• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bab V membincangkan tentang analisis yang diperolehi berdasarkan objektif yang dibangunkan. Bab ini juga turut menerangkan analisis berkaitan model yang

2.4 Perpindahan Pengetahuan

2.4.3 Model SECI dalam Perpindahan Pengetahuan Tersirat

Model SECI telah dibangunkan oleh Nonaka dan Takeuchi (1995). Model SECI merupakan proses pemindahan pengetahuan antara pengetahuan tersirat dan tersurat.

Model SECI ini boleh dilaksanakan dalam pengurusan lean seperti perbincangan muka-ke-muka, pembelajaran organisasi, dan mesyuarat dengan ahli kumpulan dalam organisasi. Kajian ini memilih model SECI sebagai panduan dalam membina pengetahuan tersirat dalam pengurusan lean. Tujuan kajian ini memilih Model SECI kerana kajian ini memberi fokus kepada proses pembangunan pengetahuan tersirat lean dan cara pemindahan pengetahuan tersirat lean tersebut di dalam organisasi.

Proses ini membantu organisasi memperoleh pengetahuan lean melalui pemindahan pengetahuan daripada penghantar kepada penerima dengan berkesan. Di samping itu, proses ini juga mampu membantu organisasi untuk mengekalkan tahap kemajuan

57

mereka dalam melaksanakan sistem pengurusan lean dengan lebih cekap. Rajah 2.6 menunjukkan gambaran Model SECI.

Rajah 2.6 SECI Model

Sumber: Nonaka dan Takeuchi (1995)

Berdasarkan Rajah 2.6 menunjukkan, model SECI yang menghuraikan proses penciptaan pengetahuan. Menurut Nonaka dan Takeuchi (1995), terdapat sebuah model pembentukan dan pemindahan pengetahuan atau lebih dikenali sebagai model SECI yang melibatkan sosialisasi (socialization), externalization, gabungan (combination) dan internalization. Nonaka dan Takeuchi (1995), menyatakan empat fasa penukaran antara pengetahuan tersurat dan tersirat. Proses model SECI boleh dihuraikan seperti berikut :

Sosialisasi (Tersirat ke Tersirat)

Proses sosialisasi merupakan pemindahan pengetahuan dari pengetahuan tersirat ke pengetahuan tersirat. Proses sosialisasi dapat dilakukan melalui pertemuan muka-ke-muka seperti perbincangan, mesyuarat, pertemuan bulanan, pendidikan dan latihan.

Sosialisasi juga merupakan pertukaran pengetahuan tersirat ke tersirat yang terjadi

Sosialisasi

Socialization Externalization

Internalization Gabungan

(Combination) Pengetahuan Tersirat

Pengetahuan Tersirat

Pengetahuan Tersurat

Pengetahuan Tersurat

58

pada peringkat individu dan kumpulan (Nonaka & Takeuchi, 1995). Ia juga merupakan proses penyebaran pengalaman dan penciptaan pengetahuan baru. Selain itu, sosialisasi adalah proses pengetahuan tersirat yang berlaku melalui pengalaman perkongsian secara bersama (Bratianu, 2010). Menurutnya, disebabkan pengetahuan tersirat adalah konteks tertentu, ia adalah penting untuk ambil perhatian bahawa individu boleh berkongsi pengalaman melalui aktiviti bersama.

Externalization (Tersirat ke Tersurat)

Externalization adalah peroses penciptaan pengetahuan tersirat ke pengetahuan tersurat. Externalization merujuk kepada artikulasi pengetahuan tersirat (idea, kepercayaan, intuisi dan lain-lain) kepada seseorang individu dalam bentuk kata-kata, dan dengan kata lain, ia memperlihatkan, menyimpulkan dan menterjemahkan pengetahuan tersirat orang lain ke dalam bentuk yang boleh difahami (Nonaka dan Takeuchi, 1995). Nonaka dan Takeuchi (1995) menyebut metafora, analogi dan dialog kiasan sebagai kaedah yang sesuai untuk proses externalization. Idea ini adalah untuk menyampaikan sesuatu maklumat dengan menggunakan kaedah bukan analisis.

Gabungan (Tersurat ke Tersurat)

Menurut Nonaka dan Takeuchi (1995), gabungan (combination) merujuk kepada proses penukaran dari pengetahuan tersurat kepada pengetahuan tersurat. Ini menentukan bagaimana pemindahan pengetahuan daripada pengetahuan tersurat kepada suatu maklumat pengetahuan baru yang diperoleh. Proses gabungan berdasarkan kepada kemahiran komunikasi dalam organisasi itu. Nonaka dan Takeuchi (1995) juga berpendapat bahawa, pengetahuan gabungan adalah proses

59

pemasangan idea baru dan pengetahuan tersurat yang sedia ada yang dipegang oleh individu ke dalam sistem pengetahuan.

Internalization (Tersurat ke Tersirat)

Pengetahuan internalization adalah proses yang merangkumi pengetahuan tersurat ke dalam pengetahuan tersirat. Melalui internalization, pengetahuan yang jelas dicipta dikongsi di seluruh organisasi dan ditukar menjadi pengetahuan tersirat oleh individu (Nonaka & Takeuchi, 1995). Mereka turut berpendapat bahawa, internalization merujuk kepada keupayaan untuk menggunakan pengetahuan dalam situasi yang sebenar. Melalui internalisasi, pengetahuan yang jelas ditukarkan kepada pengetahuan tersirat oleh individu, dengan itu pengetahuan dapat dikembangkan sebagai asas pengetahuan organisasi (Tsai & Lee, 2006). Nonaka dan Takeuchi (1995), proses internalization merangkumi "belajar dengan melakukan" bagi membantu penciptaan pengetahuan pekerja.

