• Tidak ada hasil yang ditemukan

Muhammadiyah lebih mengamalkan hadith yang menyatakan bahawa Rasul SAW. pernah berhutang kepada seseorang dan membayar dengan melebihkannya (lihat

ANALISIS TARJIH TERHADAP FATWA-FATWA MUHAMMADIYAH

1. Muhammadiyah lebih mengamalkan hadith yang menyatakan bahawa Rasul SAW. pernah berhutang kepada seseorang dan membayar dengan melebihkannya (lihat

dalil hadith no. 2). Penjelasannya ialah, hadith no. 2 ialah hadith gharib, jika ada

60 PP. Muhammadiyah, Himpunan Putusan Tarjih, 309.

142 hadith lain yang sahih, maka hadith sahih-lah yang patut untuk diamalkan. Dan dalam perkara ini hadith no 1.1. yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Hurairah RA. dan 1.2. hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada „Ubadah bin al-Samit RA. lebih sahih daripada hadith no. 2 maka ianya patut untuk didahulukan.

2. Kalau mengikut Manhaj Tarjih yang diasaskan oleh Muhammadiyah no. 18, e, menyebutkan; Hadith da‟if tidak dapat dijadikan hujjah, kecuali jika ada qarinah bahawa ianya tidak bercanggah dengan al-Qur‟an dan hadith sahih. Manakala hadith no. 2 ialah gharib (salah satu bentuk hadith da‟if), maka jika bercanggah dengan hadith sahih, hadith sahih-lah yang lebih patut untuk diutamakan.

3. Dalam hal ini Muhammadiyah hanya melihat kepada maslahat yang menurut pandangan mereka, jika interest bank itu telah ditetapkan oleh negara dan besarnyapun hanya sekedar untuk menutupi inflasi maka tidak akan ada penindasan ke atas orang lemah. Oleh itu Muhammadiyah melihatnya dari sudut pandang maslahat. Walaupun demikian, pengkaji dalam membuat penilaian kajian ini akan tetap fokus pada kaedah tarjih dan aplikasinya dalam penentuan hukum kerana ianya perbahasan tajuk disertasi ini.

4.2.1.3.Pandangan dan Dalil Ulama-ulama lain

Dalam memahami hadith Abu Hurairah RA. tentang riba, Al-Qadiy „Iyad dengan jelas menyatakan bahawa sesiapa yang melebihkan atau meminta untuk dilebihkan sungguh ia telah berbuat riba, ertinya perbuatan riba diharamkan.62

143 Al-Qadiy „Iyad menyatakan bahawa Rasul SAW. melarang setiap pinjaman yang mendatangkan manfaat, “kullu qardin jarra naf‟an”, dan ini (interest bank) adalah termasuk pinjaman yang mendatangkan manfa‟at. Beliau menjawab bahawa haram ialah bagi yang mensyaratkan diawal pinjaman, manakala ini tidak disyaratkan.63

Maksudnya harus hukumnya bagi seseorang peminjam untuk mengembalikan serta melebihkan pinjaman tersebut, akan tetapi tidak disyaratkan di awal akad.64 Jika dihubungkan dengan Bank, maka ianya tidak akan terlepas dari perjanjian di awal transaksi. Oleh itu maka transaksi yang ada pada bank sekarang jelas termasuk riba yang diharamkan, dalam hal ini Muhammadiyah masih tetap menyatakan “belum meyakinkan”.

Ulama-ulama Islam juga banyak yang berpendapat bahawa interest bank itu haram, di antaranya; Abu Zahrah mengatakan bahawa interest bank itu riba nasi‟ah65 yang dilarang. Umat Islam dilarang ber-mu‟amalah dengan bank yang menggunapakaikan sistem

interest kecuali dalam keadaan terpaksa.66 Demikian pula Shaikh Ali al-Khafif menyatakan

adapun mengenai laba wang simpanan di Bank, Muktamar Perbahasan Masalah Islam ke-dua telah memutuskan bahawa wang itu hukumnya haram.67

Quraish Shihab menyatakan bahawa akhir ayat yang turun tentang masalah riba ialah memerintahkan untuk meninggalkan seluruh sisa riba. Dan hadith dari Abu Hurairah RA. yang menyatakan Nabi SAW. membayar hutang serta melebihkannya, hukumnya harus kerana tidak disyaratkan pada awal transaksi. Ulama sejak dahulu hingga sekarang

63

Al-Qadiy „Iyad, Sharh Sahih Muslim, 5:299.

