• Tidak ada hasil yang ditemukan

MISTERI SEGITIGA BERMUDA (VOLUME 2)

Dalam dokumen Misteri Dan Keajaiban Alam (Halaman 27-33)

KEGEMBIRAAN Christopher Columbus dan anak² kapalnya yang kononnya berjaya menemui benua Amerika pada tahun 1492 tiba-tiba sahaja bertukar menjadi mimpi ngeri. Tanpa diduga, ketika meneruskan pelayaran, kumpulan ekspedisi berkenaan tidak hanya menemui benua baru itu tetapi turut berhadapan dengan fenomena mistik yang meremangkan bulu roma dan menyeramkan.

Di tengah samudera luas, secara tiba-tiba jarum kompas dalam kapal Columbus bergerak tanpa arah yang pasti. Kejadian aneh berkenaan semakin membingungkan kerana ia berlaku ketika cuaca di luar kapal begitu baik.

Peristiwa aneh tidak tamat di situ saja. Tidak lama selepas itu, ketika malam menjelma, kalangan kelasi dikejutkan dengan kemunculan bebola api yang terjatuh ke dalam laut yang tidak beberapa jauh daripada kapal berkenaan.

Mereka juga melihat satu lintasan cahaya dari arah ufuk yang kemudian menghilang begitu sahaja. Pengalaman aneh itu dicatatkan oleh Columbus ketika menceritakan mengenai ekspedisinya meninjau wilayah baru dunia tersebut.

Dalam meneliti kawasan tanah daratan Amerika yang baru dijumpai mereka, Columbus dan anak² kapalnya mungkin sedikit gerun selepas mendapati kawasan itu bukanlah seperti bumi biasa, terdapat sesuatu yang misteri mengenai wilayah itu.

Sememangnya wilayah mistik yang dilalui Columbus itu terus kekal misteri sehingga kini. Kawasannya yang terletak antara Miami di Florida, Puerto Rico di Jamaica dan Bermuda terus menyimpan rahsia yang tidak dapat dipecahkan selama ratusan tahun.

28 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Columbus dan ahli ekspedisinya boleh dikatakan agak beruntung berbanding pihak lain yang melalui kawasan yang kini dikenali „Segitiga Bermuda‟ itu.

Ahli pelayaran kurun ke-15 itu sekadar diperlihatkan kejadian aneh dan mistik tetapi ratusan kapal dan pesawat yang melalui perairan itu selepas Columbus terus ghaib tanpa dapat dikesan!

Peristiwa terbesar yang pernah terjadi di Segitiga Bermuda adalah lenyapnya kapal perang Inggeris iaitu Atlanta pada tahun 1880. Diceritakan sebaik sahaja kapal besar itu melalui kawasan perairan berkenaan, ia terus lenyap bersama 300 kadet dan askar di dalamnya.

Rupa²nya Segitiga Bermuda tidak hanya „menelan‟ kapal laut yang melalui kawasan perairannya tetapi juga di ruang udara yang terdapat dalam lingkungan pertemuan tiga negeri berkenaan.

Selain kapal laut, pesawat terbang yang terbang di ruang udara Segitiga Bermuda yang berkeluasan kira-kira 1.2 juta kilometer persegi itu turut ghaib tanpa dapat dikesan.

Gambar Sekadar Hiasan

Peristiwa terbesar membabitkan kehilangan pesawat terbongkar pada tahun 1990 apabila lima jet Grumman TBF Avenger AL AS yang sedang membuat rondaan telah melintas di wilayah laut itu lalu terus ghaib daripada radar pusat kawalan udara pada 5 Disember 1945, ketika waktu masih siang.

Penyiasatan mendapati komandan penerbangan sempat berhubung dengan pusat kawalan dan melaporkan yang kumpulan mereka mengalami „gangguan‟ sebelum semua pesawat itu ghaib beberapa minit kemudian tanpa sempat memberi isyarat SOS.

Kehilangan lima pesawat itu menyebabkan sebuah pesawat lain iaitu Martin PBM-3 Mariner diterbangkan untuk operasi mencari tetapi pesawat itu turut lenyap bersama 13 anggota di dalamnya. Operasi mencari turut gagal menemui serpihan pesawat berkenaan.

29 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Tahun demi tahun berlalu, sekitar 1990, seorang peneliti tampil bersama penemuan menggemparkan apabila menjumpai kerangka pesawat di pantai Fort Launderdale, Florida. Ujian mendapati kerangka itu milik TBF Avenger yang hilang lebih 30 tahun sebelum itu.

