• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pendekatan, Kaedah dan Teknik Tugasan Projek

Dalam dokumen Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP (Halaman 26-34)

Pendekatan yang digunakan dalam tugasan projek ialah pendekatan

oral atau lisan. Pendekatan ini melibatkan kemahiran lisan iaitu kemahiran

mendengar dan bertutur. Pendekatan ini sangat sesuai digunakan oleh guru untuk mengajar kemahiran berkomunikasi bagi stituasi-situasi tertentu. Selain itu, pendekatan lisan juga membabitkan kecekapan murid menggunakan bahasa yang dipelajari untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Hakikatnya, tidak ramai guru yang menggunakan pendekatan ini kerana dibayangkan bahawa pendekatan ini tidak begitu sesuai dalam melahirkan kanak-kanak atau murid yang kreatif berbahasa.

Sementara itu, kaedah yang digunakan bagi tugasan projek ialah

kaedah audio-lingual. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah dengar dan

sebut. Menurut Abd Aziz Talib (2000:38), kaedah dengar dan sebut ini dipelopori oleh J.B Carroll (1960) dan William Moultan (1961). Tambah beliau lagi, pada tahun 1964, Wilga M. Rivers telah menjadikan kaedah tersebut lebih konkrit dan memasukkan unsur-unsur teori Skinner (khususnya dalam aspek pelaziman dan latihan) untuk membentuk perlakuan bahasa yang betul. Terdapat beberapa persamaan antara kaedah ini dengan kaedah terus. Malah ada yang beranggapan bahawa kaedah ini adalah variasi daripada kaedah terus.

Selain itu, teknik yang digunakan dalam tugasan projek ini ialah teknik latih tubi. Teknik latih tubi dilihat mempunyai potensi yang baik dalam

melaksanakan aktiviti berbahasa kepada kanak-kanak. Hal ini kerana tahap perkembangan minda mereka sukar mencapai tahap yang tinggi tanpa latihan

Pedagogi Bahasa Melayu SR

atau bantuan guru. Lebih-lebih lagi kumpulan sasaran dalam tugasan projek ini adalah kepada murid Tahun 1. Selain itu, teknik ini juga memerlukan pengulangan atau latihan berkala bagi setiap aktiviti yang dijalankan. Teknik ini dipilih disebabkan kesesuaiannya terhadap teori Behaviorisme yang dilaksanakan. Terdapat perkaitan dan kebergantungan antara kedua-duanya. Kaitannya akan diperincikan dalam bahagian yang seterusnya.

4.3 Aplikasi Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pembelajaran Bahasa dalam Aktiviti dalam Langkah P & P Bahasa Melayu yang Dirancang Bagi Mencapai Objektif P & P

Berdasarkan aktiviti dan langkah pengajaran di bahagian belakang tugasan, teori pembelajaran bahasa yang dipraktikkan ialah Teori Behaviorisme dan teori bahasa yang digunakan pula ialah Teori Struktural. Teori Behaviorisme merupakan salah satu aliran yang mengutamakan bahasa lisan dan bahasa tulisan. Walau bagimanapun bahasa tulisan merupakan bahasa kedua. Ahli-ahli behaviorisme telah menegaskan bahawa setiap pengajaran bahasa haruslah bermula dengan bahasa lisan kemudian diikuti dengan bahasa tulisan. Berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh ahli-ahli behaviorisme ini, dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran, guru haruslah memastikan murid-murid bertutur sebelum beralih kepada kemahiran menulis. Hal ini kerana kemahiran lisan merupakan asas kepada kemahiran yang lain. Jika murid tidak dapat menguasai peringkat asas, maka mustahil untuk murid-murid menguasai kemahiran yang berikutnya.

