• Tidak ada hasil yang ditemukan

NOTA TAJUK-TAJUK POPULAR PERCUBAAN SPM 2021 (ADAB)

T4 :PEL 23: KHAUF DAN RAJA’

PERKARA KHAUF RAJA’

MAKSUD Takutkan kepada kemurkaan dan azab Allah

dengan menjauhi segala larangan-Nya Mengharapkan keredhaan Allah dengan melaksanakan segala perintah-Nya.

CARA MENDAPATKAN

 Bergaul dengan ulama dan para Solihin

 Sentiasa mengambil iktibar daripada kisah kaum terdahulu

 Sentiasa bertaubat sentiasa mengingati mati

 Bermujahadah menentang hawa nafsu .

 Melaksanakan amal ibadah dengan penuh kesungguhan dan istiqamah

 Tidak berputus asa dengan merayu dan merintih kepada Allah.

CONTOH KHAUF DAN RAJA’ YANG DIAMALKAN OLEH RASULULLAH SAW

CONTOH 1.

 Rasulullah mendirikan solat sunat Gerhana matahari dengan khusyuk,

 pada sujud terakhir nya baginda menangis kerana berasa takut Allah menurunkan azabRasulullah merintih dengan bersabda:

“Wahai Tuhanku bukankah Engkau telah berjanji kepada aku untuk tidak mengazab mereka, pada ketika aku ada bersama-sama mereka?. Tuhanku bukankah engkau telah berjanji kepada aku , untuk tidak mengazab mereka, apabila mereka memohon ampun?. Sekarang kami sedang

memohon ampun kepadaMu”. (Sunan Abu Daud : Kitab al-Solah) CONTOH 2

 Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW, pernah menziarahi seorang lelaki yang sedang terlantar.

 Rasulullah SAW, bertanya tentang perasaannya pada ketika itu, lelaki itu memberitahu baginda, bahawa dia sangat mengharapkan rahmat Allah dan merasa sangat takut,

akan dosa-dosa yang pernah dilakukannya

 Lalu Rasulullah SAW, bersabda:

(Riwayat at-Tirmizi) Maksud:

Tidak berhimpun kedua-duanya dalam hati seseorang hamba Allah pada ketika itu melainkan Allah memberikan apa yang diharapkan dan menyelamatkan daripada apa-apa yang ditakutkan

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH

PERKARA KHAUF RAJA’

KONSEP KHAUF DAN RAJA’ YANG

SEIMBANG

1. Rasa takut kepada Allah hendaklah diiringi dengan tindakan yang selari dengan syarak 2. Seorang yang mengharapkan keredaan Allah hendaklah melakukan amal ibadah dan

menjauhi perbuatan maksiat.

3. Ganjaran syurga daripada menjadi ganjaran syurga dapat menjadi motivasi untuk seseorang itu mendekatkan diri kepada Allah .

4. Perasaan Khauf terhadap balasan neraka akan menjadi benteng daripada keinginan melakukan maksiat.

5. Perasaan Raja’ akan mendorong seseorang untuk berlumba-lumba melakukan ibadah tanpa putus asa terhadap rahmat Allah.

6. Khauf dan rRaja’ hendaklah berpaksikan husnuzon kepada Allah .

(Sheikh Abdul Samad al-Jawi: Sirus Salikin Ila Ibadah Rabbil Alamin)

HIKMAH KHAUF DAN RAJA’

1. Melahirkan insan yang sentiasa mengingati Allah dalam setiap keadaan . 2. Melahirkan insan yang bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan kerana yakin

Allah melihat dan menilai setiap perbuatannya.

3. Mendidik jiwa insan agar sentiasa menjauhi larangan Allah kerana takut akan

kemurkaan-Nya. Melahirkan insan yang sentiasa berasa gembira melakukan kebaikan supaya mendapat kemanisan Iman .

