• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENEMUAN KAJIAN

Dalam dokumen PEMBINGKAIAN MAKLUMAT DALAM IKLAN IKLAN (Halaman 112-116)

Dalam membangunkan Koridor Raya Multimedia (MSC), Kerajaan Elektronik (EG) merupakan salah satu aplikasi utama yang dilancarkan oleh negara Matlamat EG

7. PENEMUAN KAJIAN

Faktor Petugas dan Aplikasi ICT

i. Aplikasi ICT Mengikut Jantina dan Tempoh Berkhidmat

Kajian ini mendapati bahawa tahap kesediaan dan kebolehan aplikasi ICT dalam kalangan responden tidak berbeza secara signiikan mengikut jantina. Kajian ini juga mendapati bahawa tahap kesediaan dan kebolehan responden dalam menggunakan ICT adalah tidak berbeza secara signiikan mengikut tempoh perkhidmatan mereka. Keputusan ini menyarankan bahawa tahap kesediaan dan kebolehan menggunakan ICT adalah tidak berkaitan dengan jantina dan tempoh responden berkhidmat dalam sektor awam.

ii. Aplikasi ICT Mengikut Usia

Berdasarkan Ujian ANOVA sehala, terdapat perbezaan yang signiikan dari segi kesediaan menggunakan ICT mengikut pecahan usia responden (F = 2.590, p<0.05). Data menunjukkan kelompok responden yang berusia antara 25 hingga 29 tahun memiliki tahap kesediaan yang lebih tinggi untuk menggunakan ICT berbanding responden dalam kategori usia yang lain (kurang 25 tahun, 30 – 39 tahun, 40 – 49 tahun dan 50 tahun ke atas). Keputusan ini menunjukkan bahawa tahap usia mempunyai kaitan

Number 1

2009

dengan kecenderungan responden untuk menggunakan ICT. Namun begitu, tidak terdapat pula perbezaan yang signiikan antara umur responden dengan kebolehan menggunakan ICT. Oleh itu kajian ini mendapati bahawa kebolehan mengaplikasikan ICT dalam proses kerja tidak berkaitan dengan usia responden.

iii. Aplikasi ICT Mengikut Tahap Akademik

Berdasarkan Ujian ANOVA sehala, tidak terdapat perbezaan yang signiikan dari segi kesediaan menggunakan ICT mengikut tahap pendidikan. Oleh itu kajian ini mendapati bahawa kesediaan menggunakan ICT dalam proses kerja tidak berhubung kait oleh tahap akademik responden. Namun begitu, wujud perbezaan yang signiikan dari segi kebolehan menggunakan ICT mengikut tahap akademik (F = 2.579, p<0.05). Data menunjukkan kelompok responden yang memiliki ijazah Sarjana dan Ph.D memiliki kebolehan lebih tinggi untuk mengaplikasikan ICT berbanding responden berkelayakan akademik lebih rendah. Manakala responden berkelayakan akademik paling minimum (SPM), didapati mempunyai kebolehan paling rendah untuk menggunakan ICT dalam proses kerja.

iv. Aplikasi ICT Mengikut Sikap

Kajian ini mendapati bahawa sikap responden adalah berkaitan dengan tahap kesediaan dan kebolehan mereka untuk menggunakan ICT. Ujian Khi Kuasa Dua memperoleh keputusan χ²(2, N=615)=12.369, p<0.01 yang menunjukkan terdapat perbezaan signiikan antara sikap responden (positif dan negatif) dengan kesediaan menggunakan ICT. Frekuensi data menunjukkan responden yang bersikap positif kepada teknologi, memiliki tahap kesediaan yang tinggi untuk menggunakan ICT, manakala responden yang bersikap negatif terhadap ICT mempunyai tahap kesediaan lebih rendah untuk menggunakan ICT.

Ujian Khi Kuasa Dua juga memperoleh keputusan χ²(2, N=615)=99.564, p<0.01 yang menunjukkan terdapat perbezaan signiikan antara sikap responden (positif dan negatif) dengan kebolehan menggunakan ICT. Frekuensi taburan data menunjukkan responden yang bersikap positif kepada teknologi cenderung memiliki tahap kebolehan yang tinggi untuk mengaplikasikan ICT, manakala responden yang bersikap negatif terhadap teknologi mempunyai tahap kebolehan yang rendah dalam mengaplikasikan ICT.

Faktor Bentuk Teknologi dan Aplikasi ICT

Bagi menentukan korelasi antara bentuk teknologi dengan aplikasi ICT oleh responden, analisis korelasi Pekali Pearson (r) dilakukan antara elemen tujuan, kompleksiti dan penggunaan ICT dengan penerimaan responden. Jadual 1 menunjukkan penemuan analisis tersebut.

Journal EX

CELLENCE KORELASI (r) Bentuk Teknologi

Tujuan Kompleksiti Penggunaan

Kesediaan .373** .048 .243**

Kebolehan .509** .070 .358**

Total (Aplikasi) .491** .016 .333**

** p < 0.01

Jadual 1 : Korelasi Bentuk Teknologi Dengan Aplikasi ICT

Data di atas menunjukkan bahawa aspek tujuan dan penggunaan teknologi mempunyai perkaitan secara positif yang signiikan dengan penerimaan responden terhadap ICT. Interpretasi kepada penemuan ini adalah apabila responden semakin jelas mengenai tujuan ICT diperkenalkan dalam tugas mereka, semakin tinggi tahap penerimaan mereka terhadap teknologi tersebut. Manakala semakin kerap penggunaan ICT dalam sistem kerja seharian, semakin tinggi tahap aplikasi mereka terhadap teknologi berkenaan. Namun begitu, kajian ini mendapati kompleksiti teknologi tidak mempunyai perkaitan signiikan dengan aplikasi ICT.

