• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pelan dan Strategi Pemasaran

Dalam dokumen Sistem perniagaan internet : Anggunasia.com (Halaman 191-195)

Jadual 8.7: Analisa persaingan umum

8.9 Pelan dan Strategi Pemasaran

Untuk memasarkan dan mempromosikan sistem Perniagaan Internet AnggunAsia.com, Energetic Point Sdn. Bhd. (EPSB) mengambil kira empat elemen utama dengan menggunakan pendekatan 4P seperti yang akan diterangkan di bawah. Syarikat perlu mengambil kira pelbagai faktor dalam merancang strategi pemasaran untuk AnggunAsia.com. Ini kerana perkhidmatan ini adalah yang pertama seumpamanya dan masih baru di Malaysia. Jesteru kami perlu memastikan bahawa perniagaan ini dapat sampai kepada pelanggan sasaran dalam usaha untuk membuat jualan pertama.

i) Perkhidmatan

Kelebihan AnggunAsia.com adalah kebaikan-kebaikan sistem Perniagaan Internet yang telah diterapkan pada sistem ini. Pelanggan tidak lagi perlu pergi ke premis perniagaan herba yang jauh dari tempat tinggal mereka, mengalami kesesakan lalulintas, masalah meletak kenderaan dan sebagainya. Mereka bebas untuk memilih produk dan perkhidmatan yang dikehendaki melalui Internet dan yang penting AnggunAsia menawarkan privisi dan keselesaan kepada pelanggan untuk membeli belah dari rumah, pejabat atau dimana sahaja.

Dengan menggunakan sistem pembayaran yang selamat pelanggan tidak perlu risau tentang penipuan, kesilapan atau perkara buruk yang mungkin timbul semasa membuat belian. AnggunAsia.com menggunakan perkhidmatan pemproses kad kredit yang perakui tahap keselamatannya dan turut menyediakan saluran-saluran pembayaran lain yang memudahkan pelanggan membuat bayaran.

Akhir sekali, AnggunAsia menawarkan khidmat penghantaran terus ke rumah pelanggan. Kami menggunakan perkhidmatan kurier yang bermutu dan barangan yang dihantar dijamin selamat tiba ke tangan pelanggan dalam tempoh yang ditetapkan.

Shahizam Ibrahim 2006 © Hak Cipta Terpelihara

ii) Harga (Price)

Harga produk yang dijual di AnggunAsia.com ada berpatutan dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Pelanggan boleh membeli produk serendah RM49 termasuk khidmat penghantaran terus ke rumah pelanggan. Sebagai salah satu strategi pemasaran AnggunAsia.com turut menawarkan potongan diskaun untuk produk tertentu bagi menarik pelanggan. Manakala untuk pelanggan yang membeli dalam kuantiti yang banyak, kami menawarkan pembelian secara pakej. Kelebihan untuk pelanggan adalah mereka akan mendapat potongan harga dan berjimat berbanding membeli secara berasingan. Bagi pihak syarikat langkah ini akan dapat meningkatkan jualan AnggunAsia.com.

iii) Promosi

Promosi adalah perkara yang kritikal daam Perniagaan Internet. Hampir 80% usaha dalam membina Perniagaan Internet adalah menggiatkan promosi untuk AnggunAsia.com. Bagi tujuan meningkatkan kesedaran pelanggan ttentag kewujudan perkhidmatan AnggunAsia.com pihak syarikat telah menggariskan beberapa saluran promosi yang akan digunakan. Antaranya adalah promosi melalui Internet, media eleknonik dan cetak, road show dan kaedah-kaedah promosi yang difikirkan sesuai.

a) Internet: Oleh kerana AnggunAsia.com beroperasi di Internet, medium ini adalah saluran promosi utama kerana majoriti pelanggan AnggunAsia.com adalah pengguna Internet. Promosi melalui Internet amat mudah dan pantas untuk menarik pelawat ke AnggunAsia.com. Selain itu kos pengiklanan Internet juga lebih murah berbanding saluran lain yang memerlukan modal yang tinggi. Berikut disertakan beberapa kaedah promosi menggunakan medium Internet.

