• Tidak ada hasil yang ditemukan

“Syukran… okay, jadi kita dah dengar penjelasan yang telah dijelaskan oleh pihak Tareqat Syaziliyyah… Syeikh Mahmoud sendiri… jadi Insya ALLAH sedikit pencerahan ini untuk kita bincang bersama, untuk kita mendapat maklumat-maklumat yang penting-penting, supaya kita dapat berkongsi dan kita dapat bincangkan bersama-sama Insya ALLAH. Jadi untuk round yang kedua saya bukalah kepada semua panel yang hadir untuk berbincang atau menyatakan pandangan ataupun soalan-soalan tertentu yang boleh kita lihat dan boleh kita kongsi bersama Insya ALLAH. Dengan ini saya mempersilakan.”

Pelawaan tuan pengerusi disambut oleh Dr. Abdul Hayei.

Kata beliau:

“Terima kasih saudara pengerusi… semua pihak yang hadir. Saya tidak banyak mahu bertanya tentang tareqat ini.

Cuma ada beberapa perkara yang saya minta penjelasan ye.

Biasanya kita dengar Tareqat Syazaliyyah ada sambungan jugak pada namanya… misalnya Syaziliyyah Al-Hamidiyyah, Ad-Darqawiyyah dan berbagai-bagai lagi. Tapi, kali ini saya tidak mendengar apa-apa tambahan di belakangnya, seolah-olah memberi kefahaman kepada saya bahawa Tareqat As-Syaziliyyah yang diasaskan oleh Abul `Abbas, ataupun oleh sesiapa jua, seolah-olahnya tidak diubah sepertimana kesannya tadi.

“Jadi, walaupun kita dapati jarak di antara pengasas bagi tareqat ini telah begitu panjang terutama sekali selepas daripada Saiyidi Abul `Abbas Al-Mursi sampai kepada

hari ini terlalu banyak tareqat ataupun syeikh-syeikh yang menaruhkan nama Abul `Abbas yang merupakan pengasas bagi tareqat ini. Jadi soalan yang ingin saya minta penjelasan di sini, apakah nama sebenarnya Tareqat Syaziliyyah ini (yang dibawa oleh Syeikh Mahmoud)… adakah ia merupakan ajarannya sama dengan jalan yang ditinggalkan oleh Abul

`Abbas Al-Mursi, ataupun Abul Hasan As-Syazili, ataupun siapa saja yang sebelum daripada beliau?

“Jadi, saya ingin kalau ada perbezaan, apakah perbezaan yang didapati di dalam tareqat yang disebarkan oleh Syeikh dengan tareqat ataupun ajaran-ajaran yang ditinggalkan oleh Abul Hasan As-Syazili, ataupun Abul `Abbas Al-Mursi yang cukup terkenal di sebenarnya di negeri Mesir?

“Selain daripada itu saya juga ingin bertanya tentang erti ataupun istilah quthb yang dipakai pada beberapa nama1, misalnya Al-Quthb Saiyidi Muhammad Jabir, Al-Quthb Saiyidi Said Al-Ghaznawi… banyak al-quthb al-quthb, tetapi sesetengahnya tidak ada al-quthb. Ada di antaranya yang menggunakan Quthbul Kamil, Waliyyul Kamil, Al-Waliyyus Syahir… apa erti gelaran-gelaran itu?

“Siapakah quthb yang ada sekarang ini di dalam Tareqat As-Syaziliyyah ini?

“Dan selain dari itu juga saya ingin minta penjelasan…

apa komen Syeikh tentang beberapa istilah… dan sebelum itu saya meminta penjelasan… umpamanya kita dapati antara istilah itu quthbul aqhtab, autad, al-ghaust … ini antara istilah-istilah yang saya dengar banyak dipakai dalam institusi tareqat.

______________________

1- Profesor Abdul Hayei mengisyaratkan kepada beberapa nama tokoh yang tertulis pada sanad Tareqat As-Syaziliyyah seperti yang terlampir dalam kertas kerja kami yang beliau telah membacanya.

“Dan ada juga yang saya dengar bahawa beberapa orang quthb mengadakan pertemuan di Makkah, di Mesir, di Sudan… dan pertemuan-pertemuan mereka mencapai beberapa persetujuan tentang perkara-perkara besar yang berlaku di dalam dunia hari ini. Dan ada juga yang diambil sebagai keputusan tentang keadaan semasa yang berlaku dan yang akan berlaku di dunia hari ini. Siapakah mereka yang dianggap sebagai beberapa quthb yang disebutkan itu, siapakah orang-orangnya? Adakah orangnya itu telah meninggal dunia ataupun mereka itu masih hidup hari ini dan mereka yang mengendalikannya.

“Saya juga pernah mendengar perkataan ad-diwan, ra’isud diwan umpamanya… yang mengetuai mesyuarat antara beberapa quthb ini. Kerana ini sebenarnya sangat penting, kerana dalam masyarakat yang mengamalkan tareqat ini dilihat dari luar sepanjang masa berlaku pemujaan, taqdis (mendewa-dewakan) kepada syeikh-syeikh tareqat.

“Jadi jika ada dalam Tareqat As-Syaziliyyah ini, saya amat menghargai jika dapat dijelaskan apakah erti sebenarnya.

Saya sehingga ini belum dapat mendengar, ataupun saya (telah) membaca tetapi belum mendengar konsep sebenarnya. Kerana difahami dalam semua tareqat ada konsep ini. Konsep quthb, al-autad, abdal dan sebagainya.