4. Melahirkan insan yang sentiasa bertawakal kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh.

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH

T4 :PEL 24: ADAB TERHADAP ORANG SAKIT DAN ORANG KURANG UPAYA -

UNIT 1 : ADAB TERHADAP ORANG SAKIT

Dalil Naqli

Abu Musa al-Asy'ari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

Maksud:

Ziarahilah orang yang sakit berikan makanan kepada orang yang lapar dan bebaskanlah tawanan

IBADAH

1. Mendoakan kesihatan mereka 2. Membantu mereka yang ingin

melakukan ibadah

EMOSI

1. Memberikan semangat dan motivasi agar mereka sabar dan redha

2. Tidak melakukan sesuatu yang boleh mengganggu ketenteraman mereka dengan bunyi bising dan tempoh ziarah yang lama

FIZIKAL

1. Memastikan tempat dan tubuh badan pesakit sentiasa bersih 2. Menyediakan keperluan dan

kemudahan asas untuk pesakit

HIKMAH BERADAB KEPADA ORANG SAKIT

1.

Menggembirakan pesakit agar hatinya tenang dalam menempuh ujian Allah

2.

Mengeratkan ukhuwah sesama anggota masyarakat agar hidup diberkati Allah

3.

Melahirkan keinsafan kerana

diberikan nikmat kesihatan setelah

melihat penderitaan pesakit

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH

1. Menyediakan kemudahan kepada mereka untuk melakukan ibadah dengan selesa

2. Membantu mereka dengan memberikan tunjuk ajar mengenai urusan

1. Memberikan layanan dengan penuh kasih dan sayang terhadap mereka

2. Tidak mengejek dan menghina mereka

1. Memastikan kemudahan asas yang disediakan untuk mereka tidak disalahgunakan

2. Menyediakan ruang dan memberikan peluang kepada mereka sesuai dengan keperluan mereka

UNIT 2 : ADAB TERHADAP ORANG KURANG UPAYA

Maksud Orang Kurang Upaya

Seseorang yang tidak mempunyai keupayaan untuk melibatkan diri secara efektif dalam masyarakat dari segi fizikal mental intelektual atau

pancaindera sejak lahir atau selepasnya

IBADAH

EMOSI

FIZIKAL

HIKMAH BERADAB TERHADAP ORANG KURANG UPAYA 1. Menimbulkan rasa dihargai dalam diri

orang kurang upaya kerana mendapat perhatian dan keistimewaan

2. Memupuk sifat kebersamaan terhadap semua golongan masyarakat agar perpaduan dapat diwujudkan

3. Melahirkan rasa syukur kerana diberikan fizikal dan mental yang sempurna 4. Memudahkan orang kurang upaya

melakukan urusan harian

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH T5 : PEL 18 : TAWADHUK MENZAHIRKAN KESUCIAN JIWA

CONTOH SIFAT TAWADHUK

1 TAWADHUK DALAM PERGAULAN

 Rasulullah SAW menunjukkan sifat tawadhuk ketika bergaul terutama dengan kanak-kanak.

 Walaupun mempunyai kedudukan yang mulia, baginda tidak sombong dengan kedudukannya. Sebaliknya baginda menghormati dan menyayangi kanak-kanak.

 Baginda sentiasa bersikap lemah lembut dan menunjukkan kasih terhadap mereka.

 Anas bin Malik ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW selalu menyantuni kanak-kanak dengan mendahulukan ucapan salam ketika bertemu dan membelai rambut mereka dengan perasaan kasih sayang. (Riwayat al-Bukhari)

2

TAWADHUK KETIKA MAKAN DAN

MINUM

 Rasulullah SAW menunjukkan sifat tawadhuk ketika makan dan minum.

 Baginda tidak pernah mencela makanan yang disediakan untuk Baginda.

 Jika baginda menyukai makanan tersebut, Baginda akan memakannya.

 Apabila Baginda tidak menyukainya, Baginda meninggalkannya.

 Baginda tidak menzahirkan perasaannya sebaliknya hanya berdiam.

3

 Rasulullah SAW menunjukkan sifat tawadhuk ketika bersama-sama dengan keluarga.

 Baginda bersama-sama membantu isteri melayani keluarga dan menguruskan rumah tangga.

 Urwah bin Zubair ra berkata, seseorang bertanya kepada Saidatina Aisyah radhiallahuanha : Adakah Rasulullah SAW bekerja di dalam rumah Baginda? Lalu Saidatina Aisyah menjawab : Rasulullah SAW menampal selipar, menjahit pakaian dan melaksanakan

tanggungjawab dalam rumah

tangga sepertimana yang dilakukan oleh orang lain. (Riwayat Ahmad) MAKSUD

TAWADHUK Sikap kerendahan hati kepada Allah SWT dan

sesama manusia.

HIKMAH TAWADHUK

1. Membentuk insan yang bertaqwa kerana sentiasa mengamalkan sifat mahmudah.

2. Dikasihi masyarakat kerana tidak bersikap sombong.

3. Membentuk keluarga yang harmoni kerana saling menghormati antara satu sama lain.

4. Mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah SWT kerana sentiasa bersyukur.

5. Membudayakan sikap merendah diri demi kepentingan Islam..

KESAN ABAIKAN TAWADHUK 1. Membentuk insan yang

sombong dan

mementingkan diri sendiri.

2. Dibenci oleh masyarakat 3. Kehidupan tidak aman

dan jiwa tidak akan tenang.

4. Dimurkai oleh Allah SWT..

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH T5 : PEL 19 : ISTIQAMAH JALAN MENUJU MUJAHADAH

CONTOH SIFAT ISTIQAMAH YANG DIAMALKAN OLEH RASULULLAH SAW

ISTIQAMAH DALAM IBADAH

 Rasulullah SAW istiqamah beribadat kepada Allah SWT.

 Baginda tidak jemu memohon keampunan daripada Allah SWT walaupun Baginda seorang yang maksum.

 Abu Hurairah radhiallahuanhu mengatakan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda : Demi Allah SWT, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah SWT lebih dari 70 kali setiap hari. (Riwayat al-Bukhari)

Al-Imam al-Ghazali rahimahullah berkata : Antara tanda kecintaan seorang hamba kepada ALLAH SWT termasuklah apabila dia mengutamakan perkara yang disukai oleh Allah SWT melebihi keinginan nafsu dan kepentingan

diri sama ada secara zahir atau batin. (Ihya’ Ulumuddin)

ISTIQAMAH DALAM BERDAKWAH

 Rasulullah SAW tetap berdakwah menyebarkan agama Islam walaupun menghadapi pelbagai kesusahan dan ancaman.

 Sifat istiqamah Rasulullah SAW dalam berdakwah terserlah melalui ketegasan baginda yang tidak akan meninggalkan usaha dakwah walaupun digantikan dengan kesenangan dunia. (Nurul Yakin Fi Sirah Sayyidil Mursalin)

Antara wasiat al-Imam al-Syafie rahimahullah : Benteng iman itu terdapat dalam 5 perkara iaitu keyakinan, keikhlasan, melazimi

ibadat sunat, istiqamah dalam beramal dan berdisiplin dalam beribadat. (Ihya’ Ulumuddin) MAKSUD

ISTIQAMAH Ketaatan yang

berterusan dalam melaksanakan

suruhan Allah SWT dan menjauhi laranganNya.

CARA MEMILIKI SIFAT ISTIQAMAH 1. Sentiasa bermujahadah melawan

hawa nafsu agar berterusan mengamalkan sifat mahmudah.

2. Sentiasa berdoa memohon bantuan Allah SWT agar dapat melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan laranganNya secara berterusan.

3. Sentiasa membaca dan mengambil iktibar daripada kisah para rasul yang istiqamah melakukan kebaikan.

4. Sentiasa muhasabah diri agar ikhlas dan sabar dalam setiap tindakan.

5. Sentiasa mempelajari ilmu dengan istiqamah supaya menjadi amalan dalam kehidupan.

6. Sentiasa berkawan dengan rakan yang berdisiplin dalam melakukan kebaikan.

HIKMAH MENGAMALKAN SIFAT ISTIQAMAH DALAM KEHIDUPAN

1. Menzahirkan individu yang berakhlak mulia kerana melaksanakan

kebaikan secara berterusan.