Faktor Persekitaran Organisasi dan Aplikasi ICT

i. Aplikasi ICT dan Pendekatan Pengurusan

Bagi menentukan korelasi antara pendekatan pengurusan dengan aplikasi ICT, analisis korelasi Pekali Pearson (r) dilakukan antara elemen latihan, sokongan dan tekanan dengan aplikasi responden. Jadual 2 menunjukkan penemuan analisis tersebut.

KORELASI (r) Pengurusan

Latihan Sokongan Tekanan

Kesediaan .190** .123** .153**

Kebolehan .343** .255** .231**

Total (Aplikasi) .297** .211** .213**

** p < 0.01

Jadual 2 : Korelasi Pendekatan Pengurusan Dengan Aplikasi ICT

Penemuan tersebut menunjukkan latihan yang kerap, sesuai, berterusan dan menyeronokkan telah mempengaruhi secara positif aplikasi responden terhadap teknologi tersebut. Begitu juga, semakin tinggi sokongan daripada pihak pengurusan organisasi terhadap penggunaan ICT, maka semakin tinggi aplikasi responden terhadap teknologi berkenaan. Analisis ini turut menunjukkan bahawa tahap tekanan pengurusan adalah berkait rapat dengan penggunaan ICT iaitu menyarankan semakin tinggi tekanan, semakin tinggi tahap aplikasi responden.

Number 1

2009

ii. Aplikasi ICT dan Peringkat Pentadbiran

Kajian ini juga ingin melihat sama ada aplikasi ICT dalam kalangan penjawat awam turut berkaitan dengan peringkat pentadbiran bertugas iaitu di ibu pejabat, negeri dan daerah. Berdasarkan Ujian ANOVA sehala, terdapat perbezaan aplikasi ICT yang signiikan mengikut peringkat perkhidmatan responden (F = 3.708, p<0.05). Jadual 3 menunjukkan kelompok responden yang bertugas di ibu pejabat memiliki tahap aplikasi ICT lebih tinggi berbanding responden yang berkhidmat di negeri dan daerah. Data juga menunjukkan bahawa responden yang bertugas di daerah memiliki tahap aplikasi ICT terendah berbanding rakan-rakan mereka di negeri dan ibu pejabat.

Peringkat Pentadbiran N Min Sisihan Piawai F df Sig Ibu Pejabat 366 3.80 0.790 3.708 2 0.025* Negeri 48 3.72 0.772 Daerah 201 3.61 0.800 * p < 0.05

Jadual 3 : Aplikasi ICT Mengikut Peringkat Pentadbiran

Bagi memastikan dapatan tersebut, kajian ini meninjau pula tahap halangan yang dihadapi dalam pelaksanaan ICT mengikut peringkat pentadbiran. Halangan yang dimaksudkan merujuk kepada kombinasi tahap kebimbangan, prasangka dan technophobia responden dalam menggunakan ICT. Dalam mentafsirkan halangan ini, min yang lebih tinggi bermaksud tahap halangan yang lebih tinggi dan sebaliknya.

Peringkat Pentadbiran N Min Sisihan Piawai F df Sig Ibu Pejabat 366 2.09 0.642 9.950 2 0.00* Negeri 48 2.25 0.674 Daerah 201 2.34 0.633 * p < 0.01

Jadual 4 : Halangan Aplikasi ICT Mengikut Peringkat Pentadbiran

Berdasarkan Ujian ANOVA sehala, Jadual 4 menunjukkan wujud perbezaan halangan yang signiikan terhadap aplikasi ICT mengikut peringkat perkhidmatan responden (F = 9.950, p<0.01). Dapatan ini menunjukkan kelompok responden yang bertugas di ibu pejabat mengalami halangan yang lebih rendah untuk menggunakan ICT berbanding

Journal EX

CELLENCE

responden yang berkhidmat di negeri dan daerah. Data tersebut menunjukkan bahawa responden yang bertugas di daerah memiliki halangan tertinggi untuk mengaplikasikan ICT berbanding rakan-rakan mereka yang bekerja di negeri dan ibu pejabat.

iii. Aplikasi ICT dan Lokasi Organisasi

Dalam konteks kajian ini, lokasi organisasi responden diklasiikasikan kepada dua iaitu di bandar utama dan di luar bandar utama. Lokasi agensi yang terletak di Kuala Lumpur, Putrajaya, Petaling Jaya, Subang Jaya dan Shah Alam adalah dikategorikan dalam bandar utama. Manakala lokasi agensi di Hulu Langat, Kuala Selangor, Kuala Langat dan Sabak Bernam adalah diklasiikasikan berada di luar bandar utama

Dalam dokumen PEMBINGKAIAN MAKLUMAT DALAM IKLAN IKLAN (Halaman 112-116)

Dokumen terkait