Bagi Koh Boh Boon. (1990), bahasa merupakah satu tabiat atau sesuatau perkara yang sudah menjadi kebiasaan. Proses pengajaran ini sesuai diterapkan dalam proses pengajaran bahasa kedua. Proses ini akan memberi satu perkara baru kepada murid-murid dan untuk membentuk kebiasaan ini memerlukan latih tubi serta perbualan bahasa perlu diutamakan

Pedagogi Bahasa Melayu SR

dan untuk proses ini, murid-murid tidak perlu terikat dengan peraturan bahasa. Dalam aliran ini, pengukuhan menjadi satu syarat penting dalam pembelajaran. Pengukuhan merupakah salah satu cara yang dapat dilakukan bagi menetukan tingkah laku yang dikehendaki. Dengan pengukuhan ini akan menjadikan murid lebih gembira dan menjadikan mereka akan melakukan sesuatu perkara yang memberikan mereka pujian. Situasi sebegini adalah normal sebagai seorang manusia yang mempunyai perasaan. Ahli-ahli behaviouris menyimpulkan bahawa penguasaan bunyi bahasa dan sistem fonologi yang berkaitan ialah hasil proses rangsangan dan gerak balas. Orang-orang dewasa memberikan rangsangan bahasa yang secukupnya dalam bentuk yang mudah untuk ditiru. Kanak-kanak pula memberikan gerak balas kepada rangsangan ini menerusi aktiviti cuba jaya dan akhirnya mereka dapat mengucapkan bunyi bahasa dengan betul. Sistem fonologi pula dipelajari sedikit demi sedikit hingga dikuasai sepenuhnya.

Biarpun ada yang beranggapan bahawa pengajaran melalui teori Behaviorisme adalah bosan dan kurang berkesan, namun sebenarnya pengajaran menggunakan teori ini ada kelebihannya. Murid Tahun 1 perlu didedahkan dengan interaksi sosial bersifat kontekstual kerana murid-murid kini semakin kurang berkomunikasi secara bertatasusila. Untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah dirancang, aktiviti dan langkah pengajaran disediakan untuk memudahkan pengajaran menjadi tersusun baik untuk guru mahu pun murid. Jika teknik yang digunakan bersesuaian dengan aras, sudah tentu pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih efisien. Untuk itu, kami telah menggunakan teknik latih tubi dengan kaedah pengajaran

audio lingual serta pendekatan oral atau lisan.

Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998:115-117), pendekatan oral ialah satu kaedah yang memberi penekanan kepada penguasaan kepada aspek lisan dalam aktiviti pelajaran bahasa. Ini dilakukan sebelum seorang itu menguasai kemahiran-kemahiran yang lain seperti membaca dan menulis. Perbendaharaan kata merupakan aspek utama dalam reka bentuk pendekatan ini. Selain itu, kawalan aspek tatabahasa adalah juga diberi perhatian.

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Tambah Kamarudin Hj Husin (1998), walaupun Palmer dan Hornby serta ahli-ahli pedagogi yang lain mempunyai pandangan yang berbeza tentang prosedur-prosedur tertentu dalam pengajaran bahasa, tetapi mereka mempunyai prinsip-prinsip am yang merujuk kepada pengajaran yang menggunakan pendekatan oral. Mereka telah menggariskan beberapa ciri yang berkaitan dengan pendekatan oral ini, seperti berikut :

a) Pengajaran bahasa dimulakan dengan bahasa pertuturan. Bahasa hendaklah diajar secara lisan terlebih dahulu sebelum ia diperkenalkan dan dipersembahkan dalam bentuk tulisan.

b) Bahasa sasaran ialah bahasa yang digunakan dalam bilik darjah.

c) Ciri-ciri dan aspek bahasa yang dipelajari akan diperkenalkan dan dipraktikkan berdasarkan situasi tertentu.

d) Permilihan dan perbendaharaan kata dibuat mengikut prosedur yang sesuai agar ia benar-benar dapat berfungsi dengan betul dan mengandungi makna yang tepat.

e) Item-item tatabahasa diperingkatkan mengikut prinsip-prinsip penggeredan, yang bermula daripada bentuk yang mudah kepada bentuk yang lebih rumit dan kompleks.

f) Aktiviti bacaan dan penulisan akan diperkenalkan sebaik sahaja asas leksikal dan tatabahasa dapat dikuasai.