2. Membentuk insan yang teguh pendirian dalam mempertahankan kebenaran.

3. Memperkukuh jati diri dengan sifat sabar dan tidak berputus asa untuk berjaya.

4. Memupuk sikap sanggup berkorban harta dan nyawa demi

mempertahankan Islam.

5. Membangunkan ekonomi kerana komitmen semua pihak untuk memajukan negara. 6. Melahirkan sifat kebersamaan dalam

masyarakat kerana sentiasa menjaga kepentingan bersama.

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH T5 : PEL 21 : SIFAT MAZMUMAH MERACUNI HATI

SIFAT MAZMUMAH MAKSUD CONTOH

RIYAK Melakukan amalan untuk dilihat dan dipuji oleh orang

lain.

Melaksanakan solat sunat hanya jika berada di hadapan orang.

Bersedekah kerana mengharapkan pujian manusia

‘UJUB Berasa bangga dengan amalan dan kelebihan yang

ada pada diri sendiri.

Berasa bangga dengan kehebatan ilmu yang dimiliki.

Merasakan diri lebih soleh berbanding orang lain.

HASAD

Perasaan dengki melihat kelebihan yang ada pada seseorang dan berharap supaya kelebihan tersebut

hilang daripadanya.

Berasa dengki dengan rakan yang memiliki kekayaan harta atau pangkat

dan berharap agar dia jatuh miskin.

Berasa cemburu dengan seseorang yang memiliki rupa paras yang cantik

dan berharap agar dia menjadi cacat.

IMAM AL-AL-GHAZALI RAHIMAHULLAH MENYENARAIKAN SEPULUH SIFAT MAZMUMAH YANG PERLU DIHINDARI.

ANTARANYA IALAH : 1. Banyak makan dan minum.

2. Banyak berkata yang sia-sia.

3. Pemarah.

4. Hasad dengki.

5. Kasih kepada harta (Bakhil) 6. Mencintai harta dan pangkat.

7. Hati yang terpaut pada dunia.

8. Bersikap sombong (takbur) 9. Bangga diri (Ujub)

10. Menunjuk-nunjuk (Riyak)

CARA MENINGGALKAN SIFAT MAZMUMAH 1. Sentiasa mengamalkan sifat mahmudah

dan menjauhi sifat mazmumah.

2. Sentiasa muhasabah diri agar terhindar daripada sifat mazmumah.

3. Sentiasa mengawal keinginan nafsu yang suka akan kemegahan dunia seperti harta, pangkat dan jawatan.

4. Sentiasa berzikir kepada Allah SWT untuk menyucikan jiwa seperti beristighfar dan bertasbih.

5. Mencontohi akhlak mulia para rasul dan sahabat danlam kehidupan.

6. Sentiasa bersahabat dengan rakan yang berakhlak mulia agar sentiasa istiqamah mengamalkan sifat mahmudah.

HIKMAH MENINGGALKAN SIFAT MAZMUMAH / KEPENTINGAN SIFAT MAHMUDAH 1. Membentuk akhlak mulia kerana

menghindarkan diri daripada larangan Allah SWT.

2. Mendidik jiwa supaya sentiasa tunduk kepada kekuasaan Allah SWT.

3. Memperkukuh jati diri muslim dengan mengamalkan sifat mahmudah.

4. Mendapat ketenangan hidup kerana menjaga hubungan sesama manusia.

5. Memartabatkan imej Islam sebagai contoh terbaik dalam membangunkan modal insan.

KESAN PERLAKUAN SIFAT MAZMUMAH 1. Dimurkai oleh Allah

2. Menjatuhkan maruah diri, keluarga, negara dan agama

3. Jiwa tidak tenang kerana dipenuhi rasa iri hati.

4. Hati menjadi gelap kerana banyak dosa

Dokumen terkait