajar praktikal yang dipilih untuk mengikuti lawatan ke tapak pameran Pejabat Daerah di Danga Bay, Johor Bahru.

JUMAAT 30 JUN 2006

• Program membudayakan al-Quran dan terjemahannya serta bacaan doa pagi di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat.

• Menghadiri mesyuarat Program Kembara Mahkota yang akan diadakan pada 14 September 2006 sehingga 17 September 2006.

• Mewakili Pejabat Daerah Batu Pahat bertugas di tapak pameran gerai Daerah Batu Pahat di Teluk Danga bersempena Bulan Cita Rasa Malaysia dari 30. Jun 2006 sehingga 2 Julai 2006.

SABTU 1 JULAI 2006

• Cuti Umum bagi sektor swasta. TUGASAN LUAR BIASA

• Menyertai mesyuarat Majlis Tindakan Pelancongan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Hmasan Bin Saringat, Pegawai Daerah Batu Pahat.

• Menyertai mesyuarat Kempen Keselamatan Jalanraya Inisiatif Penggunaan Tali Pinggang Kaledar Belakang Kenderaan Peringkat Negeri Johor kali pertama pada jam 11.00 pg. Majlis akan diadakan di ruang legar kompleks Summit, Jalan Bakau Chondong, Batu Pahat pada 26 Mei 2006 (Jumaat), jam 3.30 ptg yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Baderi bin Dasuki, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerja Raya merangkap Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Johor.

• Menyertai mesyuarat program Johore Extreme Challenge Unit-unit Beruniform Agensi Bukan Kerajaan yang akan diadakan di Kem Jubli Intan Tanjung Labuh, Batu Pahat pada 6 Jun 2006 (Selasa). Program ini akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Abd Ghani Bin Othman, Menteri Besar Johor dan akan dirasmikan penutupnya oleh Yang Berhormat Datuk Azalina Binti Dato’ Othman Said. Mesyuarat ini diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat.

• Membuat penulisan Skim Pembangunan Keluarga Termiskin / Program Pembanguanan Rakyat Termiskin (SPKR / PPRT), Pengurusan bencana alam, Tabung Perayaan dan Keagamaan dan Pengurusan Projek-projek Kecil Luar Bandar dengan mencari maklumat dan menyenaraikan maklumat berkenaan dalam bentuk power point untuk dibentangkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Yang Berhormat Datin Paduka Norsiah di bilik executif Kerajaan Negeri Johor pada 16 Mei 2006 (Selasa) dan menyenaraikannya dalam bentuk microsoftword.

• Walaupun cuti umum kami di tugaskan untuk membantu kakitangan Pejabat Daerah Batu Pahat bagi menyiapkan Modul Prosedur Kerja bencana alam, SPKR / PPRT dan Pembangunan Projek-projek Luar Bandar PIA / PIAS. • Mengikut kakitangan Pejabat Daerah ke Kampung Parit Tengah sempena

lawatan Menteri Besar Johor Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman bagi menyempurnakan Majlis Anugerah Desa Cemerlang (ADC) peringkat Negeri Johor dari pagi hingga ke petang. Dalam Majlis ini saya telah ditugaskan menyambut tetamu yang datang dan ketibaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor serta mengedarkan risalah atau pamplet kepada tetamu yang hadir.

• Menyertai Majlis Taklimat PDBP (Pejabat Daerah Batu Pahat) yang disampaikan oleh Tuan Haji Mahadon bin Marnin Ketua Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat bersama pelatih dan jurulatih PLKN Kem Sembrong serta taklimat daripada Jabatan Pertanian di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat. Saya telah ditugaskan menjadi juru acara majlis dan menguruskan peralatan teknikal seperti pemasangan lap top, skrin layar dan lain-lain lagi.

• Menyertai Mesyuarat Kempen Keselamatan Jalanraya peringkat Negeri Johor kali ke-2 di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat.

• Menyertai Lawatan Sultanah Johor sempena Majlis Penerimaan Ahli Baru MAWAR (Majlis Wanita Negeri Johor) yang diadakan di Dewan Orang Ramai Yong Peng. Saya telah diarahkan oleh Penolong Pegawai Tadbir untuk menyambut Tuanku Sultanah Johor di istana singgahan kampung istana Batu

Pahat bagi memberi peluang kepada Tuanku Sultanah beristirehat sebelum meneruskan perjalanannya ke Dewan Serbaguna Yong Peng.

• Mengedit modul prosedur kerja yang bertajuk proses perlaksanaan, pemantauan dan pengesahan projek (PK-PDBP[P]-06).

• Menghadiri mesyuarat Pertandingan Ghazal dan Keroncong yang akan diadakan pada 18 Jun 2006 di Dewan Jubli Intan Batu Pahat.

• Melakukan kerja-kerja staf unit pembangunan dan pentadbiran.

• Menyertai Majlis Sambutan Hari Guru peringkat Negeri Johor di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Batu Pahat. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Abd Ghani Bin Othman, Menteri Besar Johor. Dalam Majlis ini saya telah ditugaskan oleh penyelia untuk menyambut tetamu yang datang ke majlis tersebut.

• Menghadiri mesyuarat Johore Extreme Challenges Persatuan Pengakap yang akan diadakan di kem pengakap Tanjung Laboh. Dalam mesyuarat ini saya telah ditugaskan menyiarkan slide show kepada hadirin di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat.

• Selang beberapa jam saya diarahkan oleh penyelia untuk menghadiri mesyuarat Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Daerah Batu Pahat. Tugas yang sama dipertanggungjawabkan kepada saya.

