• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 3: PELAKSANAAN CSR DI BANK ISLAM TERPILIH DI MALAYSIA

3.2.6 Program-program CSR yang dijalankan

3.2.6.3 Para pelanggan

BMMB turut menjalankan tanggungjawab sosialnya kepada pelanggan dan juga bakal-bakal pelanggannya. Pelbagai aktiviti dilakukan bagi menarik lebih ramai pelanggan sama ada yang baru dan juga yang lama di samping memastikan hubungan yang terjalin tidak hanya terhenti di kaunter-kaunter bank sahaja.

Antara tanggungjawab sosial yang telah dilaksanakan BMMB terhadap para pelanggannya ialah menaja Program Halal Malaysia Peringkat Negeri Kedah pada April 2011 yang lalu yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah dengan kerjasama Persatuan Bank-Bank Islam Malaysia. Objektif utama program tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada syarikat-syarikat SME dan masyarakat awam khususnya di Kedah mengenai kepentingan produk halal dan untuk memaksimumkan standard halal yang dibangunkan oleh kerajaan. Program ini juga memberi pendedahan kepada syarikat SME tentang prosedur permohonan sijil halal dan insentif yang diberikan oleh kerajaan kepada industri halal di samping meneroka peluang-peluang perniagaan di dalam industri halal dan pembiayaan perniagaan Islam. BMMB sebagai penaja telah diberi satu slot dalam menerangkan secara ringkas mengenai pembiayaan perniagaan kepada para peserta. Program yang dijalankan seperti ini secara tidak langsung dapat memberi pengetahuan kepada pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana berkaitan produk-produk pembiayaan yang ditawarkan oleh bank ini.

Selain itu, BMMB bersama beberapa agensi yang lain seperti TEKUN Nasional, SME bank, dan CGC (Credit Guarantee Corporation) telah menyertai

143 program ‗1Malaysia Young Entrepreneur Challenge (1MYEC)‘ yang telah dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI). Program ini bertujuan untuk memberi panduan kepada graduan-graduan tempatan yang baru menamatkan pengajian untuk menjadi usahawan terutamanya cara untuk memperoleh pembiayaan projek bagi memulakan perniagaan. Graduan bagi program ini dikehendaki menghadiri Skim Usahawan Siswazah sebelum dibenarkan memohon untuk Tabung Usahawan Siswazah. Program yang dijalankan ini dapat membantu siswazah merancang masa depan supaya lebih teratur dan bersistematik234.

BMMB juga turut sama terlibat dalam meningkat dan memodenkan sistem pengangkutan awam di peringkat negeri Perak apabila menandatangani perjanjian pembiayaan antara BMMB dengan The Combined Bus Services Sdn Bhd. Perjanjian pembiayaan ini merupakan sebahagian daripada penglibatan dan komitmen BMMB dalam menyediakan pembiayaan perniagaan berasaskan syariah kepada para pelanggan. Pembiayaan yang diberikan kepada syarikat pengangkutan berkenaan mampu memberi keselesaan kepada rakyat negeri Perak selari dengan hasrat kerajaan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan235.

Bersempena dengan kempen Gadai Janji Komuniti Muamalat (MCM), BMMB telah menganjurkan Program Gadai Janji Komuniti Muamalat pada Mac 2011 dengan kerjasama Surau Al-Ittihadiyyah Seksyen 9 bertempat di Shah Alam

234―1Malaysia Young Entrepreneur Challenge (1MYEC)‖

http://www.muamalat.com.my/corporate-overview/corporate-responsibility/marketplace/2011/1myec-program.html, akses pada 15 November 2011.

235―Majlis Menandatangani Perjanjian Pembiayaan Antara The Combined Bus Services Sdn Bhd Dengan Bank Muamalat‖,http://www.muamalat.com.my/corporate-overview/corporate-responsibility/marketplace/2011/maj-menandatangani-tcbs-bm.html, akses pada 15 November 2011.

144 Selangor. Program ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan pakej baru pembiayaan semula perumahan bank ini di samping mewujudkan kesedaran berkaitan jenama dan imej BMMB di dalam pasaran236.

Selain dari program berbentuk pembiayaan dan sebagainya BMMB juga turut mengukuhkan hubungan perniagaannya dengan pelanggan melalui aktiviti kesukanan. Atas semangat itu, BMMB telah mengadakan pertandingan bowling persahabatan antara wakil kakitangan BMMB bersama-sama dengan CMCA (Central Management Catalogue Agency Malaysia Sdn. Bhd) pada Jan 2011 yang lalu. Aktiviti berbentuk riadah dan sukan ini mampu mengekalkan semangat saling hormat menghormati dan saling mempercayai antara bank dan juga pelanggan yang secara tidak langsung dapat memberi sokongan kepada BMMB tersebut237.

