• Tidak ada hasil yang ditemukan

MODUL KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM

3.4 Objektif Modul Kursus Praperkahwinan Islam

Dalam institusi perkahwinan, setiap pasangan suami isteri diamanahkan

oleh Allah tanggungjawab tertentu yang perlu dilaksanakan bagi

merealisasikan pembentukan sebuah keluarga bahagia di dunia dan akhirat.

23

Muhammad Shaded (1994), Metodologi Al-Quran Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur : Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, hlm. 153.

Bagi setiap bakal pengantin wajar mempersiapkan diri dengan ilmu

dan amalan berumahtangga agar kesempurnaan hidup berumahtangga dapat dikecapi. Langkah bijak Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri dengan

mewajibkan setiap bakal pengantin menghadiri kursus perkahwinan yang

dianjurkan oleh jabatan-jabatan dan swasta merupakan satu alternatif bagi

mempersiapkan diri mereka dengan ilmu kekeluargaan agar dapat

menyeberangi alam berumahtangga sejajar dengan kehendak lunas-lunas

agama.

Di samping itu, ia juga bertujuan untuk memberikan daya tahan

dalam mengharungi hidup berumahtangga. Modul yang dirangka khusus ini

terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian berkaitan asas-asas pembinaan

insan, bahagian pengurusan keluarga dan bahagian pengurusan masalah keluarga.24

Bagi setiap bahagian modul tersebut mempunyai objektifnya tersendiri.

Modul berkaitan asas pembinaan insan bertujuan mempertingkatkan

pengetahuan dan kefahaman peserta kursus dalam menuju pembentukan

keluarga sejahtera dengan memberi penekanan kepada aspek pengetahuan dan

kemahiran mengenai konsep dan ciri-ciri pembinaan insan bagi melahirkan

generasi berilmu, beramal dan bertaqwa.25

24

Datuk Hj Mohamad Shahir b. Hj Abdullah, (2002), op.cit, hlm. xiii

25

_______ (2002), Rasulullah Menjana Kecemerlangan Keluarga Dalam Menghayati Keindahan Islam, Pahang : Jabatan Agama Islam Pahang, hlm. 46

Peserta juga akan mendapat pengetahuan dan kemahiran berhubung

dengan asas pembinaan insan melalui kefahaman tentang asas-asas fardhu ain untuk menghadapi alam perkahwinan yang merangkumi akidah, akhlak dan

munakahat.26

Menerusi bahagian ini juga ia bertujuan untuk membantu pasangan

mengetahui kedudukan dan hak mereka dalam perkahwinan serta

mempastikan perkahwinan mereka mendapat pengiktirafan agama dan

pentadbiran negeri yang berkenaan. Kepastian tentang sah atau tidak

perkahwinan yang dilakukan ada implikasi terhadap kesabitan keturunan dan

perlindungan undang-undang apabila timbul perkara berbangkit berkaitan

perkahwinan.

Di samping itu, peserta kursus akan mendapat penjelasan yang

lengkap berhubung dengan prosedur pembubaran perkahwinan mengikut

Undang-Undang Keluarga Islam. Justeru itu, mereka dapat memahami

tanggungjawab sebagai individu muslim jika ikatan perkahwinan hendak

dibubarkan atau selepas pembubaran dan mengetahui adanya peruntukan

undang-undang yang mesti mereka patuhi walaupun ikatan perkahwinan telah

putus. Lantaran itu, mereka juga dapat membuat persediaan diri dan lebih

bertanggungjawab serta amanah sejajar dengan perkahwinan dan kasih sayang

kekeluargaan.27

26

Ibn Mustafa (1993), Keluarga Islam Menyongsong Abad 21, Bandung : Al-Bayan, hlm 16

27

N ir A mad Ibr h m (2005), Mauqif Syar ah Isl miyyah min Tawla mar ah li-Aqd al-Nika Dir sah Fiqhiyyah Muq ranah, Iskandariah : D r al-jami ah al-Jad dah, hlm. 7

Untuk bahagian kedua pula iaitu pengurusan rumahtangga,

mendedahkan para peserta kursus tentang aspek asas pengurusan keluarga yang merangkumi hubungan dalam keluarga, pengurusan sumber keluarga dan

komunikasi suami isteri. Pengetahuan dan kemahiran dari ketiga-tiga bidang

pengurusan ini akan dapat membantu hubungan suami isteri mencapai

kesejahteraan hidup berkeluarga serta menjamin keutuhan dalam institusi

keluarga.28

Melalui pengetahuan hubungan dalam keluarga bertujuan memberi

lebih kefahaman tentang hubungan dalam keluarga yang meliputi fungsi

hubungan suami isteri, hubungan kelamin, kepentingan dan cara-cara

mewujudkan hubungan baik dengan ibubapa dan mertua serta melahirkan

suasana baik hidup berjiran yang juga boleh mempengaruhi kebahagiaan sesebuah rumahtangga atau sebaliknya.29

Pengetahuan pengurusan sumber keluarga pula bermatlamat memberi

penjelasan tentang aspek-aspek yang meliputi kepentingan dan matlamat

pengurusan kewangan keluarga serta langkah-langkah merancang perbelanjaan

keluarga, kepentingan masa untuk pembahagian aktiviti hidup yang seimbang

serta konsep kesihatan dan kepentingan penjagaan kesihatan berkeluarga.30

28 Mohd Fazli Sabri dan Jariah Masud (2004), Malaysia Journal of Family Studies , Bil. 1, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur, hlm. 2

29

Mu ammad bin al-Sidd q al-Sh fi (t.t), Dalil al-F lih n li-turuq Riy d al-S lih n, j.2, Mesir : Syakirah Maktabah wa Ma ba ah Mu af al-B b al- alab wa Awl dih, hlm. 108

30

Selain itu, objektif bahagian ini memberi pengetahuan cara-cara

membina perhubungan yang membawa kasih sayang dan ketenangan melalui komunikasi berkesan.31

Objektif bahagian ketiga iaitu pengurusan masalah dalam keluarga

adalah memberi pengetahuan dan kemahiran untuk menangani serta

menguruskan konflik yang berlaku dalam rumahtangga dari masa ke semasa

bagi mencapai matlamat pembinaan keluarga yang sakinah.32

Pengurusan konflik bertujuan memberi kefahaman tentang pengertian

konflik, mengenalpasti punca-punca konflik, bentuk-bentuk konflik, memahami

undang-undang yang berkaitan dengan darar atau keganasan dalam

rumahtangga serta mengetahui cara menyelesaikan konflik.33

Manakala perkhidmatan kaunseling di Jabatan Agama Islam pula

memfokuskan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan kaunseling

meliputi definisi, bentuk, matlamat, tanggungjawab klien dan kaunselor serta

cara-cara mendapatkan perkhidmatan kaunseling.

Seterusnya, penjelasan yang lengkap diberikan berhubung dengan

prosedur pembubaran perkahwinan mengikut undang-undang keluarga Islam

31

Abu Bakr Jabir Al-Jazairi (2003), Pedoman Hidup Muslim, Hasanuddin dan Didin Hafidhuddin (terj.) Singapura : Darul Fajr Publishing House, hlm. 152

32

Abi al-Q sim Mu ammad bin A mad (2008), al-Q wanin al-Fiqhiyyah. Mesir : D r al-Andalus al-Jad dah, hlm. 249

33

meliputi penyelesaian konflik suami isteri, prosedur mohon perceraian,

perceraian di luar Mahkamah dan jenis serta proses perceraian.

3.5 Pelaksanaan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan