Kumpulan pribumi dan minoriti lain merangkumi 4% daripada jumlah keseluruhan murid di Malaysia. Kementerian komited untuk memastikan semua murid mendapat peluang kepada pendidikan berkualiti tinggi yang relevan dengan keperluan masing-masing.
Menyediakan Akses dan Mengurangkan Keciciran
Kini terdapat 93 buah sekolah Orang Asli dan 31 buah sekolah yang memberi peluang pendidikan kepada penduduk pribumi di Sabah dan Sarawak dengan jumlah enrolmen murid sebanyak 40,676. Isu utama berkaitan murid Orang Asli dan pribumi adalah kadar peralihan dan kadar tamat persekolahan pada peringkat pendidikan rendah dan menengah.
Dalam usaha meminimumkan kadar keciciran semasa transisi daripada pendidikan rendah ke peringkat menengah, Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) telah dibangunkan. Sekolah K9 memberi peluang kepada murid Orang Asli dan pribumi untuk bersekolah dari Tahun 1 hingga Tingkatan 3 bagi memastikan mereka menerima sekurang-kurangnya pendidikan selama sembilan tahun. Sehingga kini, tujuh buah sekolah K9 beroperasi di seluruh negara dengan 265 orang guru bagi 3,240 orang murid Orang Asli dan pribumi. Empat sekolah K9 kini menawarkan Pendidikan Asas Vokasional bagi murid Orang Asli dan pribumi berusia 13 hingga 15 tahun, iaitu: 1. SK RPS Kemar, Hulu Perak, Perak
2. SK RPS Banun, Hulu Perak, Perak 3. SK RPS Betau, Kuala Lipis, Pahang
4. SK (Asli) Bukit Kemandol, Kuala Langat, Selangor
Murid berpeluang untuk meneruskan pendidikan dan latihan vokasional di Kolej Vokasional (KV), Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) atau Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS).
Bagi memastikan murid lepasan Tingkatan 3 di sekolah K9 dapat menamatkan persekolahan peringkat menengah atas, Kementerian telah menempatkan murid ini di sekolah berdekatan yang mempunyai kemudahan asrama. Pada tahun 2015, murid ini telah meneruskan persekolahan Tingkatan 4 di SMK Sultan Idris Shah 2, Perak, Kolej Vokasional Gerik, Perak, SMK Sungai Koyan, Kuala Lipis, Pahang dan SMK Kuala Lanar, Pahang. Kementerian merancang untuk membina empat lagi sekolah K9 di negeri Sabah dan satu lagi di negeri Pahang bagi memenuhi keperluan murid Orang Asli dan pribumi. Isu teknikal seperti memastikan bekalan elektrik untuk kegunaan mesin dalam kelas vokasional serta bekalan guru terlatih untuk mengajar Pendidikan Asas Vokasional (PAV) perlu diselesaikan untuk memastikan sekolah K9 dapat menawarkan PAV.
Sokongan untuk Guru dalam Bilik Darjah
Kementerian telah membangunkan empat modul pengajaran dan pembelajaran bagi menyokong guru yang ditugaskan untuk mendidik murid Orang Asli dan pribumi. Ambilan guru pelatih dalam kalangan Orang Asli diteruskan melalui Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi memastikan sumber bekalan tenaga guru yang memahami konteks dan budaya Orang Asli dan pribumi. Beberapa kampus IPG telah dikenal pasti untuk menawarkan PISMP, iaitu IPGK Tg. Ampuan Afzan, Pahang, IPGK Sultan Abdul Halim, Kedah, IPGK Kota Bharu, IPGK Keningau, Sabah, IPGK Rajang, Sarawak dan IPGK Sarawak, Miri, Sarawak. Pada tahun 2015, jumlah guru pelatih yang mengikuti
program kebitaraan Orang Asli dan Pendidikan Pribumi meningkat kepada 121 orang, tiga kali ganda daripada sasaran awal sebanyak 40 orang. Kementerian akan terus meningkatkan kadar pengambilan guru pelatih Orang Asli dan pribumi berdasarkan unjuran keperluan guru pada masa hadapan.
Mengukuhkan Kepimpinan Sekolah
Selain daripada memastikan prasarana yang lengkap untuk pendidikan Orang Asli dan pribumi, Kementerian juga mengukuhkan penyampaian pendidikan di sekolah Orang Asli dan K9. Kementerian telah mula memantau kepimpinan sekolah menggunakan komponen kepimpinan dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Pada tahun 2015, hanya 80% pemimpin sekolah Orang Asli dan K9 mencapai standard minimum dalam aspek kepimpinan. Pemimpin sekolah yang tidak mencapai prestasi yang ditetapkan akan dipantau dan dibimbing oleh Kementerian dan PPD.