“Dan satu perkara lagi tentang rabithah1 umpamanya…

dibimbangi oleh pihak pentadbiran Jabatan Agama Islam di negara ini kerana di kalangan murid-murid … mungkin tidak di kalangan syeikh… kerana mereka mendewakan

______________________

1 - Yang dimaksudkan oleh Tuan Profesor tentang rabithah ini ialah adakah murid-murid dalam Tareqat As-Syaziliyyah apabila mereka melakukan zikir akan membayangkan wajah guru mereka seperti yang dilakukan oleh sesetengah golongan tareqat? Jawabnya tidak.

syeikh itu hingga melampaui batas. Jadi keterlaluan dalam meletakkan seorang guru sampai ke satu peringkat memuja mereka. Sangat dibimbangi oleh sesetengah pihak terutama sekali kalangan peserta perbincangan (JAIS) kali ini.

“Oleh yang demikian secara peribadi saya lebih setuju kalau kita mencari suatu jalan yang lebih hampir kepada Nabi مَّلَسَو ِهيَلَع ُهّللا ىَّل َص, bukan hanya menjurus sanad ini, tetapi menerusi suatu kaedah yang kita ambil, kita mengikuti sunnah Nabi مَّلَسَو ِهيَلَع ُهّللا ىَّل َص. Kerana kita berpendapat, sesungguhnya sumber air yang semakin dekat pancarannya dengan mata airnya akan lebih jernih… lebih jernih.”

“Jadi kalau jalan ini boleh kita ambil, maka saya rasa kita boleh bersepakat dengan banyak tareqat, ataupun mengumpulkan mereka dalam satu konsep iaitu kita akur kepada Quran, kepada sunnah Nabi sepertimana yang saya sebutkan tadi. Dan di sana kita tidak wujudkan berlaku perbezaan antara satu tareqat dengan tareqat yang lain.

“Saya membaca sebenarnya beberapa wirid dan zikir yang ditulis, ataupun awrad yang ditulis dalam muzakkirah (kertas kerja) ini. Saya tidak mendapati apa-apa perkara besar sebenarnya, perbezaan antara satu dengan yang lain, tidak banyak. Jadi dengan itu saya tidak mahu komenlah sekalipun pada rasa saya ia tidak ma’tsur (tidak diriwayatkan) daripada Nabi مَّلَسَو ِهيَلَع ُهّللا ىَّل َص…

“Selain itu secara peribadinya, saya sangat menyukai qasidah Burdah, terutama sekali yang diterjemahkan oleh Ustaz Rahmat dan (bukunya) sentiasa ada pada saya, dan saya membaca qasidahnya dan terjemahannya, dan saya bersyukur kepada usaha yang telah dilakukan oleh Syeikh Rahmat.

______________________

1- kertas kerja.

“Saya membaca juga, di antara keistimewaan di dalam Tareqat Syaziliyyah ini ialah zikir mufrad. Jadi zikir mufrad tidak ada dalam muzakkirah1 ini, tapi zikir mufrad itu dikatakan sebagai keras. (Ia merupakan) awrad yang dikemukakan oleh pengasas bagi Tareqat As-Syaziliyyah ini… sama ada Abul Hasan atau Abul `Abbas… saya tidak pasti. Beberapa laman youtube di dalam internet dapat saya lihat di antaranya Tareqat As-Syaziliyyah Al-Hamidiyyah … di sana memperlihatkan bagaimana zikir mufrad itu dibaca.

Jadi bacaan yang seumpama itu adakah ia merupakan suatu sunnah daripada Nabi مَّلَسَو ِهيَلَع ُهّللا ىَّل َص ataupun sebagai suatu rekaan?

“Sebagai contoh saya lihat misalnya (mereka berzikir dengan menekan suara) HU! HU! HU! HU!... begitu. Jadi saya rasa itu di antara wirid yang tidak pernah saya lihat di dalam tareqat-tareqat yang lain, sekalipun saya punya komen yang lain pula tentang tareqat-tareqat yang lain dalam penilaian saya.

“Dan ada juga saya dengar satu tareqat yang berkembang di Mesir kalau tak salah saya, antara zikir mufradnya, disebutkan dalam satu keadaan QUL HU! QUL HU!

QUL HU! QUL HU!... begitu. Saya tidak boleh pastilah berapa bilangannya tetapi sekali sekala saya merasa ganjil sebenarnya melihat …sekalipun pada zikir-zikir asas seperti Dalailul Khayrat dan Burdah sangat saya setuju.

“Jadi dengan itu saya kita tentu kita boleh terima konsep seperti yang saya sebutkan tadi… maka satu jalan yang amat baik untuk kita dapat merapatkan hubungan antara satu dengan lain. Kerana tujuan pentadbiran agama Islam di negara ini adalah untuk menghapuskan perbezaan ataupun mengecilkan perbezaan antara satu dengan yang lain.

Kerana untuk menghapuskan semua tareqat itu adalah suatu

perkara yang sangat sulit, kerana perbezaan masing-masing dan kedudukan masing-masing di dalam tareqat itu.

“Soalan yang akhir sekali… saya meminta penjelasan adakah pemimpin-pemimpin tareqat hari ini mereka mempunyai target sebenarnya untuk sampai ke suatu puncak di dalam tareqat masing-masing sama ada wali ke, wali abdal ke, autad ke, quthb ke dan sebagainya… saya rasa itu juga mempengaruhi keadaan murid-murid untuk masuk ke tareqat itu dengan harapan suatu hari nanti mereka akan meningkat sampai kepada kedudukan yang istimewa dalam tareqat sufi.

“Jadi saya rasa dengan itu setakat ini dulu sebagai permulaan dari saya di dalam meminta penjelasan daripada Tuan Syeikh. Dan kalau ada apa-apa komen nanti saya akan susul kemudian. Terima kasih.”

Tasawuf