yang luas di Kuala Lumpur adalah tidak tertutup, dengan itu membenarkan sampah atau sisa plastik yang terlepas daripada tong sampah dihanyutkan atau ditiupkan ke dalam parit dan dibawa ke laluan air.
22% (147 tan) plastik sungai dan laut yang selebihnya memasuki laluan air menerusi darat oleh angin, sementara 7% (43 tan) plastik sungai dan laut dilambakkan terus ke dalam sungai. Lambakan terus ini adalah sebahagian daripada pembuangan tetapi ter-utamanya daripada longgokan sampah di tebing sungai. Akhir sekali, adanya perawatan air buangan di Kuala Lumpur memastikan bahawa sisa plastik yang dikumbah ke dalam tandas dikeluarkan, dan dengan itu tidak dimasukkan sebagai satu laluan.
Rajah 22
Laluan utama pencemaran plastik.
Parit ke air Darat ke air
Terus ke dalam air
CLOSING THE LOOP (MENINGKATKAN KESEDARAN) AKAN PENCEMARAN DI KUALA LUMPUR, MALAYSIA | BAB 3 STATUS PENGURUSAN SISA PLASTIK, KEBOCORAN DAN KAWASAN PANAS
Jan 2020 Mac 2020 Mei 2020 Jul 2020 Sept 2020 Nov 2020
Pengeluaran plastik ke dalam air (tan)
0.0 0.5 1.0 1.5 2.0 2.5
Terus ke air Laluan
Parit ke air Darat ke air
Rajah 23
Pengeluaran plastik ke dalam air mengikut masa.
3.4.2 Laluan Plastik Sungai dan Laut Mengikut Masa
Kebergantungan yang kuat bagi pengangkutan plastik dengan keadaan meteorologi boleh dilihat dalam Rajah 23. Di sini pengeluaran plastik ke dalam air mengikut masa menunjukkan dua puncak semasa bulan April dan November, sejajar dengan tempoh presipitasi yang lebih tinggi.
Parit ribut merupakan laluan dominan bagi pengangkutan sisa plastik di dalam perseki-taran ke laluan air, maka presipitasi yang lebih tinggi meningkatkan kemungkinan plastik dibawa ke dalam sungai dan lautan.
3.5 Nasib Sisa Plastik
Pandangan menyeluruh akan sisa plastik di dalam Kuala Lumpur diringkaskan dalam Gambar Rajah Sankey dalam Rajah 24. Boleh dilihat bahawa daripada semua sisa plas-tik yang dijanakan, 88% (161,000 tan) berakhir di tapak pelupusan tempat dikekalkan (142,000 tan), 10.1% plastik diisih untuk kitar semula (16,3000 tan) dan 1.9% sisa plastik yang dijanakan dianggap terkawal di dalam persekitaran (3069 tan). Sisa plastik ini ber-potensi tinggi untuk mengakibatkan kerosakan terhadap persekitaran dan kesihatan ekosistem.
Daripada jumlah ini, 2416 tan setahun sisa plastik, setara dengan 1.5% yang dijanakan, diramalkan akan kekal di daratan atau di dalam parit dan terperangkap di situ. Dengan berlalunya masa dan tanpa aktiviti pembersihan plastik ini akan mengurai dan pecah menjadi banyak mikroplastik, yang banyak daripadanya mencemarkan persekitaran berdekatan. 653 tan (0.4%) yang selebihnya memasuki laluan air menjadi plastik sungai dan laut.
Rajah 24
Gambar rajah Sankey akan nasib sisa plastik di Kuala Lumpur.
Sisa plastik dijana
100%
Diuruskan 98.1%
Kitar semula 10.1%
Kekal di tapak pelupusan 88%
Tidak terkawal 1.9%
Kekal di darat / di dalam parit 1.5%Plastik sungai dan laut 0.4%
72 73
3.5.1 Kitar Semula Plastik
Kuala Lumpur diketahui mempunyai amalan kitar semula aktif dengan penduduk men-jual sisa kepada pedagang sisa dan pusat kitar semula. Kira-kira 95% sisa yang dipungut di Kuala Lumpur dihantar ke Stesen Pemindahan Taman Beringin (TBTB) di Kepong, Kua-la Lumpur, yang terletak kira-kira 500 meter dari Kua-laluan air dan mempunyai cerun 8.5°- 16.5° yang kuat. Secara purata 2000 tan/hari diuruskan. Sisa kitar semula dihantar ke stesen pemindahan ini, yang melakukan pengisihan secara manual untuk bahan yang boleh dikitarkan semula. Walaupun terdapat pemungutan formal pintu-ke-pintu bagi bahan yang boleh dikitarkan semula di Kuala Lumpur, jumlah ini dikira sebagai terlalu kecil dari segi sumbangannya secara keseluruhan untuk kitar semula plastik, dengan mengumpulkan hanya 56 tan plastik keseluruhannya pada tahun 2020.
