Selain daripada membuat pelaburan emas melalui emas fizikal, pelabur di Malaysia boleh membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun simpanan emas.
Terdapat 2 bank yang menawarkan kemudahan akaun simpanan emas iaitu 1. Maybank : Gold Saving Passbook Account (GSPA)
2. Public Bank : Gold Investment Account (GIA)
Gambar: Buku akaun simpanan emas Maybank dan Public Bank
Dengan membuka akaun simpanan ini pelabur tidak mendapat emas fizikal, sebaliknya nilai belian emas akan direkodkan di dalam akaun simpanan emas berkenaan.
AKAUN PUBLIC BANK GIA.
Anda boleh membuka akaun ini di mana-mana cawangan Public Bank di seluruh Malaysia.
Untuk mengetahui Public Bank yang berhampiran tempat anda, sila lawati
http://www.pbebank.com/en/en_content/info/branches.html
Anda juga boleh membeli dan menjual emas sepanjang waktu beroperasi Public bank. Kos membuka akaun simpanan GIA adalah kecil. Anda cuma perlu membeli minimum 20 gram emas sahaja sebagai permulaan. Jika nak tambah pelaburan emas anda, minima ialah 5 gram dan dalam gandaan 1 gram.
Selain itu spread cuma RM4 gram. Memang murah berbanding Maybank GSPA (perbezaan antara RM5.50 ++ /gram)
MELIHAT HARGA EMAS GIA
Sebagai pelabur, anda tentu nak tengok perkembangan harga emas betul tak? Naik ker? turun ker? Jadi anda boleh tengok perkembangan harga emas Public Bank GIA kat sini:
http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html
Gambar: Harga emas harian Public bank GIA
Selling Price = Harga emas yang dijual oleh bank kepada pelabur Buying Price = Harga belian semula bank daripada pelabur
.
Salah satu kelebihan akaun simpanan GIA ialah anda tak perlu simpan emas fizikal. Nilai emas yang dibeli akan direkodkan ke dalam buku simpanan anda. Tak perlu takut hilang emas.
Saya sendiri telah membuka akaun Public Bank GIA di Public Bank Ayer Keroh.
Jadi saya ingin berkongsi maklumat dengan anda tentang akaun Public Bank GIA ini secara terperinci.
First sekali, untuk membuka akaun Public Bank GIA, anda MESTI mempunyai akaun
simpanan (saving) dengan Public Bank. Jika belum ada, maka anda akan diminta membuka akaun simpanan terlebih dahulu. Pegawai Public Bank akan uruskan untuk anda.
Terdapat 2 jenis akaun simpanan yang boleh anda pilih iaitu: 1. Akaun simpanan biasa (Basic- deposit RM20)
http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/deposits/b_savings.html
2. Akaun simpanan Al-Wadiah-i (deposit RM250)
http://www.publicislamicbank.com.my/pibb/en/en_content/personal/wadiah_saving.html
Selepas buka salah satu daripada akaun simpanan di atas, baru boleh buka GIA.
Kalau anda dah ada akaun simpanan Public Bank, maka anda boleh terus membuka akaun GIA.
MAYBANK GOLD SAVING PASSBOOK ACCOUNT (GSPA)
Maybank juga menawarkan akaun simpanan pelaburan emas. Sama seperti GIA, GSPA ini hanya melibatkan pembelian emas melalui buku. Namun GSPA menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal di dalam bentuk 10gram, 20 gram dan 50 gram di cawangan tertentu.
Jika anda berminat membuka akaun simpanan GSPA, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Maybank untuk membukanya.
SYARAT-SYARAT MEMBUKA AKAUN:
1. Pelaburan minimum ialah 5 gram
HARGA EMAS MAYBANK GSPA
Harga emas GSPA boleh di pantau di laman web Maybank2u.com
http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/treasuryRates.do?chCatId=/mbb/Pe rsonal/INV-Investment&programId=INV03-Gold&cntTypeId=0&cntKey=INV03.03
KOMEN SAYA:
1. Dari segi spread, Public Bank GIA adalah lebih rendah berbanding Maybank GSPA.
2. GSPA menawarkan kemudahan mengeluarkan simpanan dalam bentuk jongkong emas sedangkan Public Bank GIA tidak menawarkan pengeluaran di dalam bentuk emas fizikal.
