• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENEMUAN AUDIT

Dalam dokumen LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2013 (Halaman 24-29)

MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG

1.4. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan pada bulan Mac hingga Jun 2013 mendapati pada keseluruhannya pengurusan sisa pepejal adalah di tahap memuaskan dari segi pemantauan

terhadap kerja-kerja pungutan oleh 7 kontraktor melalui penggunaan Global Positioning System (GPS). Selain itu, pemindahan sisa pepejal dari SPAJ ke Tapak Pelupusan Pulau Burung telah dilaksanakan pada hari pungutan dibuat selaras dengan jadual yang ditetapkan. Di samping itu juga, kerja-kerja pembinaan loji rawatan leachate dan pusat kitar semula serta kerja menaik taraf kolam rawatan leachate di Tapak Pelupusan Pulau Burung adalah mengikut jadual pelaksanaan yang ditetapkan. Bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian seperti berikut:

 Berlaku pencemaran daripada tumpahan air kurasan di atas jalan raya yang tidak dibersihkan di kawasan operasi Majlis dan kontraktor.

 Lori kompaktor Majlis kurang dibekalkan menyebabkan perkhidmatan pungutan sisa pepejal kurang cekap.

 Papan Jadual Perkhidmatan tidak disediakan di zon perkhidmatan Majlis dan tidak dikemas kini di zon perkhidmatan kontraktor.

 Berat sisa pepejal yang dilupuskan oleh kontraktor tidak dapat mencapai berat minimum yang ditetapkan dalam kontrak.

 Kapasiti tong sampah yang kecil tidak dapat menampung jumlah sisa pepejal yang dibuang oleh orang awam.

 Jumlah pepejal terampai di semua lokasi sekitar tapak pelupusan melepasi had piawaian yang dibenarkan.

 Aduan Pengurusan Sisa Pepejal lewat diambil tindakan.

1.4.1. Prestasi Pungutan Sisa Pepejal

1.4.1.1. Tumpahan Air Kurasan Di Atas Jalan Raya

a. Bagi memastikan kerja pungutan sisa pepejal dilaksanakan dengan sempurna, Majlis dan kontraktor bertanggungjawab memastikan tidak ada sisa pepejal yang tercicir, tumpah, tiris dan sebagainya di mana-mana jalan dan jalan raya awam yang dilaluinya serta tidak berlaku tumpahan air kurasan semasa proses mampatan sisa pepejal dilakukan. Majlis dan kontraktor juga bertanggungjawab melakukan penyemburan bahan kimia bagi tujuan menghapuskan kuman serta menyahkan bau air kurasan di lokasi berlakunya tumpahan semasa pungutan dijalankan.

b. Lawatan Audit pada 24 April 2013 di kawasan pungutan Majlis dan pada 7 Mei 2013 di kawasan pungutan kontraktor mendapati berlaku tumpahan air kurasan di atas jalan raya ketika proses mampatan sisa pepejal dilakukan. Tumpahan ini mengalir daripada lori kompaktor di sepanjang jalan seperti Gambar 1.1 hingga Gambar 1.3.

6 Gambar 1.1

Tumpahan Air Kurasan Semasa Proses Mampatan Dilakukan

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Jalan Kampung Genting, Balik Pulau Tarikh: 24 April 2013

c. Berdasarkan maklum balas Majlis bertarikh 21 Januari 2014, perkhidmatan pungutan, mengangkut dan pembuangan sisa pepejal di kawasan Balik Pulau, Majlis sedia maklum keadaan kenderaan usang yang digunakan dan langkah pemulihan yang sewajarnya telah diambil dengan membuat perolehan 3 buah lori kompaktor dan 2 buah lori multi lift. Kesemua kenderaan tersebut telah diterima pada bulan Disember 2013.