Walau bagaimanapun, kaedah terbesar bagi kitar semula adalah disebabkan rumah in-dividu dan perniagaan yang membawa bahan sisa kitar semula ke tapak pemungutan dan menjualkannya kepada pedagang sisa, melibatkan 46.5% daripada semua bahan kitar semula yang dijanakan. Begitu juga, sektor kitar semula tak formal dianggarkan mengumpulkan 18.4% lagi bahan kitar semula. Meskipun kadar ini agak tinggi, anali-sis kompoanali-sisi anali-sisa yang dilakukan untuk kerja ini mendapati bahawa secara puratanya hanya 12.7% daripada bahan kitar semula yang dipungut ialah jisim plastik. Sisa plastik seterusnya dikelompokkan, diisih dan dijual kepada pemproses semula.
3.5.2 Dikekalkan di Tapak Pelupusan
Majoriti besar sisa plastik yang dijana di Kuala Lumpur berakhir di Tapak Pelupusan San-itari Bukit Tagar. Kawalan persekitaran yang ketat di tapak ini bermakna sisa plastik ter-utamanya disimpan dalam keadaan selamat dan tidak terlepas ke persekitaran, dengan hanya 12 tan/tahun plastik (0.0084%) diramalkan terlepas.
3.5.3 Pembakaran terbuka
Disebabkan kekurangan bukti akan berlakunya pembakaran terbuka di dalam Kuala Lumpur, nasib plastik ini dikeluarkan daripada analisis. Pembakaran terbuka sisa sangat sukar dipantau, diukur dan dikuatkuasakan; dan diketahui berlaku juga di negara-nega-ra yang mempunyai sistem pengurusan sisa yang canggih. Oleh itu, lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk memahami tahap sebenar pembakaran terbuka di Kuala Lumpur dan di kawasan sekitaran.
3.5.4 Pengekalan di Daratan dan di Dalam Parit
Selain daripada sisa plastik kekal di tapak pelupusan, anggaran sebanyak 1.5% sisa plas-tik diramalkan dalam keadaan kekal dan tersebar merentasi kawasan daratan dan tapak penyaliran. Misalnya, sisa plastik ini mungkin telah terperangkap dalam vegetasi dan juga dalam persekitaran bandar raya. Walaupun dianggap bahawa sisa plastik ini tidak menjadi sampah laut dalam rangka masa pemodelan selama setahun, kemungkinannya sesetengah plastik ini boleh memasuki laluan air dalam tahun-tahun yang seterusnya.
Hal ini terutamanya berlaku jika plastik tersebut mula mengurai dan serpihannya me-masuki persekitaran dalam bentuk mikroplastik (kurang dari 5mm) dengan pengang-kutannya melalui larian permukaan lebih berkemungkinan akan mencemarkan tanah.
Begitu juga, plastik yang kekal di dalam rangkaian parit ribut mendatangkan risiko banjir di kawasan berkenaan apabila menyumbat saluran yang berpotensi menyebabkan ber-lakunya banjir.
CLOSING THE LOOP (MENINGKATKAN KESEDARAN) AKAN PENCEMARAN DI KUALA LUMPUR, MALAYSIA | BAB 3
3.5.5 Pencemaran Plastik Sungai dan Laut
Yang penting, walaupun 0.4% penjanaan sisa plastik menjadi sampah laut mungkin ke-lihatan kecil berbanding dengan aliran lain, nilai ini sebenarnya mewakili 653 tan sisa plastik setahun. Sifat plastik yang ringan bermakna bahawa nilai ini sebenarnya mewaki-li banyak juta bahan. Misalnya, komposisi sampah laut mengandungi 40% beg plastik mengikut berat sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 25.
Dengan mengandaikan satu beg plastik mempunyai berat lebih kurang 5g, ini akan me-wakili 55 juta beg plastik yang memasuki laluan air setiap tahun. Begitu juga, walaupun hanya 12% sampah laut ialah botol plastik, mengandaikan satu jisim purata adalah lebih kurang 20 gram per botol, ini akan mewakili 4 juta botol yang menjadi sampah laut se-tiap tahun.
Rajah 25
Komposisi sisa plastik yang memasuki laluan air.
Rajah 26
Potensi maksimum bagi pengumpulan tahunan pengeluaran plastik di daratan.
Lokasi sebenar sisa plastik boleh memasuki laluan air di dalam Kuala Lumpur dianggar-kan seterusnya dengan melakudianggar-kan kaedah penghalaan aliran, dengan mengandaidianggar-kan pergerakan sisa plastik mengikut corak penyaliran semula jadi daratan, sebagaimana yang diperincikan dalam bahagian metodologi. Hasil ini boleh dilihat dalam Rajah 26 dengan setiap petak mewakili aliran sisa plastik yang boleh lalu menerusi lokasi terse-but selama lebih satu tahun dengan mengandaikan tidak berlaku pengekalannya (stok sifar).
Walau bagaimanapun, disebabkan tidak dapat dielakkan akan berlaku sedikit pengeka-lan dan pembersihan, kami menjangkakan aliran sebenar akan menjadi lebih rendah daripada yang dilaporkan dalam kes terburuk bagi senario tahunan, bagaimanapun merumuskan keseluruhan sampah laut berjumlah 653 tan/tahun.
Botol minuman Botol
plastik lain Bekas, dulang dan besen
Polistirena terkembang
Perkhidmatan penyajian makanan sekali guna
Produk sanitari Barangan tumpat yang lain
Beg plastik
Filem plastik lain
76 77
P80
P87
P96 P97