Meningkatkan Kadar Literasi dalam Komuniti
Kementerian sentiasa melibatkan Orang Asli dan komuniti pribumi dengan menawarkan Kelas Dewasa Orang Asli dan Pribumi (KEDAP). Program ini bermatlamat untuk mengurangkan kadar keciciran dengan meningkatkan kadar literasi komuniti secara menyeluruh. Kementerian menggunakan kaedah andragogi dalam melaksanakan modul KEDAP bagi memenuhi
keperluan pendidikan dewasa Orang Asli. Pada tahun 2015, sejumlah 119 kelas telah dilaksanakan, peningkatan daripada 109 kelas yang dibuka pada 2014. Kadar kehadiran ibu bapa Orang Asli dan pribumi sangat menggalakkan, iaitu 95%, mengatasi sasaran kehadiran 92%. Ibu bapa yang berjaya menamatkan program dianugerahkan sijil dalam satu majlis graduasi peringkat kebangsaan anjuran Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
Usaha Kolaboratif dengan Sektor Swasta
Kementerian meneruskan usaha kolaboratif dengan pihak swasta untuk memberikan pendidikan berkualiti kepada masyarakat Orang Asli dan pribumi. Pada tahun 2015, usaha kolaboratif telah dijalankan oleh 12 buah sekolah dengan pelbagai agensi kerajaan, rakan korporat, universiti dan badan bukan kerajaan. Sebagai contoh, Yayasan Emkay telah membantu membina perpustakaan permainan di SK Chenein, Sg Siput, Perak dan SK Sg. Berua, Kuala Berang, Terengganu. Alam Flora dan UNIKL pula telah bekerjasama dengan SK Sungai 2, Bentong, Pahang dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Teknologi.
Pencapaian Pendidikan orang Asli dan Pribumi dalam Enrolmen, Kehadiran dan Kadar Peralihan
Usaha kolektif yang dilaksanakan telah menyumbang ke arah memastikan komuniti Orang Asli dan pribumi mendapat akses kepada pendidikan berkualiti. Pada tahun 2015, sejumlah 40,676 orang murid Orang Asli berdaftar di sekolah (Ekshibit 3-12).
2011 2012 2013 2014 2015
Ekshibit 3-12
107 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kadar kehadiran murid di Sekolah Orang Asli semakin meningkat daripada 78.8% pada tahun 2014 kepada 79.1% pada tahun 2015 ditunjukkan dalam Ekshibit 3-13.
Kadar peralihan murid Orang Asli dari peringkat rendah ke menengah juga telah meningkat daripada 78% pada tahun 2014 kepada 79% pada 2015 seperti yang ditunjukkan dalam Ekshibit 3-14.
64%
Peratusan
2008 2009
Cicir selepas Tahun 6 Daftar ke Tingkatan
2010 2011 2012 2013 2014 2015
36% 32% 29% 30% 26% 25% 22% 21%
68% 71% 70% 74% 75% 78% 79%
Ekshibit 3-13
Kadar Kehadiran Murid Orang Asli, 2013-2015
Ekshibit 3-14
Kadar Peralihan Murid Orang Asli daripada Tahun 6 ke Tingkatan 1, 2008–2015.
76.7%
2013 2014 2015
Pencapaian Akademik Sekolah orang Asli dan K9
Pencapaian akademik Sekolah Orang Asli dan K9 telah menunjukkan peningkatan yang menggalakkan. Dalam UPSR 2014, pencapaian Sekolah Orang Asli dan K9 meningkat daripada gred purata 3.77 pada tahun 2014 kepada 3.65 pada tahun 2015 (Ekshibit 3-15). Kadar penguasaan minimum bagi kertas dalam UPSR juga telah menunjukkan peningkatan signifikan daripada 41.2% pada tahun 2014 kepada 45.6% pada tahun 2015 (Ekshibit 3-16). Walau bagaimanapun, kadar penguasaan ini masih ketinggalan berbanding murid sebaya mereka pada tahap purata kebangsaan, iaitu 84.9%, yang menunjukkan tahap penguasaan 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) yang rendah dalam kalangan murid Orang Asli.
2012 2.31 3.73 3.73 3.77 3.65 Sekolah orang Asli / K9 SK 2.27 2.27 2.29 2013 2014 2015 41.7% 84.0% 84.3% 84.7% 84.9% 42.2% 41.2% 45.6%
Ekshibit 3-15
Perbandingan Purata Mata Gred antara SK dan Sekolah Orang Asli, 2012-2015
Ekshibit 3-16
109 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kualiti Sekolah Orang Asli dan K9 seperti yang digambarkan dalam Band sekolah juga telah menunjukkan peningkatan yang ketara. Pada tahun 2015, empat Sekolah Orang Asli telah diklasifikasi sebagai sekolah kategori baik seperti ditunjukkan dalam Ekshibit 3-17.
Sekolah / Negeri Band
SK Punan, Johor Band 1
SK Tasik Cini, Pekan (JHEOA), Pahang Band 2
SK Seri Sedohok, Johor Band 2
SK Runchang, Pahang Band 2
Sejumlah 74 buah sekolah kini berada dalam kategori sederhana (Band 3, 4 dan 5), peningkatan sebanyak 13.8% daripada tahun 2014 (Ekshibit 3-18).
2012 2013 2014 2015 Band 1 & 2 Band 3, 4 & 5 Band 6 & 7 28 34 29 19 66 60 65 74 1 1 3 4
Ekshibit 3-17
Senarai Sekolah Orang Asli/K9 yang Berada pada Band 1 dan Band 2