Konflik lebih menarik berlaku dalam proses pencarian pesawat pengangkut C-119 Flying Boxcar yang hilang pada 7 Jun 1965. Seperti kes lain, pesawat itu terbang melalui Segitiga Bermuda dan terus gahib tanpa dapat dikesan.

Operasi menyelamat dikerahkan tetapi tetap tidak dapat menjumpai jejak serpihan ataupun mayat² anggota dalam pesawat terbabit.

Kehilangan itu terus menjadi misteri sehinggalah pada tahun 1973, seorang pengkaji UFO mengemukakan teori yang menarik tumpuan ramai pihak menerusi artikelnya yang diterbitkan Biro UFO Antarabangsa.

Dalam artikel itu dimuatkan kenyataan angkasawan Gemini IV, James McDivitt dan Edward H. White II. Mereka menceritakan pada waktu hilangnya pesawat C-119, dua angkasawan itu sedang mengamati wilayah sekitar Kepulauan Hawaii.

Menurut catatan NASA, pada 3 hingga 7 Jun 1965, kedua-dua angkasawan itu sedang melakukan eksperimen di luar kapsul Gemini dan McDivitt menyatakan dia melihat sebuah UFO meluncur di udara berhampiran Hawaii. Beberapa minit kemudian, White turut menyaksikan objek lain yang berbentuk serupa.

Sejak itu, cerita mengenai UFO yang „menculik‟ C-119 terus heboh sehingga menarik perhatian ramai pihak. Bagaimanapun, pihak yang skeptikal dengan kenyataan itu tetap menyangkal dengan tanggapan bahawa kedua-dua angkasawan itu mungkin tersalah anggap.

Sehingga kini, kes yang membabitkan pesawat C-119 Flying Boxcar, TBF Avenger, Martin PBM-3 Mariner, kapal laut Atlanta serta ratusan lagi kes kehilangan kapal dan pesawat di kawasan itu terus kekal misteri dan tidak dapat diselesaikan.

Bagaimanapun, terdapat persamaan dalam kebanyakan kes. Ghaib ketika keadaan cuaca baik, kapal dan pesawat tidak memiliki masalah atau kerosakan teknikal, perhubungan radio antara pesawat dan kapal dengan pusat kawalan berjalan dengan normal sehinggalah ia terus terputus tanpa disangka².

Banyak teori dikaitkan sebagai punca misteri Segitiga Bermuda. Ada yang mengemukakan teori lingkungan waktu, medan graviti terbalik, anomali magnetik-graviti, fenomena gempa laut, serangan gelombang besar termasuk dikaitkan dengan lubang hitam di angkasa.

Teori lebih pelik adalah wilayah itu dikatakan markas UFO di Bumi ini, pusat pemerintahan kota Atlantis yang tenggelam ribuan tahun lalu, kota manusia duyung selain pusat persembunyian Dajal.

30 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Walau pelbagai teori dikemukakan, tiada satu pun yang menyingkap rahsia sebenar mengenai misteri wilayah segitiga itu.

Selepas lebih 500 tahun daripada peristiwa mistik yang menghantui Columbus, pelbagai kejadian aneh bagaikan tidak berkesudahan sekali gus meletakkan Segitiga Bermuda sebagai antara wilayah paling misteri di dunia ini.

P/S: Cerita² berkaitan Segitiga Bermuda sebenarnya banyak yang telah disensasikan seolah-olah tiada sebuah kapal pun yang melalui di kawasan itu. Namun hakikatnya kawasan itu juga sebenarnya adalah antara laluan utama kapal-kapal laut dan udara. Kes-kes aneh bukanlah terjadi setiap kali terdapat kapal melalui kawasan berkenaan. Maka tidak hairanlah jika terdapat tokok tambah cerita yang memperlihatkan seolah-olah wilayah itu sangat misteri dan ditakuti. Sama²lah terus mengkaji untuk mengetahui kebenaran sebenarnya berkenaan Misteri Segitiga Bermuda ini.. Wallahualam.

31 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

MISTERI IKAN DUYONG(VOLUME 1)

Pada Tahun 1493, Christopher Columbus telah belayar mendekati Pulau Haiti di kepulauan Hawai, beserta para awak² kapalnya dan kemudiannya telah melihat tiga makhluk aneh yang muncul di permukaan laut luas berdekatan sebuah gugusan karang.