Oleh itu, berdasarkan kajian literatur yang diperolehi, externalization dan sosialisasi merupakan salah satu aspek terpenting dalam proses penciptaan pengetahuan tersirat dalam organisasi. Ini kerana, pengetahuan yang terkandung dalam pemikiran mereka, membantu organisasi untuk melaksanakan proses pengeluaran dengan lebih berkesan.

Menurut Nonaka (1994), pengetahuan tersirat adalah subjektif di mana ia tidak boleh ditangkap dalam bentuk perkataan, disimpan dan dihantar, kerana ia adalah konteks tertentu berasaskan pengalaman termasuk kemahiran kognitif seperti kepercayaan dan gerak hati serta kemahiran teknikal (contohnya pengetahuan dalam pemikiran).

60

Pada masa kini, kegagalan syarikat disebabkan oleh kekurangan pengetahuan asal, dan sebab lain adalah organisasi gagal menggunakan pengetahuan pengurusan yang sudah sedia ada untuk mengurangkan masalah yang sebenar (Tsai & Lee, 2006). Menurutnya, dalam meneroka dan membangunkan ilmu externalization pengetahuan luaran menjadi semakin penting. Ini kerana, perkembangan perubahan persekitaran yang semakin sengit menjadikan pengetahuan externalization semakin perlu untuk pekerja dapat menyesuaikan diri dan mengemas kini pengetahuan yang mereka pelajari, untuk melangkah lebih jauh dan mewujudkan pengetahuan yang lebih baik bagi melakukan pekerjaan mereka, dan dengan itu dapat meningkatkan keberkesanan kerja mereka (Tsai & Lee, 2006). Dalam konteks pelaksanaan pengurusan lean, perpindahan pengetahuan adalah menjadi isu yang terpenting.

Namun, perpindahan sesuatu maklumat bukan suatu perkara yang mudah.

Perbincangan seterusnya membincangkan isu-isu yang wujud dalam pemindahan pengetahuan dalam terhadap pelaksanaan lean.

61 2.4.4 Kajian Lepas tentang Pengetahuan Tersirat dalam Model SECI Jadual 2.7

Analisis Kajian Lepas terhadap Aplikasi Model SECI dalam Penyelidikan

Penulis Aplikasi Kaedah

Penyelidikan

Fokus Kajian Dapatan Kajian

Easa (2012) Perbankan Kajian kes Mengenal pasti pembangunan pengetahuan melalui penggunaan model SECI di bank Mesir dan kesannya ke atas proses inovasi.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa pembangunan pengetahuan melaui proses SECI secara keseluruhan mempunyai hubungan positif yang mempengaruhi proses inovasi dalam meningkatkan penjanaan idea bagi perkhidmatan perbankan, produk dan proses. bekalan dan pengurusan pengetahuan dalam syarikat-syarikat pembuatan di Kanada.

Menunjukkan bahawa model SECI boleh digunakan dalam organisasi bagi menyokong pengurusan pengetahuan yang cekap.

Mengkaji tentang produktiviti dan peningkatan kualiti menerima pengetahuan tahu-bagimana kaedah kaizen menurut model SECI.

Proses model SECI membantu firma untuk membangunkan pengetahuan tahu-bagaimana aktiviti kaizen dibangunkan dalam organisasi perundingan dengan berkesan.

Ahmad et al.

(2012)

Pendidikan Kaedah tinjauan

Untuk mengkaji penciptaan pengetahuan pelajar dalam kaedah pengajaran dalam kursus secara atas talian di sebuah Universiti di Malaysia.

Hasil dapatan menunjukkan bahawa model SECI diguna pakai kepada tetapan pendidikan dan bekerja dengan baik dalam konteks di mana pelajar memiliki kemahiran yang mencukupi.

Bihamta et al.

(2012)

Industri Automotif

Kajian kes Untuk mengkaji hubungan antara penambahbaikan yang berterusan dan pengaruhnya ke atas prestasi organisasi dan penciptaan pengetahuan menggunakan kaedah dari model SECI.

Dalam kajian ini, kami mengenal pasti hubungan antara prestasi dan salah satu ciri-ciri penting dalam prestasi syarikat automotif yang berkualiti untuk mencapai kelebihan daya saing. Dengan menggunakan daripada SECI, ia menggambarkan interaksi antara jenis pengetahuan yang berbeza (tersirat dan tersurat). Proses ini menganalisis peranan setiap bahagian penciptaan pengetahuan model (SECI) dalam proses kualiti dan kesan salingan proses kualiti dalam pengetahuan ciptaan.

62

Berdasarkan jadual 2.7 menunjukkan bahawa kajian yang dilakukan oleh beberapa penyelidik tentang aplikasi model SECI yang dijalankan dalam pelbagai jenis penyelidikan. Peranan proses dalam model SECI adalah berbeza disetiap aplikasi dalam sesebuah syarikat. Namun, model SECI dibangunkan adalah untuk membangunkan pengetahuan tersirat dan tersirat dalam kalangan individu dan kumpulan dalam sesebuah organisasi yang lebih baik. Berdasarkan tinjauan kajian dalam jadual 2.7 dapat disimpulkan bahawa, model SECI telah memberi impak yang positif dalam pembangunan pengetahuan dalam organisasi samada secara individu atau berkumpulan. Melihat kepada kepentingan pengetahuan tersirat dalam organisasi yang mengambil kira model SECI, kajian ini juga turut dijalankan untuk melihat pembangunan pengetahuan tersirat dibangunkan dalam konteks pengurusan lean dalam organisasi.