Muka keratan
3.5 PENGAMBILAN AIR
3.5.1
Bekalan Air3.5.1.1 Latarbelakang
Bekalan air adalah merangkumi pengambilan air bagi kegunaan domestik dan industri. Pihak-pihak yang terlibat seperti Jabatan Bekalan Air, syarikat swasta yang bertanggungjawab dalam membekal air yang diambil untuk tujuan ini di mana air dirawat terlebih dahulu sebelum diagihkan kepada pengguna.
Sebelum meluluskan sesuatu permohonan permit pengambilan air kriteria-kriteria berikut perlu diberi perhatian :-
a) Lokasi pengambilan air.
b) Perlindungan terhadap keadaan dan persekitaran sungai. c) Dokumen-dokumen permohonan yang diperlukan.
3.5.1.2.1 Lokasi Pengambilan Air
a) Sebarang permohonan pengambilan air termasuk lokasi struktur penyedutan air hendaklah mendapat ulasan dan pandangan daripada JPS negeri masing-masing.
b) Tiada pembinaan struktur kekal dibenarkan di dalam saluran sungai.
3.5.1.2.2 Perlindungan Terhadap Keadaan Dan Persekitaran Sungai
a) Semua pokok dan tumbuhan haruslah dikekalkan dan sebarang penebangan serta pembersihan di sekitar kawasan tebing, hendaklah dilakukan atas kebenaran pihak JPS. b) Di mana berlakunya kerosakan terhadap tebing sungai akibat daripada pengambilan air
maka pengusaha adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerosakan tersebut dan perlu membaikinya atas tanggungan pengusaha sendiri.
c) Di mana terdapat kawasan sungai yang dijadikan tempat rekreasi atau tempat pemeliharaan habitat seperti tuntung, kawasan ini perlulah dielakkan daripada sebarang kegiatan pengambilan air.
3.5.1.2.3 Dokumen-Dokumen Permohonan Yang Diperlukan
Bagi tujuan memudahkan pemerosesan permohonan permit pengambilan air, JPS Negeri masing-masing bolehlah menetapkan kepada pemohon-pemohon supaya mengemukakan dokumen-dokumen seperti di Lampiran 3.8 untuk pemerosesan kelulusan.
3.5.1.3 Pemerosesan Kelulusan
Bagi setiap permohonan yang diterima oleh Pejabat Tanah Daerah/Pejabat Daerah/Pengarah Tanah dan Galian atau Pihak Berkuasa yang berkenaan, JPS akan diminta untuk memberi ulasan mengenainya. Maka JPS dalam tempoh yang munasabah akan memberi ulasan sama ada:-
a) Permohonan disokong
Syarat-syarat kelulusan mengandungi perkara-perkara berikut:-
Ditetapkan untuk maksud memastikan keadaan sungai sentiasa dilindungi dari segi kestabilan, persekitaran, pencemaran dan peranannya. Sila rujuk kepada Lampiran 3.9.
• Syarat-syarat pentadbiran
Bertujuan untuk mengawal aktiviti pengusaha-pengusaha pengambilan air supaya tidak melanggar apa-apa syarat yang telah ditetapkan. Sila rujuk kepada Lampiran 3.10.
b) Permohonan tidak lengkap dan maklumat tambahan atau pembetulan perlu dibuat. c) Permohonan tidak disokong atas sebab-sebab tertentu.
Memandangkan bahawa aktiviti pengambilan air sungai adalah ditadbirkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing dan berbeza di antara satu dengan yang lain, Pejabat JPS Negeri perlu menggunakan garispanduan ini di samping mengambil kira keperluan tempatan untuk dijadikan syarat-syarat yang dapat diamalkan dalam negeri yang berkenaan. Walau bagaimana pun syarat-syarat teknikal perlulah sentiasa dipatuhi.
Pejabat JPS Negeri juga perlu memastikan ianya diberi sesalinan surat kelulusan permohonan tersebut dari Pejabat Tanah Daerah supaya tindakan pemeriksaan dan kawalan dapat dilaksanakan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
3.5.2 Pengairan/Rekreasi
3.5.2.1 Latarbelakang
Garispanduan ini boleh digunapakai untuk permohonan seperti berikut:- a) penanaman padi atau tanaman lain.
b) Penanaman rumput untuk padang golf. c) Pelbagai aktiviti lain.
