• Tidak ada hasil yang ditemukan

: pekerjaan akhir responden sebelum terlibat dalam bidang usahawan

Jadual dan Rajah 4.7 menunjukkan majoriti responden iaitu 29 orang responden tidak bekerja atau menjadi suri rumah sepenuh masa sebelum menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Ini diikuti dengan 18 orang responden yang telah bekerja dengan sektor swasta dan 7 orang merupakan kakitangan kerajaan manakala 6 orang responden dalam bidang lain-lain.

Latihan pekerjaan

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative Percent

Valid PERNAH 35 58.3 58.3 58.3

TIDAK PERNAH 25 41.7 41.7 100.0

Total

60 100.0 100.0

Jadual 4.8 : Taburan responden yang pernah menerima latihan pekerjaan

Rajah 4.8 : Taburan responden yang pernah menerima latihan pekerjaan

Daripada Jadual dan Rajah 4.8, didapati majoriti responden iaitu seramai 35 orang (58.3 %) responden memberitahu bahawa mereka pernah menyertai atau mengikuti latihan keusahawanan manakala seramai 25 orang (41.7%) responden pula memberitahu bahawa mereka tidak pernah menerima sebarang latihan keusahawanan.

4.1.2 Bahagian B: Maklumat Perusahaan dan Perniagaan

STATUS PERUSAHAAN

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Valid PERSEORANGAN 34 56.7 56.7 56.7

PERKONGSIAN 15 25.0 25.0 81.7

SYARIKAT SDN BHD 7 11.7 11.7 93.3

SYARIKAT AWAM

BERHAD 4 6.7 6.7 100.0

Total 60 100.0 100.0

Jadual 4.9 : Status Perusahaan

Rajah 4.9 : Status Perusahaan

Jadual dan Rajah 4.9 menunjukkan majoriti 34 orang usahawan wanita mendaftarkan perniagaan mereka di bawah status pemilikan perseorangan . Terdapat seramai 15 orang responden pula mempunyai perniagaan berstatus perkongsian dan seramai 7 orang responden menjalankan perniagaan berstatus syarikat sendirian berhad. Daripada keseluruhan responden, hanya 4 orang responden yang menjalankan perniagaan melalui syarikat berstatus syarikat awam berhad.

JENIS PERUSAHAAN

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Valid MAKANAN DAN

MINUMAN 20 33.3 33.3 33.3

KEDAI RUNCIT 3 5.0 5.0 38.3

AGRO PELANCONGAN 14 23.3 23.3 61.7

HOMESTAY 20 33.3 33.3 95.0

JAHITAN 1 1.7 1.7 96.7

JUALAN LANGSUNG 1 1.7 1.7 98.3

LAIN-LAIN 1 1.7 1.7 100.0

Total 60 100.0 100.0

Jadual 4.10 : Jenis Perusahaan

Rajah 4.10 : Jenis Perusahaan

Melalui jadual dan rajah di atas, dapat di lihat bahawa kebanyakan daripada responden menjalankan perusahaan berasaskan makanan dan minuman serta homestay iaitu seramai 20 orang (33.3%). Ini diikuti dengan perniagaan agro-pelancongan (14 orang- 23.3%), kedai runcit 3 orang serta seorang bidang-bidang lain yang tidak disenaraikan. Hanya sebilangan kecil sahaja daripada usahawan wanita yang terlibat dalam perniagaan jahitan dan jualan langsung iaitu masing-masing 1 orang responden.

Jadual 4.11 : Status Perusahaan dan Jenis Perusahaan

Berdasarkan jadual di atas, dapat dilihat bahawa majoriti usahawan wanita di Kampung Taman Sedia menjalankan perniagaan dengan status pemilikan perseorangan dalam perniagaan berasaskan perusahaan makanan dan minuman. Jika di lihat kepada jenis perniagaan yang dijalankan ini, didapati usahawan wanita menceburkan diri dalam bidang dan aktiviti yang berbentuk tradisional, iaitu bidang dan aktiviti yang sinonim dengan tugas dan tanggungjawab seorang wanita iaitu memasak dan aktiviti tersebut juga merupakan kemahiran asas yang ada pada seseorang wanita. Selain itu, jenis perniagaan berasaskan perkhidmatan iaitu homestay juga mendapat tempat bagi usahawan wanita di kawasan ini kerana aktiviti pelancongan yang pesat di kawasan ini membuka peluang perniagaan ini kepada mereka dengan 17 orang responden menjalankan perusahaan homestay berstatuskan pemilikan perseorangan. Status pemilikan perkongsian pula menunjukkan perusahaan agro pelancongan paling tinggi berbanding yang lain iaitu seramai 7 orang responden menjalankan aktiviti ini dan status perkongsian dilakukan mungkin kerana faktor penggunaan kos yang tinggi dalam membuka perusahaan agro pelancongan ini dan memerlukan bantuan pemilikan perkongsian.