Gambar 1.2

Air Kurasan Keluar Dari Lori Kompaktor Dan Mengalir Di Sepanjang Jalan

Gambar 1.3

Air Kurasan Keluar Dari Lori Kompaktor Dan Mengalir Di Sepanjang Jalan

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Zon Jelutong

Tarikh: 7 Mei 2013

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Zon Air Itam

Tarikh: 8 Mei 2013

d. Pemerhatian Audit mendapati walaupun lori kompaktor yang digunakan dilengkapi dengan tangki takungan air kurasan namun air kurasan masih mengalir keluar kerana tangki takungan air kurasan didapati telah berkarat dan beberapa bahagian tangki tersebut bocor. Tumpahan air kurasan ini tidak dibersihkan dan tidak disembur dengan bahan kimia bagi menghapus kuman menyebabkan jalan raya menjadi kotor serta berbau busuk.

e. Berdasarkan maklum balas Majlis bertarikh 21 Januari 2014, isu mengenai tumpahan air kurasan telah dibincangkan dalam Sesi Perjumpaan Ahli Majlis Bersama Kontraktor pada 15 November 2013. Persetujuan bersama telah dibuat agar kontraktor membuat pembaikan tangki takungan air kurasan. Tempoh pembaikan dijadualkan sehingga bulan Mei 2014 dan sehingga kini sebanyak 15 dari 58 buah lori kompaktor telah dibaik pulih tangki takungan air kurasan.

1.4.1.2. Lori Kompaktor Kurang Dibekalkan

a. Berdasarkan Jadual Pungutan Dan Perjalanan Majlis bagi Zon Balik Pulau, 3 buah lori kompaktor diperlukan setiap hari untuk melaksanakan kerja-kerja pungutan di Zon Balik Pulau dan 1 buah lori kompaktor diperlukan sebagai kenderaan tunggu sedia jika berlaku kerosakan terhadap salah satu daripada 3 buah lori kompaktor utama.

b. Mengikut rekod Jabatan Kejuruteraan Majlis, mulai bulan November 2002 Majlis ada menyediakan 6 buah lori kompaktor untuk perkhidmatan pungutan sisa pepejal yang dilaksanakan oleh BPP di zon Balik Pulau. Pada bulan Januari 2011 sebuah lagi lori kompaktor telah dibekalkan bagi kegunaan BPP Majlis. Bagaimanapun, semakan Audit terhadap Jadual Pungutan Dan Perjalanan Majlis mendapati hanya 3 buah lori kompaktor bernombor pendaftaran PFK 677, PFK 659 dan PJX 8530 yang dijadualkan oleh BPP untuk beroperasi di zon Balik Pulau di mana 2 daripada 3 lori kompaktor tersebut telah berusia melebihi 10 tahun. Status 7 buah lori kompaktor yang disediakan oleh Majlis adalah seperti di Jadual 1.2.

Jadual 1.2

Status Lori Kompaktor Yang Disediakan Oleh Majlis Bil. Nombor - Telah dicadangkan untuk

pelupusan pada tahun 2009 2. PFK 537 2002 21.11.2002 10 Telah dicadangkan untuk

pelupusan pada tahun 2009 3. PFK 672 2002 23.11.2002 10

4. PFK 682 2002 23.11.2002 10

5. PFK 659 2002 23.11.2002 10 - Telah dicadangkan untuk pelupusan pada tahun 2009 - Sedang Digunakan

6. PFK 677 2002 23.11.2002 10

7. PJX 8530 2010 05.01.2011 1 Sedang Digunakan Sumber: Jabatan Kejuruteraan, Majlis Perbandaran Pulau Pinang

c. Semakan selanjutnya terhadap Laporan Harian Bekalan Kenderaan di Jabatan Kejuruteraan Majlis mendapati dalam tempoh tahun 2012 hingga bulan Jun 2013 hanya 2 buah lori kompaktor dimohon oleh BPP dan dibekalkan oleh Jabatan Kejuruteraan seperti di Jadual 1.3. Mengikut rekod Majlis dalam tempoh tersebut sebuah lori kompaktor berada di bengkel untuk tujuan pembaikan. Baki lori kompaktor iaitu PFK 537, PFK 672 dan PFK 682 didapati telah rosak dan tidak boleh digunakan langsung. Walau bagaimanapun, pihak Audit dimaklumkan Jabatan

8

Kejuruteraan Majlis menjadikan bahagian ketiga-tiga lori berkenaan sebagai peralatan gantian sekiranya berlaku kerosakan bagi lori yang sedang digunakan.

