3. METODOLOGI KAJIAN
3.2 Kerangka Teori
3.2.2 Model Teori Marxisme
Di dalam Teori Marxisme ini wujudnya lima model pendekatan bagi memudahkan kefahaman terhadap pengaplikasian Teori Marxisme ini. Teori ini kemudiannya diperkembangkan oleh lima orang tokoh yang meneruskan fahaman Marxisme ini. Dikemukakan oleh lima tokoh moden iaitu George Lukacs – “Model Pecerminan”, Piere Macherey – “Model Penerbitan”, Lucien Goldman – “Model Genetik”, Theodor W. Adorno – “Model Pengetahuan Negetif” dan Julia Krister “Model Berpusatkan Bahasa”.
Pengkaji memilih Model Pencerminan kerana ianya lebih dekat untuk mengkaji pemikiran Hatta Azad Khan di dalam teks drama Muzikal Kampung Baru. Model Pencerminan merujuk kepada pencerapan secara realiti. Realiti yang dimaksudkan merupakan realiti yang mempunyai bentu dan bersifat dialetik. Bagi menjadikan realiti ini tercermin di dalam kesusteraan, ianya harus melalui proses kreatif dan penulisnya harus memainkan peranan penting untuk mengayakan bentuk karya tersebut memggambarkan atau mencerminkan dalam bentuk dunia realiti yang sebenarnya. Bentuk inilah yang membezakan antara karya yang realis ataupun karya kreatif.
3.2.2.1 Model Pencerminan
Model Pencerminan juga dikenali sebagai Model Peniruan. Karl Marx menganggap kesusteraan sebagai cerminan realiti dalam masyarakat. Hal ini bererti hasil kesusteraan itu sebenarnya mencerminkan tentang realiti sebenar kehidupan masyarakat. Dengan pengertian lain, kesusteraan itu mengambil sepenuhnya tentang kehidupan realiti dan
University
69 bukannya satu rekaan. Model Pencerminan ini dikemukakan oleh George Lukacs (1983). Cerminan tidak bermakna kesusteraan sebagainya mencerminkan realiti tetapi realiti yang dimaksudkan ialah realiti yang mempunyai bentuk. Realiti ini tergambar daripada keseluruhan diakletik. Dalam merealisasikan realiti ini maka haruslah melalui proses kreatif dan pengarang memainkan peranannya untuk menghasilkan bentuk karya yang mencerminkan bentuk dunia sebenar.
Sekali Lukacs (1976) menyatakan bahawa sifat atau ciri-ciri kesusteraan juga dilihat secara strukturalnya. Bukan sekadar membandingkan realiti yang diambil secara keseluruhan dan diletakkan ke dalam sastera tersebut tetapi harus juga dilihat peranan penulis yang mengasimilasikan pemilihan watak, tema serta isu-isu yang diketengahkan. Penghasilan kesusteraan itu sedikit sebanyak dipengaruhi oleh kreativiti penulis itu sendiri.
3.3 KESIMPULAN
Teori Marxisme menekankan bahawa realiti kehidupan manusia itu sepenuhnya bergantung terhadap perubahan ekonomi. Kebergantungan kehidupan sosial masyarakat terhadap ekonomi secara tidak langsung akan mewujudkan konflik-konflik kehidupan yang akan membawa perubahan dan seterusnya akan mencorak satu bentuk kebudayaan yang baru. Hal ini dilihat oleh Karl Marx bahawa wujudnya kesusteraan yang direka itu sebenarnya menceritakan tentang kehidupan manusia sejagat. Karl Marx juga ingin menyatakan bahawa pola kehidupan dan ekonomi merupakan tunjang utama atau turning
point kepada jalan kehidupan manusia di muka bumi ini. Jadi apa sahaja cerita yang ditulis
University
70 dalam bentuk kesusteraan itu pasti ceritanya tidak akan lari dari konflik yang berpunca daripada sosio ekonomi.