• Menyertai Majlis Kempen Keselamatan Jalanraya peringkat Negeri Johor di Summit Parade Batu Pahat. Pada kali ini saya telah ditugaskan oleh penyelia untuk menyambut ketibaan tetamu dan dif-dif terhormat serta mengedarkan risalah atau pamplet yang berkaitan keselamatan jalan raya.

• Menghadiri mesyuarat Hari Kebangsaan ke-49 peringkat Daerah Batu Pahat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat.

• Menyertai mesyuarat program “Johore Extreme Challenge Unit Beruniform” agensi bukan kerajaan yang akan diadakan pada 6 Jun 2006 di Tanjung Labuh, Batu Pahat.

• Mengikuti Perhimpunan Bulanan Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah Daerah Batu Pahat bagi mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Batu Pahat, Yang Berhormat Dato’ Hamsan bin Saringat.

• Senamrobik (J-Robik) setiap awal bulan bersama Tuan Pegawai Pejabat Daerah Batu Pahat dan kakitangan pejabat

• Pada jam 8.00 mlm kami diarahkan untuk pergi ke Majlis penutupan Kem Perkemahan “Johore Extreme Challenge Unit Beruniform yang diadakan di Tanjung Labuh, Batu Pahat. Dalam majlis ini kami ditugaskan untuk serve jamuan VVIP yang mana majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Azalina binti Dato’ Othman Said dan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan Daerah Batu Pahat.

• Berjumpa dengan Yang Berhormat Syed Hood bin Syed Edros al-Haj, Ahli Parlimen Parit Sulong di pejabatnya.

• Membuat pengiraan waran peruntukan tahunan Pembangunan Infrastruktur Awam (PIA / PIAS) bagi tahun 2005 mengikut dun, jenis projek samada peruntukan tersebut daripada Pejabat Menteri Besar Negeri Johor atau dari Kerajaan Persekutuan.

• Mendengar taklimat projek PIA / PIAS 2006 oleh Dato’ Hajah Kamesah, Penasihat Kewangan Putrajaya yang dihadiri oleh Yang Berhormat Dato’ Hamsan bin Sarigat, Tuan Haji Mahadon bin Marnin, Ketua Pen. P

• Saya telah diarahkan untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Istiadat Hari Kebangsaan ke 49 Peringkat Daerah Batu Pahat 31 Ogos 2006 di Bilik Gerakan Pejabat Daerah.

• Menghadiri mesyuarat bersama ketua-ketua kampung kawasan Pekan Parit Sulong yang dipengerusikan Encik Mustapha Penghulu Kawasan Sri Medan bagi menerangkan Program Operasi Khidmat Masyarakat yang akan diadakan di Parit Sulong Batu Pahat pada 18 Ogos 2006 sehingga 20 Ogos 2006.

• Saya telah diarahkan Encik Mahdzar membantu Tuan Haji Mahadon bin Marnin Ketua Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat bagi mengedit Modul Proedur Kerja di biliknya.

• Mengikuti Encik Mohd Faizul Bin Othman Juruteknik N17 pergi melawati tapak projek pembaikan surau parit Jambul Parit Raja. Dalam perkara saya diarahkan untuk memperhatikan cara juruteknik memeriksa tempat projek serta anggaran kewangan yang sesuai diperuntukan bagi projek tersebut.

• Membuat Manual Prosedur Kerja Pengurusan Projek-Projek Kecil Luar Bandar yang diarahkan oleh Encik Mahdzar Ketua Unit Pembangunan Pejabat Daerah, Tabung Perayaan dan Keagamaan atas arahan Encik Ibrahim Bin Ahmad Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Batu Pahat.

Membuat Modul Prosedur Kerja bagi dibentangkan dihadapan Pegawai Kerajaan Negeri Johor di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat jam 09.00 pg 20.Jun 2006. Dalam tugas ini saya telah diarahkan oleh Encik Mahdzar masuk ke bilik Ketua Penolong Pegawai Daerah bagi mengedit Manual Prosedur Kerja yang tidak betul.

• Kami telah diarahkan oleh Ketua Unit Pembangunan datang ke Pejabat Daerah pada pukul 9.00 mlm untuk membentangkan MPK kepada Yang Berhormat Dato’ Hamsan bin Saringat Pegawai Daerah Batu Pahat di Bilik Gerakan PDBP.

• Membuat persiapan teknikal seperti membantu pekerja teknikal on lap top dan skrin layar di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan lain-lain.

• Menghadiri Majlis Pertandingan Keroncong Peringkat Negeri Johor 2006 yang diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Hamsan Bin Saringat Pegawai Daerah Batu Pahat. Dalam majlis ini saya telah diarahkan untuk melayang tetamu VVIP makan.

• Mengahadiri Mesyuarat Bulan Citarasa Malaysia Peringkat Kebangsaan di bangunan rasmi Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor. Program ini akan diadakan pada 30 Jun – 2 Julai 2006 di Dangan Bay yang akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

• Bertugas sebagai wakil Pejabat Daerah Batu Pahat di Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu anjuran bersama Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri Dan Pejabat Daerah Batu Pahat bertempat di Pasar Tani FAMA, Jalan Omar, Batu Pahat, Johor. Saya telah diarahkan oleh Encik Ibrahim Bin Ahmad

PPT bagi menerima aduan yang diluahkan oleh orang awam yang datang ke kaunter Pejabat Daerah.

• Mewakili Pejabat Daerah Batu Pahat bertugas di tapak pameran gerai Daerah Batu Pahat di Teluk Danga bersempena Bulan Cita Rasa Malaysia dari 30. Jun 2006 sehingga 2 Julai 2006.

Dalam dokumen Laporan Latihan Amali Dan Industri (Halaman 33-40)

Dokumen terkait