Jadual 1.3

Laporan Harian Bekalan Kenderaan Jabatan Kejuruteraan Bagi Bulan Januari Hingga April 2013

Bilangan Pesanan Bilangan Yang Dibekalkan

Pagi Petang Pagi Petang

2013 Januari 01.01.2013 Hingga

Sumber: Jabatan Kejuruteraan, Majlis Perbandaran Pulau Pinang

d. Keadaan ini menyebabkan penduduk di zon Balik Pulau menerima perkhidmatan yang kurang cekap kerana sisa pepejal yang sepatutnya dipungut sebelum jam 2.30 petang telah dibuat selepas waktu itu.

e. Berdasarkan maklum balas Majlis bertarikh 21 Januari 2014, Majlis telah mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah kekurangan kenderaan kompaktor tersebut. Perolehan sebanyak 3 buah lori kompaktor telah dibuat dan diterima pada bulan Disember 2013.

Pada pendapat Audit, penambahan dan penggantian terhadap lori kompaktor yang sedia ada dan yang telah usang perlu untuk memastikan pengurusan sisa pepejal Majlis beroperasi secara efisien. Penggunaan sesebuah kenderaan sepanjang masa serta faktor usia kenderaan yang mencapai jangka hayat untuk dilupuskan menyebabkan kenderaan kerap rosak dan meningkatkan kos pembaikan kenderaan Majlis.

1.4.1.3. Papan Jadual Perkhidmatan Pungutan Tidak Disediakan

a. Majlis dan kontraktor bertanggungjawab menyediakan papan Jadual Perkhidmatan Pungutan Sisa Pepejal yang mengandungi maklumat berkenaan jadual pungutan sisa pepejal, penyelia yang boleh dihubungi dan nombor talian pejabat Majlis atau kontraktor yang menyediakan perkhidmatan di zon terlibat. Papan-papan jadual ini ditempatkan di pintu masuk utama taman-taman perumahan, kompleks perniagaan dan tapak-tapak penjaja di kawasan pentadbiran Majlis. Ia bertujuan memberitahu orang awam supaya mengeluarkan sisa pepejal pada hari pungutan yang ditetapkan.

b. Lawatan Audit pada 24 April 2013 ke kawasan zon operasi Majlis di 3 taman perumahan, 2 kawasan perkampungan dan 3 pusat komersial di zon Balik Pulau mendapati papan Jadual Perkhidmatan Pungutan tidak disediakan oleh Majlis.

Berdasarkan temu bual, penduduk tidak mengetahui perlunya ada papan Jadual Perkhidmatan Pungutan di kawasan mereka. Penduduk hanya mengetahui hari pungutan berdasarkan rutin pungutan Majlis tetapi tidak mengetahui waktu pungutan yang khusus sama ada pagi atau petang.

c. Berdasarkan maklum balas Majlis bertarikh 21 Januari 2014, Majlis telah mengambil pendekatan menyebarkan maklumat tentang jadual perkhidmatan pungutan sama ada melalui pemasangan papan tanda atau melalui notis pemberitahuan kepada penduduk. Maklumat yang disampaikan adalah merangkumi hari kutipan dan tempoh masa kutipan bagi sesuatu kawasan operasi.

d. Manakala lawatan dan pemeriksaan Audit ke 28 kawasan di 7 zon operasi kontraktor mendapati 6 daripada 7 kontraktor tidak mengemaskinikan maklumat waktu perkhidmatan mengangkut sisa pepejal. Pihak Audit juga mendapati kontraktor tidak mengemaskinikan Jadual Perkhidmatan Pungutan Sisa Pepejal sejak operasi perkhidmatan diubah dari jam 6.30 pagi hingga 2.30 petang ke 7.00 malam hingga 11.00 malam bermula 1 Januari 2012 seperti di Gambar 1.4 dan Gambar 1.5.

Gambar 1.4 Gambar 1.5

Maklumat Waktu Perkhidmatan Pada Papan Jadual Perkhidmatan Pembersihan Yang Tidak Di Kemas Kini

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Sir Ibrahim, Pulau Pinang Tarikh: 7 Mei 2013

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Pasar Awam Jalan Anson Tarikh: 7 Mei 2013

e. Berdasarkan maklum balas Majlis bertarikh 21 Januari 2014, pemasangan papan jadual perkhidmatan yang baru telah dan sedang dilaksanakan.

Sebanyak 46 daripada 62 lokasi meliputi 7 zon yang dikontrakkan telah

Dalam dokumen LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2013 (Halaman 24-29)

Dokumen terkait