Mereka amat kehairanan tatkala melihat wajah dan bentuk fizikal makhluk tersebut kerana separuh tubuhnya adalah seperti manusia dan separuh lagi adalah seperti tubuh seekor ikan. Berlainan sekali dengan makhluk² yang pernah mereka jumpai di muka bumi ini. Ketika mereka sedang mencari jawapan daripada rasa kehairanan itu tiba-tiba ketiga-tiga makhluk tersebut menghilang ke dalam lautan luas dan meninggalkan para awak² kapal yang kebingungan.

Pengalaman aneh itu terus membayangi fikiran Columbus sepanjang hidupnya dan telah menjadi perbincangan hangat di mana-mana tempat mereka berkumpul. Malah dalam satu terbitan jurnalnya, pelaut Sepanyol itu (kelahiran Itali) telah menukilkan dalam catatannya bahawa makhluk itu wajahnya benar-benar menyerupai manusia tetapi bermula dari pinggang ke bawah makhluk itu adalah seperti ikan. Nota Columbus itu telah mengundang pelbagai pertanyaan kepada para pembaca. Seterusnya menimbulkan polemik dan perdebatan serius daripada para saintis dan orang awam sehinggakan ia berlarutan selama ratusan tahun.

"Masakan wujud manusia yang mampu hidup dan tinggal di dalam lautan padahal untuk hidup dalam air makhluk hidup tersebut harus mempunyai insang?" Fikir para penyelidik yang setengah percaya setengah tidak tatkala

membaca catatan Columbus berhubungan dengan fenomena misteri itu.

Tulisan berkaitan makhluk misteri tersebut yang ditulis oleh penemu benua Amerika itu hingga ke saat ini terus berkembang. Bahkan selain Columbus, kononnya terdapat juga seorang pelaut Inggeris bernama Henry Hudson

32 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

yang mengakui pernah bertemu dengan mahkluk aneh sepertimana yang telah ditemui oleh Columbus. Ia mengakui penemuannya dengan makhluk misteri itu adalah pada tahun 1608. Makhluk aneh tersebut telah dijumpai di sebuah gugusan pulau yang sebahagian daratannya sedang diliputi salji. Kisah perjalanannya mengharungi "tujuh samudera" yang di antaranya ke kawasan gugusan pulau-pulau di Siberia, Kutub Utara yang masih lagi asing daripada kesan jejak manusia.

Ditulis di dalam buku "The Adventures" ia menceritakan ketika waktu siang, beliau dan para awak² di dalam kapalnya sedang belayar di lautan Utara Russia. Lalu dengan tiba-tiba melalui teropong seorang pelaut telah terlihat sekujur susuk tubuh yang mencurigakan berada di pinggir pantai sebuah gugusan karang yang sedang diseliputi salji. Digambarkan bentuk makhluk itu pada bahagian atas jasadnya adalah seperti manusia. Lekuk tubuhnya sangat jelas, memiliki rambut panjang terjurai dibalik bahu yang putih. Bahagian tubuh bawahnya yang ada di permukaan pasir pantai pula menyerupai seekor ikan. Setelah makhluk tersebut mendapati terdapat kapal yang sedang mendekati mereka, kawanan makhluk itu pun dengan pantas terus menghilangkan diri di dalam kedinginan laut utara Russia.

Pelbagai teori dan analisa daripada pelbagai belahan bumi telah dikaitkan dengan misteri kewujudan ikan duyung. Namun setelah sekian lama, bukti demi bukti pun mulai tersingkap, sama ada yang berupa mumia, gambar di dinding kuil, bangunan kuno, mahupun bukti berupa patung-patung purba.

Kisah manusia ikan ini nyaris sahaja menjadi seperti kisah UFO atau makhluk purba yang lain seperti, Lochness, ular naga, dan big foot yang telah berkembang tanpa tiada jalan penamat dan terus menjadi bahan berita berdasarkan penemuan dan bukti bukti di tapak penemuan ditambah pula dengan pelbagai bentuk ujian dan kajian yang dilakukan. Maka ada sesetengah para saintis telah menyimpulkan yang pada dasarnya mereka bersepakat bahawa makhluk² aneh tersebut merupakan salah satu daripada spesis makhluk hidup yang pernah wujud di muka bumi ini yang mungkin telahpun pupus pada masa sekarang.