Pendekatan oral ini kemudiannya disebut juga sebagai Pendekatan Situasional atau pengajaran dan pengajaran banyak bergantung kepada situasi dan keadaan semasa. Teori-teori yang menjadi dasar kepada pendekatan ini boleh dicirikan sebagai satu bentuk struktural. Aspek dan bentuk-bentuk pengucapan dilihat sebagai fokus kepada keupayaan bertutur.

Palmer, Hornbay dan ahli-ahli lingguistik terapan yang lain telah menjelaskan beberapa struktural asas pedagogi pengajaran bahasa Inggeris. Berhubung dengan pendekatan in, beliau menyebut:

Pedagogi Bahasa Melayu SR

“ our principle classroom activity in the teaching of English structure will be the oral practice of structures. This oral practice of controlled sentence patterns should be given in situation designed to give the greatest amount of practice in English speech to the pupil.”

(Pittnan, 1963: 179) Prinsip asas yang sebenarnya yang hendak dijelaskan oleh ahli-ahli bahasa dan linguistik terapan British itu ialah prinsip utama dalam pengajaran bahasa Inggeris di bilik darjah, iaitu struktur lisan. Latihan-latihan lisan yang boleh mengawal penggunaan struktural ayat hendaklah disesuaikan dengan situasi pembelajaran di samping memberi peluang pelajar, menjalankan lebih banyak latihan bertutur.

Kamarudin Hj Husin (ibid:117), walaupun teori ini agak sedikat berbeza dengan pendapat dan pandangan sesetengah ahli linggustik di Amerika, namun teori ini tetap dipertahankan keberkesanannya. Mereka seterusnya menekankan pertalian yang rapat di antara struktur bahasa dengan konteks dan situasi bahasa itu digunakan. M.A.K. Halliday dan J.R Firth contohnya telah menghuraikan beberapa pandangan mereka tentang teori bahasa. Mereka memberi keutamaan kepada aspek makna, kandungan dan situasi. “The emphasis now is on the description of language activities part of the whole complex of events which, together with the participants and relevant objects, make up actual situation”

(Halliday, McIntosh, and Strevens 1964:38)

Bagi mereka, konteks dan situasi amatlah penting dan perlu diberi keutamaan. Bahasa dilihat sebagai aktiviti yang berfungsi dan mempunyai tujuan tertentu, berkaitan dengan maklumat dan situasi sebenar. Bahasa yang dicipta oleh seseorang itu lazimnya diucapkan untuk tujuan-tujuan tertentu.

Pendekatan lisan didokongi oleh teori mekanis (Behaviorisme). Teori ini menganggap bahasa adalah satu aktiviti fizikal yang mementingkan satu

Pedagogi Bahasa Melayu SR

rangkaian turutan kesan dan sebab. Ia menganggap faktor-faktor persekitaran sebagai ransangan dan tindak balas organisma.

Ia menekankan bahawa bahasa adalah perangai dan individu lebih banyak belajar melalui pengalaman daripada melalui mindanya. Teori ini tidak mementingkan peranan mental. Teori ini mengkaji data-data yang dapat diamati dan diukur. Teori ini juga menitikberatkan bentuk-bentuk linguistik, keutamaan dari aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan bunyi. Di samping itu, latih tubi tidak diabaikan. Kebiasaan yang baik akan pasti dapat melahirkan satu bahasa yang baik.

Selain itu, setiap aktiviti pengajaran perlu disesuaikan dengan kaedah pengajaran yang sesuai. Kaedah yang paling sesuai dengan pendekatan lisan yang dirangka sebelum ini adalah kaedah audio lingual. Abd. Aziz Abd Talib (2000) menjelaskan tujuan kaedah ini ialah untuk meingkatkan pemahaman tatabahasa dan sebutan yang tepat. Guru juga dapat menguji murid dalam kebolehan menggunakan bahasa lisan yang betul dalam situasi tertentu. Melalui kaedah pendengaran audio, murid dapat menghafal secara tepat apa yang didengar oleh mereka bagi meningkatkan kosa kata dan pola tatabahasa yang dipelajari.