64 Dr. „Abd Al-Qadir, Dr. sayyid Muhammad dan Prof. Sayyid Ibrahim, Sunan Abiy Dawud, 3:1454.

65 Riba nasi‟ah iaitu penambahan akibat penundaan yang masyhur di kalangan Jahiliyah. Lihat, M. Quraish Shihab, Membumikan Al-Qur‟an, (Bandung, Mizan, 1992), 262.

66

Mashfuq Zuhdi, Masail Fiqhiyah; Kapita Selekta Hukum Islam (Jakarta, CV. Haji Masagung, 1989), 103.

67 „Afif „Abd Allah Fattah Taharah, Al-Khataya fiy Nazar al-Islamiy; Dosa Dalam Pandangan Islam, terj. Bahrun Abubakar, Anwar Rashidi, (Bandung, Risalah, 1984), 242.

144 sangat berhati-hati dalam masalah ini. Kerana kehati-hatian selalu menghiasi orang-orang yang bertakwa.68

Organisasi Konferensi Islam (OKI), pada muktamar ke-dua di Karachi, Pakistan, bulan Disember 1970, menghasilkan dua kesepakatan utama, iaitu; pertama, Praktik Bank dengan sistem interest adalah tidak bersesuai dengan Shari‟ah Islam. Kedua, Perlu segera ditubuhkan bank-bank alternatif yang menjalankan operasinya bersesuaian dengan prinsip-prinsip shari‟ah. Hasil kesepakatan inilah yang menjadi latar belakang ditubuhkannya Islamic Development Bank (IDB). 69

Bersamaan dengan fatwa dari lembaga-lembaga Islam dunia, Majma‟ al-Fiqh Rabitah „Alam Islamiy dan Riasah „Ammah li Da‟wah wa Irshad wa al-Buhuth al-Islamiyyah wa al-Ifta‟ Mamlakah al-Su‟udiyyah al-„Arabiyyah menyatakan bahawa; interest bank ialah salah satu bentuk riba yang diharamkan.70

4.2.1.4.Analisis Fatwa Dari Sudut Pandang Kaedah Tarjih

Muhammadiyah dalam masalah interest bank juga didapati kelemahan dalam penentuan hukum. Antaranya ialah;

1. Muhammadiyah menyebutkan bahawa pengharaman Interest Bank belum mencapai sesuatu yang meyakinkan. Pernyataan ini nampaknya Muhammadiyah lebih memilih kepada tawaqquf dalam membuat keputusan. Manakala tawaqquf itu

68

Dr. M. Quraish Shihab, M.A. Wawasan al-Qur‟an (Bandung, Mizan, 1998), 414.

69 Muhammad Syafi‟i Antonio, Bank Syariah: Dari Teori ke Praktik (Jakarta, Gema Insani Press, 2001), 65. 70 Ibid., 66.

145 sendiri ada had masa, iaitu sampai bila Muhammadiyah ber-tawaqquf.71 Dan tawaqquf itu pula semestinya dilakukan selepas mengkaji pelbagai dalil dan belum didapati jawapan yang pasti. Sepertimana kenyataan yang dibuat pada Manhaj

Tarjih Hadith Muhammadiyah72

iaitu; tawaqquf bererti membekukan/ menghentikan perbahasan kerana tidak didapati keputusan melalui pengkajian dari nas-nas yang nampak bercanggah. Akan tetapi ini juga nampak masih diabaikan oleh Muhammadiyah.

2. Ulama-ulama Islam telahpun banyak mengkaji lebih jauh dalam masalah Interest Bank. Kebanyakan dari mereka mengatakan bahawa Interest Bank itu ialah haram. Dalam kajian mereka tentu ikut juga diperbahas dalil-dalil yang menjadi pegangan bagi Muhammadiyah. Maka antara jalan untuk menyelesaikannya ialah dengan cara tarjih.

3. Jikalau dilihat kepada kaedah tarjih, Muhammadiyah nampak mengabaikannya.