STATUS PERUSAHAAN * JENIS PERUSAHAAN Crosstabulation

TEMPOH PERNIAGAAN

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Valid

1 24 40.0 47.1 47.1

2 18 30.0 35.3 82.4

3 7 11.7 13.7 96.1

4 1 1.7 2.0 98.0

8 1 1.7 2.0 100.0

Total 51 85.0 100.0

Missing System 9 15.0

Total 60 100.0

Jadual 4.12 : Tempoh Menjalankan Perniagaan

Hasil kajian pada jadual 4.12 menunjukkan majoriti responden iaitu seramai 24 orang responden telah menjalankan perniagaan selama 1 tahun. Ini diikuti 18 orang responden yang telah menjalankan perniagaan selama 2 tahun. Hasil kajian juga menunjukkan seramai 7 orang responden telah menjalankan perniagaan lebih dari 7 tahun dan hanya 1 orang responden yang masing-masing menjalankan perniagaan lebih dari 4 tahun dan 8 tahun.

PENGALAMAN

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative Percent

Valid YA 29 48.3 48.3 48.3

TIDAK 31 51.7 51.7 100.0

Total 60 100.0 100.0

Jadual 4.13 : Pengalaman Yang Dimiliki Dalam Bidang Perusahaan

Rajah 4.13 : Pengalaman Yang Dimiliki Dalam Bidang Perusahaan

Daripada 60 orang responden, majoriti responden iaitu seramai 31 orang (51.7%) menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan yang mereka ceburi seperti yang ditunjukkan dalam jadual dan rajah di atas. Hanya 29 orang responden sahaja yang mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan yang mereka ceburi (48.3%).

TEMPOH PENGALAMAN

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Valid

1 9 15.0 40.9 40.9

2 7 11.7 31.8 72.7

3 4 6.7 18.2 90.9

4 1 1.7 4.5 95.5

5 1 1.7 4.5 100.0

Total 22 36.7 100.0

Missing System 38 63.3

Total 60 100.0

Jadual 4.14 : Tempoh Pengalaman Dalam Perusahaan

Berdasarkan 22 orang responden yang mengatakan mereka mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan yang mereka ceburi dalam jadual 4.14 di atas, majoriti daripada responden 9 orang mempunyai pengalaman selama 1 tahun. Ini diikuti dengan 7 orang responden mempunyai pengalaman selama 2 tahun, 4 orang responden berpengalaman selama 3 tahun dan 1 orang responden masing-masing memiliki pengalaman selama 4 tahun dan 5 tahun.

KURSUS YANG DIIKUTI

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Valid BERBAYAR 7 11.7 11.7 11.7

PERCUMA 38 63.3 63.3 75.0

TIDAK PERNAH 15 25.0 25.0 100.0

Total 60 100.0 100.0

Jadual 4.15 : kursus perusahaan / perniagaan yang pernah diikuti.

Rajah 4.15 : kursus perusahaan / perniagaan yang pernah diikuti.

Berdasarkan gambar di atas, didapati seramai 38 orang responden (63.3%) telah mengikuti kursus perniagaan secara percuma diikuti seramai 7 orang responden (11.7%) mengikuti kursus perniagaan yang berbayar manakala 15 orang responden (25.0%) tidak pernah mengikuti kursus perniagaan.

MODAL MULA BERNIAGA

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Valid RM 1000 KE BAWAH 16 26.7 26.7 26.7

RM 5001 - RM 10000 16 26.7 26.7 53.3

RM 50000 DAN KE ATAS 12 20.0 20.0 73.3

RM 1001 - RM5000 11 18.3 18.3 91.7

RM 10000- RM 50000 5 8.3 8.3 100.0

Total 60 100.0 100.0

Jadual 4.16 : Modal Ketika Memulakan Perniagaan

Rajah 4.16 : Modal Ketika Memulakan Perniagaan

Hasil analisis terhadap 60 soal selidik, didapati sebahagian besar daripada responden memulakan perniagaan dengan modal sebanyak RM 5,001-RM 10,000 dan RM 1,000 dan ke bawah iaitu seramai masing-masing 16 orang responden (26.7%). Ini diikuti seramai 12 orang memulakan perniagaan dengan modal sebanyak RM 50,000 dan ke atas (20.0%) dan 11 orang responden (18.3%) pula dengan modal RM 1,001-RM 5,000. Hanya 5 orang responden (8.3%) yang memulakan perniagaan dengan sejumlah modal yang agak besar iaitu sebanyak RM 10,000- RM 50,000 seperti yang ditunjukkan dalam jadual dan rajah 4.16.