3.5.2.2 Garispanduan Untuk Memproses Permohonan-Permohonan
Sebelum meluluskan sesuatu permohonan permit pengeluaran air untuk pengairan/rekreasi kriteria-kriteria berikut perlu diberi perhatian:-
a) Lokasi permit pengeluaran air untuk pengairan/rekreasi. b) Perlindungan terhadap keadaan dan persekitaran sungai. c) Dokumen-dokumen permohonan yang diperlukan.
a) Sebarang permohonan permit pengeluaran air untuk pengairan/rekreasi termasuk lokasi struktur penyedutan air hendaklah mendapat ulasan dan pandangan daripada JPS negeri masing-masing.
b) Tiada pembinaan struktur kekal di dalam saluran sungai.
3.5.2.2.2 Perlindungan Terhadap Keadaan Dan Persekitaran Sungai
a) Semua pokok dan tumbuhan haruslah dikekalkan dan sebarang penebangan serta pembersihan di sekitar kawasan tebing, hendaklah dilakukan atas kebenaran pihak JPS. b) Di mana berlakunya kerosakan terhadap tebing sungai akibat daripada pengeluaran air
untuk pengairan/rekreasi maka pengusaha adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerosakan tersebut dan perlu membaikinya atas tanggungan pengusaha sendiri.
c) Di mana terdapat kawasan sungai yang dijadikan tempat rekreasi atau tempat pemeliharaan habitat seperti tuntung, kawasan ini perlulah dielakkan daripada sebarang kegiatan pengambilan air.
3.5.2.2.3 Dokumen-Dokumen Permohonan Yang Diperlukan
Bagi tujuan memudahkan pemerosesan permohonan permit pengairan, JPS Negeri masing-masing bolehlah menetapkan kepada pemohon-pemohon supaya mengemukakan dokumen-dokumen seperti di Lampiran 3.11 untuk pemerosesan kelulusan.
3.5.2.3 Pemerosesan Kelulusan
Bagi setiap permohonan yang diterima oleh Pentadbir Tanah Daerah yang berkenaan, JPS akan diminta untuk memberi ulasan mengenainya. JPS dalam tempoh yang munasabah akan memberi ulasan sama ada:-
a) Permohonan disokong
Syarat-syarat kelulusan akan dilampirkan mengandungi perkara-perkara berikut:-
• Syarat-syarat teknikal
Ditetapkan untuk maksud memastikan keadaan sungai sentiasa dilindungi dari segi kestabilan, persekitaran, pencemaran dan peranannya. Sila rujuk kepada Lampiran 3.12.
Bertujuan untuk mengawal aktiviti pengusaha-pengusaha pengeluaran air untuk pengairan/rekreasi supaya tidak melanggar apa-apa syarat yang telah ditetapkan. Sila rujuk kepada Lampiran 3.13.
b) Permohonan tidak lengkap dan maklumat tambahan atau pembetulan perlu dibuat. c) Permohonan tidak disokong atas sebab-sebab tertentu.
Memandangkan bahawa aktiviti pengeluaran air untuk pengairan/rekreasi sungai adalah ditadbirkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing dan berbeza di antara satu dengan yang lain, Pejabat JPS Negeri masing-masing perlu menggunakan garis panduan ini di samping mengambil kira keperluan tempatan untuk dijadikan syarat-syarat yang dapat diamalkan dalam negeri yang berkenaan. Walau bagaimana pun syarat-syarat teknikal perlulah sentiasa dipatuhi.
Pejabat JPS Negeri juga perlu memastikan ianya diberi sesalinan surat kelulusan permohonan tersebut dari Pejabat Tanah Daerah supaya tindakan pemeriksaan dan kawalan dapat dilaksanakan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
3.5.3 Carta Aliran
Carta aliran untuk memproses permohonan pengambilan air adalah seperti di Gambarajah 4.