Hingga kini, kemajuan sains dan teknologi marin di dunia pada dasarnya masih lagi belum mampu untuk mengungkap lebih jauh data-data yang berkaitan dengan kehidupan makhluk air misteri ini. Dengan peralatan dan teknologi canggih yang ada sekarang, para saintis kononnya baru sahaja mampu untuk menyelam hingga ke kedalaman sekitar 4.000 meter sahaja. Para saintis berkata, 70 peratus isi bumi ini adalah air lautan yang sedang dihuni oleh dua trilion spesis biota laut yang kehidupannya masih lagi belum mampu untuk disingkap. Namun apa yang sudah diinvestigasi oleh para pengkaji saat ini hanyalah tidak lebih daripada angka satu peratus sahaja.

Di dalam catatan dokumentari antarabangsa lain yang telah dihasilkan oleh seorang veteran Perang Dunia II dan ahli ilmu pengetahuan alam yang berbangsa Yunani bernama Pulini, dalam karya abadinya yang berjudul (terjemahan) "History of Universe" (Sejarah Alam) dikatakan bahawa berdasarkan bukti dan data yang ada sekarang yang diperolehi dari seluruh belahan bumi berkemungkinan kewujudan makhluk setengah ikan tersebut tidak perlu lagi diragui. Ia bahkan mengandaikan dengan pasti bahawa makhluk air yang misteri itu sebenarnya mempunyai kaitan dengan lagenda benua kota Atlantis yang telah hilang.

Seorang pengkaji lain yang bernama Doktor Yelimiya iaitu seorang saintis dari Rusia juga menceritakan bahawa sekumpulan pelajarannya yang terdiri daripada para pengkaji biota laut juga telah menemui suatu makhluk yang aneh. Mereka menceritakan bahawa telah menemui sesusuk tubuh mumia makhluk misteri di sebuah gua pesisir Pantai Laut Hitam yang merupakan sebahagian dari wilayah Rusia Selatan. Khabar penemuan ini telah

33 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

disebarkan di dalam sebuah jurnal ilmiah. Mereka mendedahkan susuk tubuh makhluk yang ditemui tersebut berbeza daripada penemuan-penemuan mereka sebelumnya di daerah lain.

Makhluk aneh ini tampak benar-benar seperti seorang wanita dan berkulit hitam. Fizikal mumia ini bermula dari ekor hingga ke pinggangnya adalah bersisik seperti ikan dan bentuknya juga adalah sepertimana seekor ikan, sementara dari bahagian tengah tubuhnya dan ke atas pula menyerupai tubuh manusia wanita dengan panjang keseluruhannya 173cm. Daripada ujian carbon yang dilakukan, para ilmuan meyakini usia makhluk tersebut ketika meninggal dunia adalah berusia lebih daripada 100 tahun dan usia mumianya mungkin berumur sekitar 4.000 tahun.

Di Indonesia, terdapat sejenis ikan duyung yang bentuknya seperti ikan lumba-lumba. Hidup berkelompok di perairan Timur Indonesia dari Pulau Bali hingga ke NTT dan Kepulauan Maluku. Ikan ini sangat jinak dan termasuk haiwan yang akan menyusu anaknya dan berada dalam golongan mamalia laut kerana menyusui anaknya yang sepertimana sifat ikan paus yang juga berada dalam kategori haiwan mamalia laut. Uniknya binatang ini adalah apabila tubuhnya terkena tiupan udara maka dari bahagian kelopak matanya akan mengeluarkan air seperti air mata. Air inilah yang mungkinnya sering kali dikatakan dengan nama panggilan air mata duyung untuk diproses menjadi minyak duyung yang mengandungi khasiat dalam perubatan dan kononnya juga dalam ilmu pengasih.

Apabila melihat kepada data yang diberikan di atas, makhluk purba yang bernama ikan duyung yang berupa jasad separuh ikan dan manusia ini mungkin sememangnya pernah wujud dan dipercayai pernah hidup di muka bumi. Berbeza dengan kewujudan ular naga atau makhluk-makhluk misteri lain kerana bukti-bukti fosilnya hingga sekarang masih lagi belum berjaya ditemui. Sementara penyebaran maklumat mengenai kewujudan makhluk "ikan duyung" dan naga di dunia sudahpun bertambah luas. Namun apakah ikan yang separuh tubuhnya seperti manusia cantik ini masih lagi wujud dan hidup bebas di lautan pada masa sekarang? Tentu sahaja masih perlukan banyak masa lagi untuk dibuktikan.

Dalam dokumen Misteri Dan Keajaiban Alam (Halaman 27-33)