SUMBER MODAL

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative Percent

Valid SIMPANAN SENDIRI 31 51.7 51.7 51.7

PINJAMAN INSTITUSI 11 18.3 18.3 70.0

PINJAMAN KELUARGA 16 26.7 26.7 96.7

HARTA WARISAN 2 3.3 3.3 100.0

Total 60 100.0 100.0

Jadual 4.17 : Sumber Modal

Rajah 4.17 : Sumber Modal

Rajah 4.17 menunjukkan sumber modal yang diperolehi oleh responden untuk memulakan perniagaan. Dapatan kajian menunjukkan majoriti daripada responden memulakan perniagaan dengan menggunakan wang simpanan sendiri iaitu seramai 31 orang.

Selain daripada simpanan sendiri terdapat juga responden yang mendapatkan modal melalui sumber-sumber lain seperti pinjaman daripada keluarga, 16 orang dan pinjaman dari institusi kewangan, 11 orang. Selain itu, 2 orang responden juga ada yang mendapatkan sumber modal daripada harta warisan.

Jadual 4.18 : Modal Berniaga dan Sumber Modal

kebanyakan responden mengatakan bahawa modal permulaan mereka adalah di antara RM 5000 dan ke bawah dan ianya diperolehi melalui hasil wang simpanan mereka sendiri. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan usahawan wanita memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan bergantung kepada wang yang dimiliki oleh mereka untuk dijadikan modal permulaan.

Kajian menunjukkan hanya 11 orang responden sahaja yang memulakan perniagaan dengan membuat pinjaman daripada badan-badan kewangan atau persatuan. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan daripada usahawan wanita memulakan perniagaan dengan menggunakan modal sendiri walaupun wang simpanan mereka tidak banyak untuk dijadikan modal. Ini memberikan gambaran bahawa kebanyakan daripada usahawan wanita merupakan individu yang boleh berdikari dan berusaha sendiri.

NASIHAT/ PERTOLONGAN

Valid Frequency Percent Valid Percent

Cumulative Percent

TIDAK MENERIMA 18 30.0 30.0 30.0

IBU BAPA/ KELUARGA 19 31.7 31.7 61.7

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN

5 8.3 8.3 70.0

MARA 8 13.3 13.3 83.3

LAIN-LAIN 10 16.7 16.7 100.0

Total 60 100.0 100.0

Jadual 4.19 : Perkhidmatan pertolongan/nasihat

Rajah 4.19 : Perkhidmatan pertolongan/nasihat

Carta bar di atas menunjukkan majoriti daripada responden iaitu seramai 19 orang responden (31.7%) memperolehi nasihat atau pertolongan dari ibubapa/keluarga. Seramai 18 orang responden (30.0%) tidak pernah menerima sebarang nasihat atau pertolongan daripada mana-mana agensi dan 10 orang responden (16.7) mendapatkan perkhidmatan nasihat daripada lain-lain agensi serta hanya sebahagian kecil responden yang memperoleh nasihat dan pertolongan daripada MARA dan Kementerian Pembangunan Usahawan.

PENDAPATAN

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative Percent

Valid 0-2000 54 90.0 90.0 90.0

2001-4000 3 5.0 5.0 95.0

6001-8000 3 5.0 5.0 100.0

Total 60 100.0 100.0

Jadual 4.20 : Jumlah Pendapatan Bulanan Responden

Rajah 4.20 : Jumlah Pendapatan Bulanan Responden

Berdasarkan jadual 4.20 di atas, majoriti jumlah pendapatan bulanan responden adalah sebanyak RM 2000 ke bawah seramai 54 orang responden (90.0%) dan selebihnya masing-masing sebanyak 3 orang responden (5.0%) iaitu RM 2001 - RM 4000 dan RM 6000 - RM 8000.