Oleh yang demikian, di dalam kajian ini pengkaji melihat teori Marxisme dengan menggunakan Model Cerminan menepati ciri-ciri melihat pemikiran Hatta Azad Khan dalam Muzikal Kampung Baru. Justeru itu, kajian ini ingin melihat persamaan antara Muzikal Kampung Baru dan realiti sebenar di Kampong Bharu mempunyai satu perkaitan yang rapat bahawa Hatta Azad Khan mengolah cerita tersebut berdasarkan realiti kehidupan yang sebenar. Kerumitan dan konflik diambil juga dari kisah benar dan dilihat bahawa faktor ekonomi mempengaruhi kehidupan.
University
71
BAB 4 PEMIKIRAN HATTA AZAD KHAN DALAM DRAMA MUZIKAL KAMPUNG BARU
4.1 PENGENALAN
Freud menyatakan bahawa wujudnya dua peranan simbolisme dalam menghasilkan sesebuah karya. Pertama; simbolisme secara sengaja dan sedar. Kedua; secara tidak sengaja dan tidak sedar. Simbolisme merupakan suatu bentuk pemikiran yang bersifat peribadi. Namun begitu, apabila simbolisme itu diterjemahkan sama ada dalam bentuk lakon mahupun perkataan perkara ini akan membentuk simbolisme sekunder. Simbolisme sekunder merupakan penilaian pemikiran ketidaksedaran simbolisme secara sedar (Richard Courtney, 1991). Maknanya sebagai pengkritik ataupun pengkaji, memahami simbolisme itu merupakan pencerapan kedua yang cuba dirungkai untuk melihat di sebalik simbolisme yang dicipta oleh penulis mahupun pengkarya.
Bagi Lichte, teks ataupun drama merupakan sebuah hasil karya penulisan yang cukup kreatif dan artistik. Teks artistik ini mengandungi suatu makna lengkap dengan struktur yang kompleks di mana semua elemennya membawa makna. Jadi teks ini mempunyai dua implikasi iaitu pertama; dapat diinterpretasi dan keduanya; berfungsi sebagai satu wahana yang pembawa makna. Maka teks kreatif ini harus diberi penilaian kerana ianya bersifat semantik (Nur Sahid, 2004).
Rene Wellek (1973), menyifatkan drama itu sebagai satu objektif yang disampaikan dalam kelompok masyarakat kontemporari. Mana Sikana (2009), dramatis mengangkat
University
72 peristiwa masyarakat sezaman sebagai bahan karya dan drama dijadikan alat untuk memperbaiki taraf hidup individu dan masyarakat. Peristiwa serta konflik yang diwujudkan di dalam drama tersebut dipilih dan kemudian disusun mengikut kesesuaian kerana adanya limitasi dalam menghasilkan sesebuah karya yang bertulis.
Peranan drama adalah menghimpun kisah kehidupan dalam satu masa tertentu yang diberikan pengisian secara dramatik. Bahkan drama ini bukan hanya sekadar untuk menyampaikan mesej tetapi satu peringatan atau petanda tentang pola kehidupan sama ada yang telah terjadi ataupun yang akan terjadi. Hal ini kerana wujudnya drama yang berkaitan dengan ketuhanan di mana ‘akal’ kita tidak mempu untuk melangkau satu batasan alam yang lain. Walaupun begitu akal merupakan satu mesin transformasi dalam memberi nilai sesuatu perkara.
Drama itu sesuatu yang hidup di dalamnya. Kehidupan itu mula bermain apabila ada pembacanya. Pembaca pula akan memberi roh terhadap watak-watak yang ada di dalamnya. Secara tidak langsung, plot cerita akan seiring dengan perjalanan watak itu. Jalan ceritanya sudah ditulis oleh pengarangnya tetapi pembaca akan berimaginasi dan berfikir untuk menjadikan ianya lebih menarik. Seolah-olah drama itu merupakan satu bentuk ketentuan kehidupan yang sudah tertulis.
University
73
4.2 TEKS MUZIKAL KAMPUNG BARU REFLEKSI KEHIDUPAN ORANG