3. Kelemahan yang ketara untuk pelaburan emas melalui akaun simpanan emas ialah anda tidak mendapat emas fizikal. Jadi anda tidak boleh memajak emas sekiranya memerlukan wang. Selain itu anda juga tidak boleh menjual emas jika belum mendapat keuntungan, jika tidak anda akan rugi jika menjual pada harga lebih rendah daripada harga belian.
FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIAMBIL KIRA SEBELUM MEMBELI EMAS PELABURAN.
Bagi memaksimumkan keuntungan, pelabur disarankan mengambil kira faktor-faktor berikut:
1. Harga emas tersebut – semakin murah harganya maka semakin baik. 2. Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Emas fizikal lebih baik. 3. Ketulenan emas – sebaiknya beli emas 999.9 atau 916
4. Stok yang mudah diperoleh walaupun harga turun atau naik. 5. Perbezaan harga belian dan jualan adalah rendah (spread)
6. Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak boleh calar, bengkok atau sumbing, resit asal perlu disediakan dan lain-lain lagi.
7. Adakah anda ingin selalu menggadaikan emas tersebut? Kalau ya maka elakkan membeli syiling emas Kijang Emas dan syiling emas UOB Bank. Ini kerana kedua-dua bank berkenaan tidak akan menerima kembali syiling emas yang tercalar. Anda boleh membaca kisah Kijang Emas yang tercalar di sini:
Topik 3: Memilih emas fizikal atau akaun simpanan emas?
Sekarang anda telah mengetahui bahawa terdapat 2 jenis emas pelaburan yang boleh dibeli iaitu emas fizikal dan akaun simpanan emas.
Persoalannya, yang mana satu sesuai dengan anda? Emas fizikal atau akaun simpanan emas?
Jawapan saya.
BELI EMAS FIZIKAL.
Ia jauh lebih baik daripada akaun simpanan emas. Ini kerana anda boleh menggadaikan emas fizikal dan memperoleh wang jika memerlukan. Jadi, walaupun harga emas jatuh anda tidak akan mengalami kerugian.
Berbeza dengan akaun simpanan emas. Anda akan mengalami kerugian jika menjual pada harga yang rendah daripada harga belian. Anda perlu menunggu sehingga harga naik sebelum mendapat keuntungan.
Emas fizikal boleh dijual pada bila-bila masa kepada sesiapa yang ingin membelinya walaupun ketika cuti atau waktu malam sedangkan untuk akaun simpanan emas anda cuma boleh menjualnya di bank ketika waktu perbankan.
Jika anda menghadapi masalah untuk menyimpan emas fizikal atau takut risiko kehilangan emas fizikal maka barulah saya cadangkan anda melabur di dalam akaun simpanan emas.
Topik 4: Harga emas di Malaysia.
Untuk pengetahuan anda semua harga emas adalah tidak sama di antara satu institusi dengan satu institusi yang lain. Dengan kata lain harga emas adalah bebas ditentukan oleh penjualnya. Sebagai pelabur yang bijak, adalah penting bagi anda untuk membeli emas pelaburan yang hampir dengan harga emas pasaran antarabangsa. Ini bagi meminimumkan kos membeli emas pelaburan berkenaan.
Harga emas antarabangsa di dalam RM boleh dilihat di sini:
http://goldprice.org/gold-price-malaysia.html
Kemudian anda boleh bandingkan dengan harga emas yang dijual oleh institusi lain Berikut saya senaraikan kompilasi harga-harga emas di yang dijual di Malaysia
1. Harga Harian Syiling Kijang Emas
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141
2. Harga Harian Emas Public Bank Gold Investment Account (GIA)
http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html
3. Harga Emas Public Fine Gold (Public Gold)
http://publicgold.com.my/
4. Harga Emas Public Dinar (Public Dinar)
http://publicdinar.com/
5. Harga Dinar Emas Kelantan
http://www.dinarkel.com/
6. Harga Emas UOB Bank Gold Products
http://www1.uob.com.my/jsp/finance/fin_gold.jsp?func=gold
7. Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM)
http://www.fgjam.org.my/
8. Harga Harian Emas Maybank Gold Saving
http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/treasuryRates.do?chCatId=/mbb/Pe rsonal/INV-Investment&programId=INV03-Gold&cntTypeId=0&cntKey=INV03.03
Topik 5: Bagaimana menjana keuntungan dengan
pelaburan emas?
Saya pasti ramai yang ingin mengetahui rahsia menjana pendapatan dengan emas.
Jadi di sini saya ingin berkongsi cara-cara membuat keuntungan dengan emas. Tapi anda perlu siapkan minda anda terlebih dahulu.