4.1.3 Bahagian C : Faktor- Faktor Penglibatan

Bil. Faktor-faktor Penglibatan Min

1 Ingin mencapai cita-cita sebagai seorang usahawan. 4.22

2 Ingin cepat kaya/ menikmati cara hidup mewah. 3.72 3 Mempunyai pengalaman dalam bidang pekerjaan yang diceburi. 3.70

4 Tidak suka bekerja makan gaji. 3.70

5 Ingin berdikari 4.25

6 Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pekerjaan yang diceburi 4.27

7 Ingin mendapatkan kepuasan kerja 4.25

8 Ahli keluarga mendorong saya untuk menceburi bidang pekerjaan. 4.10

9 Kehilangan pekerjaan. 2.37

10 Membantu menyara keluarga. 4.33

11 Rangsangan daripada kejayaan orang lain. 3.83

12 Tidak berpuas hati dengan pekerjaan dahulu. 2.77 13 Dasar kerajaan yang memberikan bantuan kepada usahawan bumiputera. 3.67 14 Desakan hidup menyebabkan saya menceburi bidang pekerjaan 3.52 15 Penglibatan wanita dalam bidang ini dapat meningkatkan pengeluaran sumber

makanan.

4.02

16 Tenaga kerja wanita bekerja hanya untuk memenuhi permintaan agen 2.78 17 Penglibatan dalam pekerjaan dapat meningkatkan taraf kesihatan 3.78 18 Penglibatan dalam bidang ini terdiri daripada golongan berpendapatan rendah 3.47 19 Kemudahan infrastruktur yang disediakan menarik minat anda untuk bekerja 3.83 20 Anak menjadi faktor anda untuk bekerja dalam bidang ini 3.70

21 Penglibatan diri dalam bidang ini untuk mengisi masa lapang 3.83

22 sektor ini memberi impak terhadap kualiti hidup. 4.12

23 Agro pelancongan di Kg. Taman Sedia mendapat sambutan yang menggalakkan. 4.45 24 Aktiviti pelancongan yang pesat membuka peluang perniagaan kepada anda. 4.48

25 Agro pelancongan menjadi sumber pendapatan anda. 4.42

Jadual 4.21 : Min bagi Faktor-Faktor Penglibatan Usahawan

Daripada jadual 4.19 di atas, dapatlah dibuat rumusan bahawa antara faktor-faktor kritikal yang menyumbang kepada penglibatan usahawan wanita ke dalam bidang perniagaan ialah faktor cita-cita untuk menjadi seorang usahawan, faktor ingin hidup berdikari, faktor minat, faktor ingin mendapatkan kepuasan kerja, faktor ahli keluarga sebagai pendorong, faktor ingin membantu menyara keluarga, faktor bidang ini dapat meningkatkan pengeluaran sumber makanan, faktor sektor ini memberi impak terhadap kualiti hidup, faktor agro pelancongan di Kampung Taman Sedia mendapat sambutan yang menggalakkan, faktor aktiviti pelancongan yang pesat membuka peluang perniagaan dan faktor agro pelancongan menjadi sumber pendapatan dengan masing-masing mempunyai nilai min melebihi 4.0.

Selain itu, faktor ingin cepat kaya atau menikmati cara hidup mewah, faktor mempunyai pengalaman dalam bidang pekerjaan yang diceburi, faktor tidak suka bekerja makan gaji, faktor rangsangan daripada kejayaan orang lain, faktor dasar kerajaan yang memberikan bantuan kepada usahawan bumiputera, faktor desakan hidup, faktor penglibatan dalam pekerjaan dapat meningkatkan taraf kesihatan, faktor kemudahan infrastruktur yang disediakan, faktor anak dan faktor penglibatan diri dalam bidang ini untuk mengisi masa lapang menunjukkan masing-masing mempunyai nilai min sebanyak 3.0 ke atas dan tidak melebihi min 4.0.

Bagi nilai min bawah 2.9 pula menunjukkan faktor kehilangan pekerjaan, faktor tidak berpuas hati dengan pekerjaan dahulu dan faktor tenaga kerja wanita bekerja hanya untuk memenuhi permintaan agen kurang dipersetujui oleh responden. Di samping itu, kajian oleh Jean (2002) dan Philippe (2005) juga menunjukkan dapatan yang hampir sama dengan dapatan kajian ini yang mendapati penglibatan usahawan wanita dalam perniagaan dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti minat, bercita-cita untuk menjadi usahawan, faktor ingin hidup berdikari, faktor ingin mendapatkan kepuasan kerja, faktor ahli keluarga sebagai pendorong serta faktor ingin membantu menyara keluarga.

Faktor Utama Penglibatan Usahawan Wanita