 Enjin Carian (Seach Engine)  Direktori

Rancangan Perniagaan AnggunAsia.com

Shahizam Ibrahim 2006 © Hak Cipta Terpelihara

171

 E-mail

 Forum dan Newsgroup  Bertukar pautan  Membeli iklan

b) Media Elektronik : EPSB akan menggunakan saluran media elektronik radio dan televisyen untuk mempromosikan AnggunAsia.com. Pada peringkat permulaan dengan kos romosi yang terhad, radio merupakan media pengiklanan terbaik berdasarkan liputannya yang meluas. Dengan sebab itu, kami telah merancang untuk membeli slot iklan radio Era.FM, Hitz.FM dan Best 104, yang mana ketiga-tiganya adalah stesen radio yang mempunyai kumpulan pendengar yang ramai. Pendengar stesen ini pula terdiri dari sasaran pelanggan. Kemudian kami juga merancang untuk membuat iklan di siaran televisyen sekiranya keadaan mengizinkan. Langkah in perlu bagi penjenamaan AnggunAsia.com di mata pelanggan.

c) Media Cetak : Akhbar dan Majalah adalah tumpuan utama untuk EPSB mempromosikan AnggunAsia.com melalui media cetak. Setiap akhbar mempunyai ruangan khas untuk kesihatan yang boleh disisipkan iklan berkenaan AnggunAsia.com. Begitu juga dengan majalah kini terdapat berpuluh-puluh majalah yang mempunyai tema kesihatan, kecantikan dan herba yang boleh mengiklankan AnggunAsia.com. Antara majalah sasaran kami adalah majalah direktori herba Malaysia iaitu D’Herba.

d) Road Show : Terdapat banyak pameran, seminar, konvensyen dan bengkel berkaitan herba yang dianjurkan sepanjang tahun di Malaysia yang boleh disertai AnggunAsia.com. Terdapat juga agensi kerajaan dan pihak swasta yang menganjurkan ekspo dan road tour yang mempromosikan produk keluaran tempatan. EPSB melihat road show adalah kaedah yang baik untuk mempromosikan AnggunAsia.com. Selain ianya berkesan, pihak syarikat juga

Shahizam Ibrahim 2006 © Hak Cipta Terpelihara

boleh berhubung terus dengan pelanggan atau syarikat lain yang berminat untuk menjadi rakan niaga dan pelabur.

e) Lain-lain Kaedah Promosi : Selain dari itu, EPSB juga akan menggunakan pendekatan lain dalam usaha mempromosikan AnggunAsia.com. Antaranya adalah mengeluar banner, mengedar pelekat kenderaan, pengedaran risalah dan sebagainya. Semuanya ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut keperluan.

iv) Tempat (Place)

Pemilihan Johor Bahru sebagai lokasi permulaan bagi memperkenalkan AnggunAsia.com adalah bersesuaian berikutan masih banyak kerja-kerja awalan yang masih perlu diperbaiki sebelum AnggunAsia.com dapat beroperasi dengan mantap. Ini memberi sedikit ruang kebebasan kepada EPSB untuk merancang strategi dari masa ke semasa. Di samping itu sumber bekalan produk herba banyak didapati dari daerah Johor Bahru, Muar dan batu Pahat. AnggunAsia.com pula tidak memerlukan premis untuk memperagakan produk kerana pelanggan melawat AnggunAsia.com melalui Internet. Premis hanya perlu untuk dijadikan pejabat dan pusat operasi AnggunAsia.com. Walau bagaimanapun, syarikat akan merancang memindahkan operasi ke Kuala Lumpur setelah AnggunAsia.com stabil dan perniagaan semakin rancak. Langkah ini dibuat kerana kawasan Lembah Klang menawarkan peluang perniagaan yang lebih baik dan difikirkan perlu untuk AnggunAsia.com melangkah lebih jauh.

Rancangan Perniagaan AnggunAsia.com

Shahizam Ibrahim 2006 © Hak Cipta Terpelihara

173

Dalam dokumen Sistem perniagaan internet : Anggunasia.com (Halaman 191-195)

Dokumen terkait