3.3 Pelaksanaan CSR di Affin Bank Berhad

3.3.1 Pengenalan

Affin Bank Berhad merupakan anak syarikat milik penuh Affin Holding Berhad yang tersenarai di Bursa Malaysia. Ia memulakan operasinya pada Januari 2001 berikutan dengan penggabungan antara Perwira Affin Bank Berhad dan BSN Commercial (M) Berhad pada Ogos 2000. Pada Jun 2005 ia bergabung pula dengan Affin –ACF Finance Berhad. Sehingga sekarang bank ini mempunyai 82

236“Muamalat Community Mortgage (MCM)‖,

http://www.muamalat.com.my/corporate-overview/corporate-responsibility/marketplace/2011/muamalat-community-mortgage.html, akses pada 15 November 2011.

237―Program Kejohanan Bowling Persahabatan Antara BMMB vs CMCA‖,

http://www.muamalat.com.my/corporate-overview/corporate-responsibility/workplace/2011/kejohanan-bowling-BMMB-CMCA.html, akses pada 15 November 2011.

145 cawangan di seluruh negara dan sedang di dalam proses untuk menaiktarafkan cawangan-cawangannya untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat.

Bank ini menyediakan perbankan runcit dan korporat kepada pelanggan-pelanggannya. Unit perniagaan bagi bank ini terdiri daripada perbankan perusahaan (enterprise banking), perbankan pengguna (consumer banking), hutang dan pasaran modal (debt and capital market) dan juga sewa beli. Bagi consumer banking, Affin Bank menyediakan produk kad kredit, pinjaman peribadi, gadai janji dan juga deposit. Produk enterprise bankingnya ditawarkan kepada syarikat-syarikat, pelanggan-pelanggan institusi dan perkhidmatan dalam perbankan korporat, pembiayaan kontrak dan pembiayaan perdagangan. Enterprise banking ini telah memainkan peranan penting sebagai pengantara kepada unit-unit bisnes yang lain melalui kontrak dan peluang238.

Moto ―Perbankan Tanpa Batasan‖ mengambarkan tiadanya sempadan dan batasan dalam proses-proses yang dilakukan oleh Affin Bank dan juga pendiriannya dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggannya. Ia juga membawa maksud menjangkau hingga kepada pelanggannya, iaitu meningkatkan hubungan baik dengan mereka, menjadikan setiap dari mereka tidak hanya sebagai yang terpilih tetapi juga diberi hak keistimewaan di samping meningkatkan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan tersebut. Kesimpulannya, Affin Bank mengambil pendekatan baru dalam perbankan dan dalam usaha merubah wajah perbankan konvensionalnya239.

238http://www.affinbank.com.my/corporate/history.html , 8 Julai 2009.

146 Affin Islamic Bank yang merupakan anak syarikat bagi Affin Bank mula beroperasi pada April 2006 merupakan sebuah bank yang beroperasi sepenuhnya mengikut landasan Syariah Islam dan menawarkan ruang lingkup yang luas dalam menawarkan produk-produk perbankan Islam dan perkhidmatan yang meliputi perbankan perusahaan dan runcit240.

3.3.2 Visi

Bank ini mempunyai visi untuk menjadi sekutu utama dalam pertumbuhan kewangan dan perkhidmatan yang inovatif241.

3.3.3 Misi

Affin Bank mempunyai misi untuk menyediakan penyelesaian kewangan dan perkhidmatan yang inovatif kepada pelanggan-pelanggan sasaran untuk meningkatkan kadar keuntungan dan mewujudkan nilai kepada pemegang-pemegang saham dan juga pihak berkepentingan. Untuk melakukan demikian, bank ini menyediakan peluang kepada pekerja untuk menyumbang, menonjol dan menjadi kompetetif dalam menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan kepada pelanggan. Bank ini juga akan menjalankan perniagaan dengan penuh berintegriti dan profesional dengan memenuhi prinsip-prinsip amalan urus tadbir yang baik di samping berdisiplin dalam meningkatkan jumlah pinjaman dengan menetapkan pendirian tiada toleransi terhadap NPL (hutang ragu).242

240Ibid. 241Ibid. 242Ibid.

147

3.3.4 Nilai-nilai yang dipegang

Dalam melaksanakan operasi perniagaannya, terdapat nilai-nilai yang dipegang bagi memastikan setiap pihak berkepentingan mendapat faedah dari operasi bank dan juga memperolehi kepuasan dalam mendapatkan perkhidmatan di bank ini. Yang pertama ialah, perkhidmatan kepada pelanggan. Dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan, nilai-nilai yang diutamakan243 ialah pelanggan akan diutamakan dalam setiap aspek dan kualiti dalam memberi perkhidmatan diberikan penekanan untuk memastikan kepuasan pelanggan terjamin dan sekaligus dapat meningkatkan prestasi bank.

Yang kedua ialah, perkhidmatan kepada bank itu sendiri. Dalam memberikan perkhidmatan kepada bank, nilai-nilai seperti kesetiaan, komitmen yang menyeluruh, dan kejayaan melalui kerjasama244 dipraktikkan bagi memastikan operasi syarikat akan berjalan lancar dan menambahkan kecekapan bank dalam menyediakan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan. Dan yang ketiga ialah nilai yang dipegang dalam melaksanakan kerja. Antara nilai-nilai yang diamalkan oleh bank ini ialah disiplin, integriti, kerendahan hati, penyayang, dan kreativiti245.

243Ibid. 244Ibid. 245Ibid.

148