Tambah beliau, terdapat beberapa prinsip utama yang diperlukan semasa menjalankan kaedah audio lingual ini. Antaranya ialah, pengajaran dan pembelajaran bahasa dijalankan secara lisan terlebih dahulu. Selepas itu, baru diikuti dengan aktiviti menulis dan membaca. Selain itu, guru bahasa yang menggunakan kaedah ini perlu sedar dan peka tentang aspek-aspek gangguan daripada bahasa ibunda dan dialek tempatan murid-murid lantas terus membetulkannya. Tambahan pula, guru boleh mengadakan aktiviti bahasa yang melibatkan penggunaan bahasa seharian di rumah, sekolah dan sebagainya. Aktiviti ini dapat dilakukan melalui teknik situasi dan simulasi. Abd Aziz Talib juga mengatakan guru merupakan model dalam kaedah ini kerana murid akan menurut apa sahaja yang dituturkan dan pengukuhan sangat diperlukan bagi memastikan psikologi pengajaran ini tercapai berdasarkan prinsip yang telah diketengahkan oleh Skinner.

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Dalam contoh aktiviti yang disediakan, didapati bahawa murid mendengar dan menghafal bulat-bulat apa yang diujarkan oleh guru dan apa yang didengar melalui dialog situasi di kedai buku daripada pita rakaman. Biarpun kaedah ini agak bosan untuk digunakan dalam tempoh masa yang panjang, namun, kaedah ini tetap berkesan dalam proses memperoleh maklumat asal dan menghubung kait dengan situasi sebenar. Selepas murid mempelajari ayat-ayat tersebut, guru juga akan mengajarkan ayat tanya atau ayat soal kepada murid supaya dapat turut digunakan semasa sesi perbualan. Usai mereka mendapat pendedahan mengenai kemahiran lisan, guru akan memperkukuh kaedah ini dengan meminta murid menulis semula ayat tanya dan ayat bagi jawapan situasi di kedai buku terbabit. Akhir sekali, guru akan mengadakan aktiviti perbualan secara berpasangan supaya murid dapat mengaitkan ayat yang dipelajari dan dihafal itu mengikut situasi yang sesuai. Aktiviti ini dilakukan dengan bimbingan guru.

Teknik latih tubi atau teknik menghafaz adalah satu teknik

pengajaran yang telah lama digunakan sejak beribu-ribu tahun sebelum masihi. Nik Hassan Basri (2005) menceritakan bahawa teknik ini digunakan oleh orang-orang Yahudi untuk mengajar agama dan perkara-perkara yang bersabit dengan Tuhan mereka . Pada masa itu teknik ini dapat digunakan secara yang amat berkesan sekali. Teknik menghafaz biasanya memerlukan empat langkah berikut :

(a) Memikirkan bahan yang dipelajari; (b) Mengulang bahan yang dipelajari; (c) Mengucapkan bahan di hadapan guru; (d) Mengingtkan bahan yang dipelajari.

Seperti teknik-teknik lain, teknik latih tubi dan menghafaz ini juga mempunyai kelemahan-kelemahannya. Antaranya ialah ia mengehadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreatif pelajar. Namun begitu, pengajaran yang isi kandunganya memerlukan ikutan dan ulangan, teknik ini amat sesuai sekali digunakan. Guru harus ingat bahawa teknik yang hendak digunakan itu harus ada dalam penguasaan mereka, jika tidak pengajaran

Pedagogi Bahasa Melayu SR

yang hendak disampaikan itu akan menjadi tidak berkesan dan membosankan.

