• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pembentukan Istilah Bahasa Melayu

Kosa Kata Bahasa Serumpun dalam Peristilahan Melayu

2. Pembentukan Istilah Bahasa Melayu

Pada hari ini, peranan dan fungsi bahasa Melayu semakin tercabar dengan ledakan kemodenan yang berkiblatkan ke Barat sehinggakan pembentukan istilah bahasa Melayu lebih banyak mengamalkan peminjaman atau penyerapan unsur asing. Nilai bahasa Melayu lebih bersifat simbolik semata-mata kerana nilai sebagai alat pembangunan negara dalam bidang ekonomi, perindustrian, perkembangan ilmu dan teknologi semakin dipandang sepi. Alasan yang diberikan adalah ketidakupayaan bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa saintiik yang mengungkapkan puluhan ribu konsep baharu setiap detik. Pacuan perkembangan peristilahan Melayu agak ke belakang berbanding dengan pacuan ilmu dalam bahasa Inggeris. Apabila orang bercakap tentang bidang teknologi, kelihatannya bahasa Melayu sudah agak ketinggalan untuk ditanggapi sebagai alat penjana ilmu pengetahuan sehinggakan untuk “memandaikan” bangsa Melayu, kita harus menggunakan bahasa Inggeris. Oleh itu, perlu ada usaha untuk melestarikan bahasa serumpun sebagai

Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan

120

Puteri Roslina Abdul Wahid ...

khazanah yang berharga.

Dalam mendepani perkembangan teknologi yang terlalu pantas, perbendaharan bahasa Melayu tidak mempunyai jumlah yang mencukupi untuk mengungkapkan seluruh konsep yang baharu khususnya bidang-bidang ilmu yang berasal dari luar dunia Melayu. Oleh itu, muncullah keperluan untuk mendapat kosa kata ini daripada kelompok bahasa Melayu serumpun yakni di luar lingkungan Malaysia, khususnya dari daerah-daerah di Indonesia dan Brunei Darussalam. Sejak dari dahulu lagi, bahasa Melayu berkembang melalui pemanfaatan daripada bahasa-bahasa yang terdapat dalam alam Melayu sendiri, yakni bahasa-bahasa yang serumpun dengannya. Bahasa Melayu seharusnya mampu merentasi sempadan etnik secara besar-besaran khususnya buku-buku sains dan teknikal, profesional dan pengajian tinggi. Keperluan kepada istilah bahasa Melayu amat penting bagi perkembangan ilmu dan meningkatkan penggunaan bahasa Melayu Tinggi agar ilmu-ilmu baharu dapat diungkapkan dengan jelas dan tepat. Pendedahan rakyat Malaysia kepada bahasa Inggeris yang luas selepas merdeka menyebabkan kebergantungan kita terhadap bahasa Inggeris untuk menciptakan istilah baharu. Kita tidak dapat berikir dalam bahasa kita sendiri. inilah sebab utama mengapa penyerapan bahasa Inggeris menjadi

Puteri Roslina Abdul Wahid ...

keutamaan dalam penciptaan istilah bahasa melayu berbanding dengan usaha untuk mencari kata dalam bahasa serumpun apabila membentuk istilah. Aspek inilah yang perlu diberikan perhatian pada masa kini. Dalam pembentukan istilah terdapat syarat-syarat tertentu dalam pemilihan kata atau frasa daripada perbendaharaan kata yang sedia ada dalam bahasa Melayu, iaitu:

• kata atau frasa yang dipilih sebagai istilah adalah yang paling tepat untuk mengungkapkan konsep yang dimaksudkan dan yang stabil dari segi maknanya dalam bidang ilmunya;

• kata atau frasa yang dipilih adalah yang paling ringkas antara pilihan yang ada yang mempunyai rujukan yang sama;

• kata atau frasa yang dipilih adalah yang mempunyai konotasi yang baik, yakni tidak berbau lucah atau membawa implikasi buruk dari segi agama dan kepercayaan, nor4ma suku kaum, dan hubungan antarabangsa; • kata/frasa yang dipilih adalah yang dibentuk

berdasarkan kaedah yang diterima. • (PUPI,2004:3)

Tatacara pembentukan istilah bahasa Melayu dapat dilihat berdasarkan rajah di bawah:

Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan

122

Puteri Roslina Abdul Wahid ...

PUPI (2004:5) menjelaskan bahawa sumber- sumber yang boleh dimanfaatkan ialah:

1. bahasa Melayu termasuk bahasa Indonesia serta dialek-dialek Melayu juga bahasa Melayu klasik yang telah menyerapkan perkataan daripada bahasa Arab, Sanskrit, Parsi, dan lain-lain;

2. bahasa-bahasa serumpun dengan bahasa Melayu seperti bahasa Iban, Kadazan-Dusun, jawa, dan sebagainya;

3. bahasa Inggeris, bahasa Arab dan lain-lain. Sumber pertama dan kedua dapat menyumbang kepada peristilahan dalam inventori ilmu bidang kemasyarakatan, penternakan, pertanian, alam haiwan dan tumbuh-tumbuhan, muka bumi,

Puteri Roslina Abdul Wahid ...

pertukangan dan sebagainya. Hal ini perlu dilakukan bagi mengelakkan terlalu banyak unsur asing diserapkan ke dalam bahasa Melayu sehingga menimbulkan kekhuatiran berlakunya pencemaran bahasa terhadap bahasa Melayu. Merujuk kepada jadual tatacara pembentukan istilah di atas, didapati bahawa peristilahan bahasa Melayu bermula dengan konsep yang sedia ada yang dapat disusurgalurkan pula kepada konsep dan istilah yang berasal dari Nusantara dan konsep yang berasal dari pelbagai negara. Kaedah yang digunakan dalam pilihan pertama adalah melalui pemantapan istilah- istilah yang sedia ada dalam masyarakat nusantara dan dipadankan dengan konsep yang dibawa dari luar misalnya, virus nipah merupakan gabungan perkataan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Dalam konteks ini, bahasa merupakan penginventori bagi ciptaan baharu atau menamakan konsep baharu yang belum wujud dalam masyarakat. Bahasa Melayu merupakan lambang jati diri bangsa dan alat pemersatu bangsa yang berbagai-bagai suku dan kaum.

Pengenalan konsep baharu memerlukan istilah yang tepat dan betul dari segi tatabahasa bahasa Melayu. Dinamisme peristilahan Melayu dilihat dari dua sudut, iaitu perkembangan leksikal bahasa Melayu melalui peminjaman kata, kedua, pengayaan bahasa sumber istilah, iaitu penggunaan

Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan

124

Puteri Roslina Abdul Wahid ...

bahasa serumpun, bahasa Melayu lama, dan dialek. Penciptaan atau penggubalan istilah bahasa Melayu memerlukan mekanisma yang lebih dinamik bagi memastikan kelestarian peristilahan bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga perlu menghadapi cabaran masa kini bagi memastikan kerelevanannya sebagai bahasa yang berupaya mengungkapkan konsep-konsep baharu dalam bidang ilmu terkini.

Perekaciptaan merupakan kaedah yang mengguna pakai sumber yang ada untuk menghasilkan istilah baharu khususnya bagi istilah yang melambangkan konsep-konsep yang dicipta oleh penyelidik dari Malaysia sendiri misalnya,

affordable – mampu milik

lay out – susun atur

design – reka bentuk

Dokumen terkait