Berdasarkan tulisan Koh Boh Boon (1990:65), beliau berpendapat bahawa hingga ke hari ini masih terdapat pendidik bahasa yang menentang penggunaan latih tubi dalam pengajaran tatabahasa. Bagi mereka, tatabahasa tidak boleh diajarkan melalui latihan secara bertubi-tubi. Mereka biasanya terdiri daripada pendokong golongan mentalis yang berpendapat bahawa pembelajaran bahasa adalah satu proses mental iaitu melibatkan pemikiran. Tambah beliau lagi, mereka turut menolak pendapat golongan Behavioris bahawa pembelajaran bahasa adalah satu pengulangan sesuatu yang baharu sehingga perkara baru itu boleh dilakukan secara spontan.

Dalam aktiviti yang telah dirancang bagi tugasan projek ini, terdapat teknik latih tubi penggantian bagi membolehkan murid mempelajari seberapa banyak kosa kata dan ayat manipulasi tentang situasi di kedai buku. Oleh itu, kajian terhadap prinsip semasa melakukan teknik ini telah diperincikan. Hasilnya, memetik sumber daripada buku “Pengajaran Tatabahasa Bahasa Melayu: Prinsip dan Teknik” yang mengatakan terdapat beberapa langkah yang perlu diambil semasa menjalani teknik latih tubi penggantian. Guru perlu mematuhi prinsip yang

berikut:-a) Jangka masa untuk salah satu latih tubi penggantiaan haruslah pendek baisanya beberapa minit sahaja.

b) Latih tubi mestilah dijalankan secara cergas dan hidup.

c) Ayat-ayat mestilah diucapkan oleh pelajar dengan sebutan yang betul dan kecepatan yang sesuai.

d) Guru mesti mencegah kecenderungan pelajar untuk mengucapkan ayat secara bernyanyi atau sambil lewa.

e) Guru haruslah mengadakan variasi dalam latih tubi.

Berdasarkan apa yang telah dijelaskan sebelum ini, dapat disimpulkan bahawa teknik latih tubi menggalakkan murid mengguna pakai istilah atau ayat yang khusus yang diajukan oleh guru yang bertindak sebagai model

Pedagogi Bahasa Melayu SR

dalam aktiviti berbahasa. Selain itu, guru juga perlu memberi penekanan terhadap tahap keberolehan murid menghafal ayat yang diujarkan kerana terdapat murid yang mempunyai dialek tersendiri. Tambahan pula, semasa menjalankan aktiviti ini, guru digalakkan memperbanyak pelbagai ayat dan perbendaharaan kata supaya teknik itu tidak menjadi bosan dan mudah ditangkap oleh murid. Perkara yang penting dalam teknik ini ialah pengukuhan. Seharusnya guru memberi pengukuhan kepada murid sebagai pengharagaan seperti mana yang telah dijelaskan oleh Skinner melalui teori Behaviorisme kerana teori tersebut sememangnya mempunyai kaitan yang rapat dengan teknik latih tubi ini.

Kesimpulannya, teori pemerolehan bahasa yang telah dikaji mempunyai pelbagai cara yang tersendiri untuk memastikan kanak-kanak dapat menguasai bahasa pertama mereka dengan baik. Teori Behaviorisme merupakan teori yang sesuai bagi kanak-kanak sebelum mereka mengenal dunia luar. Selain itu, pendekatan oral yang digunakan dapat memberi peluang kepada murid untuk belajar berkomunikasi. Kaedah yang dijangka sesuai dengan teori tersebut adalah kaedah audio lingual. Kaedah ini memberi pendedahan kepada murid mengenai kemahiran lisan supaya mereka dapat mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Proses penghafalan dan teknik latih tubi yang digunakan dapat menajamkan pemikiran murid. Tambahan pula, pendekatan dan kaedah pengajaran yang disediakan dapat membantu meningkatkan pemahaman murid. Oleh itu, setiap guru perlu merangka strategi pengajaran yang berkesan dan bersesuaian dengan aktiviti yang ingin dilakukan bagi mencapai objektif pembelajaran dan pengajaran yang sesuai mengikut tahap kemampuan murid.

5.0 Konsep Kemahiran Bernilai Tambah dalam Kurikulum Bahasa Melayu

Dalam dokumen Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP (Halaman 26-34)

Dokumen terkait